Tuesday, February 7, 2023

INTELSAT MELANTIK GAURAV KHAROD SEBAGAI NAIB PRESIDEN SERANTAU ASIA PASIFIK

Intelsat melantik Gaurav Kharod sebagai naib presiden serantau Asia Pasifik yang berasal dari pejabat syarikat di India. (Foto: Business Wire)

 MCLEAN, Va., 7 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Intelsat, pengendali satu daripada satelit berintegrasi dan rangkaian daratan terbesar di dunia, serta penyedia utama ketersambungan dalam penerbangan (IFC), pada hari ini mengumumkan pelantikan Gaurav Kharod sebagai naib presiden serantau untuk rantau Asia Pasifik (APAC). Kharod berasal dari pejabat Intelsat di India, tempat beliau berkhidmat sebagai pengarah urusan jualan Asia Selatan dan India.


Kharod akan mengambil alih tanggungjawab daripada Terry Bleakley, yang sebelum ini mengetuai pasukan APAC. Peralihan peranan Bleakley kepada penasihat kanan sambilan di Intelsat akan bermula pada 1 April dan beliau akan terus menyokong peluang pertumbuhan utama di rantau ini.

"Intelsat sedang berada pada peringkat trajektori pertumbuhan besar dalam pasaran APAC dan Gaurav membawa bersama beliau kepakaran yang akan membantu kami mencapai matlamat ini," kata Naib Presiden Kanan, Jualan Global, Rangkaian dan Media, Jean-Philippe Gillet. "Saya berharap, kami boleh mencapai banyak kejayaan di bawah kepimpinan Gaurav di rantau ini."

Dalam tugasan Kharod sebelum ini, beliau mengetuai pasukan jualan perniagaan Media, memacu strategi organisasi di rantau ini. Kharod juga berjaya melaksanakan strategi kemasukan untuk satelit daya pemprosesan tinggi (HTS) IS-33e Intelsat dalam pasaran India. Ini mewujudkan hala tuju pertumbuhan semua penegak perniagaan Intelsat yang berbeza, termasuk Media, Rangkaian, FlexMaritime dan Penerbangan Komersial, untuk diwakili sepenuhnya dalam pasaran India dan Asia Selatan.

Sebelum menyertai Intelsat, Kharod memegang peranan kepimpinan di Hughes India dan Viasat Inc. dalam domain satelit, bersama dengan perkhidmatan beliau di Conax AS dalam industri media. Beliau membawa pelbagai kepakaran merentasi bidang jualan, pengurusan produk, pembangunan perniagaan, hal ehwal kawal selia dan dasar.

Kharod memiliki Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dan ijazah sarjana muda dalam kejuruteraan elektronik sebagai sebahagian daripada pendidikan kolej beliau di Gujarat, India.

Maklumat Tentang Intelsat

Pasukan profesional global Intelsat memberikan tumpuan kepada menyediakan komunikasi berasaskan satelit yang lancar dan selamat kepada kerajaan, NGO dan pelanggan komersial melalui rangkaian dan perkhidmatan terurus global generasi akan datang syarikat. Merapatkan jurang digital dengan mengendalikan satu daripada kumpulan satelit dan infrastruktur ketersambungan terbesar, serta paling canggih di dunia, Intelsat membolehkan orang ramai dan alatan mereka bercakap di lautan, melihat merentasi benua dan mendengar melalui langit untuk berkomunikasi, bekerjasama dan wujud bersama. Sejak diasaskan enam dekad yang lalu, syarikat tersebut telah menjadi sinonim dengan “antara yang pertama” dalam industri satelit yang memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dan planet ini. Melalui sandaran pada legasi inovasi dan tumpuan kepada menangani cabaran generasi baharu, kini ahli pasukan Intelsat menetapkan sasaran mereka kepada “antara yang pertama seterusnya” di angkasa lepas kerana mereka mengganggu bidang itu dan menerajui dalam transformasi digital industri.

Ikuti Kami di Media Sosial
Twitter | LinkedIn | Facebook | Instagram | YouTube

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53301947/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Individu untuk Dihubungi
Farah Latif – farah.latif@intelsat.com; +1 703-973-1679
 
Sumber: Intelsat

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...