Friday, June 28, 2019

VISTA GLOBAL MEMPERKENALKAN XO, PASARAN PENERBANGAN PERSENDIRIAN GLOBAL

  • Permulaan dunia baharu, dengan tempahan segera dan akses seluruh dunia untuk semua pelanggan On Demand;  
  • Mempamerkan kepantasan perubahan yang kumpulan Vista Global bawa kepada industri;
  • Pelanggan akan dapat memilih pilihan keahlian digital terbaik, meminta penerbangan atau menempah tempat duduk – dengan serta-merta.

DUBAI, UAE, 28 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Vista Global, kumpulan penerbangan persendirian yang diasaskan oleh Thomas Flohr mengumumkan penubuhan XO, pasaran digital global untuk penerbangan persendirian.

Pelancaran XO, powered by JetSmarter technology, menandakan permulaan dunia baharu untuk semua pelanggan penerbangan persendirian. Dihasilkan dengan menggabungkan kepakaran pengendali yang dipercayai dan mengutamakan pelanggan XOJET dengan kepantasan dan kemudahan teknologi yang dibangunkan oleh JetSmarter, jenama baharu ini akan menyediakan perkhidmatan ditingkatkan untuk perjalanan jet persendirian On Demand.

Dahulu, pelanggan penerbangan perniagaan perlu menavigasi industri yang rumit ini tanpa platform yang dipusatkan, kini mereka dapat terbang pada bila-bila masa, di mana-mana jua, dengan serta-merta melalui aplikasi XO atau dalam talian. Apabila permintaan bergerak ke arah penyelesaian digital, pelanggan akan dapat:
  • Memilih pilihan keahlian terbaik untuk memenuhi keperluan perjalanan mereka – daripada penumpang berkala sehinggalah mereka yang melakukan perjalanan lebih kerap, XO menawarkan lebih banyak kefleksibelan berbanding sebelum ini.
  • Meminta penerbangan melalui platform penerbangan persendirian maju XO – menyediakan akses carter On Demand kepada 1500 jet persendirian secara global dan meliputi spektrum penuh bagi kelas kabin.
  • Menempah tempat duduk pada penerbangan kongsi sedia ada di seluruh dunia.
  • Menikmati pengalaman yang lancar dengan Aviation Advisors khas yang bekerja dengan tekun bagi pihak mereka.             
Ahli XOJET dan JetSmarter sedia ada akan memiliki akses kepada kecemerlangan operasi di seluruh dunia Vista Global dan pilihan untuk bertukar kepada manfaat keahlian yang ditingkatkan, termasuklah ganjaran tambahan untuk pelanggan setia.

Pelancaran pasaran baharu ini mempamerkan kepantasan perubahan dan pelbagai penyelesaian menyeluruh yang Vista Global bawa kepada pasaran penerbangan perniagaan. Dengan VistaJet dan XO, kumpulan ini dapat memberikan perkhidmatan kepada keseluruhan spektrum pelanggan penerbangan perniagaan.

Pengasas dan Pengerusi Vista Global, Thomas Flohr, berkata: “Pada bulan pertama selepas melengkapkan pemerolehan JetSmarter untuk teknologi inovatifnya, kami telah bekerja tanpa henti untuk mewujudkan syarikat baharu, jenama baharu dan produk baharu demi memenuhi visi kami untuk melayani setiap pelanggan dalam pasaran penerbangan perniagaan. XO, powered by JetSmarter technology, adalah serba lengkap untuk menangani pasaran global penerbangan perniagaan On Demand yang bernilai $11B setiap tahun, serta pasaran baharu pelanggan yang menaik taraf daripada kelas Pertama dan Perniagaan. Kami sedia untuk melancarkannya dan memperkenalkan rangkaian penyelesaian XO kami kepada pasaran.”

Vista Global diasaskan pada tahun 2018 untuk menjadi pembekal utama penyelesaian ringan aset dalam penerbangan persendirian. Pada tahun 2018 sahaja, Vista Global telah mengaturkan 115,000 penumpang untuk terbang pada lebih 70,000 penerbangan pada armada sebanyak 116 pesawat yang dimilikinya dan rangkaian rakan kongsinya. Pesawat Vista Global juga akan tersedia pada platform XO, dengan pengangkutan global dikendalikan oleh VistaJet Ltd dan armada A.S dikendalikan oleh pengendali rakan kongsinya, termasuklah XOJET Aviation, membenarkan kumpulan untuk memaksimumkan penggunaan dan memberikan nilai yang lebih tinggi kepada pelanggan berbanding kos pemilikan penuh dan kecil tradisional.

Tentang XO, powered by JetSmarter technology

XO, powered by JetSmarter technology, ialah pasaran digital global pertama untuk penerbangan persendirian. Platform dipusatkan ini menggabungkan kepakaran pengendali yang dipercayai dan mengutamakan pelanggan XOJET dengan kepantasan dan kemudahan teknologi yang pada asalnya dibangunkan oleh JetSmarter.

Semua pelanggan penerbangan persendirian boleh meminta penerbangan atau menempah tempat duduk pada aplikasi XO atau dalam talian, dengan akses kepada ribuan jet peribadi merentasi semua kategori, daripada pesawat ringan, bersaiz sederhana, bersaiz sederhana besar sehinggalah jarak jauh. Ahli XO juga boleh memanfaatkan harga keutamaan dan akses terjamin, serta menerima bantuan 24/7 daripada Aviation Advisors XO.

XO, powered by JetSmarter technology, ialah sebahagian daripada Vista Global Holding, kumpulan penerbangan persendirian yang diasaskan oleh Thomas Flohr untuk menjadi pembekal utama seluruh dunia dalam perkhidmatan penerbangan perniagaan. Vista Global menyepadukan portfolio unik jenama yang menawarkan penyelesaian penerbangan yang ringan aset untuk melayani setiap pelanggan penerbangan persendirian.

Untuk maklumat lanjut, lawati flyXO.com

Tentang Vista Global Holding

Vista Global Holding menyediakan perkhidmatan penerbangan perniagaan di seluruh dunia. Kumpulan global yang beribu pejabat di DIFC Dubai, Vista Global menyepadukan portfolio unik syarikat yang menawarkan perkhidmatan ringan aset untuk merangkumi semua aspek utama penerbangan perniagaan: liputan penerbangan global terjamin dan On Demand; penyewaan dan pembiayaan pesawat; serta teknologi penerbangan yang canggih.

Misi kumpulan adalah untuk menerajui perubahan bagi memberi pelanggan perkhidmatan penerbangan paling maju dan bernilai terbaik, pada bila-bila masa, di mana-mana jua di seluruh dunia. Pengetahuan dan pemahaman Vista Global tentang semua aspek industri menyampaikan tawaran akhir-ke-akhir dan teknologi kepada mana-mana pelanggan penerbangan perniagaan, melalui VistaJet dan perkhidmatan berjenama XO.

Vista Global tidak memiliki atau mengendalikan mana-mana pesawat. Semua penerbangan dilakukan oleh EASA yang berlesen dengan FAA/berdaftar dengan DOT atau pesawat pengangkut udara terus kumpulan Vista Global dan/atau pengendali rakan kongsi yang disahkan A.S. Vista Global Holding memegang kepentingan bukan kawalan minoriti dalam XOJET Aviation LLC.

Untuk maklumat lanjut, lawati vistaglobal.com

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di:

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/cc441853-03c0-4224-b5d2-bf44f741cd64
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/0b85e0a4-976e-4db9-95dd-0a85544a749d
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/8454403c-da4c-4a15-9522-a1446254a4d1
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/d2b51e52-f223-4ad2-b17b-6f93748b7d60

Maklumat Hubungan
Vista Global
press@vistaglobal.com

XO
press@flyxo.com

SUMBER : Vista Global Holding

S BLOCK DI ASIA TENGGARA: TEROKAI VIETNAM, MENEROKAI DANANG; MEMBONGKAR BLOK RANTAI, MENEMUI S BLOCK

S BLOCK DI ASIA TENGGARA: TEROKAI VIETNAM, MENEROKAI DANANG; MEMBONGKAR BLOK RANTAI, MENEMUI S BLOCK

Thursday, June 27, 2019

HEZHOU, GUANGXI: MEMBINA SEBUAH DESTINASI REKREASI DAN PELANCONGAN DI GUANGDONG - KAWASAN GREATER BAY HONG KONG - MACAU

HEZHOU, China, 27 Jun, 2019 /Xinhua-AsiaNet/-- 

Pada 4 Jun, Kerajaan Rakyat bagi Bandar Raya Hezhou bagi Kumpulan Pelancongan Guangxi dan Shunfeng telah mengadakan majlis menandatangani Projek Pembangunan Rekreasi dan Rekreasi Mata Air Panas Shunfeng di Zon Perindustrian Guposhan di Dongrong Villa, Hezhou, demikian menurut Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa CPC Perbandaran Hezhou.

Hezhou terletak di persimpangan wilayah Guangdong, Guangxi dan Hunan, bersebelahan dengan Kawasan Greater Bay Guangdong-Hong Kong-Macao. Ia merupakan kawasan demonstrasi pertama bagi penyepaduan Guangxi dan Kawasan Greater Bay Guangdong-Hong Kong-Macau di Laluan Emas Pelancongan Hong Kong-Macau-Guangzhou-Hezhou-Guilin. Hezhou mempunyai kadar liputan hutan sebanyak 72.9% dan hampir 500 orang yang berumur sekurang-kurangnya seratus tahun tinggal di sini. Ia telah dianugerahkan dengan gelaran “Kota Kelanjutan Usia Dunia” oleh Jawatankuasa Panduan Penuaan dan Kelanjutan Usia Penduduk Antarabangsa dan Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar bagi Kesatuan Geografi Antarabangsa. Dengan reputasi sebagai “Resort Kelanjutan Usia, Eko Hezhou”,  Hezhou berhasrat untuk memenuhi keperluan bagi penjagaan kesihatan, pelancongan dan rekreasi di Kawasan Greater Bay, mempercepatkan pembangunan industri rekreasi, pelancongan dan kesihatan, dan berusaha untuk membina sebuah destinasi pelancongan Kawasan Greater Bay.

Terdapat kereta api kelajuan tinggi Guiyang-Guangzhou dan lebuh raya Guangzhou-Hezhou. Pembinaan lebuh raya Guangdong-Lianshan-Hezhou sedang dilaksanakan, yang bersambung  dengan Kawasan Greater Bay dan disatukan ke dalam bulatan ekonomi dua jam bagi Kawasan Greater Bay. Ia akan menggalakkan pelaburan, dan memulakan pembinaan projek kebudayaan, pelancongan dan penjagaan kesihatan seperti Projek Pembangunan Pelancongan Rekreasi Mata Air Panas Shunfeng, Pekan Inovasi Pelancongan Kebudayaan “Mengli Huangyao”, Jalan Longmen Huangyao, Resort Mata Air Panas Hutan Nanxiang Xixi, Taman Rekreasi Zhuangmei Nanxiang, dan Taman Perubatan dan Demonstrasi Integrasi Kesihatan Huangyao Dongtanling. Ia akan bekerjasama dengan Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan Guangxi untuk membina Zon Demonstrasi Industri Pelancongan Pekan Purba Huangyao, menggalakkan penubuhan Kawasan Indah Nasional 5A di Pekan Purba Huangyao dan Kawasan Indah Gunung Gupo, dan memberi tumpuan kepada menjadikan Kawasan Indah Gunung Gupo, Pekan Purna Huangyao dan Mata Air Panas Hezhou menjadi sebuah jenama pelancongan dan laluan pelancongan berlian di Hezhou.

Pada April tahun lalu dan Mei tahun ini, Biro Kebudayaan dan Pelancongan Hezhou dan China Travel Service (Hong Kong) secara bersama-sama telah menubuhkan Pusat Pemasaran Pelancongan Hezhou di Hong Kong dan Macau, melancarkan pengiklanan penggalakan pelancongan Hezhou dan merancang laluan pelancongan Hezhou. Pada masa yang sama, ia menjalin kerjasama dengan Persatuan Pelancongan Guangzhou, Persatuan Pelancongan Shenzhen dan Persatuan Pelancongan Memandu Sendiri Guangdong. Bandar raya Hezhou juga menyebarluaskan Dasar-dasar Sokongan dan Geran untuk Pembinaan Zon Demonstrasi Pelancongan Kawasan Penuh di Bandar raya Hezhou pada Mac tahun lepas. Ejen-ejen pelancongan dari Guangdong, Hong Kong dan Macau menganjurkan pasukan pelancongan besar ke Hezhou untuk mengukuh dan memperluaskan pasaran pelancongan di Guangdong, Hong Kong dan Macau.

Hezhou menjadi semakin terkenal di kalangan pelancong dari Guangdong, Hong Kong dan Macau. Pekan Purba Huangyao dan Kawasan Indah Gunung Gupo dinilai sebagai destinasi pilihan bagi penduduk Guangdong pada Ekspo Industri Pelancongan Antarabangsa Guangdong 2017. Menurut statistik, pada tahun 2018, Hezhou menerima 32.158 juta pelancong domestik (kira-kira 7 daripada mereka menjadi pelancong di Kawasan Greater Bay), dan menyedari penggunaan pelancongan sebanyak 38.49 bilion yuan, meningkat masing-masing 47.85% dan 46.44% tahun ke tahun. Pada suku pertama tahun ini, Hezhou menerima 10.5501 juta pelancong domestik, termasuk 7.06 juta dari Kawasan Greater Bay, dan merealisasikan penggunaan pelancongan sebanyak 11.689 bilion yuan, meningkat masing-masing 30.06% dan 31.24% tahun ke tahun.
 
Sumber: Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa CPC Perbandaran Hezhou
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=339531
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=339535

Wednesday, June 26, 2019

PELANCARAN S BLOCK DI PERINGKAT GLOBAL, BERMULA DI SINGAPURA PADA 22 JUN

BERN, Switzerland, 26 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Persidangan Teknologi WBF Singapura 2019 yang terkenal di seluruh dunia telah diadakan di Marina Bay Sands Hotel pada 22 Jun, 2019. S BLOCK, penganjur bersama persidangan itu, membuat pendedahan dan mengumumkan misi mereka untuk “Melepaskan aset digital anda” buat kali pertama. Persidangan itu menghimpunkan bersama pelbagai elit industri dan peminat blok rantai dari seluruh dunia, termasuk lebih daripada 500 veteran industri dari lebih 30 buah negara, seperti Switzerland, Jerman, Perancis, Rusia, Jepun, Korea, Brazil, Australia, Argentina dan Kanada. Orang dalam berkongsi pandangan industri global yang mendalam. Persidangan ini menarik perhatian ramai merentasi dari industri blok rantai dunia.

S BLOCK Bermula di Singapura

Pada pagi 22 Jun, Ivan - Presiden bagi S BLOCK Global Foundation, telah dijemput untuk menyampaikan ucaptama, “Dompet Mata Wang Digital Generasi Akan Datang”. Pada persidangan ini, S BLOCK telah dilancarkan secara rasmi di lebih 30 buah negara di seluruh dunia, dan membuka jalan untuk menuju ke suatu masa hadapan global tanpa sempadan. Pada masa yang sama, S BLOCK juga menandatangani satu perjanjian strategik dengan DUSD dan WBFex dalam acara ini, yang akan mempercepatkan pembangunan bagi S BLOCK.

Pada petang 22 Jun, S BLOCK secara eksklusif telah menaja sebuah parti “Fortune Night” selepas acara itu. Tokoh-tokoh besar di dalam industri itu telah berkumpul untuk berkongsi pandangan industri, dan membuat pandangan unik mengenai trend baharu dalam perkembangan industri pada tahun 2019.

Perjalanan Global S BLOCK

Sebagai kemuncak bagi Persidangan Teknologi WBF Jelajah Dunia Singapura, ia telah menjemput Paul Brody – Ketua bagi Teknologi Blok Rantai Ernst & Young, Franklyn Richards – Pengasas Bersama LiteCoin, Dr. Daniel Diemers – PwC Strategy & Partner, Tom Menner –  EMEA dan banyak lagi eksekutif dalam industri lain, memberi tumpuan kepada “amalan teknologi pengawalaturan” dan masa hadapan digital untuk menyampaikan trend di dalam era blok rantai 2.0. Perhimpunan dua hari, termasuk lebih 4000 pakar-pakar industri, lebih 500 rakan media dan lebih 100 penceramah pasti menjadikan acara ini satu acara yang menyeronokkan yang akan diterima dengan baik oleh pengguna dan peminat blok rantai.

Untuk mempertingkatkan susun atur ekosistem dan meningkatkan daya saing bagi produk itu, S BLOCK akan terus membangunkan perniagaan kewangan digital di dunia, dan akhirnya membentuk sebuah ekosistem kewangan digital global yang lengkap. S BLOCK akan secara beransur-ansur berhasrat untuk mencapai misi “menjadikan aset lebih bebas” dan berkembang secara global untuk mewujudkan sebuah masa hadapan yang lebih baik.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20190624005372/en/

Hubungi

SBLOCK FOUNDATION PTE. LTD 
Jennifer Bialek 
contacts@sblock.com 
www.sblock.com

Sumber : SBLOCK FOUNDATION PTE. LTD
 

Dua Akauntan bertauliah Malaysia diterima sebagai felo

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Dua Akauntan bertauliah Malaysia, Anthony Lee dan Anees Hazleena, baru-baru ini dianugerah felo, pengiktirafan tertinggi dalam profesion perakaunan.

Felo Akauntan Bertauliah merupakan anugerah atas pencapaian kerjaya dan sumbangan cemerlang kepada profesion tersebut melalui perniagaan dan usaha masyarakat.

Anugerah itu disampaikan oleh Presiden Akauntan Bertauliah Australia dan New Zealand, Stephen Walker di sini.

Beliau berkata anugerah itu diiktiraf di peringkat antarabangsa atas komitmennya untuk membangunkan kemakmuran jangka panjang untuk pelanggan dan masyarakat, dan pada masa yang sama mengekalkan standard etika pada tahap tertinggi.

Anees menyuarakan penghargaannya ke atas pengiktirafan sebagai akauntan bertauliah.

Menurutnya sebagai akauntan bertauliah, beliau dilatih supaya berfikir secara kritis dan analitikal, yang akhirnya mendorong beliau untuk melaksanakan tanggungjawabnya dengan berkesan.

Anees ialah Ketua Kewangan sektor Pemasaran dan Perdagangan Gas Asli Cecair, Perniagaan Gas dan Tenaga Baharu, PETRONAS, dan melaksanakan peranan sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Syarikat PETRONAS LNG Sdn Bhd.

Akauntan Berkanun Australia dan New Zealand ialah badan profesional yang terdiri daripada lebih 120,000 orang. Maklumat lanjut boleh diperoleh www.charteredaccountantsanz.com
-- BERNAMA

PHUNWARE MENAWARKAN TOKEN UTILITI PHUN DI SELURUH DUNIA

AUSTIN, Texas, 26 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Phunware, Inc. (NASDAQ: PHUN) (“Syarikat” itu), sebuah platform awan perusahaan yang bersepadu sepenuhnya untuk mudah alih yang menyediakan produk, penyelesaian, data dan perkhidmatan bagi jenama-jenama di seluruh dunia, mengumumkan bahawa token utiliti Phun kini tersedia untuk dibeli di pasaran antarabangsa.

“Phun adalah sejenis token utiliti baharu yang membolehkan komuniti antarabangsa untuk mengambil bahagian di dalam bursa data yang dibolehkan oleh blok rantai kami dan ekosistem kesetiaan mudah alih ketika kami memacukan ke arah penerimaan global arus perdana dan penyenaraian bursa masa hadapan.” kata Randall Crowder, Ketua Pegawai Operasi bagi Phunware.

Phunware adalah sebuah syarikat yang beribu pejabat di Austin, Texas, dengan mempunyai 10 tahun kejayaan bekerja dengan organisasi-organisasi terbesar di dunia. Sama ada ia membolehkan permainan dan pengalaman filem yang mendalam untuk Paramount Pictures International, dengan memberi kuasa kepada perkakasan Juniper, Cisco atau HP Aruba bagi perkhidmatan lokasi yang dibolehkan oleh aplikasi atau menggabungkan Rekod Kesihatan Elektronik (EHR) seperti Epic atau Cerner bagi pengalaman pesakit dalam penjagaan kesihatan, skrin ganda Phunware sebagai satu penawaran Perkhidmatan (MaaS) telah membantu syarikat-syarikat Global 1000 menyeragam dan mengoptimumkan inisiatif penglibatan, pengurusan dan pengewangan mereka bagi peranti iOS dan Android serta penonton merentasi beratus ribu urus niaga aplikasi sesaat di seluruh dunia.

“Platform MaaS kami menjangkau ke lebih satu bilion peranti unik pada setiap bulan dan memproses purata lebih 4 bilion acara setiap hari di seluruh dunia,” kata Alan S. Knitowski, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Phunware. “Sebelum menjadi awam pada akhir tahun lalu, pelabur strategik utama kami termasuk Cisco Systems, Samsung, WWE dan PLDT, sementara set penyelesaian mudah alih kami menangani keperluan perisian, data dan aplikasi organisasi sejauh NFL, NASCAR dan Sukan Olimpik di dalam sukan kepada rakan setara dalam menegak termasuk peruncitan, hartanah, penjagaan kesihatan, teknologi, penerbangan dan perhotelan.”

Untuk mematuhi landskap pengawalseliaan semasa, Phunware baru-baru ini melancarkan  struktur dwi token mereka. Walaupun Phun merupakan sebuah token utiliti yang membolehkan pengguna untuk mengewangkan aktiviti digital mereka ketika mereka terlibat di dalam tingkah laku yang menguntungkan dengan jenama-jenama, PhunCoin kekal sebagai satu token keselamatan yang mematuhi yang membolehkan pengguna untuk mengewangkan identiti digital mereka dan menawarkan pemegang token sebuah dividen PhunCoin.

Memandangkan persekitaran pengawalseliaan semasa, Phun akan pada mulanya hanya  boleh didapati di luar Amerika Syarikat dan Kanada. Pelabur di luar Amerika Syarikat dan Kanada boleh membeli Phun dengan mendaftar di  https://buy.phuntoken.com/.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Phun, sila layari  https://www.phuntoken.com/ atau e-mel phun@phunware.com.

​HYTERA MENEGASKAN DIRI SEBAGAI PEMBEKAL PENYELESAIAN KOMUNIKASI TANPA WAYAR PROFESIONAL DAN SWASTA PADA CCW 2019

​HYTERA MENEGASKAN DIRI SEBAGAI PEMBEKAL PENYELESAIAN KOMUNIKASI TANPA WAYAR PROFESIONAL DAN SWASTA PADA CCW 2019

HYTERA LANCAR RADIO TERMAJU BERBILANG MOD BAHARU

HYTERA LANCAR RADIO TERMAJU BERBILANG MOD BAHARU

Tuesday, June 25, 2019

KEHADIRAN BAHARU ALIBABA MENYOROTI KEGHAIRAHAN KAWASAN BAHARU CHONGQING LIANGJIANG UNTUK KEUSAHAWANAN, INOVASI

CHONGQING, China, 25 Jun, 2019 /Xinhua-AsiaNet/-- 

Pusat Inovasi Aliyun (Chongqing) telah dilancarkan secara rasmi di Taman Perindustrian Ekonomi Digital Chongqing Liangjiang pada 18 Jun.

Dibina bersama oleh Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang, Alibaba Cloud Computing Co., Ltd. dan Tsinghua Technology & Innovation Holdings Co., Ltd, pusat itu merupakan sebuah platform perkhidmatan inkubasi keusahawanan dan inovasi yang memberi perkhidmatan kepada industri di dalam internet, pengkomputeran awan, data besar dan ekonomi digital.

Pusat itu meliputi sebuah kawasan seluas 11,280 meter persegi dengan kawasan berasingan untuk pejabat, mesyuarat, rundingan, tempat menyambut tetamu, rehat dan jerayawara. Dengan mensasarkan inkubasi bagi perusahaan ekonomi digital bersaiz kecil dan sederhana, pusat itu berhasrat untuk mewujudkan sebuah ekosistem gelung tertutup ekonomi digital termasuk teknologi canggih bagi pengkomputeran awan, data besar, Internet Benda, kecerdasan buatan, Internet mudah alih dan realiti maya.

Pusat itu juga melancarkan pelan CloudX mereka pada Selasa, yang termasuk projek-projek untuk mewujudkan sebuah komuniti ekologi yang terdiri daripada pemaju teknikal profesional, membentuk satu lingkaran rakan-rakan berinovatif dari CloudX yang mengintegrasikan elemen kreatif, inovatif, keusahawanan dengan bakat, dan mengendalikan sebuah kolej cerdas awan di dalam perkhidmatan bagi bakat-bakat industri ekonomi digital serantau.

Sebagai platform pengkomputeran awan terbesar di China, Aliyun akan menyediakan kepada perusahaan berinovatif dan keusahawanan dengan satu titik permulaan teknikal yang tinggi, yang membolehkan mereka untuk menikmati platform teknikal yang sama seperti syarikat-syarikat Internet terkenal di dunia, menurut Chen Bin, naib presiden bagi bahagian pintar China di Aliyun, dengan menambah bahawa Alibaba, satu daripada ekonomi digital terbesar di dunia, boleh menawarkan sokongan yang baik untuk kerjasama bagi platform dasar untuk inovasi dan keusahawanan.

Pusat inovasi itu menempatkan 10 perusahaan dan ia merancang untuk menginkubasikan lebih daripada 100 firma berteknologi tinggi dalam pengkomputeran awan, data besar, Internet Benda, kecerdasan buatan dan Internet mudah alih.

Pelancaran bagi pusat itu adalah merupakan sebahagian daripada usaha Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang untuk menggalakkan strategi pembangunan yang didorong oleh inovasi.

Sejak penubuhannya pada 18 Jun, 2010, Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang telah memberikan sepenuhnya kepada kelebihan strategik mengenai peranan mereka sebagai kawasan baharu peringkat kebangsaan yang pertama, kawasan teras bagi Inisiatif Demonstrasi China Singapura (Chongqing) mengenai Kebersambungan Strategik dan kawasan teras bagi Zon Perdagangan Bebas Perintis China (Chongqing) dengan memudahkan inovasi saintifik dan teknologi. Pada pukul 7:33 pagi pada 17 Mei, 2018, roket suborbital komersil persendirian yang pertama dibangunkan sendiri di China, roket OS-X “Chongqing Liangjiang Star”, berjaya dilancarkan, satu contoh legenda mengenai usaha kawasan baharu itu untuk mendapatkan pembangunan yang berkualiti tinggi melalui inovasi saintifik dan teknologi.

Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang telah mengeluarkan sebuah jenama keusahawanan dan inovasi yang menarik bakat ke rantau itu. Dengan menggabungkan bakat-bakat inovasi saintifik dan teknologi global, Kawasan Baharu Liangjiang berhasrat untuk membina sebuah bandar raya inovasi antarabangsa, rantau inovasi dan mercu tanda inovasi. Lapan platform inkubasi peringkat kebangsaan telah diwujudkan di rantau itu. Kerajaan-kerajaan tempatan merancang untuk meningkatkan sokongan dan mengoptimumkan persekitaran untuk inovasi.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi:  
http://www.liangjiang.gov.cn
 
Sumber: Jawatankuasa Pentadbiran Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang

Polyplastics bangun gred baharu DURACON POM bagi komponen sistem bahan api automatif

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- The Polyplastics Group, peneraju global dalam pembangunan dan pengeluaran termoplastik kejuruteraan membangunkan gred baharu DURACON polyoxymethylene (POM) bagi pengeluaran komponen sistem bahan api automotif acuan suntikan.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan, gred tersebut memberikan aliran tinggi, ketegaran tinggi dan kebebasan reka bentuk sistem dan bahan-bahan baharunya melengkapkan portfolio utama DURACON POM Polyplastics, yang telah digunakan secara meluas.
Syarikat ini telah melancarkan secara komersil DURACON H140-54C, gred aliran tinggi/ketegaran tinggi dengan kadar aliran kecairan sekitar 14. Bahan ini sesuai dengan berbagai keadaan acuan dan digunakan di Eropah.
Ia juga mengumumkan gred POM pembangunan yang menyediakan ketahanan asid luar biasa. Dari segi sejarah, satu daripada batas POM adalah kelemahannya kepada asid kuat, tetapi bahan baharu ini memberikan penambahbaikan yang ketara.
Polyplastics juga telah membangunkan gred konduktif elektrik untuk digunakan dalam komponen yang melindungi bahan api daripada elektrik statik, ia boleh memberikan kekonduksian sementara di samping mengekalkan ciri-ciri prestasi utama POM, termasuk keupayaan aliran dan ketahanan.
Untuk maklumat lanjut, hubungi https://www.polyplastics.com.
-- BERNAMA

TERNS PHARMACEUTICALS MENGUMUMKAN PERJANJIAN PELESENAN DAN KERJASAMA EKSKLUSIF DENGAN GENFIT UNTUK MEMBANGUN DAN MENGKOMERSIALKAN ELAFIBRANOR DI WILAYAH GREATER CHINA

- Perkongsian GENFIT memperluaskan portfolio Terns, dengan menambahkan sejenis produk Fasa 3 dengan satu mekanisme tindakan pelengkap yang sesuai kepada kombinasi dengan aset NASH Terns-

BANDAR RAYA FOSTER, Calif. & SHANGHAI, 25 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Terns Pharmaceuticals, Inc. hari ini mengumumkan satu perjanjian pelesenan dan kerjasama eksklusif dengan GENFIT (GNFT), sebuah syarikat biofarmaseutikal peringkat akhir yang khusus kepada penemuan dan pembangunan penyelesaian terapeutik dan diagnostik yang berinovatif di dalam penyakit yang berkaitan dengan metabolik dan hati. Di bawah syarat-syarat perjanjian, Terns memperolehi hak eksklusif untuk mengembang, mendaftar dan memasarkan elafibranor bagi rawatan steatohepatitis bukan alkohol (NASH) dan kolangitis  hempedu utama (PBC) di Greater China (tanah besar China, Hong Kong, Macau, dan Taiwan). GENFIT akan menerima bayaran pendahuluan sebanyak $35 juta dan akan layak untuk menerima sehingga $193 juta dalam bayaran berikutnya, berdasarkan kepada pencapaian klinikal, kawal selia, dan pembayaran ikut kerja komersial. Kedua-dua syarikat itu juga akan bekerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan yang bergerak ke hadapan dalam NASH dan PBC. Usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan ini termasuk gabungan berpotensi bagi elafibranor, agonis alfa/delta (PPAR α/δ) yang diaktifkan dengan proliferator dwi peroksisom, dengan calon pembangunan Terns, termasuk TERN-101, sejenis agonis reseptor farnesoid X (FXR), TERN-201, sejenis perencat amina oksidase yang sensitif kepada semikarbazide (SSAO), dan program perencat reseptor hormon tiroid (THR) dan kinase 1 (ASK1) yang mengatur isyarat agonis terpilih β dan apoptosis.

“Terns komited untuk membawa terapi baharu dan berinovatif untuk rawatan penyakit hati ke China dan pasaran global yang lain. Perkongsian kami dengan GENFIT adalah merupakan satu langkah semulajadi yang seterusnya bagi kami sebagai sebuah syarikat,” kata Weidong Zhong, Ph.D., Ketua Pegawai Eksekutif bagi Terns. “Kami percaya kombinasi terapi akan dengan pantas menjadi standard penjagaan bagi rawatan NASH, dan strategi kami adalah berdasarkan kepada keyakinan ini. Elafibranor adalah sejenis kompaun tahap akhir dengan satu mekanisme tindakan sinergistik dengan mereka di dalam saluran kami sendiri, sekali gus menjadikannya amat sesuai untuk strategi kami bagi memajukan gabungan terapi untuk penyakit hati kronik. Kami sangat teruja untuk menambahkan elafibranor kepada portfolio kami, untuk memperluaskan tumpuan kami pada penyakit hati bagi memasukkan PBC, dan untuk mendapatkan sebuah rakan yang mantap di dalam GENFIT, sebuah syarikat yang berkongsi tumpuan kami dalam membangunkan rawatan berinovatif untuk penyakit hati.”

“Pasukan di Terns mempunyai rekod pencapaian yang luas di dalam pembangunan ubat-ubatan yang digabungkan dengan infrastruktur untuk membangun, mendaftar dan mengkomersialkan dengan jayanya terapi baharu di Asia,” kata Pascal Prigent, Naib Presiden Eksekutif bagi Pemasaran dan Pembangunan Komersial di GENFIT. “Kami mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap syarikat itu dan pasukan pengurusan mereka ketika kami berusaha untuk membawa elafibranor kepada pesakit di Greater China dan bagi bekerjasama dalam usaha R&D masa hadapan dan gabungan strategi.”

Perjanjian pelesenan dan kerjasama dengan GENFIT itu adalah susulan kepada pengumuman pada 2018 bahawa Terns telah memperolehi hak eksklusif global untuk membangun dan mengkomersialkan tiga aset NASH dari Eli Lilly and Company. Secara kolektif, perjanjian ini menunjukkan komitmen Terns untuk meningkatkan saluran mereka melalui perkongsian dengan syarikat-syarikat serantau dan global, sebagai tambahan kepada usaha penemuan dalaman, bagi mempercepatkan terapi kombinasi yang berkesan bagi pesakit yang hidup dengan penyakit hati kronik.

Maklumat mengenai elafibranor

Elafibranor adalah calon produk saluran utama bagi GENFIT. Elafibranor adalah sejenis ubat yang diambil melalui mulut, sekali sehari dan yang pertama dalam kelasnya yang bertindak melalui laluan alfa/delta yang diaktifkan oleh proliferator dwi peroksisom yang dibangunkan untuk merawat, khususnya, steatohepatitis bukan alkohol (NASH), yang mana ia telah diberikan Penunjuk Pantas. GENFIT percaya, berdasarkan kepada keputusan klinikal setakat ini, bahawa elafibranor mempunyai potensi untuk menangani pelbagai aspek NASH, termasuk keradangan, kepekaan insulin, profil lipid/metabolik, dan penanda hati. Hasil daripada satu kajian Fasa 3 di dalam pesakit yang mempunyai NASH dijangka diketahui pada suku keempat tahun 2019. Hasil ujian klinikal Fasa 2 juga menunjukkan bahawa elafibranor mungkin merupakan satu rawatan yang berkesan untuk PBC, sejenis penyakit hati yang teruk. Elafibranor telah diberikan Penunjuk Terapi  Penemuan Ulung untuk petunjuk ini.

Maklumat mengenai NASH

Steatohepatitis bukan alkohol (NASH) adalah satu bentuk penyakit hati berlemak bukan alkohol yang teruk (NAFLD), yang disebabkan oleh pengumpulan lemak berlebihan di dalam hati. NASH dikaitkan dengan keradangan hati kronik dan kecederaan sel hati, dan ia boleh menyebabkan fibrosis, sirosis, dan akhirnya kanser hati atau kegagalan hati. Kadar global bagi NAFLD dan NASH meningkat dengan pesat, seiringan dengan peningkatan kadar obesiti. Pada masa ini tiada ubat yang diluluskan untuk rawatan NASH.

Maklumat mengenai PBC

PBC adalah sejenis penyakit kronik di mana kerosakan pada saluran hempedu boleh menghalang keupayaan hati untuk menyingkirkan toksin daripada tubuh dan boleh menyebabkan parut pada tisu hati yang dikenali sebagai sirosis.

Maklumat mengenai Terns Pharmaceuticals
Terns Pharmaceuticals, Inc. adalah sebuah syarikat farmaseutikal peringkat klinikal yang memberi tumpuan kepada penemuan dan pembangunan ubat-ubatan untuk penyakit hati kronik dan kanser. Berpusat di China dan Amerika Syarikat, syarikat itu sedang memajukan sebuah saluran bagi calon-calon ubat bagi rawatan steatohepatitis bukan alkohol (NASH) dan kanser, merentasi pelbagai modaliti. Terns memanfaatkan kepakaran bertaraf dunia di dalam biologi penyakit, kimia perubatan, dan pembangunan klinikal, untuk membawa terapi baharu yang mempunyai masa depan yang cerah kepada pesakit di China dan pasaran global yang lain.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ternspharma.com and www.ternspharma.com.cn

Maklumat mengenai GENFIT

GENFIT adalah sebuah syarikat biofarmaseutikal peringkat akhir yang khusus kepada penemuan dan pembangunan penyelesaian terapeutik dan diagnostik yang berinovatif dalam penyakit yang berkaitan metabolik dan hati di mana terdapat keperluan perubatan yang tidak dipenuhi, sepadan dengan kekurangan rawatan yang diluluskan. GENFIT adalah peneraju di dalam bidang penemuan ubat berasaskan reseptor nuklear dengan mempunyai sejarah yang kaya dan warisan saintifik yang mantap yang merangkumi hampir dua dekad. Calon ubat yang paling maju, elafibranor, pada masa ini sedang dinilai di dalam ujian klinikal Fasa 3 yang utama (“RESOLVE-IT”) sebagai rawatan berpotensi untuk NASH, dan GENFIT merancang untuk memulakan ujian klinikal Fasa 3 dalam PBC pada akhir tahun ini berikutan keputusan Fasa 2 yang positif. Sebagai sebahagian daripada pendekatan komprehensif GENFIT terhadap pengurusan klinikal bagi pesakit NASH, syarikat itu juga sedang membangunkan satu ujian diagnostik in vitro berasaskan darah yang baharu, bukan invasif dan mudah untuk mendapatkan akses bagi mengenal pasti pesakit yang mempunyai NASH yang mungkin merupakan calon yang sesuai untuk terapi ubat. Dengan kemudahan di Lille dan Paris, Perancis, dan Cambridge, MA, Amerika Syarikat, Syarikat itu mempunyai kira-kira 160 orang pekerja. GENFIT adalah sebuah syarikat awam yang disenaraikan di Pasaran Terpilih Global Nasdaq dan di dalam ruang B di pasaran yang dikawal oleh Euronext di Paris (Nasdaq dan Euronext: GNFT). www.genfit.com

KAWASAN BAHARU CHONGQING LIANGJIANG BANGKIT DARIPADA KEMUNDURAN EKONOMI PEDALAMAN KEPADA PEMBUKAAN HAB

CHONGQING, China, 25 Jun (Bernama) -- Satu usaha sama logistik pintar telah memulakan pembinaan pada 18 Jun. Meliputi sebuah kawasan seluas 326 mu (21.7 hektar) dengan jumlah pelaburan sebanyak AS$250 juta, projek itu dibangunkan bersama oleh syarikat Singapura Kumpulan Freight Links, Kumpulan Figtree dan Chongqing Pucheng Logistics Co. , Ltd.

Projek ini merupakan satu daripada yang pertama di bawah Inisiatif Demonstrasi China Singapura (Chongqing) mengenai Kebersambungan Strategik, yang termasuk satu taman logistik pintar dan tiga segmen perniagaan. Taman logistik pintar itu berupaya untuk membolehkan parkir pintar, pendaftaran, kedudukan dan penghantaran tepat masa bagi keadaan lalulintas serta pemantauan tepat masa berhubung keadaan tenaga, lalulintas, persekitaran di taman itu. Tiga segmen perniagaan itu termasuk pengangkutan pelbagai model antarabangsa, pengangkutan domestik dan rantaian bekalan antara bandar, yang meliputi perniagaan teras mereka di pasaran global.

Chongqing, perbandaran terbaharu China yang ditadbir secara langsung di bawah kerajaan pusat, telah secara rasmi diwujudkan pada 18 Jun, 1997. Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang, kawasan baharu peringkat kebangsaan yang pertama di pedalaman China, telah diwujudkan pada hari yang sama 13 tahun kemudian.

Pembinaan bagi projek logistik pintar itu jelas menyokong peningkatan pertukaran ekonomi dan perdagangan di antara Chongqing dan Singapura ketika perbandaran itu menandakan ulang tahunnya ke-22 dan kawasan baharu itu merayakan ulang tahunnya yang kesembilan, menurut Duan Chenggang, seorang pegawai kanan Chongqing yang mengawasi pentadbiran bagi Kawasan Baharu Liangjiang.

Projek itu akan bersungguh-sungguh menggalakkan perintegrasian pembukaan sumber di Kawasan Baharu Chongqing dan Liangjiang, sekali gus meningkatkan kepentingan Koridor Perdagangan Laut-Darat Antarabangsa Baharu, dan menyepadukan sepenuhnya ke dalam pembangunan bersama Inisiatif Belt and Road dan pembangunan Kawasan Ekonomi Sungai  Yangtze, kata Duan.

Selepas sembilan tahun menerokai dan mengamalkan pembukaan sebagai sebuah kawasan pedalaman, Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang telah melengkapkan transformasi daripada sebuah kawasan mundur ekonomi pedalaman kepada sebuah pembukaan hab, untuk menjadi sebuah destinasi penting bagi pelaburan, pelancongan dan aliran masuk bakat di dunia. Lebih daripada 150 perusahaan Fortune 500 telah mewujudkan kehadiran mereka di rantau itu, manakala lebih daripada 3,000 projek pelaburan bernilai lebih 1.4 bilion yuan telah ditandatangani. Industri baru muncul strategik di kawasan baharu itu telah berkembang lebih daripada 20 peratus, ekonomi digital sebanyak lebih daripada 30 peratus dan perdagangan asing dengan sebanyak lebih daripada 15 peratus. Nilai tambah bagi industri kewangan kini menyumbang lebih daripada 18 peratus daripada KDNK tempatan, manakala perbelanjaan R&D mencapai 3.6 peratus daripada KDNK tempatan, mempamerkan momentum pembangunan berkualiti tinggi yang kukuh.

Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang sedang membina sebuah pembukaan pedalaman, pelabuhan dan hab logistik antarabangsa dengan platform teras seperti Pelabuhan Guoyuan,  kawasan pelabuhan yang terikat, pusat kewangan antarabangsa Jiangbeizui dan bandar raya konvensyen dan pameran Yuelai. Dengan memberi tumpuan kepada Taman Perindustrian Ekonomi Digital Liangjiang, Bandar Raya Eko Pintar Lijia dan Zon Inovasi Usaha Sama Liangjiang, Kawasan Baharu itu sedang berkembang ke arah sebuah bandar raya inovasi, kecerdasan dan masa hadapan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi: 
http://www.liangjiang.gov.cn

Sumber: Jawatankuasa Pentadbiran Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang

--BERNAMA

Monday, June 24, 2019

Permainan dalam talian: kerjasama Razer-Visa mengubah cara pembayaran di Asia Tenggara

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Razer, jenama gaya hidup untuk peminat permainan video yang terkemuka di dunia, bekerjasama dengan Visa, peneraju dalam pembayaran digital di peringkat antarabangsa untuk mengubah cara pembayaran di Asia Tenggara.

Kerjasama itu akan mengintegrasikan penyelesaian prabayar Visa dalam e-dompet Razer Pay untuk membolehkan pengguna membuat pembayaran di 54 juta lokasi peniaga di rangkaian global Visa dan membawa kemasukan kewangan kepada penduduk di Asia Tenggara yang tidak mempunyai akaun bank dan kurang mendapat perkhidmatan.

"Visa dan Razer Fintech bersama-sama berpeluang untuk mengubah pengalaman pembayaran bukan hanya untuk komuniti permainan tetapi juga pelanggan di Asia Tenggara yang tidak mempunyai akaun bank dan kurang mendapat perkhidmatan," kata Presiden Serantau Visa (Asia Pasifik), Chris Clark.

Di bawah inisiatif ini, cabang teknologi kewangan Razer, Razer Fintech dan Visa akan membangunkan penyelesaian prabayar Visa maya untuk dimasukkan ke dalam e-dompet Razer Pay, membolehkan sehingga 60 juta pengguna Razer membuat pembayaran di mana sahaja Visa diterima.

Penyelesaian prabayar akan melengkapi tawaran sedia ada Razer Pay, termasuk tambah nilai mudah alih, pendahulu dalam kredit maya dan pembelian produk hiburan iaitu muzik dan perkhidmatan penstriman.

Penyelesaian kad prabayar bersepadu itu juga akan menawarkan pengguna kaedah tambah nilai dan wang tunai mudah yang disediakan Razer Pay, disokong oleh rangka kerja privasi dan keselamatan yang canggih.

Kerjasama itu juga bertujuan untuk memperkasakan segmen penerima awal dan memperkenalkan keupayaan perancangan kewangan yang interaktif dan mudah bagi meningkatkan tahap celik kewangan penduduk Asia Tenggara.

Razer Fintech dan Visa merancang penyelesaian iitu dilaksanakan secara berperingkat di negara-negara terpilih di seluruh Asia Tenggara pada bulan-bulan akan datang, sebelum mengembangkannya di peringkat global.

-- BERNAMA

HYTERA MEMENANGI ANUGERAH "LTE ATAU PERANTI HIBRID BAHARU TERBAIK" PADA CCW2019

KUALA LUMPUR, Malaysia, 20 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada Anugerah Komunikasi Kritikal Antarabangsa (ICCA) 2019 yang diadakan pada 18 Jun di Kuala Lumpur, Malaysia, peranti LTE&TETRA penumpuan Hytera untuk lebih banyak aplikasi –  PTC760 telah dianugerahkan sebagai “LTE atau Peranti Hibrid Baharu Terbaik.”
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20190619005449/en/



Anak syarikat Hytera, Sepura juga telah memenangi "Penggunaan Terbaik Komunikasi Kritikal dalam Pengangkutan” untuk usaha mereka dengan Lapangan Terbang Heathrow, “Penggunaan Terbaik bagi Komunikasi Kritikal di dalam Pasaran Menegak yang Lain” untuk usaha mereka dengan Shell Pulau Bukom, dan “Sumbangan Cemerlang kepada Komunikasi Kritikal” yang dianugerahkan kepada rakan sekerja Sepura, Mark Rayne.

Hytera PTC760 Radio Termaju Pelbagai mod adalah peranti hibrid TETRA LTE yang berevolusi yang menawarkan platform yang ideal untuk perkhidmatan suara kritikal dan data jalur lebar. Menyediakan suatu pengalaman komunikasi yang disatukan, telefon bimbit yang kaya dengan ciri-ciri ini dengan pelbagai pilihan sambungan adalah penyelesaian komunikasi yang ideal untuk situasi kritikal.

Menerima anugerah itu pada majlis ICCA di Kuala Lumpur, Yelin Jiang, Naib Presiden Eksekutif di Hytera menyatakan, “Ia adalah satu penghormatan yang besar untuk Hytera dan anak-anak syarikat untuk menerima anugerah ini sebagai mengiktiraf usaha kami yang tidak henti-henti di dalam industri komunikasi profesional di seluruh dunia.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12262

Thursday, June 20, 2019

SMALL GIANT GAMES MENGUMUMKAN PENGEMBANGAN EPIK UNTUK FRANCAIS POPULAR EMPIRES & PUZZLES

Ciri-ciri Termasuk Kemas Kini Pelbagai Asas, Peningkatan Tahap Kubu dan sebuah Bangunan Baharu yang Diberi Nama Hunter’s Lodge


SAN FRANCISCO, 20 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Small Giant Games (“Small Giant”), sebuah anak syarikat milik Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA), sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif, mengumumkan satu pengembangan epik kepada francais popular mereka, Empires & Puzzles. Pengembangan itu, yang disokong oleh permintaan pemain, mempunyai kemas kini asas yang signifikan termasuk satu peningkatan ke atas paras maksimum kubu dari 20 kepada 21 serta versi lanjutan bagi lombong, ladang, unit penyimpanan dan rumah. Sebuah bangunan baharu, Hunter's Lodge, juga diperkenalkan, bagi membolehkan pemain untuk menghasilkan barang-barang perang yang baharu.

“Sejak pasukan Small Giant menyertai keluarga Zynga pada tahun lalu, kami telah begitu tertarik oleh kebijaksanaan mereka yang berterusan di dalam membuat inovasi dalam Empires & Puzzles, satu asas untuk portfolio kami bagi francais selama-lamanya,” kata Bernard Kim, Presiden bagi Penerbitan di Zynga. “Mencakupi pemain-pemain yang penuh ghairah, pengembangan ini menunjukkan komitmen pasukan itu dalam mewujudkan pengalaman yang paling menyeronokkan untuk komuniti Empires & Puzzles.”

Zynga telah memperolehi Small Giant yang berpusat di Helsinki pada Januari 2019. Small Giant membawa bersama mereka sebuah pasukan pembangunan yang berpengalaman dan satu lagi francais selama-lamanya kepada portfolio perkhidmatan langsung Zynga dengan Empires & Puzzles, yang menggabungkan pertarungan 3 perlawanan yang boleh diperolehi dengan unsur-unsur permainan yang lebih mendalam seperti koleksi wira, bangunan asas dan perikatan sosial.

Sejak membuat kemunculan buat pertama kali pada tahun 2017, Empires & Puzzles telah dimuat turun lebih daripada 34 juta kali dan telah mencapai kedudukan terlaris # 1 di 57 buah negara di Apple App Store dan 24 buah negara di Google Play. Tajuk hit itu juga telah menembusi 10 Teratas bagi carta Permainan Terlaris dalam gabungan 124 buah negara di Apple App Store dan Google Play.

Pengembangan terkini Empires & Puzzles terutama telah didorong oleh satu daripada pemaju mereka yang berbakat, Sofia Vanhanen. Pada usia 20 tahun, Vanhanen adalah di antara pemaju wanita muda yang bekerja di dalam industri permainan mudah alih. Sebagai seorang pemain yang sangat menggemari Empires & Puzzles, beliau menyertai Small Giant setelah menamatkan pengajian beliau di universiti dalam bidang sains komputer.

“Ini adalah satu impian yang menjadi kenyataan untuk bekerja ke atas satu permainan yang anda sudah begitu ghairah mengenainya,” kata Vanhanen. “Saya dapat membawa perspektif saya sebagai seorang peminat untuk melaksanakan idea-idea baharu yang akan digemari oleh pemain kita. Saya tidak sabar untuk melihat apa yang difikirkan oleh semua orang tentang kemas kini asas yang baharu itu.”

Nota Editor = Menyokong aset pegun dan video: 
https://app.box.com/s/wyywt4moif6gqj4v062gvogrysxfwc1i

Maklumat mengenai Zynga Inc.
 
Zynga adalah sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif dengan satu misi untuk menghubungkan dunia melalui permainan. Setakat ini, lebih daripada satu bilion orang telah memainkan francais Zynga termasuk CSR Racing™, Empires & Puzzles™, Merge Dragons!™, dan Words With Friends™. Permainan Zynga boleh didapati di lebih daripada 150 buah negara dan boleh dimainkan di seluruh platform sosial dan peranti mudah alih di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 2007, syarikat itu beribu pejabat di San Francisco dengan mempunyai lokasi di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Ireland, India, Turki dan Finland. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zynga.com atau ikuti Zynga di Twitter dan Facebook

Kenyataan yang Berpandangan ke Hadapan

Siaran media ini mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan, yang berkaitan dengan, antara lain, perkembangan masa hadapan dan kemas kini kepada Empires & Puzzles. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan sering kali merangkumi kata-kata seperti “pandangan,” “unjuran,” “dirancang,” “berhasrat,” “akan,” “menjangka,” “percaya,” “sasaran,” “mengharapkan,” dan kenyataan dalam bentuk kala kelak yang pada umumnya berpandangan ke hadapan. Pencapaian itu atau kejayaan ke atas perkara itu mencakupi oleh kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang melibatkan risiko, ketidakpastian, dan anggapan yang signifikan. Kebergantungan tidak wajar tidak harus diletakkan pada kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu, yang didasarkan kepada maklumat yang ada kepada kami pada tarikh tersebut. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini kenyataan tersebut. Maklumat lanjut mengenai risiko, ketidakpastian, dan andaian ini adalah atau akan diterangkan dengan lebih terperinci dalam pemfailan awam kami dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (“SEC”), salinannya boleh diperolehi dengan melayari laman web Hubungan Pelabur kami di http: http://investor.zynga.com atau di laman web SEC di www.sec.gov.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
http://www.businesswire.com/news/home/20190618005014/en

Hubungi

Hubungan Media Zynga:
Sarah Ross
sarah@zynga.com | (310) 924-1404

Kenny Johnston
kjohnston@zynga.com | (602) 999-1890

Kjell Vistad | Gilberto Williams-Gamboa
ONE PR Studio (bagi pihak Zynga di Amerika Syarikat) / zynga@oneprstudio.com / (510) 893-3271

Sumber : Zynga

PENYELESAIAN KOMUNIKASI TANPA WAYAR PROFESIONAL DAN PERSENDIRIAN HYTERA UNTUK SEBUAH DUNIA YANG LEBIH SELAMAT

PENYELESAIAN KOMUNIKASI TANPA WAYAR PROFESIONAL DAN PERSENDIRIAN HYTERA UNTUK SEBUAH DUNIA YANG LEBIH SELAMAT

PERKHIDMATAN "GAYA PENGURUS RUMAH MENJIMATKAN MASA DAN LANGKAH UNTUK PERUSAHAAN DI KAWASAN PEMBANGUNAN EKONOMI & TEKNOLOGI NANNING KEBANGSAAN

NANNING, China, 20 Jun, 2019 /Xinhua-AsiaNet/--

Untuk mengoptimum dan memudahkan kelulusan bagi pembinaan projek perindustrian, agar dapat berkhidmat secara tepat dan berkesan kepada perusahaan, dan untuk terus merangsangkan vitaliti pasaran dan kreativiti sosial, sejak April tahun ini, Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Kebangsaan telah melaksanakan satu sistem perkhidmatan “gaya pengurus rumah” untuk kelulusan projek. Di bawah pengaruh sistem perkhidmatan "gaya pengurus rumah” itu, jumlah keseluruhan bagi permohonan dokumen untuk projek kelulusan projek pembinaan di Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Kebangsaan telah dikurangkan dari 34 yang dikehendaki oleh bandar raya Nanning kepada 31. Pemprosesan dioptimumkan dari 13 langkah yang diperlukan oleh bandar raya Nanning kepada 10 langkah. Sejak awal tahun ini, Biro Kelulusan Pentadbiran bagi Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Kebangsaan telah menerima sejumlah 146 permohonan kelulusan untuk projek-projek kejuruteraan, dengan kadar penyiapan sebanyak 100%, menurut Jawatankuasa Pengurusan Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Kebangsaan.

Biro Kelulusan Pentadbiran bagi Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Kebangsaan menyediakan “Pengurus Rumah Am” dan “Butler Profesional” untuk kesemua projek perindustrian dan membimbing perusahaan untuk memendekkan masa bagi kelulusan untuk projek pembinaan. Melalui model pengurusan “penerimaan sehenti, latihan sehenti, bimbingan sehenti, pemprosesan sehenti”, ia menyediakan perkhidmatan kerajaan untuk kelulusan projek perusahaan dengan “penerimaan tidak bersyarat untuk semakan, penyelarasan tanpa had, susulan keseluruhan proses, dan komunikasi lancar”.

Pada 14 Mei, He Jinxing, ketua bagi Projek Nanning untuk Guangxi Liuzhou Pharmaceutical Co., Ltd., datang ke Pusat Perkhidmatan Pentadbiran bagi Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Kebangsaan untuk pendaftaran bagi fasa kedua projek itu. Ia mengambil masa hanya tiga minit dari penyerahan bahan-bahan kepada kelulusan dengan cop setem.

“Dalam pemprosesan untuk fasa pertama bagi projek itu pada tahun 2013, syarikat kami telah mengupah empat orang untuk pergi ke jabatan berlainan untuk memohon bagi pelbagai permit. Ia mengambil masa setengah tahun hanya untuk mendapatkan satu permit pembinaan projek,” kata He Jinxing. “Sekarang kelulusan itu sentiasa diselaraskan. Kami hanya perlu menyediakan bahan-bahan mengikut senarai keperluan, mengemukakan bahan-bahan pembinaan kepada ‘pengurus rumah’ yang disediakan oleh Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi, dan mempunyai satu kaunter di tapak pemprosesan. ‘Pengurus rumah’ itu juga menyediakan perkhidmatan satu-dengan-satu daripada kelulusan projek kepada penerimaan penyiapan, sekali gus menyelamatkan kami dengan begitu banyak masa.”

Seorang pekerja dari Nanning Yanxiang Equipment Technology Co., Ltd. berkata bahawa di bawah bimbingan “pengurus rumah” itu, penerimaan penyiapan projek syarikat  itu dipendekkan lagi dari tiga hari bekerja kepada satu hari.

“Semua jabatan dan pejabat yang berkaitan telah disambung dengan lancar dan bersedia terlebih dahulu, supaya perusahaan dapat merasakan perkhidmatan pada sepanjang masa, dan mempunyai suatu pengalaman kepuasan proses yang sepenuhnya.” Menurut Nong Shiying, timbalan pengarah bagi Biro Kelulusan Pentadbiran bagi Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Kebangsaan,  kajian lukisan dan pemfailan pembinaan dipendekkan dari tiga hari bekerja yang diperlukan oleh Bandar raya Nanning City kepada dua hari bekerja, pelepasan permit pembinaan dikurangkan dari lima hari bekerja kepada tiga hari bekerja, dan jumlah masa untuk kelulusan pembinaan projek dikurangkan dari 47 hari bekerja kepada 42 hari bekerja. Oleh itu ia sangat mempercepatkan penyelesaian dan pengeluaran perusahaan di kawasan tersebut. Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Kebangsaan akan menyelaras dan mengoptimumkan seterusnya proses kelulusan dan memperluaskan sistem perkhidmatan “gaya pengurus rumah” dari perusahaan perindustrian ke bidang lain.
 
Sumber: Jawatankuasa Pengurusan Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Kebangsaan

--BERNAMA

Wednesday, June 19, 2019

CROWN BIOSCIENCE MENGUMUMKAN EMPAT MODEL NASH PRAKLINIKAL BAHARU DALAM PEMBANGUNAN

- Menegaskan Lagi Komitmen kepada Penemuan Ubat NASH -


SAN DIEGO, 19 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Crown Bioscience, syarikat perkhidmatan penemuan dan pembangunan ubat-ubatan global yang menyediakan platform translasi untuk meningkatkan penyelidikan penyakit onkologi, keradangan, kardiovaskular dan metabolisme hari ini mengumumkan bahawa empat model NASH translasi praklinikal baharu dalam pembangunan.

NASH ialah penyakit hati degeneratif yang menjejaskan sehingga 12 peratus populasi dewasa di seluruh dunia dan tanpa rawatan, ia dijangka menjadi punca utama pemindahan hati pada 2020. Pada masa ini, tiada ubat yang diluluskan untuk merawat NASH.

CrownBio tekad dengan komitmennya terhadap komuniti pembangunan ubat NASH menerusi kajian dan pembangunan model NASH praklinikal boleh translasi yang berterusan. Pelaburan yang berdedikasi ini bakal menjadikan empat model baharu tersedia sepanjang 12 bulan seterusnya.

Model tersebut termasuklah:
  • Model murin yang dipertingkatkan secara kimia menggunakan karbon tetraklorida
  • Model diet diubah suai seperti amylin, MCD, atau diet kurang kolina lain yang lebih menyerupai diet barat dan memburukkan fibrosis
  • Model murin teraruh diet dipercepat
  • Model NHP teraruh diet dipercepat             
Model ini akan menyertai platform NASH CrownBio sedia ada yang termasuk model MS-NASH (sebelum ini dikenali sebagai FATZO), model murin obesiti, dismetabolisme dan diabetes generasi seterusnya yang menunjukkan fibrosis hati yang dipercepat dan diburukkan lagi di bawah pemberian karbon tetraklorida dan model NHP obes, dismetabolik dan diabetes spontan yang menghidap NAFLD/NASH serupa dengan manusia.

“Kami terus membuktikan komitmen mendalam kami dalam membangunkan model NASH praklinikal yang baharu dan relevan,” kata Jim Wang, naib presiden kanan kajian penyakit kardiovaskular dan metabolik. “Penambahan model baharu ini akan menubuhkan platform peneraju pasaran untuk mempercepatkan penemuan ubat NASH.”

Menyokong Hari NASH Antarabangsa 2019:
Bagi menyokong Hari NASH, CrownBio akan mengadakan webinar yang membentangkan penyelesaian untuk cabaran berkaitan permodelan praklinikal NASH. CrownBio akan mendermakan $25 untuk setiap orang yang menghadiri webinar kepada Institut Hati Global.

Lawati https://www.crownbio.com/nash-day-webinar untuk mendaftar.

Kajian NASH Baharu:
CrownBio baru-baru ini membentangkan dua poster tentang model MS-NASH di Sesi Saintifik Persatuan Diabetes Amerika ke-79, pada awal minggu ini.

Perihal Crown Bioscience Inc.

Crown Bioscience, sebuah syarikat JSR Life Sciences ialah syarikat perkhidmatan penemuan dan pembangunan ubat-ubatan global yang menyediakan platform translasi untuk melanjutkan penyelidikan penyakit onkologi dan metabolisme. Dengan pelbagai model dan alat ramalan relevan, Crown Bioscience membolehkan pelanggan memberikan calon klinikal yang lebih baik.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati:
https://www.crownbio.com
https://www.jsrlifesciences.com

Pertanyaan Media:
Jody Barbeau
Crown Bioscience Inc.
marketing@crownbio.com

SUMBER : Crown Bioscience 

GRADIANT MELANCARKAN BAHAN KIMIA CURE UNTUK INDUSTRI PENTING DUNIA

Portfolio menyeluruh lebih 300 formulasi kimia proprietari dengan kepakaran di lapangan dan perkhidmatan bertaraf dunia yang meningkatkan ke...