BERN, Switzerland, 17 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Acara blok rantai Asia yang sangat dinanti-nantikan Forum Blok Rantai Sedunia · Singapura & Anugerah Blok Rantai Sedunia · Asia akan diadakan pada 22 dan 23 Jun, 2019 di Marina Bay Sands di Singapura. Persidangan itu akan mengumpulkan lebih daripada 4,000 elit global dari kerajaan, persatuan, agensi pengawalseliaan, institusi pelaburan, pihak-pihak projek blok rantai, teknologi kewangan dan media untuk membincangkan arah haluan dan inovasi industri, bersama-sama mengiktiraf perintis dan sumbangan industri untuk menggalakkan industri itu dan mencapai pembangunan yang sihat dan pesat!
Forum Blok Rantai Sedunia Singapura & Anugerah Blok Rantai Sedunia Asia itu akan dianjurkan bersama oleh S BLOCK. Sebagai sebuah platform pengurusan aset digital yang berkembang pesat, S BLOCK telah dibangunkan untuk industri blok rantai. Platform yang berkembang pesat ini bertujuan untuk memberi perkhidmatan kepada ekosistem kewangan digital dan berhasrat untuk dikomersilkan menjelang akhir tahun 2019. Slogan S BLOCK adalah “melepaskan aset digital anda.” Platform itu juga menyediakan kepada pelabur dengan akses kepada mata wang kripto yang utama seperti Bitcoin (BTC) Ethereum (ETH), serta mata wang kripto yang nic, untuk lebih mendemokrasikan akses pasaran bagi pelabur. Dengan satu budaya korporat yang cemerlang dan pengalaman teknikal yang terkemuka, S BLOCK bersedia untuk menjadi pemimpin pasaran di dalam industri blok rantai.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12249
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MBI SELANGOR PACU AGENDA ESG DENGAN LAPORAN KELESTARIAN PERTAMA 2024/2025
“YAB Dato’ Sri Amirudin Shari, Dato Menteri Besar Selangor (tengah) bersama-sama YB Dato’ Dr Haniff Zainal Abidin, Pegawai Kewangan Negeri S...
-
Aplikasi Pelbagai Bahasa Tabelog untuk Pengembara Antarabangsa — Perkhidmatan Carian dan Tempahan Restoran Terbesar Jepun Alami Dunia Kulina...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
Dari kiri: Timbalan Ketua Eksekutif BSN, Mujibburrahman Abd Rasid, Ketua Eksekutif BSN , Jay Khairil Jeremy Abdullah, Ketua Pegawai Ekseku...
No comments:
Post a Comment