Wednesday, June 26, 2019

Dua Akauntan bertauliah Malaysia diterima sebagai felo

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Dua Akauntan bertauliah Malaysia, Anthony Lee dan Anees Hazleena, baru-baru ini dianugerah felo, pengiktirafan tertinggi dalam profesion perakaunan.

Felo Akauntan Bertauliah merupakan anugerah atas pencapaian kerjaya dan sumbangan cemerlang kepada profesion tersebut melalui perniagaan dan usaha masyarakat.

Anugerah itu disampaikan oleh Presiden Akauntan Bertauliah Australia dan New Zealand, Stephen Walker di sini.

Beliau berkata anugerah itu diiktiraf di peringkat antarabangsa atas komitmennya untuk membangunkan kemakmuran jangka panjang untuk pelanggan dan masyarakat, dan pada masa yang sama mengekalkan standard etika pada tahap tertinggi.

Anees menyuarakan penghargaannya ke atas pengiktirafan sebagai akauntan bertauliah.

Menurutnya sebagai akauntan bertauliah, beliau dilatih supaya berfikir secara kritis dan analitikal, yang akhirnya mendorong beliau untuk melaksanakan tanggungjawabnya dengan berkesan.

Anees ialah Ketua Kewangan sektor Pemasaran dan Perdagangan Gas Asli Cecair, Perniagaan Gas dan Tenaga Baharu, PETRONAS, dan melaksanakan peranan sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Syarikat PETRONAS LNG Sdn Bhd.

Akauntan Berkanun Australia dan New Zealand ialah badan profesional yang terdiri daripada lebih 120,000 orang. Maklumat lanjut boleh diperoleh www.charteredaccountantsanz.com
-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

OXMIQ Labs dan AM Intelligence Labs Bekerjasama Membina Salah Satu Platform Pengkomputeran AI Berkuasa Tenaga Boleh Baharu Terbesar di Dunia

  OXMIQ Labs dan AM Intelligence Labs sedang membangunkan salah satu platform pengkomputeran AI berkuasa tenaga boleh baharu terbesar di dun...