TOKYO, 7 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Otsuka Chemical Co., Ltd. (Ibu pejabat: Chuo-Ku, Osaka; Presiden & Pengarah Perwakilan: Takeharu Harashima; selepas ini “Otsuka Chemical”) mengumumkan bahawa ia telah berjaya mengambil alih sebahagian dari perniagaan Cefixime dari Astellas Pharma, Inc. (Ibu pejabat: Chuo-Ku, Tokyo; Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif: Kenji Yasukawa, Ph.D., selepas ini "Astellas Pharma").
Melalui perjanjian ini, Otsuka Chemical memperoleh perniagaan Cefixime daripada Astellas Pharma untuk membekalkan API (Bahan Aktif Farmaseutikal) kepada pemegang lesen luar negara bersama-sama dengan aset seperti kontrak milik perniagaan pelesenan dan tanda niaga. Ini bermakna kemasukan syarikat kami ke dalam perniagaan API, yang mengakibatkan pengukuhan perniagaan berkaitan antibiotik bersepadu dari perantaraan kepada API.
Cefixime yang dibangunkan oleh Astellas Pharma adalah cephalosporin generasi ketiga dengan aktiviti antibakteria terhadap bakteria gram-positif dan gram-negatif dan ia secara meluas digunakan di seluruh dunia.
Sebagai tambahan kepada bidang perniagaan utama bahan kimia, Otsuka Chemical akan terus mengukuhkan teknologi pembuatan API berkualiti tinggi dan kuasa pemasaran dan jenama mereka untuk mempromosikan perniagaan berkaitan farmaseutikal dan perniagaan CMO dengan memanfaatkan teknologi utama yang terdapat dalam bidang organik dan bahan kimia bukan organik.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12219
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Moove Berjaya Mengumpulkan Dana AS$250 Juta pada Penilaian AS$2.1 Bilion untuk Memperluaskan Infrastruktur Global yang Menjadi Asas kepada Mobiliti Berautonomi
Pembiayaan Siri C yang diterajui oleh Mubadala Investment Company ("Mubadala") dan diterajui bersama oleh Woven Capital (Toyota) s...
-
Aplikasi Pelbagai Bahasa Tabelog untuk Pengembara Antarabangsa — Perkhidmatan Carian dan Tempahan Restoran Terbesar Jepun Alami Dunia Kulina...
-
NetBox Copilot mempercepatkan operasi dan automasi, disamping menyediakan keupayaan layan diri kepada pasukan bukan IT NEW YORK, 12 Feb (B...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
No comments:
Post a Comment