Wednesday, June 12, 2019

TREND BAHARU DALAM PENGUNTUKAN ASET: LAPORAN MERCER MENGAMBIL NADI BAGI PELAN PERSARAAN MERENTASI GLOB

  • Laporan Mercer mendedahkan penguntukan aset dan trend pelaburan pada hampir AS$5 trillion1 dalam aset di bawah pengurusan (AUM) daripada skim pencen kerajaan, korporat dan skim pencen mandatori merentasi Amerika Latin, Timur Tengah, Afrika dan Asia.
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Malaysia telah meningkatkan penguntukan ekuiti asing mereka, dan meningkatkan usaha untuk mempelbagaikan portfolio, termasuk pendedahan yang lebih tinggi kepada alternatif.
  • Penguntukan aset bagi kedua-dua KWSP dan dana pencen kerajaan (KWAP) digabungkan mengekalkan kecenderungan yang kukuh untuk ekuiti domestik dan sekuriti pendapatan tetap kerajaan Malaysia.
  • Di peringkat global, pendedahan kepada ekuiti telah meningkat sejak tahun 2017 - penguntukan ekuiti meningkat kira-kira 8%, dari 32% kepada 40%, sehingga mengorbankan pendapatan tetap.
  • Liberalisasi pasaran membolehkan lebih banyak portfolio dipelbagaikan melalui peningkatan pendedahan kepada aset asing dengan mengorbankan aset domestik.
 
KUALA LUMPUR, Malaysia, 12 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mercer, sebuah pemimpin perunding global dalam memajukan kesihatan, kekayaan dan kerjaya, dan sebuah anak syarikat milik sepenuhnya Marsh & McLennan Companies (NYSE: MMC) melancarkan terbitan sulung mereka Trend Penguntukan Aset Pasaran Pertumbuhan: Landskap Yang Berkembang, satu laporan yang memberikan pandangan mengenai penguntukan aset dan trend pelaburan yang mempengaruhi aset dana pencen yang berjumlah hampir AS$5 trilion dalam AUM merentasi Amerika Latin, Timur Tengah, Afrika dan Asia.

Laporan Mercer mencatatkan perubahan yang ketara di dalam penguntukan aset yang luas di kalangan negara-negara, dengan didorong oleh faktor pengawalseliaan serta keadaan pasaran, seperti paras tinggi bagi kadar faedah tempatan yang menyokong pelaburan dalam pendapatan tetap dan tunai domestik.

Dari analisis AUM, 56 peratus daripada aset adalah dari skim pencen korporat dan kerajaan di Asia. Aset dari Jepun terutamanya sangat signifikan dengan sistem pencen kerajaan yang dibiayai di Jepun sebagai yang terbesar di dunia dengan aset berjumlah AS$1.5 trilion.

Di peringkat global, purata penguntukan adalah 46% untuk pendapatan tetap, 40% untuk ekuiti, 4% untuk alternatif dan 10% untuk tunai/lain-lain. Kedudukan ini mewakili satu peningkatan di dalam ekuiti dan satu penurunan di dalam pendapatan tetap sepanjang tempoh pengukuran itu, masing-masing dari 32% dan 57%. Bias kediaman yang signifikan  kekal, tetapi Mercer menjangkakan trend bagi liberalisasi pasaran akan berterusan ketika   perubahan pengawalseliaan menyokong pelaburan global yang lebih meluas.

Selain daripada peningkatan dalam pendedahan ekuiti secara keseluruhan, Mercer juga mencatatkan satu peningkatan dalam aset asing berbanding dengan aset domestik. Sebagai sebahagian daripada keseluruhan portfolio ekuiti, purata pendedahan asing meningkat dari 45% kepada 49%, dengan pergerakan yang lebih jelas dalam pendapatan tetap, di mana pendedahan asing bergerak dari 16% kepada 23%. Anjakan ini ketara di Jepun, Korea Selatan, Malaysia dan Taiwan ketika pelabur mencari kepelbagaian geografi yang lebih besar.

Fiona Dunsire, Pemimpin Kekayaan Mercer untuk Pasaran Pertumbuhan berkata, “Pelabur di seluruh Amerika Latin, Timur Tengah, Afrika dan Asia kini menghadapi beberapa cabaran: mereka berusaha untuk mencapai hasil pelaburan yang lebih baik, tetapi dalam banyak kes juga menghadapi batasan pengawalseliaan terhadap jumlah aset yang mereka boleh labur di luar negara asal mereka, dan pada masa yang sama menangani peralihan politik, ekonomi dan demografi yang sedang berlaku.”

Beliau meneruskan, “Ketika pelabur mempelbagaikan portfolio mereka di seluruh dunia, mereka perlu menilai bagaimana untuk mengakses peluang-peluang pelaburan terbaik, dan pada kos yang betul.”

Janet Li, Pemimpin Kekayaan Mercer untuk Asia, berkata banyak negara di Asia melihat pengembangan dan perubahan yang hampir pasti di dalam sistem pencen mereka.

“Seperti pasaran pertumbuhan yang lain, Asia melihat kajian semula dan pembaharuan pencen dengan kedua-dua penubuhan bagi sistem pencen yang baharu dan dipertingkatkan, dan satu peralihan umum ke arah sumbangan yang ditetapkan, jauh dari pelan faedah yang ditetapkan,” kata Cik Li.

“Dengan lebih separuh daripada kelas menengah dunia menetap di Asia dan pengembangan dalam struktur dan penyampaian pencen, penyelesaian pelaburan yang efektif adalah penting untuk memenuhi keperluan masa depan bagi masyarakat Asia yang meningkat tua,” kata beliau.

Pecahan Serantau

Asia

Di Asia, kami memperhatikan peruntukan yang berbeza dari satu negara kepada negara yang lain. Di Thailand dan Indonesia, pendapatan tetap dan baki tunai yang tinggi adalah tersebar luas (penguntukan pendapatan tetap Thailand adalah 73%, manakala imbangan tunai Indonesia berjumlah 45%). Sebaliknya, penguntukan ekuiti Hong Kong sebanyak 66% adalah yang paling tinggi di Asia, dengan didorong sebahagian besarnya oleh pemilihan Tabung Kumpulan Wang Simpanan Mandatori kepada dana gaya hidup dan dana ekuiti kendiri. Jepun, Korea Selatan, Malaysia, dan Taiwan jatuh di bahagian tengah, masing-masing memegang ekuiti antara 38%-44%. Korea Selatan (11%) dan Taiwan (9%) mempunyai pendedahan terbesar kepada alternatif.

Jepun (+13%) dan Korea Selatan (+8%) mencatatkan kenaikan material dalam portfolio ekuiti mereka sepanjang tempoh itu ketika mereka mencari peluang untuk meningkatkan pulangan yang diharapkan. Terdapat satu peralihan yang ketara dari aset domestik kepada aset asing, terutamanya di Jepun, Korea Selatan, Malaysia, dan Taiwan, ketika pelabur mencari kepelbagaian geografi yang lebih besar.

Nota kepada Editor
 
Tinjauan itu mencerminkan tarikh pelaporan yang berlainan mengikut sumber, walaupun semua sumber “semasa” adalah dari 2017-2018 merentasi Amerika Latin, Timur Tengah, Afrika dan Asia. 14 bidang kuasa diwakili di dalam data laporan (Argentina, Brazil, Chile, Colombia, Mexico, Peru, Afrika Selatan, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Malaysia, Taiwan dan Thailand). Perbandingan data sebelum ini biasanya lima tahun sebelum tarikh sumber “semasa” itu, tetapi sekali lagi berbeza berdasarkan kepada ketersediaan data.

Data agregat telah disusun berdasarkan kepada asas wajaran aset; oleh itu, pelabur dengan pangkalan aset yang besar mencondongkan hasil data lebih daripada pelabur yang lebih kecil. Maklumat yang terkandung di dalam ini telah diperolehi daripada pelbagai sumber pihak ketiga. Walaupun maklumat tersebut dikatakan boleh dipercayai, Mercer tidak berusaha untuk mengesahkannya secara bebas.

Maklumat mengenai Mercer

Mercer menyampaikan penyelesaian nasihat dan yang dipacu teknologi yang membantu organisasi untuk memenuhi keperluan kesihatan, kekayaan dan kerjaya bagi perubahan tenaga kerja. Lebih 23,000 orang pekerja Mercer berpangkalan di 44 buah negara dan firma itu beroperasi di lebih 130 buah negara. Mercer adalah sebuah anak syarikat milik sepenuhnya Marsh & McLennan Companies  (NYSE: MMC), firma perkhidmatan profesional global yang terkemuka dalam bidang risiko, strategi dan orang ramai. Dengan 75,000 rakan sekerja dan pendapatan tahunan yang mencecah hampir $17 bilion melalui syarikat-syarikat terkemuka di pasaran mereka termasuk MarshGuy Carpenter dan Oliver Wyman, Marsh & McLennan membantu pelanggan mengemudi sebuah persekitaran yang semakin dinamik dan kompleks. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mercer.com. Ikuti Mercer di Twitter @Mercer.

1 Data pada tarikh yang paling terkini yang tersedia untuk setiap negara; sila rujuk laporan penuh untuk maklumat lanjut.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190611006071/en/

Hubungi

Yumeko Leung
+61 447 042 101
yumeko.leung@mercer.com

Sumber : Mercer

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...