KUALA LUMPUR, Malaysia, 19 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- UCK Network memulakan jerayawara global pada 13 Jun di Sidang Kemuncak Asia TEAMZ di Kuala Lumpur. Ia telah menarik lebih 2,000 orang tetamu termasuk pegawai kerajaan, bank, modal barisan hadapan, bursa, media dan firma perundingan dari pelbagai negara dan wilayah. Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif bagi UCK Network, Moses Ma, dan Pengasas bersama, Leo Hu, telah dijemput untuk memperkenalkan projek UCK Network itu.
Pada sidang kemuncak itu, Leo Hu terutamanya telah memperkenalkan bagaimana UCK Network memperolehi sejumlah besar pengguna di dalam aplikasi mereka yang popular dan berdasarkan kepada itu UCK telah membina sebuah ekologi blok rantai yang berjaya. Pengenalan itu sangat diperakui oleh tetamu.
Pembangunan industri Blok rantai telah menarik perhatian banyak pihak, sekali gus menjadikannya satu trend untuk diceburi. Bagaimanapun, orang biasa masih menghadapi banyak sekatan untuk turut serta.
Dalam perlombongan, ambang kemasukan adalah terlalu tinggi disebabkan oleh kos yang tinggi bagi kaedah perlombongan tradisional dan perisian perlombongan yang tidak mesra pengguna. Dalam perdagangan, sejumlah besar mata wang dan bursa menyebabkan kesulitan kepada pelabur biasa. Dalam DAPP yang menjalankan pelancaran bagi aplikasi Blok rantai juga mempunyai antara muka yang tidak mesra pengguna dan menghadapi kekurangan saluran pengedaran. Di samping itu, kunci peribadi yang sepatutnya memastikan keselamatan akaun pengguna adalah rumit untuk digunakan dan untuk disimpan, selain itu, apabila ia hilang, aset digital tidak dapat dipulihkan. Kesemua masalah ini menjadi penghalang bagi orang biasa untuk mengambil bahagian di dalam Blok rantai dan oleh itu menghalang perkembangan bagi keseluruhan industri itu.
Oleh itu, Leo Hu menegaskan bahawa adalah penting untuk membina infrastruktur pintar untuk memecahkan halangan bagi dunia Blok rantai itu.
Kelebihan terbesar dari UCK Miner adalah akses yang mudah dengan kos yang rendah. Pengguna dapat menggunakan tanpa memiliki pengetahuan mengenai pengaturcaraan dan perkakasan. UCK miner boleh dikendalikan dengan hanya menggunakan komputer peribadi dan teknologi pelbagai penggalian mereka yang membolehkan pengguna untuk memperoleh pendapatan yang stabil secara mudah dari perlombongan yang optimum.
UCK miner itu juga dilengkapi dengan sebuah dompet berbilang fungsi supaya pengguna dapat melakukan urus niaga pasaran atas kaunter dalam pelbagai mata wang dan menukar akaun di antara bursa. Ini telah banyak mengurangkan kerumitan di dalam pengurusan pelaburan rentas bursa. Selain itu, UCK telah membina sebuah kedai DAPP yang membolehkan pengguna untuk memuat turun dan membeli DAPP.
Selepas jerayawara Malaysia, UCK Network akan mengadakan jerayawara di beberapa bandar raya untuk membawa teknologi baharu ini kepada dunia.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20190618006139/en/
Hubungi
Hubungan Media: hz@uck.ltd
Nama Syarikat: UCK Network
Nama Pegawai Yang Boleh Dihubungi: Hive Zhang
E-mel Pegawai Yang Boleh Dihubungi: hz@hivechain.pro
Sumber : UCK Network
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA
EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
BEIJING, 31 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Sebagai sebahagian daripada satu siri acara yang menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan d...
-
ACT Abu Dhabi dibuka untuk perniagaan (Foto: AETOSWire) ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama- BUSINESS WIRE ) -- Arabian Chemic...
No comments:
Post a Comment