KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Razer, jenama gaya hidup untuk peminat permainan video yang terkemuka di dunia, bekerjasama dengan Visa, peneraju dalam pembayaran digital di peringkat antarabangsa untuk mengubah cara pembayaran di Asia Tenggara.
Kerjasama itu akan mengintegrasikan penyelesaian prabayar Visa dalam e-dompet Razer Pay untuk membolehkan pengguna membuat pembayaran di 54 juta lokasi peniaga di rangkaian global Visa dan membawa kemasukan kewangan kepada penduduk di Asia Tenggara yang tidak mempunyai akaun bank dan kurang mendapat perkhidmatan.
"Visa dan Razer Fintech bersama-sama berpeluang untuk mengubah pengalaman pembayaran bukan hanya untuk komuniti permainan tetapi juga pelanggan di Asia Tenggara yang tidak mempunyai akaun bank dan kurang mendapat perkhidmatan," kata Presiden Serantau Visa (Asia Pasifik), Chris Clark.
Di bawah inisiatif ini, cabang teknologi kewangan Razer, Razer Fintech dan Visa akan membangunkan penyelesaian prabayar Visa maya untuk dimasukkan ke dalam e-dompet Razer Pay, membolehkan sehingga 60 juta pengguna Razer membuat pembayaran di mana sahaja Visa diterima.
Penyelesaian prabayar akan melengkapi tawaran sedia ada Razer Pay, termasuk tambah nilai mudah alih, pendahulu dalam kredit maya dan pembelian produk hiburan iaitu muzik dan perkhidmatan penstriman.
Penyelesaian kad prabayar bersepadu itu juga akan menawarkan pengguna kaedah tambah nilai dan wang tunai mudah yang disediakan Razer Pay, disokong oleh rangka kerja privasi dan keselamatan yang canggih.
Kerjasama itu juga bertujuan untuk memperkasakan segmen penerima awal dan memperkenalkan keupayaan perancangan kewangan yang interaktif dan mudah bagi meningkatkan tahap celik kewangan penduduk Asia Tenggara.
Razer Fintech dan Visa merancang penyelesaian iitu dilaksanakan secara berperingkat di negara-negara terpilih di seluruh Asia Tenggara pada bulan-bulan akan datang, sebelum mengembangkannya di peringkat global.
-- BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tellus Power Globe Holding Limited, BinHendi Holding dan Sing Family Enterprise Group Menandatangani Perjanjian Usaha Sama untuk Melancarkan Salah Satu Syarikat Pengeluaran Pengecas EV Pertama di Timur Tengah dengan Sokongan Kementerian Pelaburan UAE
IRVINE, California, 18 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Tellus Power Globe Holding Limited (“Tellus Power” atau “Syarikat”), sebuah penyedia...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
NEW YORK, 26 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Computer Generated Solutions, Inc. (CGS), sebuah penyedia global aplikasi perisian, pembelajar...
-
Pemimpin AI UK membuat satu siri pengumuman untuk membantu pelanggan dan rakan kongsi memanfaatkan Revolusi Operasi Data dan AI di QuanCon...
No comments:
Post a Comment