SHANGHAI, 13 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Bursa Aset Digital WBF (WBFex) telah ditubuhkan pada Februari 2018 di Wall Street, New York. Pasukan pengurusan kanan WBFex terdiri daripada elit kewangan dan teknologi masing-masing dari New York, Singapura, dan China. Ia adalah sebuah bursa aset digital luar biasa yang percuma, berkelajuan tinggi dan terjamin yang beroperasi pada rangkaian blok rantai.
Selepas generasi pertama bagi “Bursa Mata Wang Kripto Terpusat” dan generasi kedua “Bursa Aset Digital Berplatform,” WBF berhasrat untuk menjadi pemimpin bagi “Generasi III bagi Bursa Aset Digital” dengan menggunakan pelbagai teknologi keselamatan untuk membina sebuah platform perkhidmatan bersepadu kewangan digital global.
WBFex mempunyai sebuah sistem keselamatan bertaraf bank yang menggunakan teknologi terkemuka di dalam industri seperti sistem serangan DDOS pelbagai tandatangan dan perlindungan tinggi. WBFex menyediakan prestasi paling tinggi bagi perkhidmatan yang selamat, terjamin dan cekap bagi pelabur individu dan pelabur institusi melalui protokol penyelesaian dasar dan penjaga pihak ketiga.
WBFex menawarkan pelbagai produk kewangan digital, termasuk perdagangan spot, pemancangan dan pajakan, penyimpanan aset kripto, perdagangan margin dan keumpilan, kontrak opsyen, kontrak niaga hadapan, kontrak indeks niaga hadapan dan derivatif kewangan lain.
WBFex disambung dengan lebih daripada 3000 perbadanan media terkemuka di seluruh dunia dan mempunyai pejabat fizikal di 13 buah bandar raya bagi kawasan khas blok rantai di seluruh dunia; terus membina empayar pengagregatan lalu lintas yang paling maju.
WBFex merancang untuk melancarkan satu instrumen derivatif baharu, “perdagangan kontrak berterusan” pada Oktober 2019, untuk seterusnya melengkapkan suite produk kewangan digital mereka. Menurut jurucakap mereka, WBFex dijangka akan mempunyai 4.5 juta pengguna berdaftar menjelang 31 Disember, 2019, dan mencapai 18 juta pengguna berdaftar menjelang 30 Jun, 2020, untuk menjadi bursa aset digital terbesar di dunia oleh pengguna berdaftar di seluruh dunia.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20190612005570/en/
Hubungi
WBFex
Alieen Tang
tangying@wbf.io
www.wbfex.com
Sumber : WBFex
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tellus Power Globe Holding Limited, BinHendi Holding dan Sing Family Enterprise Group Menandatangani Perjanjian Usaha Sama untuk Melancarkan Salah Satu Syarikat Pengeluaran Pengecas EV Pertama di Timur Tengah dengan Sokongan Kementerian Pelaburan UAE
IRVINE, California, 18 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Tellus Power Globe Holding Limited (“Tellus Power” atau “Syarikat”), sebuah penyedia...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
NEW YORK, 26 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Computer Generated Solutions, Inc. (CGS), sebuah penyedia global aplikasi perisian, pembelajar...
-
Pemimpin AI UK membuat satu siri pengumuman untuk membantu pelanggan dan rakan kongsi memanfaatkan Revolusi Operasi Data dan AI di QuanCon...
No comments:
Post a Comment