Perkongsian dengan Cardtronics memanfaatkan Allpoint Network untuk membolehkan akses tunai tanpa surcaj pada lebih dari 40,000 ATM Allpoint di seluruh Amerika Syarikat
HOUSTON, 31 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Visa dan Allpoint Network telah bekerjasama bagi memudahkan pelancong yang melawat Amerika Syarikat dari Asia Tenggara untuk mengakses wang mereka tanpa membayar yuran ATM. Di bawah terma perjanjian, pemegang kad yang berdaftar dengan kad prabayar dan kad debit pelancongan Visa daripada institusi kewangan terpilih akan menikmati transaksi surcaj percuma pada lebih 40,000 ATM Allpoint di seluruh Amerika Syarikat. Kad prabayar dan kad debit pelancongan visa yang dikeluarkan oleh 76 institusi kewangan di India, Bangladesh dan Singapura turut dimasukkan ke dalam perjanjian. Kad prabayar dan debit adalah cara yang selamat dan mudah bukan sahaja untuk membayar barangan dan perkhidmatan semasa melancong ke luar negara, tetapi juga untuk mengakses wang tunai. Bagi kebanyakan pelancong, mendapatkan mata wang tempatan paling baik dilakukan di destinasi mereka, dan Allpoint, rangkaian ATM tanpa bayaran surcaj terbesar di dunia, menyediakan akses tunai yang meluas di lokasi runcit premium. "Apabila orang melancong ke luar negara, mereka mahu mengakses wang mereka dengan selamat, mudah dan tanpa membayar banyak yuran," kata Rob Walls, Ketua Produk Pengguna dan Penyelesaian Digital, Asia Pasifik, Visa. "Perjanjian baharu antara Allpoint dan bank-bank yang mengambil bahagian di Asia Tenggara ini memberikan para pemegang kad lebih banyak pilihan untuk menggunakan kad prabayar atau kad debit Visa mereka ketika mereka melancong.” Untuk pengeluar kad Visa yang menyertai, mendapat akses kepada Allpoint Network adalah cara cepat dan cekap untuk menyediakan akses ATM yang memberikan nilai yang kukuh kepada pemegang kad dan penglibatan pelanggan. Bagi pelancong, kebolehan untuk mengakses wang tunai mereka tanpa tambahan surcaj menjadikannya lebih mudah dan kos efektif untuk melawat ATM berkali-kali semasa perjalanan mereka daripada membawa wang tunai yang banyak. "Dengan bekerjasama dengan Cardtronics, Visa dan pengeluarnya dapat meningkatkan ketenangan fikiran dan memberi kemudahan kepada para pemegang kad pelancongan mereka dengan tunai tanpa surcaj di mana sahaja mereka mungkin melancong merentasi Amerika Syarikat," kata Brian Bailey, EVP dan Pengarah Urusan, Amerika Utara. "Cardtronics terus memajukan nilai rangkaian ATM tanpa surcaj Allpoint ke segmen pelanggan baharu, yang membolehkan lebih banyak dan lebih ramai pengguna mendapat faedah sambil mengawal trafik rakan kerjasama runcit kami dan meningkatkan penyampaian perkhidmatan untuk institusi kewangan yang mengambil bahagian.” http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12208 |
Friday, June 7, 2019
ALLPOINT NETWORK DAN VISA BEKERJASAMA UNTUK AKSES TUNAI MUDAH BAGI PEMEGANG KAD ASIA TENGGARA YANG MELANCONG KE AMERIKA SYARIKAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA
EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
BEIJING, 31 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Sebagai sebahagian daripada satu siri acara yang menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan d...
-
ACT Abu Dhabi dibuka untuk perniagaan (Foto: AETOSWire) ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama- BUSINESS WIRE ) -- Arabian Chemic...
No comments:
Post a Comment