Friday, June 14, 2019

TOYOTA ALPHARD/VELLFIRE DENGAN PEMPROSES PENGIKTIRAFAN IMEJ TERMAJU TOSHIBA MEMENANGI ANUGERAH PALING TINGGI JEPUN UNTUK PRESTASI KESELAMATAN PENCEGAHAN

TOKYO, 11 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) hari ini mengumumkan bahawa pemproses pengenalan imej ViscontiTM4 mereka adalah satu komponen utama di dalam sistem bantuan pemandu bagi kenderaan Toyota Motor Corporation (“Toyota”) yang mencatatkan markah yang terkemuka di dalam industri dalam Program Penilaian Kereta Baharu Jepun 2018 (JNCAP), program kerajaan yang menilai keselamatan jalan raya bagi kenderaan baharu. Toyota Alphard/Vellfire telah diisytiharkan sebagai pemenang bagi Anugerah Grand Prix untuk prestasi keselamatan pencegahan, dan Toyota Crown dan Corolla Sport kedua-duanya telah dinilai sebagai ASV[1]+++, tahap paling tinggi untuk kenderaan keselamatan termaju.
 

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:  https://www.businesswire.com/news/home/20190611005369/en/


Kemajuan di dalam sistem bantuan pemandu telah membawa kenderaan autonomi semakin hampir, tetapi juga meningkatkan kebimbangan untuk memastikan jalan raya selamat dan mengurangkan kemalangan jalan raya. Toshiba sedang menyumbang kepada masa depan kenderaan yang selamat dengan menyalurkan pengetahuan mereka dalam rangkaian deep neural dan teknologi sensor dan imejan ke dalam siri ViscontiTM bagi pemproses imej LSI untuk sistem bantuan pemandu termaju (ADAS).

JNCAP telah dimulakan oleh kerajaan Jepun pada tahun 1995 untuk menggalakkan keselamatan bagi kereta baharu yang dilancarkan di Jepun oleh pembuat domestik dan luar negara. Program itu menyatukan keputusan bagi ujian keselamatan kenderaan yang dijalankan oleh Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan (MLIT), dan Agensi Kebangsaan bagi Keselamatan Automotif dan Bantuan Mangsa (NASVA). Ujian meliputi prestasi keselamatan pencegahan, prestasi keselamatan perlanggaran, dan prestasi perlindungan pejalan kaki. Penilaian Prestasi Keselamatan Pencegahan menilai teknologi keselamatan canggih seperti membrek mengurangkan kerosakan.

Toshiba membekalkan ViscontiTM4 kepada kenderaan Toyota sebagai sebahagian daripada Sistem Keselamatan Aktif Berasaskan Kamera Depan milik DENSO Corporation. Keupayaan LSI untuk memproses perbezaan luminans di antara objek dan latar belakang mereka, merealisasikan pengesanan yang lebih baik bagi pejalan kaki pada waktu malam dan dalam keadaan cahaya yang rendah, untuk membantu kenderaan Toyota memenangi markah tinggi dalam menilai untuk membrek mengelakkan perlanggaran bagi pejalan kaki. Alphard/Vellfire yang menyepadukan sistem itu menerima markah tinggi sebanyak 126 mata dan meraih Anugerah Grand Prix untuk penilaian prestasi keselamatan pencegahan, dan semua model Toyota yang mengintegrasikan ViscontiTM4 telah dinilai sebagai ASV +++. 

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...