Wednesday, June 19, 2019

P&G MENGGAMBARKAN SEMULA KREATIVITI UNTUK MENCIPTA SEMULA PENGIKLANAN MENERUSI PERKONGSIAN KREATIF BAHARU YANG BERINOVATIF

P&G memperlihatkan buat kali pertama perkongsian berani dengan John Legend dan Arianna Huffington Thrive Global, usaha kreatif yang cemerlang, dan pengalaman pengguna yang dibolehkan teknologi baharu pada Festival Antarabangsa Cannes Lions bagi Kreativiti 2019 


CANNES, Perancis, 19 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat Procter & Gamble (NYSE: PG) hari ini mengumumkan satu siri perkongsian kreatif baharu yang berinovatif dengan John Legend, Arianna Huffington Thrive Global, dan lain-lain yang menggambarkan semula kreativiti untuk mencipta semula pengiklanan pada masa apabila perubahan diperlukan.

Memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat untuk cerita dan pengalaman yang autentik yang memberi kesan positif kepada masyarakat dan kemanusiaan, perkongsian ini merangkumi penumpuan pengiklanan, kewartawanan, pembuatan filem, muzik, komedi, dan teknologi. Mereka juga membawa bersama inovator kreatif yang menerima kesamaan dan inklusi untuk mewujudkan kreativiti yang lebih menimbulkan inspirasi yang diinginkan oleh mereka yang mahu menikmati pengalaman berulang kali.

“Untuk sekian lama, dunia pengiklanan telah berada di dalam dunia mereka sendiri – terasing daripada industri kreatif yang lain dan menjadi kurang relevan kepada pengguna. Sudah tiba masanya untuk menggambarkan semula kreativiti bagi mencipta semula iklan,” kata Marc Pritchard, Ketua Pegawai Jenama, Procter & Gamble. “Terdapat banyak sumber daya kreativiti yang wujud, dan hari ini P&G mengambil tindakan untuk menggabungkan dunia pengiklanan dengan dunia kreatif yang lain melalui perkongsian yang menggabungkan  kemanusiaan dan memperluaskan pandangan kami tentang apa pengiklanan boleh capai.”

Minggu ini di Festival Antarabangsa Cannes Lions bagi Kreativiti, P&G menggesa industri itu untuk mengetuai gangguan dengan berpadu tenaga dengan dunia kreatif yang lain dan mengumumkan beberapa perkongsian baharu:

Satu perkongsian kreatif dengan John Legend yang mengintegrasikan pelbagai genre untuk menerokai pelbagai aspek kemanusiaan dan pengalaman manusia – seperti keibubapaan, maskuliniti moden, muzik dan keadilan sosial – dengan P&G dan jenama Pampers, Gillette dan SK-II mereka.

Satu perkongsian berasaskan kemanusiaan dengan Arianna Huffington Thrive Global, yang membenamkan “menyusun rapat kebiasaan langkah-langkah mikro” ke dalam jenama P&G seperti Oral-B dan Crest, Pampers, Venus, Secret dan Pantene, dengan menggabungkan sains kognitif dan perilaku dengan sains hayat untuk membantu pengguna mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesihatan harian.

Satu perkongsian yang berani dengan Saturday Morning, satu kolektif kreatif yang berinovatif dan sedar secara sosial yang, bersama-sama dengan P&G, akan pratonton sebuah filem pendek baharu yang diberi nama “THE LOOK” yang menangani masalah isu perkauman, dengan membina di atas kejayaan “The Talk” yang telah memenangi beberapa Lions, termasuk satu Grand Prix.

Satu perkongsian kolektif untuk melancarkan semula Free the Bid ke dalam Free the Work, sebuah khidmat penemuan bakat yang diasaskan oleh pembuat filem yang telah memenangi anugerah Alma Har'el, yang direka khas untuk kaum wanita dan pencipta yang kurang mempunyai representasi bagi membangunkan kisah-kisah baharu kepada dunia yang tidak pernah dialami sebelum ini  – memandangkan kreativiti suka kepada kepelbagaian.

Perkongsian teknologi yang menanamkan teknologi canggih ke dalam jenama untuk mewujudkan pengalaman pengguna yang unggul. P&G LifeLab yang interaktif akan dibuka di Cannes yang menampilkan produk dan pengalaman baharu P&G seperti Oral-B Sense, Olay Skin Advisor, SK-II FutureX Smart Store, My Black is Beautiful, dan satu pengalaman realiti maya yang mendalam dari Verizon Media yang disokong oleh kandungan dari HuffPost.

“Kini, lebih daripada biasa, adalah penting bahawa bagi kita yang mempunyai pengaruh untuk menggunakannya untuk memberi satu impak yang positif kepada dunia. Saya komited untuk menghubungkan orang ramai, membuka hati dan minda mereka dan membantu mereka melihat kebimbangan dan aspirasi masing-masing,” kata penyanyi, penulis lagu, pelakon, aktivis dan penerbit John Legend. “Kita boleh mengubah permainan itu apabila kita bercakap mengenai keadilan, komuniti, keluarga dan bagaimana jenama boleh mencipta produk dan memupuk perbualan yang menjadikan dunia lebih baik. Saya gembira kerana dapat berpadu tenaga dengan sebuah syarikat yang berusaha untuk menjadi satu daya kekuatan demi kebaikan di dunia dan membangunkan karya kreatif yang merangsang fikiran  yang akan mendorong perubahan.”

“Jenama-jenama hebat adalah kebiasaan bagi pengguna mereka – dan jenama P&G adalah kebiasaan harian untuk sehingga 5 bilion pengguna di seluruh dunia,” kata Arianna Huffington, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Thrive Global. “Perkongsian inovatif Thrive dengan P&G memberi tumpuan kepada memanfaatkan detik-detik kebiasaan harian yang berkaitan dengan produk P&G – seperti memberus gigi anda atau menukar lampin – sebagai satu batu loncatan bagi Langkah-langkah Mikro Thrive, cara yang disokong secara saintifik untuk mengurangkan tekanan, memperbaiki kesihatan dan meningkatkan prestasi. Sains tingkah laku menunjukkan bahawa penyusunan kebiasaan – yang menggabungkan satu kebiasaan baharu kepada satu kebiasaan yang sedia ada agar ia menjadi satu rutin yang mapan – adalah cara yang paling pantas untuk membina satu kebiasaan baharu dan menjadikannya kekal. Pada masa di mana tekanan dan kehabisan tenaga dan epidemik kesihatan mental tidak pernah berlaku dahulu, perkongsian kami merupakan satu cara baharu dan penting untuk menyampaikan misi kami bagi meningkatkan kehidupan pengguna dan membantu orang ramai menjalani kehidupan lebih sihat dan lebih memuaskan melalui jenama dan produk yang mereka suka dan guna setiap hari.”

Perkongsian ini dibina dari asas P&G yang diwujudkan pada tahun lepas di Cannes:

Satu perkongsian Katie Couric Media, yang telah menghasilkan program-program yang menarik melalui kemanusiaan dalam kewartawanan – termasuk profil bagi wanita-wanita ulung yang ditaja oleh jenama-jenama P&G Olay, Secret dan Pantene, satu filem pendek mengenai harapan wanita dengan SK-II, satu projek baru-baru ini dengan Gillette mengenai membesarkan anak lelaki, dan satu surat berita harian yang pintar, Wake-Up Call, menawarkan pandangan dan ulasan mengenai berita-berita utama dan ciri-ciri gaya hidup harian.

Pada tahun lepas P&G juga memperkenalkan The Queen Collective dengan Queen Latifah, Tribeca Studios dan United Talent Agency untuk mempercepatkan kesaksamaan jantina dan kaum di sebalik kamera dengan membuat dan mengedarkan filem-filem yang dihasilkan oleh pengarah wanita pelbagai budaya, bermula dengan B'Monet Ballet After Dark dan Haley Elizabeth Anderson If There is Light – dokumentari pendek yang ditayangkan di Festival Filem Tribeca.

Dan P&G sedang bekerjasama dengan National Geographic dan Warga Duniauntuk membangunkan ACTIVATE, satu siri dokumentari yang menimbulkan kesedaran tentang kemiskinan yang melampau, ketidaksamaan dan kelestarian alam sekitar bagi menggerakkan warga dunia untuk memacukan perubahan yang berkekalan.

“Apabila kita bekerjasama dengan mereka yang kreatif yang percaya di dalam pentingnya kesamaan dan inklusi, kita boleh mencipta cerita seperti yang kita tidak pernah alami sebelum ini – kerana kreativiti suka kepada kepelbagaian,” kata Pritchard. “Dan apabila kita mendakap kreativiti melalui kemanusiaan, kita secara tepat boleh mengubah dunia dengan menggunakan suara kita bukan sahaja sebagai satu daya kekuatan untuk pertumbuhan, tetapi sebagai satu daya kekuatan untuk kebaikan.”

Maklumat mengenai P&G LifeLab

Kunjungi P&G Life Lab di Festival Cannes Lions bagi Kreativiti 17 hingga 21 Jun, 9:30 hingga 17:30 di Palais II. Diperkenalkan buat kali pertama di Pameran Elektronik Pengguna pada Januari 2019, P&G LifeLab merupakan pameran yang membenamkan diri yang mempamerkan cara bagaimana kita menggabungkan kejayaan sains dan teknologi dengan pemahaman pengguna yang mendalam untuk menyampaikan inovasi dan pengalaman yang berkaitan yang mengubah kehidupan orang ramai.

Maklumat mengenai P&G
 
P&G memberi perkhidmatan kepada pengguna di seluruh dunia dengan satu daripada portfolio jenama yang paling kukuh, dipercayai, berkualiti, berkepimpinan, yang termasuk Always®, Ambi Pur®, Ariel®, Bounty®, Charmin®, Crest®, Dawn®, Downy®, Fairy®, Febreze®, Gain®, Gillette®, Head & Shoulders®, Lenor®, Olay®, Oral-B®, Pampers®, Pantene®, SK-II®, Tide®, Vicks®, dan Whisper®. Komuniti P&G itu termasuk operasi di kira-kira 70 buah negara di seluruh dunia. Sila layari http://www.pg.com untuk mendapatkan berita dan maklumat terkini berhubung P&G dan jenama mereka.

Kit Media Digital 
https://news.pg.com/cannes-2019-press-kit

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20190616005069/en/

Hubungi

Media:
Andrea Schoff
P&G Global Communications
schoff.ar@pg.com
+1-513-238-4154

Becky East
H&K Global Strategies
becky.east@hkstrategies.com
+44 207 413 3093

Sumber : Procter & Gamble

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...