Thursday, September 30, 2021

ADAGIO THERAPEUTICS MENGUMUMKAN DATA BAHARU YANG MENYERLAHKAN POTENSI ADG20 UNTUK RAWATAN DAN PENCEGAHAN COVID-19

 ADG20 Terus Diterima dengan Baik dalam Kalangan Sukarelawan yang Sihat dengan Separuh Hayat yang Dipanjangkan dan Aktiviti Peneutralan Virus Serum Diperhatikan hingga Enam Bulan dalam Kajian Fasa 1 yang sedang Berlangsung


Data daripada Pemodelan Farmakologi Sistem Kuantitatif/Farmakokinetik Berdasarkan Fisiologi Seluruh Badan Menyokong Penilaian Dos Intraotot 300 mg ADG20 yang Diberikan sebagai Suntikan Intraotot Tunggal dalam Kajian Fasa 2/3 yang sedang Berlangsung

Data akan Dibentangkan Semasa IDWeek 2021 dan Persidangan Discovery on Target tahunan yang ke-19


WALTHAM, Mass., 30 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Adagio Therapeutics, Inc., (Nasdaq: ADGI) sebuah syarikat biofarmaseutikal peringkat klinikal yang menumpukan pada penemuan, pembangunan dan pemerdagangan penyelesaian berasaskan antibodi untuk penyakit berjangkit dengan kemungkinan pandemik, hari ini mengumumkan data baharu daripada program antibodi COVID-19 syarikat. Data enam bulan yang dikemas kini daripada kajian Fasa 1 yang sedang berlangsung bagi ADG20 daloam kalangan peserta sihat dan data mengesahkan pemilihan dos intraotot (IM) 300 mg yang diberikan sebagai suntikan tunggal yang sedang dinilai dalam rawatan Fasa 2/3 global yang sedang berlangsung (STAMP) dan percubaan klinikal pencegahan (EVADE) yang akan dibentangkan semasa empat sesi poster di Persatuan Penyakit Berjangkit Amerika, IDWeek 2021, yang akan diadakan dari 29 Sept – 3 Okt , 2021. Selain itu, ketua pegawai saintifik Adagio, Laura Walker, Ph.D., akan membentangkan subset data ADG20 Fasa 1 serta latar belakang tentang pengenalan dan pengoptimuman calon klinikal antibodi dibezakan ini dalam pembentangan lisan pada Persidangan Discovery on Target Tahunan ke-19 pada 30 Sept, 2021.

“Kekukuhan berterusan data keselamatan dan farmakokinetik daripada kajian Fasa 1 kami adalah menggalakkan dan menyerlahkan lagi potensi yang antibodi seperti ADG20 – yang direka bentuk untuk disampaikan sebagai suntikan IM tunggal yang mujarab, meneutralkan secara meluas – ada pada orang dengan atau berisiko dijangkiti COVID-19,” kata Lynn Connolly, M.D., Ph.D., ketua pegawai perubatan Adagio. “Data Fasa 1 ini digabungkan dengan strategi pemilihan dos kami, yang bergantung pada pendekatan pemodelan kami yang inovatif, telah membolehkan kami memulakan dan memajukan percubaan penting ADG20 kami dalam rawatan dan pencegahan COVID-19. Kami menjangkakan data ini akan menyokong permohonan Pengesahan Penggunaan Kecemasan (EUA) pada suku pertama tahun 2022, yang boleh membolehkan kami membawa pilihan rawatan yang penting kepada pesakit.”

Kemas Kini Percubaan Fasa 1
Adagio sedang menilai ADG20 dalam kajian Fasa 1 terawak, dubel-buta, dos meningkat tunggal dikawal plasebo untuk menilai keselamatan dan kebolehtoleransian, farmokinetik (PK), keimunogenan, dan aktiviti peneutralan virus serum ex vivo ADG20 terhadap SARS-CoV-2. Data daripada titik waktu penilaian enam bulan mengesahkan tempoh separuh hayat lanjutan ADG20, yang menghampiri 100 hari berdasarkan data daripada dos IM 300 mg yang diberikan sebagai suntikan tunggal. Selain itu, peneutralan virus serum titer pada enam bulan selepas dos IM 300 mg ADG20 adalah serupa dengan titer puncak yang diperhatikan dengan vaksin mRNA-1273 dan melebihi titer yang dicapai dengan siri vaksin AZD1222. Lebih penting lagi, ADG20 dapat diterima dengan baik dengan tiada kesan buruk (AE) berkaitan ubat kajian, atau tapak suntikan atau reaksi hipersensitif yang dilaporkan sepanjang tiga bulan susulan merentasi semua kohort. Peserta akan terus diikuti hingga 12 bulan untuk menilai keselamatan dan kebolehtolerasian, PK, keimunogenan, dan aktiviti peneutralan virus serum.

Maklumat Poster Fasa 1: (633) Hasil Awal daripada Kajian Dos Menaik Tunggal Fasa 1 yang Menilai Keselamatan, Titer Antibodi Peneutralan Serum Virus (sVNA), dan Profil Farmakokinetik (PK) bagi ADG20: Antibodi Monoklon Separuh Hayat Lanjutan Sedang Dibangunkan untuk Rawatan dan Pencegahan Penyakit Koronavirus (COVID-19)

Strategi Pemilihan Dos
Untuk menyokong pemilihan dos bagi percubaan klinikal STAMP Fasa 2/3 dan EVADE global Adagio, syarikat telah mengubah suai model sistem farmakologi kuantitatif seluruh badan farmakokinetik berdasarkan fisiologi (QSP/PBPK) sedia ada untuk mencirikan PK bagi antibodi monoklon separuh hayat yang dilanjutkan dalam serum dengan lebih baik dan tapak utama bagi pereplikaan virus dalam saluran pernafasan. Model Adagio meramalkan secara a priori dengan mencukupi tentang PK serum ADG20 yang diperhatikan dalam primat bukan manusia dan manusia (NHP). Model ini dioptimumkan dengan lebih lanjut berdasarkan data daripada percubaan klinikal Fasa 1 Adagio, kemudian digunakan untuk pemilihan dos untuk STAMP dan EVADE.

Untuk percubaan rawatan STAMP, data yang dikumpulkan sehingga kini mencadangkan regimen IM 300 mg mempunyai keupayaan diunjurkan untuk mencapai dan mengekalkan paras sasaran di tapak tisu utama pereplikaan virus, termasuklah keupayaan untuk mencapai penghunian reseptor SARS-CoV-2 yang hampri lengkap (> 90%) dan tahan lama (> 28 hari) merentasi pelbagai julat beban virus. Selain itu, untuk percubaan pencegahan EVADE, data yang dikumpul sehingga kini mencadangkan regimen 300 mg IM mempunyai keupayaan yang diunjurkan untuk melebihi paras serum sasaran dengan pantas dalam kebanyakan pesakit simulasi dan mengekalkan paras yang berkemungkinan berkesan hingga 12 bulan.

Maklumat Poster Pemilihan Dos
  • (1086) Model Farmakologi Sistem Kuantitatif Farmakokinetik Berdasarkan Fisiologi (QSP/PBPK) Seluruh Badan yang priori Ramalkan Farmakokinetik Intraotot (IM) bagi ADG20: Antibodi Monoklon Separuh Hayat Lanjutan Sedang Dibangunkan untuk Rawatan dan Pencegahan Penyakit Koronavirus (COVID-19)
  • (1089) Penggunaan Model Farmakologi Sistem Kuantitatif Farmakokinetik Berdasarkan Fisiologi (QSP/PBPK) Seluruh Badan untuk menyokong Pemilihan Dos ADG20: Antibodi Monoklon Separuh Hayat Lanjutan Sedang Dibangunkan untuk Pencegahan Penyakit Koronavirus (COVID-19)
  • (1088) Model Farmakologi Sistem Kuantitatif Farmakokinetik Berdasarkan Fisiologi (QSP/PBPK) Seluruh Badan untuk menyokong Pemilihan Dos ADG20: Antibodi Monoklon Separuh Hayat Lanjutan Sedang Dibangunkan untuk Rawatan Penyakit Koronavirus (COVID-19)
Percubaan klinikal STAMP dan EVADE sedang dijalankan dan menerima pendaftaran pesakit secara global. Untuk maklumat lanjut, sila lawati clincialtrials.gov.

Perihal ADG20
ADG20, antibodi monoklon yang menyasarkan protein pepaku SARS-CoV-2 dan koronavirus yang berkaitan, sedang dibangunkan untuk pencegahan dan rawatan COVID-19, penyakit yang disebabkan oleh SARS-CoV-2. ADG20 direka bentuk dan dijuruterakan untuk memiliki kemujaraban tinggi dan peneutralan meluas terhadap SARS-CoV-2 dan sarbecovirus klad 1 tambahan, dengan menyasarkan epitop yang amat terpelihara dalam domain pengikat reseptor. ADG20 menunjukkan aktiviti peneutralan mujarab terhadap strain SARS-CoV-2 serta semua varian membimbangkan. ADG20 mempunyai potensi untuk memberikan impak terhadap pereplikaan virus dan penyakit seterusnya melalui berbilang mekanisme tindakan, termasuklah sekatan terus masukan virus ke dalam hos sel (peneutralan) dan menghapuskan sel hos yang dijangkiti melalui aktiviti efektor imun semula jadi berantarakan Fc. ADG20 dimasukkan dengan suntikan intraotot tunggal, membolehkan dan direka bentuk untuk mempunyai separuh hayat yang lama, dengan matlamat untuk memberikan perlindungan yang cepat dan tahan lama. Adagio sedang memajukan ADG20 melalui berbilang percubaan klinikal secara global.

Perihal Adagio Therapeutics
Adagio (Nasdaq: ADGI) ialah syarikat biofarmaseutikal peringkat klinikal yang berfokus pada penemuan, pembangunan dan pengkomersialan penyelesaian berdasarkan antibodi untuk penyakit berjangkit dengan kemungkinan pandemik. Portfolio antibodi syarikat telah dioptimumkan menggunakan keupayaan kejuruteraan antibodi peneraju industri Adimab dan direka bentuk untuk memberikan pesakit dan klinisian gabungan kemujaraban, kelebaran, perlindungan tahan lama (melalui lanjutan separuh hayat), keupayaan pengeluaran dan keupayaan mampu milik yang berkuasa. Portfolio antibodi SARS-CoV-2 Adagio merangkumi berbilang antibodi yang tidak bersaing dan meneutralkan secara meluas dengan epitop pengikat ketara, yang dibimbing ADG20. Adagio telah mempunyai kapasiti pengeluaran bagi penghasilan ADG20 dengan pengeluar kontrak pihak ketiga untuk menyokong penyelesaian percubaan klinikal dan pelancaran komersial awal. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.adagiotx.com.

Pernyataan Prospektif
Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan prospektif dalam makna Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Perkataan seperti “menjangkakan,” “percaya,” “mengharapkan,” “berniat,” “mengunjurkan,” dan “masa hadapan” atau ungkapan yang serupa bertujuan untuk mengenal pasti pernyataan prospektif. Pernyataan prospektif merangkumi pernyataan tentang, antara yang lain, masa, kemajuan dan hasil kajian praklinikal kami dan percubaan klinikal ADG20, termasuk masa permohonan EUA kami yang dirancang, permulaan dan penyempurnaan kajian atau percubaan dan kerja persiapan yang berkaitan, tempoh apabila keputusan percubaan akan tersedia dan program penyelidikan dan pembangunan kami; keupayaan kami untuk mendapatkan dan mengekalkan kelulusan kawal selia untuk calon produk kami; keupayaan kami untuk mengenal pasti pesakit dengan penyakit yang dirawat oleh calon produk kami dan mendaftarkan pesakit ini dalam percubaan klinikal kami; keupayaan dan strategi pengeluaran kita; dan keupayaan kami untuk berjaya mengkomersialkan calon produk kami. Kami mungkin tidak mencapai rancangan, niat atau jangkaan yang didedahkan pada pernyataan prospektif kami dan anda tidak patut meletakkan kebergantungan tidak wajar pada pernyataan prospektif kami. Pernyataan prospektif ini melibatkan risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan hasil sebenar berbeza secara material berbanding hasil yang dijelaskan dalam atau tersirat oleh pernyataan prospektif, termasuk tanpa had, risiko yang diterangkan bawah tajuk “Faktor Risiko” dalam prospektus Adagio yang difailkan dengan Securities and Exchange Commission (“SEC”) pada 6 Ogos 2021 dan pada laporan masa hadapan Adagio untuk difailkan dengan SEC, termasuk Laporan Suku Tahunan Adagio pada Borang 10-Q bagi suku tahun yang berakhir pada 30 Jun 2021. Risiko tersebut mungkin akan bertambah dengan pandemik COVID-19. Pernyataan prospektif yang terkandung dalam siaran akhbar ini dibuat pada tarikh ini dan Adagio tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini maklumat tersebut kecuali diperlukan bawah undang-undang berkenaan.

Maklumat Hubungan:

Orang Hubungan Media:
Dan Budwick, 1AB
Dan@1abmedia.com

Maklumat Hubungan Pelabur:
Monique Allaire, THRUST Strategic Communications
monique@thrustsc.com 


SUMBER : Adagio Therapeutics, Inc.

Wednesday, September 29, 2021

MELISSA MENINGKATKAN JUALAN DAN SOKONGAN UNTUK PERNIAGAAN CHINA

Fokus Asia Pasifik yang semakin berkembang mencerminkan sifat asas pengurusan alamat dalam operasi perniagaan global dan komunikasi pelanggan

RANCHO SANTA MARGARITA, Calif., 28 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Melissa, pembekal utama bagi penyelesaian kualiti data dan pengurusan alamat global, hari ini mengumumkan peningkatan jualan dan sokongan untuk perniagaan China, melanjutkan capaian syarikat dan menggambarkan kepentingan pasaran Asia Pasifik yang semakin berkembang pesat menginginkan alat dan perkhidmatan kualiti data.

Melissa memahami bahawa pengurusan alamat pintar ialah asas kepada operasi perniagaan yang lancar. Alat syarikat adalah bersifat global dan dioptimumkan untuk memacu komunikasi perniagaan yang lebih baik, perhubungan pelanggan yang lebih menguntungkan dan kelebihan daya saing. Perkhidmatan tersedia secara meluas kepada mana-mana firma dengan pangkalan pelanggan yang pelbagai, dan kebanyakannya digunakan dalam perkhidmatan kewangan, jagaan kesihatan dan e-dagang.

“Kecemerlangan dalam data pelanggan adalah berasaskan alamat yang betul dan lengkap – memberikan asas yang kukuh untuk aktiviti kritikal yang sebaik-baiknya berlaku dalam masa nyata, seperti mengetahui inisiatif Kenali Pelanggan Anda, pengesahan identiti dan langkah antipenipuan, serta penyertaan pelanggan yang lancar,” kata Edmund Ng, Pengarah Jualan Serantau, Asia Pasifik, Melissa. “Dengan jejak global semasa kami, kami merupakan sumber data yang telah terbukti untuk perniagaan yang berpangkalan di Jepun, Hong Kong dan Singapura. Kami menghargai tahap sokongan tempatan dan kepakaran teknikal yang tinggi dan kini boleh menambahkan nilai yang banyak kepada pasaran Asia Pasifik.”

Pejabat global Melissa menawarkan akses yang mudah, dalam negara kepada perkhidmatan dan kakitangan Melissa. Jejak global syarikat juga merangkumi pejabat di Amerika Utara, Jerman, United Kingdom, India, Australia, dan Singapura. Hubungi +65-8-2997442 atau e-mel kepada info.cn@melissa.com untuk berhubung secara terus kepada kakitangan yang menyokong perniagaan Asia Pasifik Melissa. Untuk berhubung dengan ahli pasukan kecerdasan global Melissa yang lain, layari https://www.melissa.com/ atau hubungi 1-800-MELISSA.

Perihal Melissa
Sejak 1985, Melissa telah mengkhusus dalam penyelesaian kecerdasan global untuk membantu organisasi mendapatkan data tepat bagi pandangan pelanggan yang lebih meyakinkan. Lebih daripada 10,000 klien di seluruh dunia dalam arena seperti runcit, pendidikan, jagaan kesihatan, insurans, kewangan, dan kerajaan, bergantung pada Melissa untuk perisian pengesahan kualiti data dan ID yang penuh, termasuk padanan data, pengesahan dan perkhidmatan peningkatan untuk memperoleh cerapan kritikal dan memacu perhubungan pelanggan yang bermakna. Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau percubaan produk percuma, lawati https://www.melissa.com/ atau hubungi 1-800-MELISSA (635-4772).

Orang hubungan media
Greg Brown
Naib Presiden, Pemasaran Global, Melissa
greg.brown@Melissa.com
+1-800-635-4772 x1130

Jacqueline Zerbst
MPowered PR untuk Melissa
pr@mpoweredpr.com
+1-877-794-6777

Sumber: Melissa

--BERNAMA

BANDAR RAYA JINGXI MELAKSANAKAN STRATEGI PEMBANGUNAN DAN PEMBUKAAN UNTUK MEMBANGUNKAN SEBUAH BANDAR RAYA PUSAT SERANTAU

Kapsyen: Pelabuhan Longbang, Jingxi, China

Kapsyen: Penduduk kampung di sempadan memasukkan maklumat kargo import dan eksport ke dalam sistem perisytiharan kastam.


JINGXI, China, Sept. 28, 2021 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Ekspo China-ASEAN ke-18 telah diadakan di Nanning, Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang dari 10 hingga 13 September. Semasa ekspo tersebut, Bandar raya Jingxi telah menandatangani 5 projek dengan pedagang, dengan jumlah pelaburan lebih RMB 29.4 bilion, menurut Jabatan Publisiti bagi Bandar raya Jingxi.

Pada persidangan penggalakan pelaburan Ekspo China-ASEAN itu, pemimpin utama bagi Jingxi menyatakan bahawa bandar raya itu akan mengukuhkan sokongan untuk perdagangan asing dan perusahaan pemprosesan tempatan, menggalakkan pembinaan bangunan kilang standard bagi pemprosesan komoditi dan transformasi beransur-ansur dan peningkatan perdagangan bersama kepada pemprosesan tempatan, memperluaskan jumlah perdagangan asing, dan mengembangkan secara bertenaga pemprosesan tempatan. Bandar raya itu akan berusaha untuk mewujudkan sebuah kerajaan, undang-undang, kebudayaan, pasaran dan persekitaran sosial yang bertaraf kelas pertama untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti bagi usahawan. 

Jingxi adalah satu daripada laluan darat penting yang menghubungkan barat daya China ke Asia Tenggara, yang bersempadan dengan Vietnam dengan sempadan sepanjang 152.5km. Ia mempunyai pelabuhan  peringkat pertama Longbang, pelabuhan peringkat kedua Yuexu dan 4 pasaran perdagangan hadapan. Pada Mac 2020, Majlis Negara China meluluskan penubuhan Pembangunan Utama Guangxi Baise dan Pembukaan Zon Perintis, dan peranan Jingxi sebagai sebuah kawasan utama bagi zon perintis itu. Pada Januari 2021, Guangxi telah meluluskan penubuhan Zon Kerjasama Ekonomi Sempadan Jingxi. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Jingxi telah melakukan usaha terbaik dalam perdagangan perbatasan, pengurangan kemiskinan, pelancongan, dan pembinaan bandar, dan telah membuat kemajuan dalam pembangunan dan pembukaan sempadan. Dari Januari hingga Julai tahun ini, volum perdagangan asing bagi Jingxi mencapai RMB 138.3 bilion, dengan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 51%. 

Dalam beberapa tahun akan datang, Jingxi akan terus melaksanakan “Lima Strategi” bagi pembangunan dan pembukaan, pencergasan semula luar bandar, pembangunan bandar raya perindustrian, pelancongan holistik, dan peningkatan mutu bandar. Bandar raya itu akan mempromosikan pembangunan berkualiti tinggi bagi Kawasan Terkemuka Jingxi bagi Pembangunan Utama Guangxi Baise dan Pembukaan Zon Perintis, pengembangan bagi demonstrasi dan kawasan utama bagi kestabilan, keselamatan, kemakmuran dan kekayaan sempadan, dan pembinaan “dua daerah dan sebuah bandar raya” sebagai bandar raya pusat serantau bagi kerjasama China-ASEAN.
 
Sumber: Jabatan Publisiti bagi Bandar raya Jingxi
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=402030
 
   Kapsyen: Pelabuhan Longbang, Jingxi, China
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=402042
 
   Kapsyen: Penduduk kampung di sempadan memasukkan maklumat kargo import dan eksport ke dalam sistem perisytiharan kastam.
 
--BERNAMA

TALKWALKER MEMPERCEPATKAN JENAMA KEPADA KECERDASAN PENGGUNA YANG BOLEH DILAKSANAKAN

 


SINGAPURA, 29 Sept., 2021/Medianet International-AsiaNet/--
 
Talkwalker mengumumkan dua produk baharu untuk mengukuhkan Platform Pencepatan Kecerdasan Pelanggan(TM) mereka, dan membantu menyampaikan pemusatan pelanggan merentas perusahaan

Talkwalker[https://www.talkwalker.com/], syarikat kecerdasan pengguna #1, hari ini mengumumkan pelancaran dua produk baharu. Ini akan mengukuhkan Platform Pencepatan Kecerdasan Pengguna(TM) mereka di samping pertumbuhan bagi keupayaan pendengaran sosial mereka. Produk baharu ini akan menyampaikan jenama kecerdasan pengguna yang boleh dilaksanakan untuk memacukan impak perniagaan.

Platform Talkwalker, yang dikuasakan oleh teknologi Blue Silk(TM), kini termasuk tiga produk terkemuka di dalam industri:
- Kepintaran Pasaran: Menyediakan analisis trend pengguna dan set data industri waktu nyata, dengan sebuah aplikasi bagi setiap kategori, kepada inovasi yang pantas. Meliputi pelbagai industri termasuk barangan pengguna, hiburan, kesihatan & kesejahteraan.
- Kepintaran Pelanggan: Mewujudkan satu pandangan pelanggan tunggal yang unik dengan menggabungkan data pelanggan, pengguna, sosial, penilaian, dan ulasan. Menyediakan jenama dengan pandangan waktu nyata yang boleh dilaksanakan, agar mereka dapat memperoleh keuntungan dengan serta-merta.
- Kecerdasan Sosial: Satu perluasan bagi keupayaan pendengaran sosial mereka yang mendalam pada skala, untuk membantu syarikat melindungi, mengukur, dan mempromosikan jenama mereka.
 
“Masa depan bagi kecerdasan pengguna ada pada kita,” kata Tod Nielsen, Ketua Pegawai Eksekutif Talkwalker. “Produk dan platform baharu kami memperluaskan keupayaan pendengaran kami yang mendalam kepada bidang baharu, melengkapkan jenama dengan pandangan yang dapat memberi manfaat kepada mereka dengan kadar segera. Hanya Talkwalker yang dapat membantu mereka mendekati pelanggan mereka berbanding sebelum ini, dan membolehkan mereka untuk membentuk produk, kempen, dan perkhidmatan bagi memenuhi permintaan pasaran yang terus meningkat.” 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15042

APA YANG HALANG ANDA? - DATUK WIRA DR. AZIZAN OSMAN -100 USAHAWAN JUTAWAN BERSAMA MENJADIKAN MALAYSIA GEMILANG SEMULA

 

100 usahawan jutawan PKS di bawah bimbingan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman telah berkongsikan perjalanan jatuh bangun dan tindakan mereka bagi kembangkan bisnes meskipun krisis pandemik yang menjadi inspirasi dan pengajaran buat orang ramai terutama bangsa usahawan secara virtual pada Jumaat hingga Ahad lalu. - Kredit RichWorks International

SHAH ALAM, 27 Sept (Bernama) --  "Kalau mereka (usahawan jutawan) boleh, apa yang menghalang anda? Kenapa anda tak boleh?," soal Mentor Usahawan dan Pakar Pemasaran No.1 Asia, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.
 
Dr. Azizan berkata, usahawan jutawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di bawah RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) mengalami perubahan bila ada impian disusuli dengan 'nak' yang sangat tinggi membuatkan adanya tindakan berterusan selain daripada ilmu, strategi yang betul dan terbukti ada ‘results’.
 
Katanya, mereka ini komited, nak belajar, dengar cakap dan sanggup keluar daripada zon selesa untuk mencapai apa yang tak biasa capai.
 
"Ramai orang ada impian, namun ada dua jenis orang iaitu mereka ada niat untuk jadikan ia kenyataan manakala kedua pula skeptikal dengan potensi untuk capainya.
 
"Jenis kedua ini ramai dan saya sendiri sebelum ini salah seorang sangsi, tak percaya dan yakin dengan potensi diri sendiri," katanya ketika perkongsian sebelum mula hari terakhir Titan Summit 2021 semalam.
 
Seramai 100 usahawan jutawan dari lebih 20 industri berkongsikan perjalanan jatuh bangun mereka termasuk tindakan berdepan cabaran krisis pandemik pada waktu ini secara virtual dan percuma buat orang ramai khususnya bangsa usahawan.
 
Tambah beliau, usahawan jutawan itu juga asalnya banyak tak percaya dengan diri dan hidup dalam kesusahan namun ada seseorang atau sesuatu berikan inspirasi kepada mereka.
 
"Anda jenis orang yang mana? Nak jadikan impian sebagai kenyataan atau letak banyak senarai alasan kenapa tak boleh.
 
"Anda sendiri perlu pilih nak jadi jenis orang yang mana," ujar beliau lagi.
 
Dr. Azizan memberitahu, RichWorks sangat percaya bahawa semua orang berpotensi untuk berubah dan berjaya.
 
"13 tahun kami telah mengajar, membimbing, melihat transformasi dan perubahan ribuan bangsa usahawan dari tak ada apa-apa serta tak pandai berniaga.
 
"Tapi bila diri sendiri buat keputusan nak dibimbing dan komited, satu persatu mula berubah dalam hidup mereka," jelasnya.
 
Dalam masa sama, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada anak didik dalam bimbingan secara dekatnya yang buat perkongsian, memberikan inspirasi kepada ramai orang di luar sana selama 3 hari.
 
"Mereka transformasi kehidupan dari susah kepada senang, capai impian-impian dan membahagiakan orang lain malah sumbangkan kembali kepada masyarakat dan negara.
 
"Kalau mereka boleh alami perubahan dan transformasi dengan komited, kenapa anda tak boleh? Jom make Malaysia great again," ujarnya lagi.
 
Bagi bangsa usahawan yang nak menyaksikan perubahan dan membina bisnes berjaya, boleh layari richworks.com atau hubungi terus di talian 019-2442244.
 
TENTANG RICHWORKS

Syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan & pemasaran serta kepimpinan.

Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online). Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

HUBUNGI KAMI : Richworks International Sdn Bhd, No. 77, Jalan Badminton 13/29, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.

www.richworks.com

Sumber: Richworks International Sdn Bhd

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Md Azrin
Pengurus Perhubungan Awam & Media
Tel: +6016 323 4686 
Emel: azrin.richworks@gmail.com
 / azrin@richworks.com 

--BERNAMA

Tuesday, September 28, 2021

FLUENCE MENGEMUKAKAN PENYATA PENDAFTARAN DENGAN SEC UNTUK CADANGAN TAWARAN AWAM PERMULAAN

 ARLINGTON, Va., 29 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Fluence, sebuah penyedia terkemuka bagi produk dan perkhidmatan penyimpanan tenaga dan aplikasi digital untuk boleh diperbaharui dan penyimpanan, hari ini mengumumkan bahawa pihaknya telah mengemukakan satu penyata pendaftaran pada Borang S-1 dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (“SEC”) berhubung dengan satu cadangan tawaran awam permulaan bagi saham biasa Kelas A mereka. Fluence Energy, Inc. telah memohon untuk menyenaraikan saham biasa Kelas A mereka di Pasaran Pilihan Global Nasdaq di bawah simbol “FLNC.” Jumlah saham yang akan ditawarkan dan julat harga bagi cadangan tawaran itu belum ditentukan.


J.P. Morgan Securities LLC, Morgan Stanley & Co. LLC, Barclays Capital Inc., dan BofA Securities akan bertindak sebagai pengurus penaja jamin utama untuk cadangan tawaran itu. Citigroup Global Markets Inc., Credit Suisse Securities (AS) LLC, UBS Securities, LLC, Evercore Group L.L.C., HSBC Securities (AS) Inc., dan RBC Capital Markets, LLC akan bertindak sebagai pengurus penaja jamin bersama untuk cadangan tawaran itu. Nomura Securities International, Inc., Robert W. Baird & Co. Incorporated, Raymond James & Associates, Inc., Seaport Global Securities LLC, Penserra Securities LLC, dan Siebert Williams Shank & Co., LLC akan bertindak sebagai pengurus bersama bagi cadangan tawaran itu.

Cadangan tawaran itu akan dibuat hanya melalui satu prospektus. Apabila tersedia, salinan bagi prospektus awal yang berkaitan dengan cadangan tawaran itu boleh diperoleh dari: J.P. Morgan Securities LLC, d/a Broadridge Financial Solutions, 1155 Long Island Avenue, Edgewood, NY 11717, melalui telefon di 866-803-9204 atau melalui e-mel di prospectus-eq_fi@jpmorganchase.com; Morgan Stanley & Co. LLC, Perhatian: Jabatan Prospektus, 180 Varick Street, Tingkat 2, New York, NY 10014; Barclays Capital Inc., d/a Broadridge Financial Solutions, 1155 Long Island Avenue, Edgewood, New York 11717 atau melalui e-mel di barclaysprospectus@broadridge.com atau melalui telefon di (888) 603-5847; dan BofA Securities, NC1-004-03-43, 200 North College Street, tingkat 3, Charlotte NC 28255-0001, Perhatian: Jabatan Prospektus atau melalui e-mel di dg.prospectus_requests@bofa.com.

Satu penyata pendaftaran yang berkaitan dengan sekuriti ini telah dikemukakan kepada SEC tetapi belum dikuatkuasakan. Sekuriti ini tidak boleh dijual atau tawaran untuk membeli diterima sebelum penyata pendaftaran itu berkuatkuasa. Siaran akhbar ini bukan merupakan satu tawaran untuk menjual atau permintaan bagi satu tawaran untuk membeli, dan juga tidak akan ada penjualan bagi sekuriti ini di mana-mana negeri atau bidang kuasa di mana tawaran, permintaan atau penjualan tersebut adalah menyalahi undang-undang sebelum pendaftaran atau kelayakan di bawah undang-undang sekuriti bagi mana-mana negeri atau bidang kuasa tersebut.

Maklumat mengenai Fluence

Fluence, sebuah syarikat Siemens dan AES, adalah sebuah peneraju pasaran global dalam produk dan perkhidmatan penyimpanan tenaga dan aplikasi digital untuk boleh diperbaharui dan penyimpanan. Kami mempunyai lebih 3.4 GW simpanan tenaga yang digunakan atau dikontrakkan di 29 pasaran di seluruh dunia, dan lebih 4.5 GW aset angin, solar dan penyimpanan dioptimum atau dikontrakkan di Australia dan California. Melalui produk, perkhidmatan dan platform Fluence IQ yang dibolehkan oleh AI, kami membantu pelanggan di seluruh dunia menggerakkan grid elektrik yang lebih bingkas dan sebuah masa depan yang lebih lestari.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210928005673/en/

Hubungi

Media
Edelman bagi pihak Fluence
Julia Fisher
FluenceMedia@edelman.com

Pelabur
Samuel Chong
samuel.chong@fluenceenergy.com


Sumber : Fluence Energy, Inc.

NIELSENIQ MENETAPKAN PERGERAKAN BAGI REVOLUSI PENGUKURAN PELBAGAI SALURAN

 NielsenIQ telah memasuki ke dalam dua perjanjian pemerolehan utama untuk mengukuhkan penyelesaian pelbagai saluran mereka



CHICAGO, 29 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NielsenIQ, sebuah peneraju industri di dalam pengukuran dan analitik data global, hari ini mengumumkan dua perjanjian pemerolehan utama – Data Impact dan Rakuten Intelligence. Pengambilalihan ini akan memacukan nilai yang signifikan kepada penyelesaian e-dagang dan pengukuran pelbagai saluran NielsenIQ dan membolehkan syarikat itu untuk merevolusikan industri pengukuran pengguna dan runcit dengan satu pandangan menyeluruh mengenai tempat pasaran dalam talian, dari pengedaran produk sehingga kepada jualan.

Hari ini, jualan e-dagang merangkumi 12% bagi jualan CPG di Amerika Syarikat dan sehingga 30% bagi jualan di pasaran global dan adalah dianggarkan akan berkembang pada 15% CAGR sehingga tahun 2025. Dengan pertumbuhan dan bahagian yang signifikan dari peruncit yang bertumpu kepada dalam talian, ia telah menjadi lebih penting untuk memahami jumlah tempat pasaran. Walaupun begitu, pengukuran e-dagang pada masa ini sangat berpecah-pecah, dengan penawaran yang pelbagai, berbeza yang tidak membolehkan satu pandangan bersepadu dan konsisten bagi jumlah pasaran.

Perolehan dan rangkaian penyelesaian pengukuran pelbagai saluran ini secara unik menempatkan NielsenIQ untuk menyediakan peruncit dan pengeluar dengan satu pandangan yang harmoni, granular, dan konsisten merentasi saluran, yang membolehkan mereka menjangka arah aliran, memahami, dan bertindak balas dengan lebih cepat terhadap keperluan dan jangkaan pengguna.

“Mengukur e-dagang adalah satu bentuk strategik utama bagi NielsenIQ,” kata Natalie Williams, Ketua bagi Kepimpinan Produk Pengukuran Amerika Utara, NielsenIQ. “Bersama-sama kita dapat mengubah cara kita mengukur jualan e-dagang dan bagaimana cepat perjalanan pembeli berkembang dengan menyampaikan wawasan yang dipacu oleh pembelajaran mesin yang mantap kepada pelanggan kami di seluruh dunia.”

Perjanjian itu untuk memperoleh Data Impact, sebuah syarikat perisikan e-dagang terkemuka di 40 pasaran terutamanya merentasi Eropah dan Amerika Syarikat, akan memaksimumkan perkhidmatan pelbagai saluran NielsenIQ. Menggabungkan teknologi terbaik dalam Data Impact - yang menyediakan satu pandangan hipergranular mengenai wawasan e-dagang peringkat kedai - dengan jejak pengukuran runcit NielsenIQ yang tiada tandingan, akan membolehkan NielsenIQ untuk meningkatkan penawaran produk Data Impact di peringkat global; dan yang paling penting, menempatkan NielsenIQ untuk memimpin masa depan bagi pengukuran dan pelaksanaan pelbagai saluran.

“Menggabungkan teknologi kami dengan penawaran Data Impact yang unik membolehkan kami untuk menawarkan kepada pengeluar dan peruncit dengan liputan yang komprehensif dan tiada tandingan dengan granulariti yang diperlukan untuk membuat keputusan pelbagai saluran yang terbaik,” kata Jim Peck, Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif NielsenIQ.

Pengambilalihan Rakuten Intelligence, tiga tahun setelah menandatangani satu perjanjian eksklusif untuk menggabungkan panel pembelian e-dagang terbesar Rakuten Intelligence di Amerika Syarikat dengan data jualan runcit NielsenIQ, akan membolehkan NielsenIQ untuk menyampaikan kepada pelanggan kami dengan satu bacaan dalam talian dan luar talian yang bersepadu, yang sejajar dengan hierarki pelanggan tersuai, yang disokong oleh platform Connect kami yang berasaskan awan. Produk Omnisales NielsenIQ yang dilancarkan baru-baru ini adalah penyatuan pertama yang diperolehi daripada pemerolehan ini.

“Kami bangga untuk mengalu-alukan kedua-dua juara ini ke dalam keluarga NielsenIQ. Kami akan dapat memberikan satu nombor untuk pengukuran jualan dalam talian melalui data pelbagai sumber - kebenaran yang diperlukan oleh pasaran - dan kami juga akan menyampaikan cadangan pelaksanaan e-dagang dengan kebolehtindakan yang tiada tandingannya. Dengan skala dan granulariti yang unik, landskap peluang tidak terbatas,” kata Clément Colin, Ketua bagi Pengukuran E-dagang Antarabangsa, NielsenIQ.

Maklumat mengenai NielsenIQ

NielsenIQ adalah pemimpin di dalam menyediakan gambaran perilaku pengguna yang paling lengkap dan tidak berat sebelah di seluruh dunia. Dengan dikuasakan oleh sebuah platform data pengguna yang canggih dan didorong oleh keupayaan analitik yang kaya, NielsenIQ membolehkan pengambilan keputusan yang berani dan yakin untuk syarikat dan peruncit barangan pengguna yang terkemuka di dunia.

Dengan menggunakan set data yang komprehensif dan mengukur kesemua urus niaga secara sama rata, NielsenIQ memberikan pelanggan dengan satu pandangan yang ke hadapan ke dalam perilaku pengguna agar dapat mengoptimumkan prestasi merentasi semua platform runcit. Falsafah terbuka kami mengenai penyatuan data membolehkan set data pengguna yang paling berpengaruh di planet ini. NielsenIQ menyampaikan kebenaran yang lengkap.

NielsenIQ, sebuah syarikat portfolio Advent International, mempunyai operasi di hampir 100 pasaran, merangkumi lebih 90% daripada penduduk dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari NielsenIQ.com.

Maklumat mengenai Data Impact

Data Impact adalah satu daripada penyedia canggih di dalam penyelesaian analisis pelbagai saluran. Syarikat itu menggunakan algoritma data dan AI setempat untuk menawarkan pelbagai penyelesaian kepada pelanggan mereka, termasuk analisis berdasarkan lokasi, anggaran jualan dan perkongsian, pemantauan media, pengoptimuman SEO, dan banyak lagi.

Penyelesaian Data Impact sudah digunakan oleh lebih 150 syarikat di lebih 40 buah negara. Dilancarkan pada tahun 2016, Data Impact adalah satu-satunya penyelesaian yang menawarkan pengeluar FMCG dengan satu penggambaran tepat mengenai pengedaran pelbagai saluran mereka dan keupayaan untuk mengenal pasti tahap tindakan setempat.

Maklumat mengenai Rakuten Intelligence

Rakuten Intelligence adalah sebahagian daripada Rakuten Advertising, yang menghubungkan agensi, jenama dan penerbit terkemuka dengan pengguna aktif dan terlibat di seluruh dunia. Dengan akses kepada harta media dan audiens Rakuten yang pelbagai, dan digabungkan dengan satu rangkaian prestasi yang telah memenangi anugerah dan proprietari penyelidikan pengguna, Rakuten Advertising mewujudkan keadaan yang tepat untuk menjangkau pelanggan baharu dan mengekalkan kesetiaan yang berkekalan.

Asasnya mengenai teknologi termaju, data, dan perkhidmatan strategik menempatkan Rakuten Advertising untuk menawarkan satu rangkaian penyelesaian pemasaran dan pengiklanan yang berbeza sambil terus mendorong industri itu ke hadapan. Ia merupakan satu bahagian dari Rakuten Inc., satu daripada syarikat perkhidmatan Internet terkemuka di dunia. Syarikat itu beribu pejabat di San Mateo, CA, dengan pejabat di seluruh EMEA, APAC, LATAM, dan Amerika Utara. Ketahui lebih lanjut di www.rakutenadvertising.com.


Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20210928005136/en/

Hubungi

Perhubungan Media:
(Amerika Syarikat dan Bahasa Inggeris)
FERNANDA PAREDES, fernanda.paredes@nielseniq.com, +1-917-291-1196
GILLIAN MOSHER, gillian.mosher@nielseniq.com, +1-647-282-9714
(Perancis) SEBASTIEN MONARD, sebastien.monard@nielseniq.com, +33-6-85-32-94-61

Sumber : NielsenIQ

CRADLEPOINT MELANTIK NAIB PRESIDEN KANAN JUALAN BAHARU UNTUK MEMACU PERINGKAT PERTUMBUHAN YANG SETERUSNYA DI RANTAU ASIA PASIFIK

MELBOURNE, Australia, 29 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Cradlepoint, peneraju global dalam penyelesaian pinggir rangkaian LTE dan wayarles 5G yang disampaikan awan, hari ini mengumumkan pelantikan Nathan McGregor kepada peranan Naib Presiden Kanan Jualan Asia Pasifik (APAC). Berpangkalan di Sydney, Australia, Nathan akan melapor kepada Mark Pugerude, Ketua Pegawai Jualan untuk jualan global Cradlepoint. Beliau akan bertanggungjawab untuk semua jualan di rantau APAC, termasuk jualan pembawa dan rakan kerjasama tidak langsung.

Nathan telah mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman kepimpinan bekerja dalam industri telekomunikasi dan IT, termasuklah Cisco Meraki, Hitachi, dan Juniper Networks. Beliau telah berjaya memimpin perniagaan teknologi merentasi APAC dengan menyampaikan penyelesaian perangkaian, IoT, dan analitis merentasi semua industri. Bekerja secara rapat dengan rakan kerjasama saluran tidak langsung dan pembawa, beliau mempunyai rekod prestasi yang kukuh dalam menyokong kejayaan pelanggan dalam penggunaan teknologi inovatif untuk memacu nilai perniagaan.

CRADLEPOINT MELANTIK NAIB PRESIDEN KANAN JUALAN BAHARU UNTUK MEMACU PERINGKAT PERTUMBUHAN YANG SETERUSNYA DI RANTAU ASIA PASIFIK

PPRO MENAWARKAN PENYATUAN KE DALAM PLATFORM PERDAGANGAN PAYPAL BAGI PSP DI SELURUH DUNIA

LONDON, 28 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- PPRO hari ini mengumumkan penyatuannya dengan Platform Perdagangan PayPal.

Langkah itu semakin mengukuhkan kedudukan utama pasaran PPRO sebagai satu daripada penyedia bagi infrastruktur pembayaran tempatan untuk penyedia perkhidmatan pembayaran (PSP), bank, dan get laluan.

Penyatuan PPRO akan membolehkan pelanggan mereka untuk mengurangkan dengan ketara masa untuk mengintegrasikan penyelesaian Platform Perdagangan PayPal dan memberikan pelanggan akses kepada Dompet PayPal. Perkembangan ini memberikan pelanggan PPRO peluang untuk membolehkan akses saudagar mereka kepada pangkalan pengguna PayPal yang melebihi 403 juta akaun aktif merentasi 200 pasaran.

Claire Gates, Ketua Pegawai Komersial bagi PPRO, berkata: “Berita hari ini menandakan satu langkah ke hadapan di dalam perhubungan PPRO dan PayPal sejak dahulu lagi. Manfaat bagi rakan kongsi untuk menyertai platform PPRO adalah jelas: kami menjimatkan masa dan wang mereka, dan menyediakan kualiti bagi penyatuan kaedah pembayaran yang membawa kepada kadar penukaran yang tinggi. Dengan penambahan Platform Perdagangan PayPal - dan keupayaan untuk menawarkan Dompet PayPal - penawaran ini tidak dapat diabaikan oleh sesiapa yang beroperasi di dalam ruang e-dagang global.”

Dengan bergandingan dengan PPRO, PSP, bank, platform, dan perusahaan dengan platform pembayaran tidak hanya memperoleh keuntungan daripada akses kepada Platform Perdagangan PayPal, tetapi daripada pelbagai kaedah pembayaran tempatan (LPM) di seluruh dunia. Kepakaran pembayaran global PPRO, platform yang direka untuk prestasi dan inovasi, nilai melalui rangkaian PPRO bagi LPM dan PSP kesemuanya boleh diakses dengan hanya satu kontrak dan satu penyatuan. Kemudahan ini menghapuskan kerumitan yang menyelubungi pembayaran tempatan, meningkatkan kelajuan ke pasaran, dan membantu meningkatkan jualan bagi peniaga.

PPRO dan PayPal akan mengadakan satu penstriman langsung pada 7 Oktober, 2021 pada pukul 11:30 CEST untuk membincangkan perkongsian mereka dan bagaimana syarikat-syarikat di seluruh dunia boleh mencapai kadar penukaran yang tinggi dengan menawarkan kaedah pembayaran yang diketahui dan dipercayai oleh pelanggan.

PPRO telah memantapkan diri sebagai satu daripada penyedia infrastruktur pembayaran tempatan yang paling dipercayai di ruang pembayaran rentas sempadan, membantu untuk memperkuatkan pertumbuhan antarabangsa bagi penyedia perkhidmatan pembayaran, bankget laluan dan perusahaan dengan platform pembayaran.

Berita mengenai penyatuan Platform Perdagangan PayPal datang selepas PPRO mengumumkan pada awal tahun ini bahawa ia telah mengumpulkan AS$180 juta, untuk membawa nilai keseluruhan firma itu kepada lebih AS$1 bilion. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15034

PROGRAM PENCIPTAAN BERSAMA KUMPULAN BANDAI NAMCO, "GUNDAM X TEKNOLOGI MASA DEPAN," UNTUK MENGHADAPI ISU-ISU SOSIAL; TEMPOH PERMOHONAN ''INOVASI TERBUKA GUNDAM" DILANJUTKAN

TOKYO, 27 Sept., 2021 /Kyodo JBN/ --

- Kandungan Khas dari Pengarah-pengarah di sebalik “GUNDAM bergerak” Yokohama yang tersedia melalui Laman Web Rasmi; Tempoh Permohonan Baharu: 15 Julai-15 Oktober 2021 -

(Logo:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M106357/202109170267/_prw_PI3fl_2oD6kv0W.png)

Kumpulan BANDAI NAMCO telah memulakan satu projek kelestarian yang dikuasakan oleh GUNDAM, "GUNDAM UNIVERSAL CENTURY DEVELOPMENT ACTION (GUDA)," dan mengumpulkan peminat di seluruh dunia bersama dengan banyak rakan luaran untuk merancang dan mengambil pelbagai inisiatif untuk anak-anak masa depan. Sebagai sebahagian daripada inisiatif itu, "INOVASI TERBUKA GUNDAM" telah diwujudkan dalam usaha untuk mengumpulkan idea dan teknologi baharu yang dapat menangani banyak isu yang terdapat dalam masyarakat seperti masalah populasi dan alam sekitar global. Untuk mempromosikan lagi inisiatif ini, satu keputusan telah dibuat bagi melanjutkan tempoh permohonan untuk tambahan satu bulan lagi.

(Imej:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M106357/202109170267/_prw_PI1fl_BQtyIoUN.jpg)

Laman Web Rasmi: https://www.bandainamco.co.jp/guda/goi/en/
 
Apa itu "INOVASI TERBUKA GUNDAM"?
 
"INOVASI TERBUKA GUNDAM" adalah sebuah program untuk mewujudkan impian dan harapan masa depan dengan meninjau kembali persamaan di antara dunia nyata dan era fiksyen bagi GUNDAM, "Abad Sejagat", dan menggabungkan "GUNDAM" dengan "teknologi masa depan" untuk menghadapi isu-isu sosial yang wujud di kedua-dua dunia.

Dunia GUNDAM yang luas itu dipenuhi dengan teknologi dan kemungkinan yang belum dimanfaatkan yang belum menjadi kenyataan. Di bawah konsep membawa kreativiti, pengetahuan, dan semangat bersama untuk menyatukan teknologi fiksyen dan kemungkinan menjadi kenyataan, satu undangan terbuka dilanjutkan kepada orang ramai untuk mengumpulkan idea dan teknologi berinovatif di bawah tema dan bidang kelestarian bagi menghadapi subjek yang berkaitan dengan masyarakat futuristik, seperti isu-isu populasi dan alam sekitar global, bersama dengan melihat ruang sebagai sempadan yang berdaya maju.

Satu jemputan awal bagi permohonan telah diumumkan pada Julai tahun ini, dengan tarikh akhir bagi fasa pertama ditetapkan pada Ahad, 15 Ogos, dan tarikh akhir bagi permohonan fasa kedua ditetapkan pada Rabu, 15 September. Begitu banyak permohonan diterima, dengan banyak permintaan agar tarikh akhir itu dilanjutkan. Di bawah konsep menerima sebanyak mungkin idea, satu tarikh akhir bagi fasa ketiga telah diputuskan dan ditetapkan pada Jumaat, 15 Oktober, dengan harapan dapat melihat lebih banyak idea disalurkan. 

TEAMLAB PLANETS DI TOKYO MEMBUKA SATU PENGALAMAN MAKAN, SATU RUANG SENI, DAN SEBUAH KEDAI BUNGA PADA 8 OKTOBER

 

Kicap Ramen Vegan (Foto: Business Wire)

Muzium itu mengalu-alukan ramen vegan dari Kyoto, sebuah ruang karya seni baharu, dan sebuah kedai bunga di mana pengunjung boleh membawa pulang orkid dari satu daripada karya seni itu.


TOKYO, 28 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- teamLab Planets TOKYO di Toyosu, Tokyo mengalu-alukan Ramen Vegan UZU Tokyo dari Kyoto; sebuah ruang karya seni baharu; dan sebuah kedai bunga di mana pengunjung boleh membawa pulang orkid yang digunakan di satu daripada karya seni muzium itu. “Ramen Vegan UZU Kyoto” dibuka di Kyoto pada Mac 2020, menjadi sangat popular dengan masa menunggu selama satu jam. Di “Ramen Vegan UZU Tokyo,” ramen vegan boleh dinikmati di Reversible Rotation - Non-Objective Space atau ruang karya seni Table of Sky and Fire.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210927005038/en/

Terdapat juga sebuah kedai bunga baharu, “Kedai Bunga & Seni teamLab,” di mana pengunjung boleh membawa pulang orkid yang digunakan dalam karya seni Floating Flower Garden: Flowers and I are of the Same Root, the Garden and I are Onedi mana pengunjung menjadi satu dengan lebih 13,000 orkid. Semua kemudahan ini dibuka pada Jumaat, 8 Oktober kepada orang ramai, bukan hanya kepada pengunjung muzium teamLab Planets.

Ramen Vegan UZU Tokyo : https://vegan-uzu.com/pages/uzu-tokyo-en
teamLab Planets Butiran Muzium: planets.teamlab.art
teamLab Planets Sorotan Video: https://youtu.be/xofyyJYYWMY

[Ramen Vegan UZU]

Di “Ramen Vegan UZU Kyoto,” yang dibuka pada Mac 2020 di Gosho-Minami, Kyoto, teamLab bertanggungjawab untuk mereka bentuk ruang dan aspek lain restoran itu, di mana tetamu dapat menikmati makanan vegan sambil dikelilingi oleh seni.

Ramen Vegan UZU Tokyo,” yang akan dibuka di teamLab Planets, akan menyediakan ramen vegan untuk dibawa pulang, dan juga untuk dinikmati di Reversible Rotation - Non-Objective Space dan ruang karya seni Table of Sky and Fire yang baharu dibuka. Ramen Vegan Bunga, Ramen Vegan Teh Hijau, dan Aiskrim Vegan akan juga tersedia hanya di “Ramen Vegan UZU Tokyo.”

Laman Web Rasmi: https://vegan-uzu.com/

Liputan Media bagi “Ramen Vegan UZU Kyoto”

· Waktu Rehat
“teamLab has mereka bentuk sebuah restoran ramen vegan Kyoto”
https://www.timeout.com/tokyo/news/teamlab-has-designed-a-vegan-ramen-restaurant-in-kyoto-012021

Menu Ramen Vegan

· Kicap Ramen Vegan
· Miso Ramen Vegan (Pedas)

[Ramen Vegan UZU Tokyo Menu Sahaja]

· Ramen Vegan Teh Hijau
·  Ramen Vegan Bunga (Sejuk)

[Karya Seni Awam Baharu]
Reversible Rotation - Non-Objective Space

teamLab, 2021, Pemasangan Digital, Bunyi: Hideaki Takahashi
Karya seni: https://planets.teamlab.art/tokyo/ew/reversiblerotation_nonobjective/

Ruang karya seni itu dibebaskan daripada sempadan fizikal bagi permukaan meja atau kerusi.

Kaligrafi Ruang itu berputar di dalam ruang karya seni, setiap aspek berputar dalam arah yang sama. Tetapi oleh kerana ciri-ciri khas bagi Ruang Ultrasubjektif,  ia boleh kelihatan berputar mengikut arah jam atau lawan jam.

Kaligrafi ruang adalah kaligrafi yang dilukis di dalam ruang, satu bentuk kaligrafi yang telah diterokai oleh teamLab sejak ia ditubuhkan. Karya seni itu menyusun semula kaligrafi dalam ruang tiga dimensi untuk menzahirkan kedalaman, kelajuan dan kekuatan usapan berus, dan kaligrafi itu kemudian diratakan dengan menggunakan struktur logik yang teamLab sebut sebagai ruang ultrasubjektif. Kaligrafi itu beralih di antara dua dan tiga dimensi.

Table of Sky and Fire
teamLab Architects, 2021
Karya seni: https://planets.teamlab.art/tokyo/ew/tableskyfire_planets/
 
Meja ini menggambarkan langit dan Alam Semesta bagi Zarah-zarah Api yang gugur jatuh dari Langit. Meja itu dihubungkan dengan karya seni dan kepada langit.

Manusia perlu dihubungkan dengan dunia untuk hidup. teamLab berharap agar orang ramai akan makan sesuatu di atas meja ini sambil berfikir bahawa untuk hidup dan makan adalah untuk terus berhubungan dengan dunia.

[Kedai Bunga & Seni teamLab]

Ini adalah sebuah kedai bunga di mana pengunjung boleh membawa pulang orkid yang digunakan dalam karya seni Floating Flower Garden: Flowers and I are of the Same Root, the Garden and I are One (gambar di atas), di mana pengunjung menjadi satu dengan lebih 13,000 orkid.

Orkid terus hidup walaupun bunga itu telah gugur, mekar berkembang berulang kali, kadang-kala selama beberapa dekad. Bagi membolehkan orang ramai membawa pulang sebahagian daripada hasil itu, kami menjual beg tote yang mengandungi pelbagai jenis orkid. Mereka yang ingin membeli orkid secara berasingan boleh melakukannya daripada satu pilihan spesies orkid yang lebih terhad.

[teamLab Planets]

teamLab Planets adalah sebuah muzium di mana anda berjalan melalui air, dan sebuah taman di mana anda bergabung menjadi satu dengan bunga. Terdapat empat ruang pameran yang luas dan dua taman.

Dengan mengasyikkan keseluruhan jasad dengan orang lain di dalam karya seni badan yang mengasyikkan yang luas ini, batasan di antara jasad dan karya seni lesap, batasan di antara diri sendiri, lain-lain, dan dunia menjadi sesuatu yang berterusan, dan kita menerokai satu perhubungan baharu tanpa batasan di antara diri kita dan dunia.

Pelawat memasuki muzium itu dengan berkaki ayam, dan menjadi asyik sepenuhnya dengan pelawat lain di ruang-ruang karya seni, dan menjadi satu dengan dunia.

[Ringkasan]

Ramen Vegan UZU Tokyo
https://vegan-uzu.com/pages/uzu-tokyo-en
Waktu Dibuka:
Oktober
Isnin - Jumaat 11:00 - 19:00
Sabtu 10:30 - 20:00
Ahad 10:30 - 19:00

Tutup: sama dengan hari tutup untuk teamLab Planets

Kedai Bunga & Seni teamLab
Waktu Dibuka:
Oktober
Isnin - Jumaat 11:00 - 19:00
Sabtu 10:00 - 20:00
Ahad 10:00 - 19:00

Tutup: sama dengan hari tutup untuk teamLab Planets

teamlab Planets TOKYO
https://planets.teamlab.art/tokyo/
#teamLabPlanets

Tempoh: 7 Julai, 2018 – Akhir tahun 2022
Tempat: teamLab Planets TOKYO (6 Chome-1-16 Toyosu, Bandar raya Koto, Tokyo)
Waktu:
September: Isnin – Jumaat 10:00 - 20:00 / Sabtu, Ahad, Hari Cuti 09:00 – 20:00
Oktober: Isnin - Jumaat 10:00 - 19:00 / Sabtu 9:00 - 20:00 / Ahad 9:00 - 19:00
* Kemasukan terakhir 1 jam sebelum penutupan
Ditutup: 5 Oktober
 
Kemasukan:
[Pas Masuk]
Orang Dewasa (18 tahun dan ke atas): JPY 3,200
Pelajar Universiti / Pelajar Sekolah Perdagangan: JPY 2,500
Pelajar Sekolah Menengah Rendah / Sekolah Menengah Tinggi: JPY 2,000
Kanak-kanak (berumur 4 - 12): JPY 300
Bayi (berumur 3 tahun dan ke bawah): Percuma
Warga Tua (berumur 65 tahun dan ke atas): JPY 2,400
Pelawat dengan Kecacatan: JPY 1,600
 
teamLab Planets TOKYO Stor Tiket: https://teamlabplanets.dmm.com/en
* Waktu masuk dan pameran adalah tertakluk kepada perubahan. Sila semak laman web rasmi untuk maklumat terkini.
* Satu bayaran masuk berasingan diperlukan untuk ruang karya seni yang baharu dibuka Reversible Rotation - Non-Objective Space. Ruang ini juga dibuka untuk pengunjung selain daripada pengunjung muzium teamLab Planets.
 
Halaman Media Sosial Rasmi:
Instagram: https://www.instagram.com/teamlab.planets/
Facebook: https://www.facebook.com/TL.Planets/
Twitter: https://twitter.com/teamLabPlanets
 
Langkah-langkah Terhadap Penyebaran COVID-19:
Langkah-langkah pencegahan jangkitan seperti sekatan masuk sedang dilaksanakan. Sila semak laman web itu untuk maklumat lanjut.
https://teamlabplanets.dmm.com/en/covid-19

[Kit Media]
https://goo.gl/tQXMLm

[Pertanyaan Media]
https://goo.gl/forms/fqn8DmGV8WWIntP53

[PLANETS Co., Ltd.]
Entiti pengurusan itu bagi operasi kemudahan di teamLab Planets TOKYO
Alamat: Menara Nihonbashi Tokyo 26F, 2-7-1 Nihonbashi, Chuo-ku, Tokyo

[Maklumat mengenai teamLab]

teamLab (f. 2001) adalah sebuah kumpulan kolektif seni antara disiplin antarabangsa yang terdiri daripada pelbagai pakar seperti artis, pengaturcara, jurutera, animator CG, ahli matematik dan arkitek yang amalan kerjasama mereka berusaha untuk memandu arah pertembungan bagi seni, sains, teknologi dan alam semula jadi.

teamLab berhasrat untuk meneroka perhubungan di antara diri sendiri dan dunia dan persepsi baharu menerusi seni. Untuk memahami dunia di sekeliling mereka, manusia memisahkannya ke dalam entiti bebas dengan batas-batas yang didasarkan di antara mereka. teamLab berhasrat  untuk melampaui batas-batas ini di dalam persepsi kita mengenai dunia, mengenai perhubungan di antara diri sendiri dan dunia, dan kesinambungan masa. Segala-galanya wujud dalam satu kesinambungan kehidupan tanpa sempadan yang panjang, rapuh namun menakjubkan.

teamLab telah menjadi subjek bagi pelbagai pameran di tempat-tempat di seluruh dunia, termasuk New York, London, Paris, Singapura, Lembah Silikon, Beijing, Taipei, dan Melbourne, antara lain. Muzium-muzium kekal teamLab Borderless telah dibuka di Odaiba, Tokyo pada Jun 2018, dan teamLab Borderless Shanghai di Daerah Huangpu, Shanghai pada November, 2019. teamLab Planets, sebuah muzium di mana anda berjalan melalui air dan sebuah taman di mana anda menjadi satu dengan bunga-bunga di Toyosu, Tokyo boleh dilihat sehingga akhir 2022. Pameran kekal berskala besar teamLab SuperNature mengadakan pelancaran tidak rasmi di Macau pada Jun, 2020. Pameran hasil kerja sepanjang hayat tahunan teamLab, VOLVO teamLabA Forest Where Gods Live, dipamerkan di Mifuneyama Rakuen, Mata Air Panas Takeo, Kyushu sehingga 7 November, 2021.

Hasil kerja teamLab berada dalam koleksi tetap di Muzium Seni Lukis Kontemporari, Los Angeles; Galeri Seni New South Wales, Sydney; Galeri Seni Australia Selatan, Adelaide; Muzium Seni Asia, San Francisco; Muzium Persatuan Asia, New York; Koleksi Seni Kontemporari Borusan, Istanbul; Galeri Nasional Victoria, Melbourne; dan Amos Rex, Helsinki.

teamLab diwakili oleh Pace GalleryMartin Browne Contemporary, dan Ikkan Art.

teamLab: https://www.teamlab.art/
Instagram: https://instagram.com/teamlab/
Facebook: https://www.facebook.com/teamLab.inc
Twitter: https://twitter.com/teamLab_net
YouTube: https://www.youtube.com/c/teamLabART

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210927005038/en/

Hubungi

Shusuke Sasahara
Perhubungan Awam, PLANETS Co., Ltd.
E-mel:  pr-info@planets.art
Liputan tambahan:  https://goo.gl/forms/fqn8DmGV8WWIntP53

Sumber : PLANETS Co., Ltd.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

GRADIANT MELANCARKAN BAHAN KIMIA CURE UNTUK INDUSTRI PENTING DUNIA

Portfolio menyeluruh lebih 300 formulasi kimia proprietari dengan kepakaran di lapangan dan perkhidmatan bertaraf dunia yang meningkatkan ke...