EIG melengkapkan pemerolehan ke atas stesen janakuasa 1332 MW Turbin Gas Kitar Digabungkan (CCGT) dan bateri 49 MW di Nottinghamshire, England
West Burton Energy, sebuah syarikat yang baharu diwujudkan, berada pada kedudukan yang baik untuk menyokong peralihan tenaga
NOTTINGHAMSHIRE, England, 1 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- West Burton Energy telah diwujudkan hari ini sebagai sebuah pembekal elektrik utama di United Kingdom setelah EIG, sebuah pelabur institusi untuk sektor tenaga global dan satu daripada pelabur infrastruktur terkemuka di dunia, memperoleh sebuah portfolio bagi aset penjanaan tenaga dari EDF Energy. Urus niaga itu, yang ditutup pada 31 Ogos, 2021, termasuk West Burton B, sebuah stesen janakuasa 1332 MW Turbin Gas Kitar Digabungkan (“CCGT”), dan sebuah bateri 49 MW di Nottinghamshire, England.
R. Blair Thomas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif EIG, berkata, “Urus niaga ini adalah selaras dengan strategi kami untuk melabur di dalam aset berkualiti tinggi, pasukan terbaik dalam kelasnya dan infrastruktur tenaga kritikal. Stesen janakuasa yang menggunakan gas telah menunjukkan kepentingan strategik mereka di dalam sistem bekalan elektrik di United Kingdom, dan pelaburan kami di West Burton Energy menekankan keyakinan kami terhadap peranan berterusan yang akan dimainkan oleh gas dalam memudahkan peralihan tenaga.”
West Burton B adalah sebuah Loji CCGT yang sangat fleksibel dan cekap dengan tiga unit kitaran digabungkan, yang boleh menjana elektrik yang mencukupi untuk memberi kuasa kepada kira-kira 1.5 juta rumah, dan dihubungkan dengan satu daripada aset simpanan bateri terbesar di Eropah. Bersama-sama, teknologi ini menyediakan produk tenaga atas permintaan yang penting, kritikal di dalam menyokong landskap grid yang berubah di United Kingdom dan peralihan kepada sebuah ekonomi rendah karbon.
No comments:
Post a Comment