Jangkauan dan keupayaan yang digabungkan mewujudkan satu daripada penyelesaian pengalaman jenama yang paling komprehensif di dunia
CHICAGO, 2 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NielsenIQ, sebuah peneraju industri di dalam pengukuran dan analitik data global, dan Qualtrics (NASDAQ: XM), pemimpin dan pencipta bagi kategori Pengurusan Pengalaman (XM), hari ini mengumumkan satu perkongsian baharu yang akan memberi kuasa kepada pemimpin jenama untuk membuat keputusan yang lebih bijak dan lebih pantas. Perkongsian itu dijangka dapat mewujudkan satu daripada penyelesaian pengalaman jenama yang paling komprehensif di dunia, dengan menyediakan kepada organisasi dengan pandangan tepat masa, 360 darjah mengenai kesihatan jenama mereka berdasarkan kepada maklumat balas pengguna.
Jangkaan pengguna telah berubah dengan pantas, dan ketika mereka terus berkembang, jenama-jenama perlu mengubah pandangan pengguna kepada tindakan untuk membezakan diri mereka dan memperluaskan pangkalan pelanggan mereka. Melalui perkongsian itu, NielsenIQ akan menggunakan Qualtrics BrandXM™ untuk menjanakan penyelesaian Winning Brands® mereka.
Winning Brands® adalah model terbukti NielsenIQ untuk mengukur kesedaran, pertimbangan, dan imej jenama sebelum, semasa dan selepas pendedahan jenama kepada pengguna. Qualtrics BrandXM™ mengenal pasti pemacu jenama penting di kalangan bakal pelanggan, memperkasakan perniagaan untuk mempercepatksn pemerolehan pelanggan dan meningkatkan nilai jenama mereka.
Penyelesaian bersama itu akan membolehkan jenama untuk menguasai metrik jenama utama, seperti Indeks Ekuiti Jenama (satu barometer bagi hasrat pembelian pengguna yang berkorelasi dengan penguasaan pasaran) pada satu platform tunggal, menyelaraskannya dengan hasil perniagaan termasuk kesedaran, pertimbangan, dan penggunaan. Ia akan juga menyediakan analisis pra-binaan, aliran kerja automatik, dan papan pemuka interaktif daripada Qualtrics untuk membantu organisasi mensimulasikan senario masa depan dan memacukan pertumbuhan yang berterusan.
“Metodologi NielsenIQ yang terbaik di dalam kelasnya, digabungkan bersama teknologi pengurusan pengalaman Qualtrics, akan membantu jenama menyesuaikan diri dan menjadi berjaya di dalam sebarang persekitaran perniagaan,” kata Presiden NielsenIQ Consumer Insights Global, Yuneeb Khan. “Kami bangga kerana dapat bekerjasama dengan Qualtrics untuk menyediakan pemahaman yang lebih mendalam kepada pemimpin jenama dalam tepat masa, yang membolehkan mereka untuk mendapatkan kelebihan di dalam persaingan mereka.”
“Pengalaman yang disampaikan oleh setiap organisasi tidak pernah lebih penting berbanding sekarang,” kata Ketua Global bagi Ekosistem Qualtrics R.J. Filipski. “Menyatukan model Winning Brands terkemuka NielsenIQ dengan keupayaan Qualtrics yang telah terbukti untuk membantu organisasi menyampaikan apa yang pengguna mahukan akan memberikan jenama satu kelebihan pada pasaran yang berubah dengan pantas. Pandangan itu akan memberi kuasa kepada pemimpin jenama untuk melayani pengguna pada satu skala global dengan lebih cepat daripada sebelumnya.”
Maklumat mengenai NielsenIQ
NielsenIQ adalah pemimpin di dalam menyediakan gambaran perilaku pengguna yang paling lengkap dan tidak berat sebelah di seluruh dunia. Dengan dikuasakan oleh sebuah platform data pengguna yang canggih dan didorong oleh keupayaan analitik yang kaya, NielsenIQ membolehkan pengambilan keputusan yang berani dan yakin untuk syarikat dan peruncit barangan pengguna yang terkemuka di dunia.
Dengan menggunakan set data yang komprehensif dan mengukur kesemua urus niaga secara sama rata, NielsenIQ memberikan pelanggan dengan satu pandangan yang ke hadapan ke dalam perilaku pengguna agar dapat mengoptimumkan prestasi merentasi semua platform runcit. Falsafah terbuka mereka mengenai penyatuan data membolehkan set data pengguna yang paling berpengaruh di planet ini. NielsenIQ menyampaikan kebenaran yang lengkap.
NielsenIQ, sebuah syarikat portfolio Advent International, mempunyai operasi di hampir 100 pasaran, merangkumi lebih 90% daripada penduduk dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.nielseniq.com.
Maklumat mengenai Qualtrics
Qualtrics, peneraju dan pencipta bagi kategori XM, sedang mengubah cara organisasi mengurus dan meningkatkan empat teras pengalaman bagi perniagaan –– pelanggan, pekerja, produk, dan jenama. Lebih 13,500 organisasi di seluruh dunia menggunakan Qualtrics untuk mendengar, memahami, dan mengambil tindakan terhadap data pengalaman (X-data™) –– kepercayaan, emosi, dan hasrat yang memberitahu anda mengapa sesuatu perkara berlaku, dan apa yang harus dilakukan mengenainya. Platform Qualtrics XM™ adalah sebuah sistem tindakan yang membantu perniagaan menarik pelanggan yang berada lebih lama dan membeli lebih banyak, melibatkan pekerja yang membina sebuah budaya positif, membangunkan penemuan produk yang disukai orang, dan membina sebuah jenama yang disukai oleh orang ramai. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari qualtrics.com.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20210901005357/en/
Hubungi
Media
Gillian Mosher – gillian.mosher@nielseniq.com
Sumber : NielsenIQ
No comments:
Post a Comment