Zynga Mengumumkan ReVamp, Permainan Tipu Daya Sosial Berbilang Pemain yang Pertama Untuk Snapchat (Grafik: Business Wire) |
SAN FRANCISCO, 20 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA), sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif, hari ini mengumumkan bahawa ReVamp, sebuah permainan tipu daya sosial berbilang pemain yang akan datang, akan dilancarkan tidak lama lagi di pasaran terpilih khusus untuk Snapchat. Permainan bertemakan puntianak itu akan menjadi tajuk tipu daya sosial pertama di Snapchat, untuk memberikan pengguna Snapchat dengan peluang pertama mereka untuk terlibat di dalam genre popular ini.
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210917005012/en/
ReVamp adalah sebuah permainan penyamaran berbilang pemain tepat masa di mana pemain berhasrat untuk mendedahkan siapa pemain puntianak di antara kumpulan rakan mereka semasa mereka mengubah suai bilik-bilik di sebuah rumah agam. Dalam permainan itu, pemain-pemain manusia harus menyelesaikan tugas pengubahsuaian, seperti meroboh dan membina, untuk meningkatkan peluang mereka untuk hidup sambil mengenal pasti dan mengalahkan puntianak semasa fasa pengundian. Pemain puntianak mesti mengelakkan diri daripada disyaki semasa memilih pemain manusia dengan melengkapkan satu senarai tugasan palsu di seluruh rumah agam itu.
“Kami sangat teruja kerana dapat meneruskan perkongsian kami dengan Snap untuk mewujudkan permainan baharu yang menyeronokkan yang sesuai dengan mekanik sosial platform mereka,” kata Bernard Kim, Presiden bagi Penerbitan di Zynga. “ReVamp menggambarkan semula genre permainan tipu daya sosial untuk pemain Snapchat manusia dan puntianak dari semua tingkat kemahiran.”
“Zynga adalah satu daripada pembangun pertama yang melancarkan sebuah tajuk di Snapchat. Sejak perkongsian kami bermula, kami kagum dengan cara bagaimana pasukan pengembangan mereka bekerja untuk menentukan ruang permainan sosial serta membawa konsep permainan baharu dan pembuatan kandungan yang menyeronokkan kepada komuniti kami,” kata Pany Haritatos, Ketua Snap bagi Snap Games. “Ketika platform permainan kami terus berkembang, tajuk-tajuk seperti ReVamp menyoroti evolusi dan potensi platform itu.”
ReVamp adalah permainan ketiga Zynga yang dikeluarkan secara eksklusif untuk Snapchat, berikutan pengumuman perkongsian pelbagai permainan Zynga dan Snap pada Jun 2020. Zynga telah menjadi sebuah rakan asal untuk Snapchat sejak pelancaran platform Snap Games, yang sebelum ini mengeluarkan Bumped Out dan Tiny Royale untuk permainan eksklusif di platform itu.
Pemain boleh melayari www.zynga.com untuk mendapatkan kemaskini seterusnya mengenai ReVamp. Snap Games direka untuk permainan mudah alih di antara rakan dan dibina di atas mesin permainan PlayCanvas yang mantap. Platform itu, yang dilancarkan pada April 2019, menampilkan satu pilihan tajuk asli dan pihak ketiga yang disusun.
Untuk melihat aset sokongan, sila klik di sini: https://www.dropbox.com/sh/a29lhiski2s1o2e/AAA9PeeZwKA9DXhCVGUW1whva?dl=0
Maklumat mengenai Zynga Inc.
Zynga adalah sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif dengan satu misi untuk menghubungkan dunia menerusi permainan. Dengan jangkauan global yang luas di lebih 175 buah negara dan wilayah, Zynga mempunyai portfolio yang pelbagai bagi francais permainan popular yang telah dimuat turun lebih empat bilion kali di telefon bimbit termasuk CSR RacingTM, Empires & PuzzlesTM, Hair ChallengeTM, Harry Potter: Puzzles & SpellsTM, High Heels!TM, Merge Dragons!TM, Merge Magic!™, Queen BeeTM, Toon Blast™, Toy Blast™ dan Words With FriendsTM. Dengan Chartboost, sebuah platform pengiklanan dan pengewangan mudah alih yang terkemuka, Zynga adalah sebuah platform generasi seterusnya yang terkemuka di dalam industri dengan keupayaan untuk mengoptimumkan pengiklanan dan kadar hasil programatik pada skala. Ditubuhkan pada tahun 2007, Zynga beribu pejabat di California dengan mempunyai lokasi di Amerika Utara, Eropah dan Asia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zynga.com atau ikuti Zynga di Twitter, Instagram, Facebook atau di blog Zynga.
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20210917005012/en/
Hubungi
Pusat Media Zynga:
Kenny Johnston
kjohnston@zynga.com
Brian Parvizshahi
bparvizshahi@zynga.com
Sumber : Zynga
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA
No comments:
Post a Comment