Tuesday, September 21, 2021

ZYNGA PERTAMA KALI MEMPERLIHATKAN KEPADA UMUM TAJUK FARMVILLE 3 MUDAH ALIH YANG AKAN DATANG

Zynga Pertama Kali Memperlihatkan Kepada Umum Tajuk FarmVille 3 Mudah Alih yang akan Datang (Grafik: Business Wire)

Video sepintas lalu untuk tajuk mudah alih terkini dalam francais FarmVille yang popular memberikan peminat satu gambaran tentang haiwan yang sedap dipeluk di dunia perladangan baharu

SAN FRANCISCO, 21 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA):

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210920005007/en/

APA: Hari ini, Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA), sebuah pemimpin global di dalam hiburan interaktif dan pencipta francais popular FarmVille, melancarkan sebuah  video sepintas lalu untuk tajuk mudah alih yang akan datang, FarmVille 3, yang merakamkan interaksi yang menyeronokkan dan penuh kasih sayang di antara haiwan seperti biri-biri yang sedap dipeluk dan lembu yang menari-nari ketika mereka teruja menanti untuk bertemu pemilik baharu mereka di ladang berkenaan.

Sejak ia dilancarkan pada tahun 2009, francais FarmVille telah terus melancarkan cara baharu yang segar bagi pemain untuk mengalami permainan itu, termasuk FarmVille 2: Country Escape dan FarmVille 2: Tropic Escape. Satu daripada ciri-ciri permainan baharu itu di FarmVille 3 adalah pembiakan dan pemeliharaan anak-anak binatang yang menawan hati daripada lebih 150 jenis unik, termasuk kuda, khinzir, alpaka dan rubah artik.

Video pratonton selama 20 saat itu bermula dengan sekeluarga lembu bergembira dengan kedatangan anak lembu mereka dan diteruskan dengan seekor biri-biri yang melompat kegirangan ketika ia diselubungi oleh ibu bapanya. Sebuah montaj terdiri daripada haiwan yang dicintai boleh dilihat di kawasan pinggir desa yang indah di mana mereka berinteraksi dengan pekerja ladang yang ramah dan persekitarannya, sekali gus menghidupkan keseluruhan ladang itu.

Bermula hari ini, peminat boleh berkongsi keseronokan dan kegembiraan untuk FarmVille 3 dengan ciri-ciri sosial yang menyeronokkan, termasuk latar belakang Zoom dan pemilihan haiwan dengan fakta yang menyeronokkan, yang boleh didapati di sini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:
Facebook
Instagram

ZYNGA PERTAMA KALI MEMPERLIHATKAN KEPADA UMUM TAJUK FARMVILLE 3 MUDAH ALIH YANG AKAN DATANG

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...