LONDON, 13 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, Anugerah Penjenamaan Dunia yang berprestij, penganugerahan pengiktirafan jenama global yang muktamad – kini dalam edisi ke-13 mereka, telah menyaksikan 150 jenama dari 41 buah negara dipilih sebagai “Jenama Terbaik Tahun ini” dalam satu upacara anugerah maya yang pertama kali diadakan dalam sejarah Anugerah itu. Jenama-jenama itu telah dicalonkan oleh lebih 115,000 pengguna dari enam benua untuk edisi dwitahunan khas Animalis yang memberi tumpuan kepada pemberian anugerah bagi jenama-jenama binatang peliharaan dan haiwan terbaik dari seluruh dunia.
Animal Planet, BuddyRest, FRONTLINE, KONG, ORIJEN, Pedigree, Petplan, PURINA Friskies, Rogz, Tetra, dan Whiskas, kesemuanya telah diumumkan sebagai pemenang Peringkat Global terkenal pada tahun ini, antara lain.
Aqua Design Amano (Jepun), Vitakraft dan zooplus (Jerman), dan PetSmart (Amerika Syarikat) telah kesemuanya diiktiraf sebagai pemenang Peringkat Wilayah, bersama dengan beberapa jenama lain.
Jenama-jenama Malaysia yang mencuri perhatian adalah Aquanice (Makanan Ikan), Aquaria KLCC (Akuarium Awam), Catzonia (Hotel Binatang Peliharaan – Kucing), dan Powercat (Makanan Kucing - Kering/Pelet), antara lain.
Jenama-jenama Singapura yang terkenal termasuk Gold-D (Makanan Kucing) dan Snappy (Pasir Kumbahan Kucing) sebagai pemenang Peringkat Nasional, dan Happi Doggy (Pengunyah Gigi) dan Kit Cat (Produk/Bekalan Binatang Peliharaan) sebagai pemenang Peringkat Wilayah, antara lain.
Akhir sekali, jenama-jenama yang menang dari Filipina termasuk Top Breed (Makanan Anjing – Kering/Pelet), Pupkits (Tempat Tidur) dan Petshop.ph (Stor Binatang Peliharaan Dalam Talian), antara lain.
“Edisi Animalis bagi Anugerah itu meraikan jenama-jenama terbaik di dalam industri binatang peliharaan dan haiwan dari seluruh dunia dan mengiktiraf mereka yang terus kekal berada di barisan hadapan bagi pemikiran pengguna. Berikutan cabaran yang dicetuskan oleh pandemik global terhadap perniagaan, ia adalah satu kejayaan yang luar biasa, paling tidak,” kata Richard Rowles, Pengerusi bagi Forum Penjenamaan Dunia.
“Ini adalah satu sambutan untuk pemasar terbaik bagi jenama-jenama binatang peliharaan dan haiwan dari seluruh dunia,” kata Rowles.
Majlis penganugerahan itu menyaksikan usahawan, Lara Morgan, dan doktor haiwan, Joe Inglis, menyampaikan ucaptama kepada tetamu.
Anugerah itu dianjurkan oleh Forum Penjenamaan Dunia, sebuah organisasi yang tidak mencari keuntungan yang didedikasikan kepada memajukan standard penjenamaan.
Untuk maklumat lanjut dan senarai lengkap pemenang, sila layari awards.brandingforum.org.
Maklumat mengenai Forum Penjenamaan Dunia
Forum Penjenamaan Dunia (WBF) adalah sebuah organisasi global berdaftar yang tidak mencari keuntungan. Matlamat dan aktiviti mereka adalah untuk meningkatkan standard di dalam penjenamaan bagi kebaikan industri dan juga pengguna. WBF menghasil, mengurus dan menyokong pelbagai program yang meliputi penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengiktirafan, rangkaian dan jangkauan. Untuk maklumat lanjut, sila layari brandingforum.org.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20210909005386/en/
Hubungi
Media
Peter Michaels
peter.michaels@brandingforum.org.
Sumber: Anugerah Penjenamaan Dunia
No comments:
Post a Comment