- Di bawah satu perjanjian konsesi selama 35 tahun, terminal serba canggih itu akan dibuka pada tahun 2024 dengan kapasiti awal 1.8 juta TEU
- Pelabuhan Khalifa menjadi sebuah hab serantau bagi Tiga daripada Empat syarikat perkapalan Utama di Dunia
ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 10 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kumpulan AD Ports, fasilitator utama bagi logistik, industri, dan perdagangan di rantau itu, dan Kumpulan CMA CGM yang berpangkalan di Perancis, sebuah pemimpin dunia di dalam perkapalan dan logistik, telah mengumumkan penandatanganan satu perjanjian konsesi selama 35 tahun.
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210909005619/en/
Di bawah syarat-syarat perjanjian itu, sebuah terminal baharu akan didirikan di Pelabuhan Khalifa, pelabuhan kontena separa automatik yang pertama di wilayah GCC, yang akan dikendalikan oleh sebuah usaha sama yang dimiliki oleh anak syarikat CMA CGM, CMA Terminals (dengan pegangan 70 peratus ekuiti) dan Kumpulan AD Ports (30 peratus kepentingan). Rakan-rakan kongsi itu dijangka memberikan komitmen kira-kira AED 570 juta (USD 154 juta) kepada projek tersebut.
Sebuah terminal serba canggih untuk mengiringi pertumbuhan Pelabuhan Khalifa
Dengan pembinaan bermula pada tahun 2021, terminal baharu itu akan diserahkan pada tahun 2024 dengan, pada fasa 1, sebuah dermaga yang di peringkat awal panjangnya 800 meter dan satu anggaran kapasiti tahunan 1.8 juta TEU. Kumpulan AD Ports akan bertanggungjawab untuk membangunkan pelbagai kerja dan infrastruktur marin sokongan. Ini termasuk sehingga 1,200 meter dinding dermaga, sebuah pemecah ombak 3,800 meter, sebuah platform rel yang dibina sepenuhnya, dan halaman terminal seluas 700,000 meter persegi.
Terminal itu akan menyediakan CMA CGM sebagai sebuah hab serantau baharu dan akan membolehkan Kumpulan itu untuk membangunkan penawaran perkhidmatan mereka di antara Abu Dhabi dan Asia Selatan, Asia Barat, Afrika Timur, Eropah dan Mediterranean serta Timur Tengah dan benua kecil India.
Dengan pelaburan utama ini, Kumpulan CMA CGM terus bergerak ke hadapan dengan strategi pengembangan global mereka sebagai sebuah pengendali terminal terkemuka. Kumpulan itu pada masa ini mengendalikan 49 terminal pelabuhan di 27 buah negara melalui anak syarikat mereka CMA Terminals dan Terminal Link.
Pelabuhan Khalifa, sebuah hab bagi tiga daripada empat syarikat perkapalan paling utama di dunia.
Kumpulan CMA CGM adalah yang ketiga daripada empat entiti perkapalan paling utama di dunia untuk bergabung tenaga dengan fasilitator terkemuka Abu Dhabi bagi perdagangan, logistik dan industri. Perjanjian itu mengesahkan kedudukan Pelabuhan Khalifa sebagai satu daripada hanya beberapa pelabuhan utama di dunia yang menyediakan hab bagi tiga daripada syarikat perkapalan utama di dunia, serta berfungsi sebagai satu bahagian penting di dalam perdagangan maritim global yang menghubungkan pasaran dari timur ke barat.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14960
No comments:
Post a Comment