Kementerian Sains dan ICT Korea dan Persatuan Korea bagi Penggalakan ICT telah mengadakan Mesyuarat Perniagaan Pameran ICT Dalam Talian Dunia (WOW) 2021 untuk menyokong kemasukan pasaran luar negara bagi perusahaan kecil dan sederhana Korea di dalam industri ICT yang mengalami kesukaran dalam pengembangan laluan pemasaran disebabkan oleh pelanjutan COVID-19. Mesyuarat itu telah diadakan serentak secara dalam talian dan luar talian dengan menggunakan platform WOW dan di tempat di COEX. Lebih 80 PKS ICT Korea dan 62 pembeli dari 29 buah negara menghadiri mesyuarat perniagaan itu yang diadakan pada 15 dan 16 September. Melalui mesyuarat itu, bukan sahaja perundingan eksport yang mencecah skala USD 57 juta diadakan, tetapi juga beberapa syarikat memeterai MOU. Dengan mensasarkan perniagaan yang besar kemungkinan mendapat pesanan, pameran eksport kedua telah dirancang untuk diadakan. (Foto: Business Wire)
- Mengadakan satu pameran eksport di sebuah platform perniagaan ICT dalam talian global untuk mengembangkan laluan pemasaran
SEOUL, Korea Selatan, 23 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kementerian Sains dan ICT Korea (MSIT, Menteri: Hyesook Lim) dan Persatuan Korea bagi Penggalakan ICT (KAIT, Presiden: Jung Ho Park) telah mengadakan Mesyuarat Perniagaan Pameran ICT Dalam Talian Dunia (WOW) 2021 untuk menyokong kemasukan pasaran luar negara bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Korea di dalam industri ICT yang mengalami kesukaran dalam pengembangan laluan pemasaran disebabkan oleh pelanjutan COVID-19.
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210923005372/en/
Lebih 80 PKS ICT Korea dan 62 pembeli dari 29 buah negara, termasuk Amerika Syarikat, Brazil, Belgium, China, dan Vietnam, menghadiri mesyuarat perniagaan itu yang diadakan pada 15 dan 16 September dengan menggunakan platform WOW. Platform itu adalah satu platform pertunjukan dalam talian untuk membantu perniagaan ICT domestik memasuki pasaran luar negara dan memperluaskan eksport pada detik sukar selepas pandemik COVID-19.
Mesyuarat itu diadakan serentak secara dalam talian dan luar talian di tempat di COEX. Bagi syarikat yang tidak dapat menghadiri pameran itu, satu perkhidmatan perundingan dalam talian telah disediakan dalam bentuk satu persidangan video tiga hala dengan pembeli dan jurubahasa.
Untuk merealisasikan kejayaan kontrak eksport bagi syarikat-syarikat yang menghadirinya, satu tinjauan permintaan sebelum itu telah dijalankan bagi pemadanan perniagaan dengan pembeli. Di samping itu, untuk mengatasi batasan bagi format tanpa sentuh untuk acara ini, satu buku direktori mengenai produk syarikat-syarikat yang terlibat dihasilkan dan diedarkan kepada pembeli untuk menyediakan maklumat yang mencukupi mengenai syarikat-syarikat tersebut. Selain itu, PKS yang turut serta diberikan peluang untuk menerima perkhidmatan perdagangan profesional dan perundingan IR untuk membantu mereka menyelesaikan kesulitan mereka sekarang.
Melalui pameran tersebut, bukan sahaja perundingan eksport yang mencecah skala USD 57 juta diadakan, tetapi juga beberapa syarikat memeterai MOU. Sebagai contoh, More Dream Inc. mengadakan MOU sebanyak USD 50,000 dengan MAIZA Tech dari Malaysia untuk mengeksport teknologi papan kekunci berbilang bahasa untuk telefon pintar. Syarikat lain termasuk Hurien dan HelloFactory juga dalam proses perbincangan positif untuk mengadakan MOU dengan pembeli luar negara.
Seorang pegawai KAIT berkata, “Kami akan terus berusaha untuk membantu perniagaan mencapai hasil yang besar melalui sokongan dan pemantauan pengurusan susulan yang sistematik, seperti dengan mengadakan pameran eksport kedua pada November yang mensasarkan perniagaan yang besar kemungkinan mendapat pesanan.”
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20210923005372/en/
Hubungi
Persatuan Korea bagi Penggalakan ICT
Jungeun Park
+82-2-580-0545
ECOMICE
Hyuni Lee
+82-2-6000-4277
hilee@ecomice.com
Sumber : Persatuan Korea bagi Penggalakan ICT
No comments:
Post a Comment