OKEx meneruskan komitmennya terhadap kemajuan industri kripto dan kewangan terpencar dengan pelancaran DeFi Hub
VICTORIA, Seychelles, 6 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- OKEx (www.OKEx.com) yang merupakan bursa lani dan terbitan kriptowang utama global, hari ini mengumumkan pelancaran ekosistem aset digital terpencar, DeFi Hub. Platform ini kini menampilkan dua produk teras: Pasaran NFT dan Papan Pemuka DeFi.Pasaran NFT ialah platform NFT hujung ke hujung yang dibina untuk memperkasa pencipta dan menginspirasikan pengumpul. Melalui platform, sesiapa sahaja boleh membeli, menjual dan berdagang NFT secara terus, dengan sifar yuran dibayar kepada OKEx. Perkara yang membuatkan Pasaran NFT lebih unik ialah sesiapa sahaja boleh menggunakan platform ini untuk menempa apa-apa jenis NFT mereka sendiri, menggunakan blok OEC atau Ethereum.
NFT yang baru ditempa akan tersedia untuk jualan pada Pasaran NFT dan pencipta diberikan kefleksibelan untuk menetapkan yuran royalti mereka sendiri. Yuran royalti untuk pencipta akan dibayar kepada pencipta dalam setiap transaksi seterusnya pada pasaran sekunder Pasaran NFT sebagai tanda komitmen OKEx untuk melindungi kepentingan pencipta. Pasaran NFT juga membolehkan pengguna mengimport NFT yang telah dijana pada platform lain yang disokong.
DeFi Hub juga menawarkan cara untuk melihat dan mengurus aset terpencar merentasi rangkaian blok rantai utama dan protokol DeFi. Papan Pemuka DeFi memaparkan kedua-dua pandangan portfolio penuh, serta pandangan berasingan untuk koleksi digital.
"Pasaran NFT berkembang dengan pesat dalam kepopularan, mewujudkan keperluan untuk sistem menyeluruh untuk mengurus NFT," kata Pengarah OKEx Lennix Lai dalam satu kenyataan. Beliau meneruskan:
"Dengan DeFi Hub, kami telah mewujudkan Pasaran NFT yang akan mempercepat penggunaan NFT dengan memudahkan sesiapa sahaja untuk mencipta, bertukar, dan menjual NFT berbanding sebelum ini. Kami juga teruja untuk melancarkan Papan Pemuka DeFi untuk membawakan peningkatan yang amat diperlukan kepada penggambaran pengguna bagi portfolio kriptowang mereka."
Perihal OKEx
Diasaskan pada tahun 2017, OKEx merupakan salah satu bursa lani dan terbitan kriptowang utama di dunia. OKEx telah menggunakan teknologi blok rantai untuk membentuk semula ekosistem kewangan dan menawarkan beberapa produk, penyelesaian dan alat perdagangan yang paling pelbagai dan canggih dalam pasaran. Dengan pelbagai produk dan perkhidmatan kripto, komitmen tidak berbelah baginya terhadap inovasi dan operasi tempatan untuk berkhidmat kepada penggunanya dengan lebih baik, OKEx berusaha untuk menghapuskan halangan kewangan dan merealisasikan dunia keterangkuman kewangan bagi semua.
Hubungi kami
Vivien Choi / Andrea Leung
media@okex.com
Sumber: OKEx
--BERNAMA
No comments:
Post a Comment