Saturday, September 18, 2021

KAJIAN GLOBAL EGON ZEHNDER MENDEDAHKAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KINI LEBIH SEDAR KENDIRI, NAMUN PERLU MENJADI LEBIH RELASIONAL DAN MUDAH SUAI

Tinjauan ke atas hampir 1,000 Ketua Pegawai Eksekutif global mendedahkan cabaran sosial dan ekonomi baru-baru ini mendorong tahap refleksi kendiri dan pembangunan diri yang belum pernah terjadi sebelum ini - mengubah perspektif Ketua Pegawai Eksekutif dan peranan kepimpinan

ZURICH, 17 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Egon Zehnder, firma penasihat kepimpinan terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan hasil bagi satu kajian yang meninjau 972 Ketua Pegawai Eksekutif di seluruh dunia, yang merakamkan nadi mengenai cara bagaimana peranan dan harapan Ketua Pegawai Eksekutif berkembang di tengah-tengah cabaran global dan trend baru muncul. Kajian itu mendapati bahawa refleksi kendiri dan perkembangan peribadi telah menjadi antara keutamaan Ketua Pegawai Eksekutif ketika mereka menjadi semakin sedar kendiri, merealisasikan bahawa kunci kepada kemakmuran adalah untuk meningkatkan aspek kemanusiaan di dalam kepimpinan mereka.

Ketika tuntutan memuncak untuk kesamaan tempat kerja dan tekanan baharu di dalam  kerja hibrid terus membentuk budaya perniagaan secara dramatik, Ketua Pegawai Eksekutif di seluruh dunia sedang menilai semula peranan mereka, bagaimana mereka melibatkan diri dengan pasukan mereka, dan juga bagaimana mereka mengatur organisasi mereka - dan diri mereka sendiri - bertanggungjawab untuk menjadikan perniagaan mereka bersedia di masa depan. Hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif melihat mengutamakan pembangunan mereka sendiri dan memanfaatkan sumber tenaga intrinsik bagi orang di dalam organisasi mereka sebagai penting untuk mengemudi melalui persekitaran perniagaan yang kompleks.

Penemuan utama termasuk:
  • 90% daripada Ketua Pegawai Eksekutif melaporkan bahawa mereka telah berpindah ke pusat bagi suara yang semakin kuat, lebih pelbagai dan berbeza. Ketika ditanya mengenai impak bagi keadaan baru-baru ini pada organisasi mereka, kebanyakan Ketua Pegawai Eksekutif menekankan pengambilan keputusan dan perubahan yang dipercepatkan, dan ketidakpastian ekonomi yang lebih besar. Peralihan ini merujuk kepada kerumitan dan evolusi pesat yang membentuk semula perniagaan - dan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif akan menjawab kepada lebih banyak pihak berkepentingan dan diukur dalam cara baharu dan baru muncul.
     
  • 83% pemimpin merasakan penting untuk merenung semula gaya kepimpinan mereka sendiri - meningkat daripada 66% dalam kajian 2018Ketua Pegawai Eksekutif: Satu Refleksi Peribadi. Ketua Pegawai Eksekutif memperluaskan keupayaan mereka untuk menyesuaikan diri, relasional, dan sedar kendiri. Mereka komited untuk mendengar pelbagai perspektif dan semakin mencari maklumat balas daripada tempat baharu - termasuk anggota pasukan, ketua, mentor, perunding, dan Ketua Pegawai Eksekutif yang lain. Di samping itu, Ketua Pegawai Eksekutif wanita adalah lebih cenderung untuk mengumpulkan maklumat balas daripada pelbagai sumber - dan lebih cenderung daripada rakan sejawatan lelaki untuk mendapatkan bimbingan daripada rakan Ketua Pegawai Eksekutif, mentor dan ahli keluarga.
  • 78% daripada Ketua Pegawai Eksekutif sangat bersetuju bahawa mereka perlu untuk meneruskan transformasi diri mereka - tiga kali lebih banyak dari tahun 2018. Ketua Pegawai Eksekutif juga sangat bersetuju akan pentingnya “dwi perjalanan,” satu jalan di mana pemimpin percaya dengan melihat perkembangan peribadi mereka dan pertumbuhan organisasi mereka sebagai satu perjalanan yang saling berkait akan mempengaruhi perubahan yang optimum. Penemuan kami yang paling ketara adalah persetujuan yang hampir sebulat suara di antara satu ribu pemimpin bahawa, “Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, saya memerlukan kemampuan untuk mengubah diri saya dan juga organisasi saya.”
     
  • Dua pertiga daripada Ketua Pegawai Eksekutif melaporkan bahawa metrik utama yang mendorong keputusan mereka adalah kekal konsisten, walaupun terdapat jangkaan perniagaan sosial dan ekonomi baharu yang mereka nyatakan sokongan mereka. Memandangkan konflik ini, adalah tidak jelas sama ada Ketua Pegawai Eksekutif mempunyai satu laluan langsung untuk mencapai cita-cita mereka dengan metrik kewangan tradisional sebagai pemacu keputusan yang dominan bagi kebanyakan Ketua Pegawai Eksekutif.
     
  • Satu analisis bagi jawapan terbuka menunjukkan bahawa hampir 500 Ketua Pegawai Eksekutif, lebih separuh daripada semua responden, melihat keupayaan relasional sebagai satu titik buta utama. Secara khusus, kurang daripada separuh Ketua Pegawai Eksekutif (44%) melaporkan bahawa mereka merasakan sejajar sepenuhnya dengan pasukan mereka, dan bahkan lebih sedikit dengan lembaga mereka – yang menunjukkan tahap ketegangan yang meningkat dan peningkatan bagi keperluan untuk bekerjasama.
 
“CEO menyedari bahawa kerumitan perniagaan yang belum pernah terjadi sebelum ini pada hari ini memerlukan satu peralihan kepimpinan yang ketara - dan perubahan itu mesti dimulakan dengan melihat ke dalam dengan tahap refleksi diri dan pembangunan peribadi yang baharu. Ini bukannya sesuatu yang menurut hawa nafsu; ia adalah apa yang diharapkan oleh pasukan, organisasi dan pihak berkepentingan daripada Ketua Pegawai Eksekutif kita,” kata Jill Ader, Pengerusi Global bagi Egon Zehnder. “Sekarang, lebih dari sebelumnya, kepintaran perniagaan tradisional harus sama seimbang dengan empati dan belas kasihan untuk mendapatkan komitmen emosi daripada pasukan dan organisasi mereka, mengemudi kerumitan perniagaan dan membina tempat kerja yang produktif dan yang memberikan inspirasi.”
 
Mengemudi melalui persekitaran yang rumit ini menuntut Ketua Pegawai Eksekutif untuk meningkatkan kapasiti peribadi mereka untuk menjadi lebih adaptif, relasional dan sedar kendiri, tegas Kati Najipoor-Schuette dan Dick Patton, yang merupakan seteraju utama bagi kumpulan penasihat Ketua Pegawai Eksekutif Egon Zehnder dan bersama-sama mengarang kajian ini. Terutama pada masa kini, keperluan kapasiti ini perlu semakin seimbang dengan kekuatan kepimpinan tradisional, perancangan strategik dan sebuah orientasi prestasi tanpa henti. Menguasai kemahiran ini memerlukan pemimpin untuk meningkatkan keupayaan mereka bagi mendengar, mempercayai dalam satu rangkaian pihak berkepentingan yang lebih luas dan berkomunikasi dengan lebih autentik daripada sebelumnya.

Hasil daripada mengasah kemahiran ini dan mengambil satu pendekatan yang lebih berpusatkan kemanusiaan terhadap kepimpinan, Ketua Pegawai Eksekutif akan mengembangkan daya ketahanan, kepimpinan dan kemampuan untuk menyesuaikan diri - dan organisasi mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kajian Ketua Pegawai Eksekutif Egon Zehnder, yang meninjau 972 Ketua Pegawai Eksekutif di seluruh dunia, sila layari www.egonzehnder.com/it-starts-with-the-CEO.

Maklumat mengenai Egon Zehnder

Egon Zehnder adalah firma penasihat kepimpinan terkemuka di dunia, yang memberi inspirasi kepada pemimpin untuk mengemudi persoalan yang rumit dengan jawapan bersifat kemanusiaan. Dengan pengalaman lebih 55 tahun menasihati pelanggan mengenai kepimpinan ketua eksekutif, kami tahu bahawa pemilihan seorang Ketua Pegawai Eksekutif adalah titik tengah bagi sesuatu proses, bukan penghujungnya. Itulah sebabnya kami bekerjasama dengan pelanggan kami untuk menyampaikan satu sokongan peralihan, penggantian, pembangunan, dan pengembangan Ketua Pegawai Eksekutif yang menyeluruh dan berkesan. Kami membantu organisasi untuk mencapai cabaran kepimpinan mereka dan menawarkan maklumat balas dan pandangan yang jujur ​​untuk membantu pemimpin merealisasikan keberadaan dan tujuan sebenar mereka. 525 perunding kami di 63 pejabat dan 37 buah negara adalah bekas pemimpin industri dan fungsian yang bekerjasama secara lancar di seluruh geografi, industri dan fungsi untuk menyampaikan kuasa penuh Firma itu kepada setiap pelanggan, pada setiap masa. Kami percaya bahawa bersama-sama kita dapat mengubah orang, organisasi dan dunia melalui kepimpinan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.egonzehnder.com dan ikuti kami di LinkedIn dan Twitter.
 
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14997

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...