Friday, January 31, 2020

MARY KAY MENERUSKAN KOMITMEN MEREKA KEPADA PENYELIDIKAN SAINS KULIT DI DALAM PERKONGSIAN MEREKA YANG PERTAMA SEUMPAMANYA DENGAN INTERNATIONAL MASTER COURSE ON AGING SCIENCE

DALLAS, 30 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay, satu daripada syarikat penjagaan kulit yang paling berinovatif di dunia, mengumumkan perkongsian mereka dengan International Master Course on Aging Science (IMCAS). Dari 30 Januari hingga 1 Februari, IMCAS akan mengadakan Kongres Sedunia tahunan ke-22 mereka di Paris, Perancis, di mana pakar-pakar antarabangsa yang terkemuka di dalam bidang dermatologi, pembedahan plastik dan sains penuaan akan mempamerkan dan mempelajari beberapa daripada inovasi penyelidikan terkini dengan matlamat untuk meningkatkan standard amalan.

Dengan lebih 12,000 orang peserta dijangka hadir pada tahun ini, 345 sesi saintifik dan 800 pakar antarabangsa yang terkemuka, Kongres Sedunia IMCAS ke-22 menawarkan suatu pengalaman yang unik, dengan satu senarai lengkap bagi kursus dan sesi sepanjang persidangan itu, yang direka untuk memperkayakan pengetahuan dan set kemahiran profesional seseorang.

“Kami sangat teruja untuk terus bekerjasama dengan komuniti saintifik di seluruh dunia dan adalah komited untuk berkongsi penyelidikan kami yang berinovatif dengan kalangan profesional di dalam sains kulit dan penuaan,” kata Dr. Lucy Gildea, Ketua Pegawai Saintifik di Mary Kay Inc. “Kami berbangga kerana telah dijemput untuk mengambil bahagian di IMCAS, sebuah organisasi berprestij yang berdedikasi kepada latihan yang berkualiti paling tinggi mengenai pembedahan plastik dan dermatologi.”

Dr. Michelle Hines, Pengarah bagi Perumusan Produk di Mary Kay, telah dijemput untuk menjadi seorang daripada penceramah di sebuah acara Akademi IMCAS bersama-sama dengan pakar-pakar terkemuka yang lain, berhubung perkara mengenai Pejabat lwn pada Prosedur Membubuh Lapisan Kulit Rumah.

IMCAS telah diwujudkan pada tahun 1994 di Paris, Perancis, sebagai sebuah kongres yang khusus untuk pakar bedah plastik dan ahli dermatologi. Sejak penubuhannya, IMCAS telah berusaha untuk merapatkan jurang pengetahuan di antara Pembedahan Plastik dan Pembentukan Semula dan Dermatologi, dengan itu menjanakan sinergi dan membantu merapatkan kedua-dua bidang ini. Misi mereka adalah untuk membolehkan pengamal estetik untuk mengakses kandungan saintifik yang berkualiti apabila diminta. IMCAS baru-baru ini telah melancarkan platform e-pembelajaran mereka, Akademi IMCAS, yang menawarkan kepada pelanggan mereka dengan akses segera kepada video-video pengajaran, kertas saintifik, temu bual pakar dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai IMCAS, sila klik di sini: https://www.imcas.com/en

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash mengasaskan syarikat kecantikan beliau lebih 56 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: membangunkan peluang-peluang yang berbaloi untuk wanita, menawarkan produk-produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan bebas di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, pemakanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia, memberi tumpuan kepada penyelidikan kanser, melindungi mangsa yang selamat daripada penderaan domestik, mencantikkan masyarakat kita, dan menggalakkan anak-anak untuk mengejar impian mereka. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar—selangkah demi selangkah. Maklumat lanjut di MaryKay.com.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13026

Wednesday, January 29, 2020

SATU PILIHAN YANG LEBIH BAIK KEPADA PERBANKAN - CLUBSWAN.COM

LONDON, 29 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- ClubSwan.com, sebuah pemimpin di dalam penyelesaian kewangan yang didorong oleh keahlian, terus memperluaskan keupayaan perbankan pilihan mereka yang yang berinovatif kepada pasaran-pasaran global utama. Ketika institusi-institusi kewangan tradisional terus bergelut untuk menyediakan cara-cara yang berinovatif dan bermakna untuk membawa nilai kepada pelanggan individu dan korporat dan ketika aset digital/ mata wang kripto mengalami pertumbuhan global, ClubSwan.com terus berkembang untuk memenuhi kecekapan itu dan permintaan yang diperlukan oleh aset-aset baharu ini dan pelanggan kami dan di mana bank-bank tradisional jelas tidak mempunyai jawapan.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200127005046/en/

Sebaliknya, akaun-akaun bank yang ditutup, urus niaga yang ditolak, kelewatan yang melumpuhkan dengan pelanggan-pelanggan yang menerima dana mereka (jika ada) kesemuanya adalah sesuatu yang biasa dengan bank-bank tradisional. Untuk memburukkan lagi dilema ini, ketersediaan penyelesaian yang boleh dipercayai di mana pelanggan dapat mempunyai ketenangan fikiran bagi kedua-dua aset kripto dan mata wang tradisional tidak wujud...sehingga sekarang. Satu pilihan yang lebih baik untuk perbankan kini tersedia di seluruh dunia — ia telah diuji, terbukti, dan dibina bagi mereka yang menuntut penyelesaian perbankan pilihan yang lebih maju, intuitif dan berinovatif untuk sama ada mata wang global mahupun aset kripto.

ClubSwan.com  adalah penyelesaian perbankan pilihan yang berinovatif yang tersedia di seluruh dunia, yang merapatkan dunia Mata Wang Tradisional dan dunia Kripto. Dengan hampir $1 bilion ($1,000,000,000.00) di dalam kripto untuk pembubaran fiat, ClubSwan telah menyediakan tanjakan dan laluan luar untuk memberi perkhidmatan kepada fiat dan kripto. Keahlian global ini membolehkan pengguna untuk berurus niaga secara lancar tanpa perlu untuk membeli apa-apa jenis token bagi memudahkan pembelanjaan dan penggunaan. ClubSwan secara semula jadi merapatkan kecairan fiat dengan dunia kripto — sebelum ini, ini telah menjadi satu masalah yang berpanjangan bagi pengguna kripto. Dengan perkhidmatan gaya hidup yang unik termasuk perjalanan borong, perkhidmatan perbankan pilihan yang mantap, keupayaan untuk menukar dengan lancar Kripto kepada Fiat, dan pelbagai faedah yang dibawa ke dalam satu platform, keahlian ClubSwan mengubah secara drastik industri fintech dan perbankan pada satu skala global.
  • Ahli-ahli menerima sebuah kad debit yang diterima di seluruh dunia... ATM, di kedai, dan penerimaan dalam talian. Dihantar melalui DHL dalam tempoh beberapa hari selepas pendaftaran keahlian
  • Mudah untuk diisi, diurus atau memindahkan pelbagai mata wang dengan kadar serta-merta atau hampir serta-merta
  • Mengambil kesempatan daripada perjalanan diskaun melalui pasukan bahagian kerja rencam 24/7 — dengan diskaun besar dari harga tapak perjalanan utama.
  • Memulakan berurusniaga sebaik sahaja selepas pengaktifan keahlian selesai.

ClubSwan.com  juga telah merevolusikan pengalaman prosedur dengan mendigitalkan proses KYC itu. Dengan pematuhan dan pengalaman pengguna yang mantap di pusat bagi program keahlian ini, dalam hanya masa 5 minit seorang pelanggan baharu boleh mendaftar dan pelanggan serta-merta menerima 3 akaun dompet pelbagai mata wang (GBP, EUR, USD) dan keupayaan untuk mempunyai sehingga 7 dompet kripto (BTCH, BCH, ETH, LTC, dan banyak lagi). Pelanggan boleh menghantar dana secara global melalui pemindahan kawat atau dari dompet kripto itu.

Program keahlian ClubSwan itu kini menawarkan komisen 40% untuk semua rujukan. Sekarang adalah masanya untuk mengalami satu pilihan yang benar-benar lebih baik untuk perbankan dan meningkatkan kehidupan.

Untuk membuat pertanyaan atau mendaftar: https://clubswan.com/?rc=JVGOEJ23

Sekatan dikenakan, lihat terma dan syarat. Kelajuan internet ditentukan oleh pembekal internet anda.

Maklumat mengenai ClubSwan:

ClubSwan adalah sebuah organisasi yang berasaskan teknologi yang menggabungkan keahlian gaya hidup mereka dengan sebuah platform perkhidmatan kewangan terlaras United Kingdom. ClubSwan telah bekerjasama dengan Nvayo Limited, sebuah institusi perkhidmatan kewangan yang dikendalikan oleh Financial Conduct Authority (FCA) yang berpangkalan di United Kingdom, yang diberi kuasa untuk memegang pelbagai baki mata wang, membuat pembayaran dan mengeluarkan kad pembayaran. Nvayo tidak menyediakan sebarang perkhidmatan kripto. Perkhidmatan mata wang kripto pada masa ini tidak dikawal oleh FCA atau mana-mana pengawal atur lain di United Kingdom. Anda memahami bahawa harga atau nilai bagi aset kripto dapat meningkat atau turun dengan cepat pada bila-bila masa. Risiko kerugian dalam membeli, menjual, memegang, atau melabur di dalam aset kripto boleh menjadi besar dan anda boleh kehilangan wang anda. Aset kripto yang diterima berkaitan dengan urus niaga mata wang kripto tidak akan dilindungi (di bawah Peraturan Wang Elektronik United Kingdom 2011) atau dilindungi oleh Skim Pampasan Perkhidmatan Kewangan. Kami tidak membuat apa-apa pernyataan berhubung kebijaksanaan untuk berurus niaga di dalam mata wang kripto. Kami tidak dapat menjamin ketepatan masa, ketepatan, atau kesempurnaan sebarang data atau maklumat yang digunakan berkaitan dengan sebarang pendedahan bagi pemegangan anda terhadap aset kripto. ClubSwan menawarkan perkhidmatan dan sokongan tambahan melalui sokongan pelanggan dan platform teknologi mereka yang menggabungkan aset digital/ urus niaga mata wang dan pembubaran.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20200127005046/en/

Hubungi

Glenniss Richards
press@clubswan.com

Sumber : ClubSwan

Tuesday, January 28, 2020

TOSHIBA LANCAR PENGGANDING FOTO OUTPUT LOGIK KOMUNIKASI BERKELAJUAN TINGGI YANG KOMPAK UNTUK ALAT PENGAWAL LOGIK YANG BOLEH DIPROGRAMKAN



Table
Toshiba: sebuah pengganding foto 10Mbps “TLP2363” output logik komunikasi berkelajuan tinggi   (Foto: Business Wire)

- Menyokong input digital IEC 61131-2 jenis 1 –

TOKYO, 28 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation  (“Toshiba”) telah melancarkan “TLP2363,” sebuah pengganding foto 10Mbps output logik komunikasi berkelajuan tinggi  untuk antara muka input digital 24V bagi Alat Pengawal Logik Yang Boleh Diprogramkan (PLC). Penghantaran bermula hari ini.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20200127005229/en/

Spesifikasi bagi pengganding foto yang baharu itu termasuk kedua-dua nilai minimum dan maksimum bagi ambang arus input mereka pada julat suhu pengendalian (-40 hingga 105℃). Penggunaan bagi pengganding foto itu yang digabungkan dengan perintang yang sesuai untuk kawalan arus merealisasikan sebuah modul input digital 24V yang mengikuti spesifikasi IEC 61131-2 Jenis 1[1].

Di samping itu, litar produk baharu itu menahan bunyi bising agar outputnya adalah jelas sama ada “rendah” atau “tinggi,” walaupun dengan isyarat input yang perlahan dengan masa naik atau masa jatuh (60s atau kurang) yang lama. Ini menghapuskan keperluan bagi sebuah litar membentuk bentuk gelombang di dalam bahagian output, sekali gus mengurangkan jumlah komponen.

Pengganding foto itu dibungkus di dalam 5pin SO6 yang nipis, dan mempunyai ketinggian maksimum 2.3mm. Bentuknya yang tipis membawa kebebasan yang lebih besar kepada susun atur komponen pada papan litar bercetak.

Penggunaan
  • Antara muka digital berkelajuan tinggi (PLC, peralatan pengukuran dan peralatan kawalan, dll.)
Ciri-ciri
  • Nilai minimum bagi ambang arus input: IFHL=0.3mA (minimum)
  • Nilai maksimum bagi ambang arus input: IFHL=2.4mA (maksimum)
  • Julat suhu operasi yang luas: Topr = -40 hingga 105℃
  • Kadar pemindahan data: 10Mbps (jenis)
  • Imuniti tinggi kepada input yang perlahan (maksimum 60s)
  • Beroperasi untuk sistem voltan bekalan 3.3V / 5V
Spesifikasi Utama
Sila klik di sini

Nota:
[1] Menentukan keperluan dan ujian bagi peranti PLC

Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu itu.
TLP2363
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TLP2363

Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai barisan peranti optik Toshiba.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/opto.html

Untuk menyemak ketersediaan bagi produk baharu itu di pengedar dalam talian, sila layari: 
TLP2363
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/semiconductor/where-to-buy/stockcheck.TLP2363.html

*Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan & Pemasaran Peranti Optoelektronik
Tel: +81-3-3457-3431
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html
 
Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
 
Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti am yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 22,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan untuk menggalakkan penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 800 bilion yen (AS$7 bilion) dan untuk menyumbang kepada sebuah masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.
Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20200127005229/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Jabatan Pemasaran Digital
Chiaki Nagasawa
Tel: +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Saturday, January 25, 2020

MERIDIAN MELANCARKAN POLIMERASE FIDELITI TINGGI BAHARU UNTUK MENAWARKAN PENGUATAN KUKUH UNTUK APLIKASI NGS DAN PCR

CINCINNATI, 24 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Meridian Bioscience, Inc. (NASDAQ: VIVO) hari ini mengumumkan Campuran HS Pfu Spesifikasi Tinggi yang bukan sahaja menyediakan penguatan fideliti tinggi, tetapi turut menawarkan penguatan untuk diagnostik seiring (CDx) dan ujian klinikal.

Penguatan fideliti tinggi adalah penting untuk aplikasi yang hasilnya bergantung kepada jujukan DNA yang betul, seperti penjujukan generasi hadapan (NGS), pengklonan, dan pengenotipan. Namun, keputusan daripada penguatan tersebut boleh dijejaskan oleh polimerase DNA yang tidak mampu menguatkan jenis jujukan yang berbeza secara sama rata atau jika sampel mengandungi perencat.

Bahagian Sains Hayat di Meridian Bioscience telah menangani cabaran ini dengan membangunkan Campuran HS Pfu Spesifikasi Tinggi sebagai penyelesaian penguatan fideliti tinggi, dengan ciri-ciri utama pasaran dari segi ketahanan perencat, pemultipleksan dan bias GC yang rendah. Ini merupakan alat yang sesuai untuk teknologi NGS yang diaplikasikan kepada pasaran klinikal, terutamanya dalam bidang ujian genetik dan penyaringan kanser, iaitu pembangunan panel untuk penyusukan tumor atau mutasi.

Lourdes Weltzien, Ph.D., Naib Presiden Eksekutif Sains Hayat, mengomen, "Polimerase fideliti tinggi telah menjadi rentan kepada kesukaran dalam penguatan PCR dalam DNA penuh GC atau penuh perencat. Campuran HS Pfu Spesifikasi Tinggi telah mengurangkan batasan ini dengan ketara dan akan meningkatkan kemampuan ujian pelanggan."

“Dalam cerakin klinikal berdasarkan NGS, keupayaan untuk menjujukkan semua bahagian DNA pada sampel secara bebas daripada kandungan GC adalah penting. Dengan kepakaran meluas kami dalam sistem enzim dan penimbal, Campuran HS Pfu Spesifikasi Tinggi telah direka untuk mencapai ini. Daripada pengayaan sasaran sehinggalah penguatan pustaka, ini membolehkan data NGS yang lebih baik dan keputusan lebih tepat,” kata Florent Chang-Pi-Hin, Ph.D., Pengarah Kanan, Penyelidikan & Pembangunan di Meridian.

Perihal Meridian Bioscience, Inc.

Meridian ialah syarikat sains hayat bersepadu sepenuhnya yang membangunkan, mengilangkan, memasarkan dan mengagihkan pelbagai produk diagnostik inovatif. Kami berdedikasi dalam membangunkan dan menyampaikan penyelesaian lebih baik yang memberikan jawapan dengan kelajuan, ketepatan dan keringkasan yang membawa perubahan kepada kemungkinan kehidupan bermula dengan penerokaan sehinggalah diagnosis. Menerusi penerokaan dan pembangunan, kami menyediakan bahan mentah sains hayat kritikal yang digunakan dalam ujian imunologi dan molekul untuk aplikasi manusia, haiwan, tumbuhan, dan alam sekitar. Menerusi diagnosis, kami menyediakan penyelesaian diagnostik dalam aspek termasuklah jangkitan gastrousus dan pernafasan atas dan ujian paras plumbum dalam darah.  Kami membina hubungan dan menyediakan penyelesaian kepada hospital, makmal rujukan, pusat penyelidikan, pusat ujian veterinar, pejabat pakar perubatan, pengilang diagnostik, dan syarikat bioteknologi di lebih 70 negara di seluruh dunia.

Saham Meridian didagangkan di NASDAQ Global Select Market, simbol VIVO. Laman web Meridian ialah www.meridianbioscience.com.

Maklumat Hubungan:
Jack Kenny
Ketua Pegawai Eksekutif
Meridian Bioscience, Inc.
Telefon:  513.271.3700
E-mel: mbi@meridianbioscience.com

SUMBER: Meridian Bioscience Inc.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13014

Friday, January 24, 2020

BIOTALYS MENGUMUMKAN KERJASAMA DENGAN CHRYSAL UNTUK MENILAI POTENSI BIOFUNGISID DALAM BUNGA

GHENT, Belgium, 24 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Biotalys NV, sebuah syarikat perlindungan Makanan dan Tanaman transformatif pesat maju yang sedang membangunkan generasi baharu biokawalan berasaskan protein, hari ini mengumumkan kerjasama dengan Chrysal untuk melindungi bunga daripada penyakit kulat dan memelihara keindahan bunga menggunakan biofungisid generasi baharu. Kajian ini akan dijalankan di Chrysal di Belanda dan akan menumpukan pada perlindungan kulat pascapenuaian untuk bunga yang dicantas.

Chrysal ialah pendorong utama dalam industri bunga dan peneraju pasaran dunia dalam makanan bunga untuk melindungi keindahan bunga demi memastikan bunga nampak segar untuk tempoh lebih lama. Menerusi pengalaman dan inovasi melebihi 90 tahun, komitmen terhadap kualiti dan pencarian penyelesaian mampan yang berterusan, mereka mempunyai tumpuan yang teguh pada mengurangkan sisa pada setiap peringkat dalam rantaian hortikultur, melalui produk, nasihat dan protokol mereka.

Patrice Sellès, CEO Biotalys, memberikan komen: “Kami sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Chrysal, peneraju dunia dalam makanan bunga, dalam usaha kami untuk terus membangunkan perancangan biokawalan berasaskan protein kami yang selamat dan berkesan untuk memenuhi keperluan untuk amalan pertanian yang lebih mampan. Matlamat kerjasama ini adalah untuk menilai potensi biofungisid kami untuk melindungi bunga yang dicantas daripada penyakit kulat selepas penuaian. Jika berjaya, ini akan memberikan bukti potensi unik dan keterterapan luas dalam platform biokawalan kami, termasuklah penggunaannya dalam bunga.”

Peter Vriends, CEO Chrysal menambah: “Kami sangat teruja tentang kerjasama dengan Biotalys ini kerana ini bersesuaian dengan matlamat strategik kami untuk menawarkan penyelesaian mampan secara global. Teknologi baharu, seperti yang dibangunkan oleh Biotalys, sangat bersesuaian dengan keperluan pelanggan kita dan juga keinginan yang meningkat untuk menikmati bunga yang ditanam dengan rasa hormat kepada planet kita. Kami berasa sukacita untuk bekerja bersama-sama dan untuk membangunkan penyelesaian nilai tinggi yang baharu untuk pengguna akhir kami dalam sektor ini.”

Perihal Biotalys

Biotalys merupakan syarikat perlindungan Makanan dan Tanaman berkembang pesat dan transformatif yang membangunkan penyelesaian biokawalan berdasarkan protein generasi baharu, membentuk masa hadapan bekalan makanan yang mampan dan selamat.

Berdasarkan platform teknologi perintisnya, Syarikat telah membangunkan rangkaian luas bagi produk yang berkesan dan selamat dengan mod tindakan unik, menangani perosak dan penyakit tanaman utama merentasi keseluruhan rantaian nilai, daripada tanah sehinggalah dihidangkan.

Biokawalan berdasarkan protein unik Biotalys menggabungkan ciri-ciri berprestasi tinggi bahan kimia dengan profil keselamatan bersih bahan biologi, menjadikannya agen perlindungan tanaman ideal untuk penggunaan pra- dan pasca-penuaian. Syarikat berada pada landasan untuk melancarkan biofungisid pertamanya di AS pada tahun 2022, diikuti dengan pengenalan pasaran global.

Biotalys ditubuhkan pada tahun 2013, sebagai sampingan daripada VIB (Institut Flanders untuk Bioteknologi) dan telah mengumpul €51 juta setakat ini daripada pelabur antarabangsa pakar. Syarikat berpangkalan di kelompok bioteknologi di Ghent, Belgium. Maklumat lanjut boleh ditemui pada www.biotalys.com.

Perihal Chrysal

Chrysal ialah pendorong utama dalam industri bunga dan tumbuhan dan peneraju pasaran dunia dalam makanan bunga. Sama ada anda menanam, mengangkut, menjual, atau sekadar menikmati keindahan bunga yang dicantas dan tumbuhan berpasu di kediaman anda, Chrysal menawarkan penyelesaian terbaik untuk memastikan bunga dan tumbuhan itu kelihatan segar untuk tempoh lebih lama. Menerusi pengalaman dan inovasi melebihi 90 tahun, komitmen terhadap kualiti dan pencarian penyelesaian mampan yang berterusan, kami menyasarkan untuk menjangkau keperluan pelanggan kami untuk hari ini dan masa akan datang.

Chrysal berada di negara yang mempunyai kepentingan dalam industri bunga dan tumbuhan, sama ada kerana kawasan penanam mereka (Amerika Selatan, Afrika, Asia) atau kerana kedudukan pasaran mereka dalam runcit dan perdagangan (Eropah Barat, Amerika Syarikat dan Jepun). Dengan operasi dan kerjasama rapat di 14 negara dan kemudahan pengeluaran di 5 negara.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

Biotalys NV
Marieke Vermeersch, Perunding Komunikasi Korporat
T: +32 (0)9 261 06 84
E: marieke.vermeersch@biotalys.com

Chrysal International B.V.
Anne Barmentloo
T: +31 35 69 55 880
E: anne.barmentloo@chrysal.nl 

SUMBER : Biotalys

EVERCORE DIANUGERAHKAN SEBAGAI PENASIHAT M&A TERBAIK DI SINGAPURA UNTUK KALI KEEMPAT OLEH ANUGERAH TRIPLE A COUNTRY THE ASSET 2019


SINGAPURA, 20 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Evercore (NYSE: EVR), firma penasihat perbankan pelaburan persendirian global yang terkemuka, telah sekali lagi diiktiraf sebagai Penasihat M&A Terbaik di Singapura oleh majalah The Asset pada majlis Anugerah Triple A Country 2019 mereka di Hong Kong pada 16 Januari, 2020.

Anugerah tahunan itu, yang kini berada dalam tahun ke-21 mereka, merupakan pengiktirafan terunggul Asia bagi institusi yang terbaik di dalam kelasnya yang beroperasi di rantau itu. Evercore telah menerima anugerah ini sebanyak empat daripada lima tahun yang lalu sejak tahun 2015, tahun lengkap yang pertama yang Evercore mendapat lesen Perkhidmatan Pasaran Modal (“CMS”) mereka daripada Pihak Berkuasa Monetari Singapura. Sejak penubuhannya, Evercore telah memberi nasihat berhubung beberapa daripada urus niaga yang terbesar, paling rumit dan transformasi di Singapura, satu daripada pusat kewangan terbesar di dunia.

Keith Magnus, Pengerusi bersama bagi perniagaan Evercore di Asia, berkata, “Kami amat berbesar hati untuk diiktiraf sebagai firma penasihat terbaik bagi M&A di Singapura buat kali keempat dalam tempoh lima tahun yang lalu. Kami telah terus membina francais kami di pasaran ini sepanjang beberapa tahun yang lalu dan tetap bersemangat untuk menyampaikan nasihat terbaik dan pelaksanaan yang paling teliti bagi pelanggan kami. Kami menujukan khas anugerah ini kepada pelanggan kami dan berterima kasih kepada mereka di atas kepercayaan mereka yang berterusan kepada kami.”

“Kami akan terus mengambil langkah-langkah untuk mengukuhkan kedudukan kami dan komited untuk mencapai objektif pelanggan kami menerusi nasihat strategik dan pelaksanaan urus niaga yang bertaraf dunia,” kata Encik Magnus.

Ralph Schlosstein, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Evercore, berkata, “Saya sangat berbangga dengan pertumbuhan perniagaan kami di Singapura dalam tempoh lima tahun yang lalu dan mengenai nasihat yang kami berikan kepada korporat-korporat terbesar, institusi berkaitan kerajaan, keluarga-keluarga terkemuka, penaja kewangan dan perniagaan di rantau itu. Pengiktirafan ini adalah satu bukti kukuh mengenai kejayaan francais Singapura kami yang berterusan. Sejak dilancarkan secara rasmi pada tahun 2015, pasukan itu telah melaksanakan pelbagai nasihat M&A, nasihat modal dan penambahan modal, dengan disokong oleh kekuatan bagi asas bakat Singapura. Reputasi Keith Magnus sebagai seorang penasihat bertaraf dunia yang dipercayai adalah jelas dalam hasil kesepakatan yang dicapai untuk pelanggan kami. Kami yakin bahawa Evercore Singapura akan kekal sebagai satu tunggak teras bagi Firma itu berdasarkan kepada kejayaan mereka dan kedudukan Singapura sebagai sebuah hab strategik utama bagi Asia.”

Evercore menyediakan nasihat pakar yang bebas konflik kepada pelanggan berhubung pelaksanaan inisiatif-inisiatif strategik yang utama termasuk urus niaga merentas sempadan dan penggunaan modal strategik. Pejabat Firma itu di Singapura diwujudkan pada akhir tahun 2013 dengan pelantikan Encik Keith Magnus sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi Evercore Singapura yang meliputi wilayah itu, dan seorang Pengarah Urusan Kanan bagi Evercore. Evercore memperolehi lesen Perkhidmatan Pasaran Modal mereka dari Pihak Berkuasa Monetari Singapura pada pertengahan tahun 2014 dan pejabat itu telah dilancarkan secara rasminya pada Mac 2015. Menekankan pentingnya pejabat Singapura itu, Encik Magnus telah dilantik sebagai Pengerusi bersama bagi perniagaan Asia Evercore pada Mac 2017. Sebagai pengiktirafan bagi kepimpinan dan sumbangan beliau kepada francais Evercore yang lebih luas, Encik Magnus telah dilantik sebagai seorang ahli bagi Jawatankuasa Pengurusan Global Firma itu pada Oktober 2019.

Maklumat mengenai Evercore

Evercore (NYSE: EVR) adalah sebuah firma penasihat perbankan pelaburan persendirian global yang terkemuka. Kami berdedikasi untuk membantu pelanggan kami mencapai hasil keputusan yang lebih baik melalui nasihat bebas dan berinovatif yang dipercayai mengenai perkara-perkara penting yang strategik kepada lembaga pengarah, pasukan pengurusan dan pemegang saham, termasuk penggabungan dan pengambilalihan, nasihat pemegang saham yang strategik, penyusunan semula dan struktur modal. Evercore juga membantu pelanggan di dalam meningkatkan modal awam dan swasta dan menyampaikan penyelidikan ekuiti dan penjualan ekuiti dan pelaksanaan perdagangan agensi, selain menyediakan perkhidmatan pengurusan kekayaan dan pelaburan kepada pelabur nilai bersih yang tinggi dan pelabur institusi. Ditubuhkan pada tahun 1995, Firma itu beribu pejabat di New York dan mengekalkan pejabat dan pejabat gabungan di pusat-pusat kewangan utama di Amerika Utara, Eropah, Timur Tengah dan Asia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.evercore.com.

 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20200119005036/en/ 


Hubungi

Perniagaan: Keith Magnus
Pengerusi Bersama, Asia
+65.6290.7000

Pelabur: Hallie Elsner Miller
Ketua bagi Perhubungan Pelabur, Evercore
+1.212.767.4173

Media: Dana Gorman
The Abernathy MacGregor Group, bagi pihak Evercore
+1.212.371.5999

Sumber : Evercore

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 


--BERNAMA 

Thursday, January 23, 2020

KEMAJUAN YANG AMAT BESAR DI DALAM TRANSFORMASI DAN PEMBANGUNAN EKONOMI HAINAN

HAIKOU, China, 22 Jan., 2020 /Xinhua-AsiaNet/ --

Pada 17 Januari, wakil Kerajaan Rakyat bagi Wilayah Hainan telah mendedahkan pada sidang akhbar kedua yang diadakan pada Sesi Ketiga bagi Kongres Rakyat Kebangsaan Keenam bagi Wilayah Hainan bahawa Kerajaan Rakyat bagi Wilayah Hainan telah secara aktif mempromosikan pembinaan zon perdagangan bebas dan pelabuhan perdagangan bebas pada tahun 2019. Masyarakat ekonomi di wilayah itu telah menunjukkan kemajuan yang mantap, struktur yang lebih baik, momentum yang lebih kukuh, faedah yang lebih baik dan pembangunan berkualiti tinggi yang lebih mapan.

Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Wilayah Hainan telah memperkenalkan bahawa petunjuk utama Hainan pada tahun 2019 telah menyaksikan pertumbuhan yang mantap. Pada tahun 2019, pembangunan dan transformasi ekonomi yang berorientasikan eksport bagi Hainan telah mencapai hasil yang positif, dengan membawa banyak sorotan dan vitaliti kepada pembangunan pelaburan asing, perdagangan asing dan bidang-bidang lain. Di samping Hong Kong, Singapura dan Amerika Syarikat, pelaburan langsung asing di Wilayah Hainan dari Jerman, Kanada dan wilayah-wilayah maju yang lain di Eropah dan Amerika Syarikat turut mencapai kejayaan. Pada masa yang sama, Hainan terus menguatkan perdagangan mereka dengan negara-negara di sepanjang Belt and Road, mempromosikan projek “Jendela kepada Perdagangan Global”, dan mengoptimumkan struktur perdagangan mereka di sekitar tujuan membina sebuah pusat penggunaan pelancongan antarabangsa, dan menjadikan import bagi produk-produk bebas cukai satu kemuncak baharu di dalam pembangunan perdagangan luar negara.

Pada tahun 2019, Hainan telah mencapai keputusan yang berhasil di dalam pelarasan struktur dan transformasi bagi enjin-enjin pertumbuhan.

Dari segi pembangunan pertanian tropika, Hainan secara aktif memudahkan penyepaduan bagi industri utama, sekunder dan peringkat ketiga dan memberikan penekanan kepada ketiga-tiga industri tonggak iaitu getah, kelapa dan buah pinang, dan penyelidikan, pembangunan dan pengeluaran buah-buahan dan sayur-sayuran musim sejuk.

Ruang baharu telah diteroka untuk industri perkhidmatan moden. Industri Internet Hainan berkembang dengan pesat, dan sokongan mereka terhadap industri-industri penting dan projek-projek utama telah diperkuatkan dari segi industri kewangan. Hainan juga melancarkan Bandar Raya Sains dan Teknologi Sanya Yazhou Bay, Zon Perintis Inovasi Pendidikan Antarabangsa Lingshui Li'an dan projek-projek yang lain.

Pembangunan bagi industri berteknologi tinggi telah dipercepatkan. Hainan secara aktif membangunkan industri darat, laut dan udara yang baru muncul, memperluaskan rantaian industri minyak dan gas dan mengembangkan ruang pembangunan bagi industri farmaseutikal. “Dengan berlatarbelakangkan tekanan ke bawah ekonomi yang semakin meningkat, bilangan perusahaan berteknologi tinggi di Hainan telah mencapai tahap tinggi yang baharu kepada 566,” kata Xie Jing, Ketua Pengarah bagi Jabatan Sains dan Teknologi Wilayah Hainan, dengan menyatakan bahawa inovasi saintifik dan teknologi adalah berkesan dalam meningkatkan transformasi dan pembangunan ekonomi Hainan.

Dari segi pelancongan, Hainan telah menerima 83.112 juta pelancong domestik dan asing pada tahun 2019, dengan menjadikan jumlah hasil pelancongan kepada RMB 10.578 juta. Di antaranya, 1.4359 juta pelancong dalam negeri telah diterima, meningkat 13.6% tahun ke tahun. “Hainan mengambil pembinaan sebuah pusat penggunaan pelancongan antarabangsa sebagai tugas utama mereka pada tahun 2019 untuk mempromosikan transformasi dan peningkatan industri pelancongan di dalam pendalaman keseluruhan bagi pembaharuan dan keterbukaan,” kata Sun Ying, Ketua Pengarah bagi Jabatan Pelancongan, Budaya, Radio, Televisyen dan Sukan di Wilayah Hainan.

Sumber: Kerajaan Rakyat bagi Wilayah Hainan

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13006

Saturday, January 18, 2020

VIABTC MEMILIKI SAHAM TERBESAR DALAM BSV MINING, MENYOKONG "PERTUKARAN SATU KLIK" DAN MENAWARKAN 0 KADAR DAN PERKONGSIAN GANJARAN BSV MINING

SINGAPURA, 17 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Menurut CoinEx, BSV melonjak 321% dalam tempoh masa satu minggu. Pasaran itu menjangkakan bahawa BSV akan mengetuai trend pemisahan kepada separuh pada tahun 2020, dengan melonjakkan nilai bagi token-token lain yang terlibat dalam pemisahan kepada separuh itu.

Sehingga 15 Januari 2020, berdasarkan kepada data 15 Jan oleh miningpoolstats (https://miningpoolstats.stream/), BSV ViaBTC yang paling tinggi mencapai 717.52PH/s, iaitu mencakupi 54.8% daripada kadar hash iaitu ukuran bagi prestasi pelombong bagi keseluruhan rangkaian BSV, dan sejumlah 40,000 syiling BSV telah dilombong, menjadikannya kelompok perlombongan dengan kadar hash yang paling tinggi.

Menurut laman web rasmi ViaBTC, pulangan bagi setiap T adalah kira-kira 2.08 yuan/hari, angka paling tinggi adalah 106% lebih tinggi daripada kadar pulangan di BTC dan lebih tinggi kira-kira 59.2% berbanding pada BCH. ViaBTC telah mengumumkan bahawa pengguna boleh menukar kadar hash BSV dengan hanya “Satu Klik”. Dalam satu bulan dari 15 Januari, pengguna boleh menikmati 0 kadar dalam perlombongan BSV; ViaBTC juga dijangka melancarkan aktiviti perkongsian ganjaran perlombongan BSV baru-baru ini.

Untuk butiran lanjut, sila beri perhatian kepada pengumuman rasmi ViaBTC yang terkini, Untuk butiran,  Klik di sini>>>

ViaBTC telah mengumumkan bahawa pengguna boleh menukar kadar hash BSV, BCH dan BTC itu dengan hanya “Satu Klik”

Maklumat mengenai ViaBTC

Sebagai sebuah perlombongan mata wang digital yang komprehensif yang memberi perkhidmatan kepada pengguna di seluruh dunia, ViaBTC telah disokong secara kewangan oleh Bitmain. Lebih-lebih lagi, Ketua Pegawai Eksekutif Yang Haipo secara bersendirian telah melengkapkan semua pergerakan dan pembangunan bagi perlombongan ViaBTC, dan mempelopori model pengedaran PPS + pendapatan; Sejak pelancaran mereka, perlombongan itu telah beroperasi secara normal untuk 99.99% daripada masa itu, dengan kadar blok orphan yang paling rendah. Prestasi hebat seperti itu telah menjadikan ViaBTC sebagai satu daripada 5 perlombongan utama di dunia. Setakat ini, kelompok perlombongan ViaBTC itu telah menyediakan perkhidmatan perlombongan mata wang digital yang profesional, cekap, selamat dan stabil kepada hampir satu juta pengguna di lebih 130 buah negara dan wilayah di seluruh dunia, dengan nilai pasaran bagi perlombongan terkumpul hingga berbilion dolar.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12995

KAJIAN KESIHATAN DIGITAL:ESTONIA MENDAHULUI DENMARK SEBAGAI JUARA EKESIHATAN EROPAH

“Annual European eHealth Survey 2019" daripada HIMSS dengan kerjasama McKinsey mengenal pasti perkara penting dalam industri kesihatan Eropah

BERLIN, Jerman, 17 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Keselamatan siber, saling kendali dan pemerkasaan pesakit merupakan isu utama dalam industri penjagaan kesihatan Eropah berdasarkan “Annual European eHealth Survey 2019" terkini melalui tinjauan terhadap 500 profesional dalam bidang berkenaan.Kajian yang dijalankan oleh HIMSS dengan kerjasama McKinsey & Company juga mendapati bahawa Estonia telah menggantikan tempat Denmark dan kini dianggap sebagai negara peneraju eKesihatan di Eropah; contohnya, warganegara Kesatuan Eropah boleh mendapatkan semula ubat yang dipreskripsikan secara elektronik oleh doktor di Finland di farmasi Estonia.

Trend Utama:Rekod kesihatan pesakit dan perkhidmatan teleperubatan

Annual European eHealth Survey 2019 yang kini diterbitkan dalam edisi ke-3 menunjukkan bahawa pembangunan industri eKesihatan di Eropah semakin memfokuskan "pemerkasaan pesakit", iaitu keupayaan pesakit untuk mengakses dan menggunakan rekod kesihatan mereka sendiri serta menyumbang rekod tersebut dengan data penjanaan kendiri.

Pemerkasaan pesakit digital memerlukan infrastruktur eKesihatan yang lebih canggih.Keadaan ini berlaku di Itali (47%), Belanda (39%) dan Nordic (34%); negara tersebut menonjolkan akses pesakit terhadap maklumat sebagai keutamaan mereka.Pemprosesan data dijanakan pesakit secara khususnya amat penting bagi Sepanyol (38%).

Kepentingan penyediaan perkhidmatan teleperubatan telah meningkat secara ketara apabila dibandingkan dengan hasil beberapa tahun yang lalu.Di sesetengah negara, seperti Jerman, peningkatan ini boleh dikaitkan dengan inisiatif perundangan melalui skema pembayaran balik baharu yang memberikan insentif bagi peruntukan perkhidmatan tersebut. 

“Di Jerman dan banyak negara lain, pembekal mesti mempercepat pemerkasaan pesakit melalui rekod elektronik pesakit dan ketelusan tentang hasil rawatan.Trend rawatan pesakit luar akan meningkat lagi jika pembekal pesakit luar memanfaatkan rekod pesakit agar pesakit tidak perlu dimasukkan ke wad,” kata Jochen Messember, Rakan Kongsi di McKinsey & Company.

Pendanaan terus menjadi halangan utama

Transformasi digital sistem penjagaan kesihatan Eropah juga menghadapi cabaran utama:Pendanaan IT kekal merupakan halangan utama (37%) terutama di UK, Sepanyol dan Jerman.Kekurangan standard saling kendali untuk membenarkan pertukaran data antara sistem (29%) dan kekurangan profesional eKesihatan berkemahiran (28%) juga menjejaskan industri berkenaan.

Jörg Studzinski, Pengarah Penyelidikan di HIMSS menyimpulkan bahawa:“Annual European eHealth Survey 2019 menunjukkan bahawa pembangunan industri eKesihatan di Eropah semakin beralih ke arah pemerkasaan pesakit dan kesihatan digital berdasarkan pengguna.Rekod kesihatan dimiliki pesakit, penyepaduan mereka dalam aliran kerja klinikal dan perkhidmatan teleperubatan akan meningkat dalam agenda di mana-mana saja.Di rantau dan negara yang lebih maju dari segi digital, seperti Nordic, Belanda dan Sepanyol, kami juga mendapati bahawa banyak fokus diberikan terhadap topik, seperti Kecerdasan Buatan dan Analisis Penjagaan Kesihatan.Walau bagaimanapun, banyak keupayaan ini akan menembusi pasaran dengan sedikit kelewatan disebabkan kekurangan dana dan tenaga kerja.”

Pautan kepada kajian:
https://europe.himssanalytics.org/europe/ehealth-barometer/ehealth-trend-barometer-annual-european-ehealth-survey-2019

Perihal HIMSS Annual European eHealth Survey 2019

European eHealth Survey 2019 disokong oleh McKinsey & Company, firma perunding pengurusan antarabangsa dan memberikan maklumat tentang keutamaan, cabaran dan trend semasa tentang industri eKesihatan di Eropah.Dari September hingga Oktober 2019, HIMSS menjalankan tinjauan terhadap 500 pakar eKesihatan di 30 buah negara Eropah.Tinjauan eKesihatan tahunan ini menyiasat topik berbeza-beza dan berulang dalam industri sejak 2017.Tinjauan kuantitatif tersebut disasarkan kepada semua pemegang berkepentingan kesihatan di Eropah: profesional penjagaan kesihatan, seperti doktor, jururawat, pemimpin dan pihak pengurusan IT, pembuat dasar, perunding, penyelidik dan syarikat perisian IT kesihatan mengambil bahagian.

Perihal HIMSS

HIMSS merupakan penasihat global dan pemimpin pemikiran yang menyokong transformasi ekosistem kesihatan melalui maklumat dan teknologi.Sebagai organisasi bukan untung, HIMSS menawarkan kepakaran unik dalam inovasi kesihatan, dasar awam, pembangunan tenaga kerja, penyelidikan dan analisis untuk memberikan nasihat kepada pemimpin global, pemegang berkepentingan dan orang berpengaruh tentang amalan terbaik dalam maklumat dan teknologi kesihatan.Menerusi enjin inovasi kami, HIMSS menyampaikan pandangan utama, pendidikan dan menganjurkan acara kepada pembekal penjagaan kesihatan, kerajaan dan pembekal pasaran untuk memastikan mereka mempunyai maklumat yang betul semasa membuat keputusan.Beribu pejabat di Chicago, Illinois, HIMSS menyediakan maklumat kesihatan global dan komuniti teknologi dengan operasi terfokus merentasi Amerika Utara, Eropah, United Kingdom, Timur Tengah dan Asia Pasifik.Ahli kami merangkumi lebih daripada 80,000 individu, 480 organisasi pembekal, 470 rakan kongsi bukan keuntungan dan 650 organisasi perkhidmatan kesihatan.

Perihal McKinsey

McKinsey & Company merupakan firma perunding pengurusan yang terkemuka di Jerman dan di seluruh dunia.Melalui bekerjasama rapat dengan klien, McKinsey menyediakan perundingan strategik, transformasi digital, pembangunan bakat, pengurusan risiko, pemasaran, reka bentuk, pengoptimuman proses dan kecemerlangan fungsian untuk syarikat swasta, institusi awam dan organisasi sosial.Klien firma ini merangkumi 28 daripada 30 syarikat DAX.McKinsey mempunyai beberapa pejabat di Jerman dan Austria, termasuk Berlin, Dusseldorf, Frankfurt am Main, Hamburg, Cologne, Munich, Stuttgart dan Vienna.Firma ini beroperasi melalui lebih daripada 120 pejabat di 65 buah negara.McKinsey ditubuhkan pada tahun 1926 dengan pejabat pertama dibuka di Jerman pada tahun 1964.Kevin Sneader merupakan Rakan Kongsi Pengurusan Global dan Cornelius Baur bertanggungjawab untuk Jerman dan Austria.   

Ketahui lebih lanjut di: https://www.mckinsey.de/uber-uns

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12997

KURITA WATER INDUSTRIES MEMENANGI ANUGERAH KETUA PENGARAH AGENSI BAGI SUMBER ASLI DAN TENAGA PADA HADIAH UTAMA PEMULIHARAAN TENAGA 2019 UNTUK PENINGKATAN KECEKAPAN PEMINDAHAN HABA MELALUI TEKNOLOGI PEMELUWAPAN TITISAN

TOKYO, 17 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kurita Water Industries Ltd. (TOKYO: 6370) (Ibu Pejabat: Nakano-ku, Tokyo; Presiden: Michiya Kadota; kemudian dari ini “Kurita”) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ia telah menerima Anugerah Ketua Pengarah Agensi bagi Sumber Asli dan Tenaga dalam kategori Produk dan Model Perniagaan bagi Hadiah Utama Pemuliharaan Tenaga 2019 yang dianjurkan oleh Pusat Pemuliharaan Tenaga, Jepun (dengan disokong oleh Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri). Hadiah itu telah diberikan kerana peningkatan kecekapan pemindahan haba melalui Teknologi Pemeluwapan Titisan Kurita. Ini menandakan kali kedua Kurita telah diiktiraf di dalam Hadiah Utama Pemuliharaan Tenaga, selepas memenangi Anugerah Pengerusi Pusat Pemuliharaan Tenaga bagi teknologi DReeM Polymer™ mereka pada tahun 2017.

Hadiah Utama Pemuliharaan Tenaga itu mengiktiraf inisiatif pemuliharaan tenaga yang menjadi contoh di pihak pengendali dan tapak perniagaan, serta produk dan model perniagaan yang menunjukkan pemuliharaan tenaga yang sangat baik. Usaha itu dianjurkan untuk mengembangkan kesedaran bagi pemuliharaan tenaga di Jepun, menggalakkan penggunaan produk yang menjimatkan tenaga secara meluas, dan membantu membina sebuah masyarakat yang berorientasikan pemuliharaan tenaga. Dalam Hadiah Utama Pemuliharaan Tenaga 2019 sejumlah 52 tema telah dikenal pasti untuk pengiktirafan, dengan Anugerah Ketua Pengarah Agensi bagi Sumber Asli dan Tenaga dalam kategori Produk dan Model Perniagaan diberikan kepada lima penerima.

Di bawah tema yang memenangi anugerah itu, Kurita telah diiktiraf kerana usaha mereka untuk mencapai pemuliharaan tenaga menerusi Teknologi Pemeluwapan Titisan mereka yang baharu dan bagi teknologi yang menjadi dasar. Secara umum, satu lapisan air membentuk pada permukaan logam di penghujung wap bagi penukar haba yang menggunakan wap yang dihasilkan oleh dandang, disebabkan oleh pemeluwapan wap. Walaupun sangat tipis, lapisan air ini secara drastik mengurangkan kecekapan pemindahan haba, sekali gus menghasilkan penggunaan tenaga yang lebih tinggi dan produktiviti yang lebih rendah disebabkan oleh jumlah wap yang lebih tinggi yang perlu digunakan. Teknologi Pemeluwapan Titisan milik Kurita memberikan ciri-ciri tak telap air kepada permukaan logam bagi penukar haba untuk menyingkirkan lapisan air dan meningkatkan kecekapan pemindahan haba. Ini seterusnya menjimatkan tenaga disebabkan oleh jumlah berkurangan bagi wap yang digunakan, dan meningkatkan produktiviti. Lebih-lebih lagi, memandangkan kesannya dihasilkan dengan hanya menambah kimia rawatan air dengan ciri-ciri tak telap air ke barisan wap secara serta merta sebelum sebuah penukar haba, penyelesaian itu boleh digunakan dengan kemudahan pengeluaran yang masih beroperasi.

Kurita pada masa ini sedang menghasilkan penyelesaian dengan menggunakan teknologi ini merentasi pelbagai bidang perniagaan, dan telah mengesahkan kesannya di sebuah kilang kertas, di mana penggunaan wap bagi setiap unit dan pelepasan CO2 telah berkurangan sebanyak 5-10% setahun secara purata. Kesan pemuliharaan tenaga itu boleh dipertingkatkan lagi dengan kawalan di dalam gabungan dengan teknologi IT dan penderiaan. Melangkah ke hadapan, Kurita mengeluarkan penyelesaian ini sebagai satu perniagaan berasaskan kontrak di mana ia berkongsi manfaat untuk pengeluaran peralatan seperti penggunaan tenaga yang berkurangan dan volum pengeluaran yang lebih tinggi dengan pelanggan.

Di bawah Rancangan Pengurusan Jangka Sederhana MVP-22, Kurita melihat “menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan sumber air” dan “merealisasikan penggunaan tenaga lestari” sebagai isu-isu sosial yang perlu ditangani secara satu keutamaan, dan memberi tumpuan kepada mewujudkan nilai bersama dengan masyarakat. Dengan perhatian yang mendalam tentang bagaimana penggunaan tenaga boleh dioptimumkan di dalam industri, Kumpulan Kurita berhasrat untuk menyampaikan peningkatan kecekapan terma secara meluas di kilang-kilang, dan akan terus bekerja dengan pelanggan dalam usaha untuk menggunakan tenaga yang mapan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12998

Thursday, January 16, 2020

VISTAJET WORLD MEMPERSEMBAHKAN: PENGEMBARAAN JEPUN UNIK UNTUK MERAIKAN TAHUN BARU CINA

HONG KONG, 13 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Untuk meraikan Tahun Tikus yang akan datang, VistaJet, syarikat penerbangan persendirian pertama dan tunggal, melancarkan pengembaraan Jepun unik sebagai sebahagian daripada VistaJet World – portfolio menyeluruh bagi pengalaman pengembaraan berbilang hentian di seluruh dunia.

Pelancong di seluruh Asia akan menaiki kapal terbang untuk Tahun Baru Cina pada bulan Januari ini, dan Jepun terbukti sebagai salah satu destinasi paling popular tahun ini.Daripada menerokai rahsia Sumo di Tokyo sehinggakan ketenangan kawasan luar bandar Karuizawa, budaya geisha di Kyoto dan tradisi desa di Oita, jadual perjalanan yang diperibadikan secara unik bagi pengalaman paling eksklusif dan asli menjanjikan untuk memulihkan minda, tubuh dan jiwa.

Tokyo

Terbang dengan VistaJet dari mana-mana di dunia pada bila-bila masa untuk memulakan pengembaraan Jepun anda dengan ahli gusti Sumo terbaik di Tokyo.Kenali juara tahun ini pada makan malan dan ketahui rahsia kejayaan dalam sukan Jepun yang unik ini, sebelum menyaksikan mereka beraksi di dalam gelanggang.Pelajari seni samurai dengan menyertai kelas pertarungan pedang dengan koreografer Kill Bill Tetsuro Shimaguchi.Untuk pencinta makanan, bangkitkan deria anda dengan lawatan awal pagi ke Tsukiji Fish Market Tokyo yang dipandu oleh cef pakar untuk merasai beberapa juadah istimewa terbaik Jepun.

Karuizawa

Berdekatan Tokyo ialah bandar Karuizawa yang indah yang terletak di pergunungan mempesona, sungai yang mengalir dengan deras dan perkampungan dengan pemandangan yang cantik.Shishi-iwa House – hotel butik yang direka bentuk oleh arkitek yang memenangi anugerah Shigeru Ban, mengalu-alukan pelanggan VistaJet antara 17hb Januari dan 17hb Februari untuk perkhidmatan diperibadikan yang khusus di kawasan dipulihkan yang baru dibuka. Mandi dalam hutan di air terjun Sengataki, dan cuba minuman tempatan atau 10 jenis teh rantau ini.Kagumi koleksi seni indah Shishi-iwa House termasuklah karya asli oleh pakar Gutai Jepun dan ekspresionis abstrak antarabangsa seperti Jiro Yoshihara, Toshimitsu Imai, Zao Wou-Ki, dan Günther Förg.

Kyoto

Di ibu kota budaya Jepun, lawati pembuat tekstil Nishijin terbaik untuk melihat cara sentuhan terakhir dibuat pada kimono anda dengan teknik yang digunakan lebih daripada 1,200 tahun.Alami makan malam geisha dan upacara dengan teh dan pakar setanggi, di sekeliling pokok bunga sakura berjuntai di Maruyama-koen, taman paling lama di Kyoto.

Oita

Alami tempat yang jarang dilawati Jepun di pulau utara-timur Kyushu, tempat Oita menjadi hos kepada lebih banyak mata air panas terma berbanding mana-mana tempat lain di negara ini.Onsen ini membentuk sebahagian daripada budaya tradisional yang dihidupkan melalui banyak festival musim tuai di rantau ini.Sertai penduduk tempatan menanam padi di sawah sementara mereka menyanyikan lagu yang diwarisi turun-temurun, kemudian saksikan persembahan Kagura, tarian teater kuno yang didedikasikan kepada para dewa.

“Jepun telah menjadi salah satu destinasi paling popular untuk pelanggan Asia dalam tahun-tahun kebelakangan ini, terutamanya pelancong China.Kami telah menyaksikan perkembangan dua angka tahun ke tahun dalam kedua-dua pasaran China dan Jepun dalam suku ketiga 2019, yang merupakan salah satu sebab VistaJet World membawakan pelanggan pengalaman Jepun khusus yang mutlak untuk pelancong Tahun Baru Cina,” kata Ian Moore, Ketua Pegawai Komersial VistaJet.

Tuesday, January 14, 2020

NIU LANCAR MOTOSIKAL ELEKTRIK BANDAR UNTUK MASA HADAPAN - BERSAMBUNG 5G, BERAUTONOMI DAN PENGIMBANGAN DIRI


LAS VEGAS, 10 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NIU Technologies, sebuah peneraju dunia di dalam penyelesaian pergerakan bandar pintar, telah memperkenalkan dua kenderaan elektrik baharu, RQi-GT dan TQi-GT, untuk menambahkan kepada barisan mereka yang luas pada Pameran Elektronik Pengguna tahun ini di Las Vegas.

RQi-GT yang baharu itu adalah sebuah motosikal elektrik berprestasi bandar, yang membolehkan penunggang untuk mencapai perbatasan luar bagi bandar raya mereka pada kelajuan paling tinggi kira-kira 160km sejam. Direka dan dibina berdasarkan kepada teknologi termaju NIU, motor itu menyediakan kuasa output puncak sebanyak 30 kW dan dua bateri yang boleh ditanggalkan (digabungkan 7 kWh) boleh membawa penunggang sehingga 130km dengan satu caj, menjadikannya mod pengangkutan yang sempurna untuk mengharungi kedua-dua lebuh raya bandar dan jalan-jalan bandar raya yang sesak.

TQi-GT itu adalah kenderaan beroda tiga elektrik pengimbangan diri yang pertama oleh NIU, yang datang standard dengan fungsi pemanduan berautonomi, termasuk meletakkan kenderaan dengan sendiri. Direka untuk menyediakan kepada pengguna bandar dengan satu cara yang menguntungkan untuk menikmati bandar raya mereka, TQi-GT itu boleh mencapai kelajuan paling tinggi 80km sejam dan mempunyai jarak sejauh 200km untuk menyediakan lebih daripada satu minggu jarak perjalanan bandar. Untuk menyediakan ciri-ciri keselamatan tambahan bagi penunggang bandar, TQi-GT itu juga dilengkapi dengan sistem pembrekan anti-kunci.

NIU mahu untuk merevolusikan cara pengguna berfikir tentang berulang-alik secara tradisional dan mewujudkan satu barisan produk dengan ciri-ciri pemanduan sendiri dan berautonomi untuk seluruh bandar raya. Itulah visi dan kewajipan jenama itu – satu rangkaian pergerakan bandar berautonomi. Satu cara NIU ke hadapan di dalam dekad baharu. Bayangkan di masa hadapan apabila anda boleh menghantar satu permintaan pada telefon anda – sebuah TQi-GT pandu sendiri akan muncul di depan pintu anda dengan sebuah destinasi yang telah diset terlebih dahulu.

Pada masa ini, loT NIU boleh menggunakan penderia pintar untuk mengesan maklumat dalam tepat masa dan analisis pengkomputeran awan agregat untuk mengecam orang, kenderaan, sambungan awan. Dengan kedatangan era 5G, loT NIU akan mempunyai lebih banyak ruang untuk inovasi. Dan NIU berhasrat untuk membina sebuah platform rangkaian pengangkutan yang dipanggil NIU FLEET dan ia boleh menjadi model pergerakan bandar yang sempurna yang NIU bayangkan untuk dekad baharu itu.

Pengeluaran besar-besaran bagi model-model baharu itu, RQi-GT dan TQi-GT, adalah dijangkakan pada separuh kedua tahun 2020 dan akan tersedia kepada pengguna dalam masa beberapa bulan kemudian.

Lihat versi sumber di  businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20200107006185/en/

Hubungi

Li Wei
wei.li@zhiyanmedia.com
https://www.niu.com/

Sumber : NIU Technologies

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

TOMMY HILFIGER MENGUMUMKAN FINALIS USAHAWAN SOSIAL CABARAN PERBATASAN FESYEN TOMMY HILFIGER

AMSTERDAM, 13 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Tommy Hilfiger, yang dimiliki oleh PVH Corp. [NYSE: PVH], mengumumkan enam finalis di dalam Cabaran Perbatasan Fesyen Tommy Hilfiger 2019. Kini dalam tahun kedua mereka, program global itu bertujuan untuk menyokong syarikat permulaan keusahawanan dan meningkat naik membangunkan penyelesaian yang menggalakkan perubahan inklusif dan positif di dalam fesyen. Pemilihan finalis adalah satu langkah yang seterusnya di dalam perjalanan untuk mengenal pasti dan memperjuangkan peluang-peluang inovatif yang menyokong kemajuan bagi industri itu. Pada 13 Februari, 2020, enam finalis itu akan melawat Campus of the Future Tommy Hilfiger di Amsterdam, Belanda, untuk mengetengahkan konsep perniagaan mereka kepada barisan juri yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin perniagaan dan kemapanan dalaman dan luaran pada Acara Akhir Cabaran Perbatasan Fesyen Tommy Hilfiger global.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200112005011/en/

“Adalah suatu inspirasi untuk melihat edisi kedua bagi Cabaran Perbatasan Fesyen Tommy Hilfiger menarik minat begitu banyak pemohon yang berusaha ke arah sebuah landskap fesyen yang lebih inklusif dan mapan,” kata Tommy Hilfiger. “Kami adalah komited untuk memperjuangkan penyelesaian yang gemilang dan berinovatif kepada beberapa cabaran besar bagi industri kami, dan saya tidak sabar untuk kembali sebagai seorang juri untuk mengiktiraf usahawan untuk tahun ini. Sikap optimis dan komitmen mereka yang dikongsi bersama kepada satu masa depan yang positif harus memberikan inspirasi kepada kita semua dalam impak yang boleh kita lakukan bersama.”

Sepanjang proses pelbagai langkah selama empat bulan, lebih 420 pemohon telah dikurangkan kepada enam peserta finalis yang telah dijemput untuk membangun dan memperhaluskan rancangan perniagaan mereka dengan sokongan sebuah pasukan berdedikasi yang terdiri daripada pakar-pakar usahawan sosial di Campus of the Future. Finalis itu termasuk:

• Sebuah perniagaan yang berkembang yang berpangkalan di Bangladesh, Apon Wellbeing, membuka kedai-kedai harga wajar yang membawa keperluan harian di dalam kilang-kilang, dengan produk yang ditawarkan pada diskaun 10% berbanding  harga luaran dan sebuah skim mata yang dikumpulkan oleh pekerja untuk mendapatkan insurans kesihatan dan perkhidmatan kesihatan secara percuma.

• Sebuah perniagaan yang berkembang yang berpangkalan di Amerika, Stony Creek Colors, menawarkan tanaman mapan indigo asli untuk petani tembakau bersaiz kecil dan sederhana yang menghadapi risiko kehilangan pendapatan mereka akibat daripada kejatuhan jualan tembakau. Tanaman kontan itu yang disediakan oleh Stony Creek Colors membolehkan petani untuk mengekalkan kehidupan mereka.

• Syarikat permulaan Belanda, A Beautiful Mess, menjalankan sebuah ruang kreatif untuk membantu pelarian dalam merealisasikan kebebasan sosial dan ekonomi dengan mewujudkan produk-produk pakaian yang mapan.

• Syarikat permulaan yang berpangkalan di Amerika Syarikat Lab 141 mencipta kumpulan-kumpulan kecil pakaian yang dibuat mengikut potongan badan dengan menggunakan percetakan 3D. Melalui kaedah-kaedah ini, Lab 141 mempromosi dan menghidupkan konsep bagi fesyen “tanpa saiz.”

• Syarikat pakaian tidur yang meningkat naik di India Sudara mengembangkan kemahiran profesional dan jahitan pada wanita yang telah melarikan diri atau menghadapi risiko tinggi untuk pemerdagangan seks.

• Berasal dari Perancis, syarikat yang meningkat naik Constant & Zoe mencipta pakaian yang fungsi dan bergaya untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak kurang upaya.


Barisan juri berprestij yang mengawasi acara akhir itu termasuk:

• Encik Tommy Hilfiger

• Ankiti Bose, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif, Zilingo

• Noor Tagouri, Wartawan, Aktivis dan Penceramah

• Daniel Grieder, Ketua Pegawai Eksekutif, Tommy Hilfiger Global dan PVH Eropah

• Martijn Hagman, Ketua Pegawai Kewangan, Tommy Hilfiger Global & Ketua Pegawai Operasi, Tommy Hilfiger Global dan PVH Eropah

• Willemijn Verloop, Rakan Pengasas, Social Impact Venture

• Steven Serneels, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ahli Lembaga Pengarah, EVPA

• Katrin Ley, Pengarah Urusan, Fashion for Good

Juri itu akan menganugerahkan €150,000 di antara dua pemenang untuk membiayai kemajuan bagi cadangan perniagaan mereka. Pemenang-pemenang itu akan juga menerima bimbingan selama satu tahun dengan pakar-pakar global Tommy Hilfiger dan INSEAD, serta sebuah tempat di dalam Program Keusahawanan Sosial INSEAD (ISEP). Tambahan €10,000 akan diberikan kepada pasukan finalis yang memenangi “Undi Kegemaran Penonton.”

Visi Tommy Hilfiger adalah untuk mewujudkan fesyen yang membuka minda dan menutup gelung. Ketahui lebih lanjut mengenai usaha kemapanan jangka panjang jenama itu, terutamanya di dalam aspek keterangkuman dan bulatan, di: https://global.tommy.com/en_int/about-us-corporate-sustainability.

Rakan-rakan dan pengikut bagi jenama itu adalah dijemput untuk menyertai di dalam perbualan di media sosial dengan menggunakan #TommyHilfiger, #FashionFrontierChallenge, #MakeNewPossible dan @TommyHilfiger.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12989

Monday, January 13, 2020

SOUL MACHINES MENDAPATKAN SIRI B US$40M DARIPADA KOMUNITI PELABURAN GLOBAL UNTUK MEMAJUKAN CARA MANUSIA DAN MESIN BEKERJASAMA

Pusingan Diketuai oleh Temasek dengan Penyertaan daripada Lakestar dan Salesforce Ventures Bersama Pelaburan Selanjutnya daripada Horizons Ventures

AUCKLAND, New Zealand, 10 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Soul Machines, syarikat perintis yang membayangkan semula cara manusia berhubung dengan mesin mengumumkan pemerolehan dana siri B US$40 juta pada hari ini. Soul Machines merupakan syarikat Penyelidikan AGI yang membangunkan platform Animasi Berautonomi utama dunia untuk membantu memberikan sifat kemanusiaan kepada jenama dan cara orang berinteraksi dengan jenama. Pelaburan berkenaan diketuai oleh Temasek dari Singapura dengan penyertaan daripada Lakestar, Dana Usaha Niaga Eropah utama dan Salesforce Ventures bersama dengan pelaburan selanjutnya daripada pelabur sedia ada, Horizons Ventures, University of Auckland Inventors Fund dan pihak lain daripada siri terdahulu mereka. Dengan dana berkenaan, Soul Machines merancang untuk terus membuat perkembangan secara global dengan fokus khusus terhadap R&D dan menambahkan tapak operasinya di seluruh dunia untuk memenuhi permintaan yang semakin bertambah.

Soul Machines ditubuhkan oleh Mark Sagar, pemenang Academy Award dan Greg Cross, usahawan bersiri pada tahun 2016 apabila Soul Machines dipanjangkan dari University of Auckland. Perintis teknologi, Sagar dan Cross bersama-sama menggabungkan AI, model otak berkomputer dan pembelajaran berdasarkan pengalaman untuk memperkenalkan pengalaman pelanggan era baharu. Dengan teknologi Soul Machines, Digital Heroes klien mereka dapat mendemokrasikan pengalaman peribadi dengan cara yang dianggap mustahil sebelum ini.

“Kami gembira mengenali dan bekerja dengan pasukan di Temasek, Lakestar dan Salesforce Ventures dan yakin bahawa mereka merupakan rakan kongsi yang baik untuk memberikan bantuan sementara kami mengembangkan dan meluaskan perniagaan, teknologi dan pangkalan klien kami di seluruh dunia,” kata Greg Cross, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Perniagaan Soul Machines. “Kami amat berterima kasih atas sokongan berterusan daripada Horizons Ventures yang merupakan rakan kongsi penting yang memahami cara perniagaan teknologi yang hebat dibina.”

Soul Machines telah mengerahkan platform HumanOS™ dan mencipta Digital Heroes untuk sesetengah jenama global terbesar dalam runcit, automotif, perbankan dan kewangan dengan pelanggan termasuk Procter & Gamble, Bank ABC, The Royal Bank of Scotland dan banyak lagi. Inisiatif utama dalam bidang pendidikan dan penjagaan kesihatan juga sedang dijalankan dengan Soul Machines. Teknologi Soul Machines mencipta pengalaman pelanggan dan penglibatan secara keseluruhan yang baharu. Jenama kini berpeluang untuk mencipta versi digital duta mereka atau pekerja secara digital sepenuhnya, seperti ejen perkhidmatan untuk berinteraksi dengan peminat dan pelanggan mereka dengan cara yang bermakna secara berkesan.

“Kami berasa bangga untuk mengumumkan pelaburan Salesforce Ventures dalam Soul Machines kerana pihak tersebut mempunyai fokus obsesif untuk meningkatkan pengalaman pelanggan menggunakan teknologi kecerdasan buatan dengan cara baharu,” kata Rob Keith, Ketua Australia, Salesforce Ventures. “Kami menanti-nantikan untuk terus bekerjasama dengan Soul Machines sementara syarikat ini meluaskan dan mencapai aspirasi globalnya.”

PERIHAL SOUL MACHINES™
Soul Machines™ merupakan syarikat perintis teknologi tinggi yang terdiri daripada penyelidik AI, ahli neurosains, ahli psikologi, artis dan pemikir inovatif yang membayangkan semula cara manusia berhubung dengan mesin. Syarikat berkenaan menghidupkan teknologi dengan mencipta Digital Heroes yang tampak hidup dan memberikan respons penuh emosi dengan personaliti dan sifat yang membolehkan mesin untuk bercakap dengan kita secara bersemuka. Visi mereka adalah untuk memberikan sifat kemanusiaan yang lebih baik kepada kecerdasan buatan. Soul Machines™ kini mengerahkan manusia digital pertama di dunia dengan beberapa jenama korporat terbesar di dunia dalam industri Perbankan dan Kewangan, Perisian dan Teknologi, Automotif, Penjagaan Kesihatan, Tenaga dan Pendidikan. Soul Machines kini mempunyai lebih daripada 120 pekerja dengan pejabat di San Francisco, Los Angeles, Bandar Raya New York, London, Tokyo, Melbourne dan Auckland. Syarikat berkenaan mempunyai himpunan bakat penyelidikan dan kejuruteraan mendalam dengan 4 Profesor dan 18 PHD. Untuk maklumat lanjut tentang Soul Machines™, lawati www.soulmachines.com.

PERIHAL LAKESTAR
Lakestar merupakan salah sebuah firma modal usaha niaga utama di Eropah yang membuat pelaburan dalam syarikat teknologi yang diketuai oleh usahawan ulung. Pelaburan awal termasuklah Skype, Spotify, Facebook dan Airbnb. Sejak mengumpulkan dana pertama pada tahun 2013, Lakestar mengurus jumlah terkumpul EUR 1bn merentasi tiga dana peringkat awal dan dana pertumbuhan baru-baru ini. Lakestar telah mengembangkan dan meluaskan portfolio mereka dengan pelaburan baru-baru ini dalam Harry's, Opendoor, Oscar, GYG, Glovo, Sennder, Eigen, FiveAI dan Revolut. Lakestar terdapat di Berlin, Zurich dan London. Lakestar membantu syarikat untuk mengenal pasti dan mengembangkan pasaran baharu secara pantas dengan fokus pada AS dan Eropah. Pasukan berkenaan memberikan nasihat dan sokongan kepada syarikat portfolio dalam pembangunan perniagaan, perekrutan, teknologi dan pemasaran. Pelaburan merangkumi syarikat peringkat awal hingga syarikat peringkat pertumbuhan.

PERIHAL SALESFORCE VENTURES
Salesforce Ventures—kumpulan pelaburan korporat Salesforce—membuat pelaburan dalam teknologi perusahaan generasi seterusnya untuk membantu syarikat berhubung dengan pelanggan mereka melalui cara baharu. Syarikat portfolio menerima dana dan akses kepada ekosistem akses terbesar di dunia dan bimbingan daripada pencipta dan eksekutif Salesforce. Dengan Salesforce Ventures, syarikat portfolio juga boleh memanfaatkan kepakaran Salesforce dalam kedermawanan korporat dengan menyertai Pledge 1% untuk menjadikan pendermaan sebahagian daripada model perniagaan mereka. Salesforce telah membuat pelaburan dalam lebih daripada 150 permulaan awan perusahaan sejak tahun 2009. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.salesforce.com/ventures.

Maklumat Hubungan:

Untuk Soul Machines
Alyssa Ross
+1 732-221-9036
media@soulmachines.com 

SUMBER: Soul Machines

--BERNAMA

Friday, January 10, 2020

LEDDARTECH BEKERJASAMA DENGAN NAGASE & CO. UNTUK MENDEMONSTRASIKAN TEKNOLOGI AUTOMOTIF DAN MOBILITI LIDAR TERMASUKLAH LEDDAR PIXELL DI AUTOMOTIVE WORLD 2020 DI TOKYO, JEPUN

Nagase & Co., Ltd., yang berpangkalan di Jepun, pengedar berlesen untuk LeddarTech, akan membuat pameran di CAR-ELE sebagai sebahagian daripada Automotive World 2020 di Tokyo di Reruai A7-61 di Tokyo Big Sight International Exhibition Center

QUEBEC CITY, 8 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju industri dalam teknologi LiDAR yang menyediakan platform auto dan mobiliti LiDAR, paling serba boleh dan boleh skala, hari ini mengumumkan bahawa mereka akan menyertai rakan kongsi pengedaran Jepun, Nagase & Co., Ltd, di CAR ELE sebagai sebahagian daripada Automotive World 2020 di Tokyo, Jepun dari 15-17 Januari, 2020. Pameran Automotive World menyatukan pelbagai teknologi elektronik automotif, termasuklah komponen, bahan, perisian, kelengkapan pengeluaran, dan teknologi pengujian.  Acara ini menarik pembekal OEM dan Peringkat 1 dari seluruh dunia dan telah menjadi acara yang mesti disertai untuk pakar industri automotif.

“Kami amat teruja untuk mengembangkan lagi hubungan kami dengan LeddarTech di Automotive World 2020,” kata Koichi Kawahito, Pengurus Bahagian bagi bahagian Mobiliti Lanjutan Nagase. En. Kawahito menambah lagi: “Nagase komited kepada pengembangan perniagaan automotifnya dengan mengedarkan komponen dan sistem serta menawarkan perkhidmatan perisian dan reka bentuk untuk sistem bantuan pemanduan lanjutan (ADAS), kenderaan elektrik dan antara muka mesin manusia. Platform mobiliti LiDAR LeddarTech membawakan penawaran LiDAR automotif yang terbeza dan menarik kepada pembekal Peringkat-1 yang melengkapi visi kami dan menyokong kemajuan kreatif dan teknologi kami.”

“LeddarTech komited untuk menyediakan teknologi dan sokongan terbaik kepada pelanggan kami di seluruh dunia. Kami berbangga untuk dikaitkan dengan pengedar yang bereputasi baik seperti Nagase & Co., Ltd. dan teruja untuk menyertai Automotive World pada tahun 2020 buat tahun kedua dengan Nagase,” kata Adrian Pierce, Naib Presiden Jualan Global dan Pembangunan Perniagaan di LeddarTech. Beliau menambah: “Tahun ini, kami menanti-nantikan untuk mempamerkan Leddar™ Pixell yang memenangi anugerah di acara ini.  Penyelesaian kokun LiDAR keadaan pepejal 3D ini direka khusus untuk kenderaan berautonomi seperti kenderaan ulang-alik, teksi robot, komersial dan penghantaran berautonomi ‒ membolehkan keselamatan terbaik dalam kelas melalui pengesanan dan keteguhan yang ditingkatkan,” rumus En. Pierce.

Manfaat Leddar™ Pixell:
  • Pengesanan objek dan VRU boleh diharap
  • Medan pandangan 180° mendatar yang luas
  • Tiada zon mati dalam medan pandangan yang dicahayakan.
  • Ketahanan yang luar biasa
  • Kilat 3D, reka bentuk keadaan pepejal tanpa bahagian yang bergerak
  • Kurungan IP67 dengan tingkap kalis impak dan penyambung gred automotif

Sejak pelancarannya pada September 2019, Leddar Pixell telah membuat pameran di beberapa acara perdagangan di seluruh Eropah, Amerika Utara dan Asia.

Perihal Nagase
Nagase & Co., Ltd. ialah firma perdagangan bahan kimia, diasaskan di Kyoto, Jepun pada tahun 1832. Nagase Group bermula sebagai ejen jualan khusus yang mendapatkan kontrak eksklusif untuk menjual produk utama industri dari seluruh dunia di Jepun. Selama bertahun-tahun, syarikat ini telah memanfaatkan teknologi dan maklumat untuk mengumpulkan kepakarannya—serta rangkaian globalnya—untuk mentransformasikan perniagaannya kepada model hibrid yang menawarkan pengeluaran, pemprosesan dan fungsi R&D bermutu tinggi serta perkhidmatan syarikat perdagangan. Jabatan Penyelesaian Mobiliti telah menyediakan bahan dan alat ganti berfungsi dalam industri automotif untuk tempoh masa yang lama dan kini berfokus pada menyampaikan teknologi canggih ke dalam pasaran untuk merealisasikan masyarakat mobiliti yang lebih selamat dan lebih selesa.

Maklumat lanjut boleh diakses di www.nagase.co.jp/english

Perihal LeddarTech
LeddarTech ialah peneraju industri yang menyediakan platform LiDAR Auto dan Mobiliti paling serba boleh dan boleh skala berdasarkan LeddarEngine unik, yang terdiri daripada suit SoC bergred automatif, keselamatan fungsian disahkan yang berfungsi selari dengan perisian pemprosesan isyarat LeddarSP. Syarikat ini bertanggungjawab untuk beberapa inovasi dalam aplikasi penderiaan jauh mobiliti canggih, ADAS meningkatkan teknologi yang dipatenkan dan keupayaan memandu berautonomi untuk automobil, trak, bas, kenderaan penghantaran, teksi robot, kenderaan ulang alik dan banyak lagi. Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh diakses di www.LeddarTech.com, dan pada LinkedInTwitterFacebook, dan YouTube.

Logo LeddarTech, Leddar, LeddarEngine, LeddarSP, dan LeddarTech ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. Semua jenama lain, nama produk dan tanda termasuklah BlackBerry, BlackBerry Secure, dan QNX OS for Safety ialah atau mungkin ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenal pasti produk atau perkhidmatan pemilik masing-masing.

Maklumat Hubungan LeddarTech: Daniel Aitken, Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi
+1-418-653-9000 samb. 232 | Daniel.Aitken@Leddartech.com

SUMBER: LeddarTech inc.

--BERNAMA

Thursday, January 9, 2020

PVH CORP. MENAMAKAN TOM CHU SEBAGAI PRESIDEN SERANTAU, PVH ASIA PASIFIK

NEW YORK, 9 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- PVH Corp. (NYSE: PVH), satu daripada syarikat pakaian terbesar di dunia dan pemilik jenama-jenama ikonik, termasuk CALVIN KLEIN dan TOMMY HILFIGER, hari ini mengumumkan bahawa Tom Chu akan menjadi Presiden Serantau bagi PVH Asia Pasifik, berkuat kuasa pada 1 Februari, 2020.

Chu sebelum ini telah berkhidmat sebagai Presiden, PVH Jepun. Dalam peranan baharu beliau, beliau akan melapor kepada Stefan Larsson, Presiden PVH.

“Keupayaan pengurusan Tom yang kukuh dan rekod prestasi yang konsisten akan meletakkan PVH pada kedudukan yang lebih baik untuk meneruskan pengembangan kami di Asia. Ketika kami bergerak ke hadapan, kami memberi tumpuan kepada memanfaatkan kekuatan jenama kami, terus menawan hati pengguna dan menyampaikan pertumbuhan keuntungan yang mapan di satu daripada wilayah kami yang paling pesat berkembang,” kata Larsson.

Frank Cancelloni, yang sebelum ini merupakan Presiden Serantau, PVH Asia Pasifik, akan meninggalkan PVH pada akhir Mac 2020 untuk memburu peluang-peluang baharu.

“Bagi pihak PVH, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Frank di atas sumbangan beliau dalam memimpin perniagaan kami di Asia Pasifik selama enam tahun yang lalu. Dalam peranan beliau, Frank telah mengetuai pertumbuhan dan pengembangan operasi jenama kami yang signifikan di rantau itu,” kata Larsson.

Chu telah bersama PVH selama lebih enam tahun. Bersama dengan pasukan beliau, beliau telah mengembalikan TOMMY HILFIGER kepada status jenama premium dan perniagaan mereka kepada keberuntungan di Jepun, dan melancarkan semula produk CALVIN KLEIN JEANS ke pasaran itu. Tumpuan jenama, produk dan pengguna beliau, kepintaran dalam perniagaan yang kukuh dan pengalaman Asia akan meningkatkan potensi pertumbuhan jangka panjang PVH.

Maklumat mengenai PVH Corp.

PVH adalah satu daripada syarikat fesyen dan gaya hidup yang paling dikagumi di dunia. Kami memberikan kuasa kepada jenama-jenama yang memacukan fesyen ke hadapan – selama-lamanya. Portfolio jenama kami termasuk jenama ikonik CALVIN KLEINTOMMY HILFIGERVan HeusenIZODARROWSpeedo*, Warner’sOlga dan Geoffrey Beene, serta jenama intim True & Co. yang sentrik digital. Kami memasarkan pelbagai jenis barangan di bawah jenama ini dan jenama-jenama lain yang dimiliki dan berlesen di peringkat nasional dan antarabangsa. PVH mempunyai lebih 38,000 syarikat bersekutu yang beroperasi di lebih 40 buah negara dan $9.7 bilion dalam pendapatan tahunan. Itulah Kuasa Kami. Itulah Kuasa PVH.

*Jenama Speedo dilesenkan untuk Amerika Utara dan Caribbean secara berterusan dari Speedo International, Limited.

Ikuti kami di TwitterInstagramFacebook dan LinkedIn.

KENYATAAN SAFE HARBOR DI BAWAH AKTA PEMBAHARUAN LITIGASI SEKURITI PERSENDIRIAN 1995: Kenyataan yang berpandangan ke hadapan di dalam siaran akhbar ini, termasuk, tanpa had, kenyataan yang berkaitan dengan rancangan, strategi, objektif, jangkaan dan hasrat masa hadapan Syarikat itu yang dibuat menurut peruntukan safe harbor bagi Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Pelabur diingatkan bahawa kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu secara semula jadi adalah tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian, yang mana kebanyakannya tidak dapat diramalkan dengan tepat dan sebahagian daripadanya mungkin tidak dijangkakan, termasuk, tanpa had (i) rancangan, strategi, objektif, jangkaan dan hasrat Syarikat itu adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa mengikut budi bicara Syarikat itu; (ii) Syarikat itu mungkin dianggap sebagai sangat berkeumpilan dan menggunakan sebahagian besar daripada aliran tunainya untuk menunaikan keberhutangannya, oleh itu Syarikat itu mungkin tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk mengendalikan perniagaannya dengan cara yang dikehendaki atau telah dikendalikan pada masa lalu; (iii) tahap penjualan bagi pakaian, kasut dan produk berkaitan bagi Syarikat itu, baik kepada pelanggan borong dan di gedung jualan mereka, tahap penjualan bagi pemegang lesen Syarikat itu di peringkat borong dan runcit, dan sejauh mana diskaun dan harga promosi di mana Syarikat itu dan pemegang lesen mereka dan rakan perniagaan yang lain dikehendaki untuk terlibat, kesemuanya boleh dipengaruhi oleh keadaan cuaca, perubahan dalam ekonomi, harga bahan api, pengurangan dalam perjalanan, trend fesyen, penyatuan, peletakan semula dan kebankrapan di dalam industri runcit, dan faktor lain; (iv) keupayaan Syarikat itu untuk menguruskan pertumbuhan dan inventori mereka, termasuk keupayaan Syarikat untuk merealisasikan faedah daripada pengambilalihan; (v) sekatan kuota, pengenaan bagi kawalan perlindungan dan pengenaan bagi duti atau tarif ke atas barang dari negara-negara di mana Syarikat itu atau pemegang lesennya menghasilkan barangan di bawah tanda dagangan mereka, yang mana antara lain, dapat membatasi keupayaan untuk menghasilkan produk di negara-negara yang kos efektif, atau di negara-negara yang mempunyai kepakaran buruh dan teknikal yang diperlukan; (vi) ketersediaan dan kos bagi bahan mentah; (vii) keupayaan Syarikat itu untuk menyesuaikan dengan tepat masa kepada perubahan dalam peraturan perdagangan dan penghijrahan dan pembangunan pengeluar (yang boleh menjejaskan di mana produk-produk Syarikat itu boleh dihasilkan dengan terbaiknya); (viii) perubahan di dalam ketersediaan kapasiti kilang dan penghantaran, kenaikan kadar upah dan kos penghantaran, konflik sivil, peperangan atau tindakan pengganas, ancaman oleh apa-apa ketidakstabilan yang sebelum ini, atau politik atau tenaga kerja di mana-mana negara di mana Syarikat itu atau pemegang lesennya atau produk rakan perniagaan lain dijual, dihasilkan atau dirancang untuk dijual atau dihasilkan; (ix) wabak penyakit dan kebimbangan berkaitan kesihatan, yang boleh mengakibatkan kilang ditutup, mengurangkan tenaga kerja, kekurangan bahan mentah dan mengawal rapi atau sekatan barangan yang dihasilkan di kawasan yang dijangkiti, serta mengurangkan trafik dan pembelian pengguna, kerana pengguna menjadi sakit atau membatasi atau menghentikan pembelian untuk mengelakkan pendedahan; (x) pemerolehan dan penyahlaburan dan isu-isu yang timbul daripada pengambilalihan, penyahlaburan dan urus niaga yang dicadangkan, termasuk, tanpa had, keupayaan untuk mengintegrasikan sesebuah entiti atau perniagaan yang diperolehi ke dalam Syarikat itu tanpa kesan buruk yang besar ke atas entiti yang diambil alih, perniagaan yang diperolehi atau operasi Syarikat yang sedia ada, hubungan pekerja, hubungan vendor, hubungan pelanggan atau prestasi kewangan, dan keupayaan untuk beroperasi dengan berkesan dan menguntungkan bagi perniagaan Syarikat itu secara berterusan selepas penjualan atau pelupusan lain bagi sesebuah anak syarikat, perniagaan atau asetnya; (xi) kegagalan oleh pemegang lesen Syarikat itu untuk memasarkan produk berlesen dengan jayanya atau untuk mengekalkan nilai jenama-jenama Syarikat itu, atau penyalahgunaan bagi jenama Syarikat itu; (xii) turun naik yang ketara bagi dolar Amerika Syarikat berbanding dengan mata wang asing di mana Syarikat itu menjalankan urus niaga yang signifikan; (xiii) kesan kepada undang-undang dan peraturan cukai baharu dan disemak semula; dan (xiv) risiko dan ketidakpastian lain yang ditunjukkan dari semasa ke semasa dalam pemfailan Syarikat itu dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (“SEC”).

Syarikat itu tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk mengemas kini secara terbuka berhubung apa-apa kenyataan yang berpandangan ke hadapan, sama ada hasil daripada penerimaan maklumat baharu, peristiwa masa hadapan atau sebaliknya.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200108005788/en/

Hubungi

PVH Corp.
Dana Perlman
Bendahari, Naib Presiden Kanan, Pembangunan Perniagaan dan Perhubungan Pelabur
(212) 381-3502
danaperlman@pvh.com

Sumber : PVH Corp.

GRADIANT MELANCARKAN BAHAN KIMIA CURE UNTUK INDUSTRI PENTING DUNIA

Portfolio menyeluruh lebih 300 formulasi kimia proprietari dengan kepakaran di lapangan dan perkhidmatan bertaraf dunia yang meningkatkan ke...