TAIPEI, Taiwan, 2 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Untuk memenuhi visi mereka bagi memupuk bakat-bakat global, Yayasan Kebudayaan & Pendidikan Sayling Wen bekerjasama dengan HundrED, organisasi pendidikan berinovatif dari Finland, telah menarik inovator pendidikan Cina global untuk mengambil bahagian di dalam Sidang Kemuncak NXTEducator yang diadakan di Taiwan. Lembaga penasihat itu yang terdiri daripada 26 profesional antarabangsa yang dapat menunjukkan tujuh inovasi yang cemerlang. Inovasi ini memupuk FIT+HUG, dengan 7 dipilih dari beratus-ratus permohonan yang dikemukakan. Untuk butiran lanjut mengenai tujuh kes yang cemerlang itu, sila rujuk kepada https://www.saylingwen.org/eng/NXTEducator.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200101005105/en/
Yayasan Kebudayaan & Pendidikan Sayling Wen komited untuk menyediakan bakat bagi masyarakat masa hadapan. Yayasan itu membangunkan satu rangka tindakan yang komprehensif - TalentNXT, yang merangkumi K-12, pelajar universiti, dan profesional. Sidang Kemuncak NXTEducator, yang dianjurkan bersama dengan HundrED, memberi tumpuan kepada mencari inovasi pendidikan di dalam masyarakat berbahasa Cina global yang meningkatkan kemahiran sikap berdasarkan kepada enam penunjuk: FIT+HUG.
Teresa Lin, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Yayasan Kebudayaan & Pendidikan Sayling Wen, menyatakan bahawa "Dari pengalaman sepanjang 15 tahun yang lalu dalam meningkatkan pendidikan K-12, kami percaya pendidikan harus dengan cepat menyesuaikan diri kepada persekitaran antara disiplin, pelbagai dan berubah-ubah yang akan menjadi norma pada masa hadapan. Kami telah mencapai keputusan yang baik, memberikan peluang untuk membangunkan NXTEducator dan satu siri program TalentNXT. Tahun ini, kami telah mewujudkan ‘FIT+HUG’ sebagai tema utama yang mengintegrasikan peta pembelajaran bagi setiap peringkat."
Teresa seterusnya menjelaskan bahawa "Sidang Kemuncak NXTEducator yang pertama mengiktiraf inovasi yang dipilih berdasarkan kepada aspek sains, kemanusiaan, masyarakat, alam sekitar, dan inovatif, yang membolehkan pelajar untuk mengkaji dan mengembangkan nilai kerjaya mereka dengan mengamati, menyatakan, dan melatih set minda yang berinovatif."
Lasse Leponiemi, Pengarah Eksekutif dan Pengasas bersama bagi HundrED, berkata bahawa mereka "percaya cara yang paling berkesan untuk mempercepatkan inovasi pendidikan adalah dengan mengintegrasikan inovator dan inovasi pendidikan yang terbaik di dunia. Rakan kami, Yayasan Kebudayaan & Pendidikan Sayling Wen, telah terlibat dalam pemupukan bakat global untuk satu tempoh masa yang lama. Kami sangat teruja dengan penubuhan ini dan berharap dapat terus menerokai lebih banyak inovasi pendidikan rentas budaya."
Dengan lebih daripada 15 tahun pengalaman, yayasan itu akan menggunakan NXTEducator sebagai satu permulaan untuk mengintegrasikan FIT+HUG dan merealisasikan rangka tindakan pemupukan bakat TalentNXT. Visi itu adalah untuk mengumpulkan sekolah, organisasi yang tidak mencari keuntungan, dan perniagaan untuk secara kolektif memupuk bakat yang cemerlang dan membantu pendidikan inovasi Taiwan untuk diperakui di peringkat global.
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20200101005105/en/
Hubungi
Veda International Corporation
ChenKang Liu
laman web: https://www.veda.com.tw
E-mel: Jason.liu@veda.com.tw
Sumber : Yayasan Kebudayaan & Pendidikan Sayling Wen
--BERNAMA
No comments:
Post a Comment