LAS VEGAS, 10 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NIU Technologies, sebuah peneraju dunia di dalam penyelesaian pergerakan bandar pintar, telah memperkenalkan dua kenderaan elektrik baharu, RQi-GT dan TQi-GT, untuk menambahkan kepada barisan mereka yang luas pada Pameran Elektronik Pengguna tahun ini di Las Vegas. RQi-GT yang baharu itu adalah sebuah motosikal elektrik berprestasi bandar, yang membolehkan penunggang untuk mencapai perbatasan luar bagi bandar raya mereka pada kelajuan paling tinggi kira-kira 160km sejam. Direka dan dibina berdasarkan kepada teknologi termaju NIU, motor itu menyediakan kuasa output puncak sebanyak 30 kW dan dua bateri yang boleh ditanggalkan (digabungkan 7 kWh) boleh membawa penunggang sehingga 130km dengan satu caj, menjadikannya mod pengangkutan yang sempurna untuk mengharungi kedua-dua lebuh raya bandar dan jalan-jalan bandar raya yang sesak. TQi-GT itu adalah kenderaan beroda tiga elektrik pengimbangan diri yang pertama oleh NIU, yang datang standard dengan fungsi pemanduan berautonomi, termasuk meletakkan kenderaan dengan sendiri. Direka untuk menyediakan kepada pengguna bandar dengan satu cara yang menguntungkan untuk menikmati bandar raya mereka, TQi-GT itu boleh mencapai kelajuan paling tinggi 80km sejam dan mempunyai jarak sejauh 200km untuk menyediakan lebih daripada satu minggu jarak perjalanan bandar. Untuk menyediakan ciri-ciri keselamatan tambahan bagi penunggang bandar, TQi-GT itu juga dilengkapi dengan sistem pembrekan anti-kunci. NIU mahu untuk merevolusikan cara pengguna berfikir tentang berulang-alik secara tradisional dan mewujudkan satu barisan produk dengan ciri-ciri pemanduan sendiri dan berautonomi untuk seluruh bandar raya. Itulah visi dan kewajipan jenama itu – satu rangkaian pergerakan bandar berautonomi. Satu cara NIU ke hadapan di dalam dekad baharu. Bayangkan di masa hadapan apabila anda boleh menghantar satu permintaan pada telefon anda – sebuah TQi-GT pandu sendiri akan muncul di depan pintu anda dengan sebuah destinasi yang telah diset terlebih dahulu. Pada masa ini, loT NIU boleh menggunakan penderia pintar untuk mengesan maklumat dalam tepat masa dan analisis pengkomputeran awan agregat untuk mengecam orang, kenderaan, sambungan awan. Dengan kedatangan era 5G, loT NIU akan mempunyai lebih banyak ruang untuk inovasi. Dan NIU berhasrat untuk membina sebuah platform rangkaian pengangkutan yang dipanggil NIU FLEET dan ia boleh menjadi model pergerakan bandar yang sempurna yang NIU bayangkan untuk dekad baharu itu. Pengeluaran besar-besaran bagi model-model baharu itu, RQi-GT dan TQi-GT, adalah dijangkakan pada separuh kedua tahun 2020 dan akan tersedia kepada pengguna dalam masa beberapa bulan kemudian. Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20200107006185/en/ Hubungi Li Wei wei.li@zhiyanmedia.com https://www.niu.com/ Sumber : NIU Technologies Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. --BERNAMA |
Tuesday, January 14, 2020
NIU LANCAR MOTOSIKAL ELEKTRIK BANDAR UNTUK MASA HADAPAN - BERSAMBUNG 5G, BERAUTONOMI DAN PENGIMBANGAN DIRI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA
EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
BEIJING, 31 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Sebagai sebahagian daripada satu siri acara yang menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan d...
-
ACT Abu Dhabi dibuka untuk perniagaan (Foto: AETOSWire) ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama- BUSINESS WIRE ) -- Arabian Chemic...
No comments:
Post a Comment