TOKYO, 17 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kurita Water Industries Ltd. (TOKYO: 6370) (Ibu Pejabat: Nakano-ku, Tokyo; Presiden: Michiya Kadota; kemudian dari ini “Kurita”) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ia telah menerima Anugerah Ketua Pengarah Agensi bagi Sumber Asli dan Tenaga dalam kategori Produk dan Model Perniagaan bagi Hadiah Utama Pemuliharaan Tenaga 2019 yang dianjurkan oleh Pusat Pemuliharaan Tenaga, Jepun (dengan disokong oleh Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri). Hadiah itu telah diberikan kerana peningkatan kecekapan pemindahan haba melalui Teknologi Pemeluwapan Titisan Kurita. Ini menandakan kali kedua Kurita telah diiktiraf di dalam Hadiah Utama Pemuliharaan Tenaga, selepas memenangi Anugerah Pengerusi Pusat Pemuliharaan Tenaga bagi teknologi DReeM Polymer™ mereka pada tahun 2017.
Hadiah Utama Pemuliharaan Tenaga itu mengiktiraf inisiatif pemuliharaan tenaga yang menjadi contoh di pihak pengendali dan tapak perniagaan, serta produk dan model perniagaan yang menunjukkan pemuliharaan tenaga yang sangat baik. Usaha itu dianjurkan untuk mengembangkan kesedaran bagi pemuliharaan tenaga di Jepun, menggalakkan penggunaan produk yang menjimatkan tenaga secara meluas, dan membantu membina sebuah masyarakat yang berorientasikan pemuliharaan tenaga. Dalam Hadiah Utama Pemuliharaan Tenaga 2019 sejumlah 52 tema telah dikenal pasti untuk pengiktirafan, dengan Anugerah Ketua Pengarah Agensi bagi Sumber Asli dan Tenaga dalam kategori Produk dan Model Perniagaan diberikan kepada lima penerima.
Di bawah tema yang memenangi anugerah itu, Kurita telah diiktiraf kerana usaha mereka untuk mencapai pemuliharaan tenaga menerusi Teknologi Pemeluwapan Titisan mereka yang baharu dan bagi teknologi yang menjadi dasar. Secara umum, satu lapisan air membentuk pada permukaan logam di penghujung wap bagi penukar haba yang menggunakan wap yang dihasilkan oleh dandang, disebabkan oleh pemeluwapan wap. Walaupun sangat tipis, lapisan air ini secara drastik mengurangkan kecekapan pemindahan haba, sekali gus menghasilkan penggunaan tenaga yang lebih tinggi dan produktiviti yang lebih rendah disebabkan oleh jumlah wap yang lebih tinggi yang perlu digunakan. Teknologi Pemeluwapan Titisan milik Kurita memberikan ciri-ciri tak telap air kepada permukaan logam bagi penukar haba untuk menyingkirkan lapisan air dan meningkatkan kecekapan pemindahan haba. Ini seterusnya menjimatkan tenaga disebabkan oleh jumlah berkurangan bagi wap yang digunakan, dan meningkatkan produktiviti. Lebih-lebih lagi, memandangkan kesannya dihasilkan dengan hanya menambah kimia rawatan air dengan ciri-ciri tak telap air ke barisan wap secara serta merta sebelum sebuah penukar haba, penyelesaian itu boleh digunakan dengan kemudahan pengeluaran yang masih beroperasi.
Kurita pada masa ini sedang menghasilkan penyelesaian dengan menggunakan teknologi ini merentasi pelbagai bidang perniagaan, dan telah mengesahkan kesannya di sebuah kilang kertas, di mana penggunaan wap bagi setiap unit dan pelepasan CO2 telah berkurangan sebanyak 5-10% setahun secara purata. Kesan pemuliharaan tenaga itu boleh dipertingkatkan lagi dengan kawalan di dalam gabungan dengan teknologi IT dan penderiaan. Melangkah ke hadapan, Kurita mengeluarkan penyelesaian ini sebagai satu perniagaan berasaskan kontrak di mana ia berkongsi manfaat untuk pengeluaran peralatan seperti penggunaan tenaga yang berkurangan dan volum pengeluaran yang lebih tinggi dengan pelanggan.
Di bawah Rancangan Pengurusan Jangka Sederhana MVP-22, Kurita melihat “menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan sumber air” dan “merealisasikan penggunaan tenaga lestari” sebagai isu-isu sosial yang perlu ditangani secara satu keutamaan, dan memberi tumpuan kepada mewujudkan nilai bersama dengan masyarakat. Dengan perhatian yang mendalam tentang bagaimana penggunaan tenaga boleh dioptimumkan di dalam industri, Kumpulan Kurita berhasrat untuk menyampaikan peningkatan kecekapan terma secara meluas di kilang-kilang, dan akan terus bekerja dengan pelanggan dalam usaha untuk menggunakan tenaga yang mapan.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12998
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA
EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
BEIJING, 31 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Sebagai sebahagian daripada satu siri acara yang menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan d...
-
ACT Abu Dhabi dibuka untuk perniagaan (Foto: AETOSWire) ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama- BUSINESS WIRE ) -- Arabian Chemic...
No comments:
Post a Comment