Thursday, August 29, 2019

THE MARY KAY FOUNDATION(SM) DAN UT SOUTHWESTERN BERGABUNG UNTUK MENAMATKAN KANSER YANG MEMPUNYAI KESAN YANG HEBAT TERHADAP WANITA DI SELURUH DUNIA

The Mary Kay FoundationSM mempunyai satu perkongsian jangka panjang dengan UT Southwestern melalui satu kerjasama yang mantap dengan Dr. Jerry W. Shay, profesor biologi sel di UT Southwestern dan Profesor Terbilang kehormat di The Mary Kay FoundationSM. (Foto: Mary Kay Inc.)



Perkongsian jangka panjang itu akan memperkenalkan satu program fellowship antarabangsa yang baharu yang menawarkan kepada saintis di seluruh dunia dengan peluang untuk menjalankan penyelidikan kanser yang berinovatif

DALLAS, 29 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- The Mary Kay FoundationSM, sebuah peneraju sejak beberapa dekad yang lalu yang bertanggungjawab untuk menghapuskan kanser yang memberi kesan kepada wanita, baru-baru ini mengumumkan sebuah geran bernilai $500,000 untuk membiayai sebuah program fellowship global yang berinovatif dengan rakan mereka sejak sekian lama UT Southwestern Medical Centre. Fellowship baharu selama satu tahun itu akan menawarkan sehingga lima penyelidik pasca kedoktoran antarabangsa dengan peluang untuk melakukan penyelidikan kanser yang canggih di kemudahan UT Southwestern yang terkenal di dunia di Dallas, dan membolehkan mereka untuk meneruskan aktiviti penyelidikan di negara asal mereka. Program geran baharu ini menyokong komitmen The Mary Kay Foundation yang berterusan untuk menamatkan kanser yang berkaitan dengan wanita di seluruh dunia dan menandakan buat kali pertama bahawa program geran penyelidikan kanser Yayasan itu telah berkembang ke peringkat global.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190828005139/en/

“Mary Kay Ash, pengasas kami, melihat secara langsung kesan yang dibawa oleh kanser terhadap perunding kecantikan bebas kami, keluarga mereka, dan wanita di seluruh dunia,” kata Ryan Rogers, ahli lembaga The Mary Kay FoundationSM dan cucu lelaki kepada Mary Kay Ash. “Ia menjadi satu misi bagi Mary Kay Ash untuk menghapuskan kanser yang menjejaskan kaum wanita. Perkongsian kami yang diperluaskan dengan UT Southwestern akan membolehkan kami untuk meneruskan usaha menyelamatkan nyawa pada skala global.”

The Mary Kay FoundationSM mempunyai satu perkongsian jangka panjang dengan UT Southwestern melalui satu kerjasama yang mantap dengan Dr. Jerry W. Shay, profesor biologi sel di UT Southwestern dan Profesor Terbilang kehormat di The Mary Kay FoundationSM. Dr Shay telah berkhidmat sebagai pengerusi bagi jawatankuasa kajian semula saintifik bagi Program Geran Penyelidikan Kanser Inovatif/Translasi The Mary Kay Foundation di Amerika Syarikat selama 22 tahun yang lalu dan kini akan berkhidmat sebagai penyiasat utama ke atas program fellowship antarabangsa yang baharu itu.

“Memperluaskan program itu di peringkat antarabangsa akan membolehkan kami untuk memberi tumpuan kepada kanser yang paling banyak menjejaskan wanita,” kata Dr. Shay. “Kami merancang untuk mengenal pasti satu kumpulan calon pasca kedoktoran yang berdedikasi dari seluruh dunia, menjemput mereka ke Dallas, dan melengkapkan mereka dengan semua alat dan sumber yang mereka perlukan untuk meneruskan penyelidikan berinovatif mereka di makmal kanser kami yang serba canggih. Kerja mereka boleh memberikan impak besar kepada bagaimana kita memahami dan merawat kanser di seluruh dunia.”

Sejak penubuhannya pada tahun 1996, The Mary Kay FoundationSM  telah menyokong usaha dedikasi Mary Kay Ash untuk memperjuangkan bagi pihak wanita dan visi beliau dalam mewujudkan sebuah dunia yang bebas daripada kanser. Sehingga kini, The Mary Kay FoundationSM  telah menganugerahkan hampir $23 juta untuk menyokong usaha oleh 225 penyelidik kanser utama yang berkaitan dengan wanita di seluruh Amerika Syarikat, dengan membiayai usaha untuk mencari penyembuh bagi kanser payudara, uterus, kanser serviks dan ovari.

“Memerangi kanser adalah bersifat peribadi buat Mary Kay Ash,” kata Dr. Gildea, Ketua Pegawai Saintifik di Mary Kay Inc. “Dan ia juga bersifat peribadi untuk kami. Beliau sudah pasti akan merasa bangga bahawa kami meneruskan legasi beliau dalam membantu kaum wanita pada skala yang lebih besar.”

Maklumat mengenai The Mary Kay Foundation℠

Dibimbing oleh impian Mary Kay Ash untuk memperkayakan kehidupan wanita di serata dunia, The Mary Kay FoundationSM  mengumpul dan mengedarkan dana untuk melabur di dalam penyelidikan kanser bagi mencari satu penawar untuk kanser yang berkaitan dengan wanita, dan menamatkan keganasan rumah tangga terhadap wanita. Sejak tahun 1996, The Mary Kay FoundationSM  telah menyumbang lebih daripada $78 juta kepada organisasi yang sejajar dengan dua misi mereka. Di samping itu, Yayasan itu menyokong inisiatif kesedaran, program jangkauan masyarakat, dan menyokong undang-undang untuk memastikan wanita sihat dan selamat. Bersama-sama, kita boleh menjadikan dunia ini lebih baik buat kaum wanita. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara bagaimana mendidik, menyokong, menjadi sukarelawan dan menderma, dan menyertai kerja menyelamat nyawa untuk menyokong dan memperkasakan wanita, sila layari marykayfoundation.org, cari kami di Facebook dan Instagram atau ikuti kami di Twitter.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190828005139/en/

Hubungi

The Mary Kay Foundation
marykay.com/ bilik berita
972.687.5332 or media@mkcorp.com

Sumber : The Mary Kay Foundation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA

UMP BINA HUBUNGAN ERAT DENGAN ALUMNI, JALIN KOLABORASI INDUSTRI

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Universiti Malaysia Pahang (UMP) terus mendapat kepercayaan menerusi jalinan kerjasama erat universiti dan industri yang memberikan impak positif terhadap keberhasilan graduan yang dihasilkan. Ianya dibuktikan apabila kadar kebolehpasaran graduan (GE) universiti ini mencapai peratusan tertinggi iaitu 96 peratus pada tahun 2018 melepasi sasaran iaitu 80 peratus pencapaian yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Dalam mendepani transformasi digital dan untuk kekal berdaya saing menerajui industri 4.0, UMP menjalinkan kolaborasi dengan empat industri iaitu Cynerve Sdn. Bhd, Aito Firework Holding Sdn Bhd, Pakar@Work dan Agensi Pekerjaan Pikoje Sdn. Bhd berkongsi kepakaran dalam teknologi serta melahirkan graduan yang holistik, berciri keusahawanan juga seimbang yang menepati keperluan industri dan pasaran pekerjaan.

Syarikat Cynerve Sdn. Bhd merupakan sebuah syarikat berkepakaran dalam Games Development, Augmented Reality (AR), Virtual Reality (VR), Mixed Reality (MR), Esports dan Showcase. Syarikat ini bakal menyediakan latihan kepada staf dan penempatan latihan industri agar mereka sentiasa dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang berkaitan yang menepati keperluan semasa.

Aito Firework Holding Sdn Bhd pula merupakan syarikat bertaraf Bumiputra yang menawarkan servis dan jualan pelbagai peralatan pemadam kebakaran, pemasangan sistem pemadam kebakaran, menyediakan seminar keselamatan kebakaran dan latihan, serta membekalkan peralatan perlindungan dan keselamatan peribadi. Manakala Pakar@Work Sdn. Bhd ialah sebuah firma perundingan ICT yang berkembang pesat, khusus dalam komunikasi rangkaian dan perkhidmatan keselamatan IT. Syarikat ini telah mempunyai reputasi untuk menyediakan keselamatan maklumat terperinci kepada industri yang merangkumi bidang telekomunikasi, sektor awam dan pengangkutan.

Agensi Pekerjaan Pikoje Sdn. Bhd adalah sebuah syarikat yang bertindak sebagai pengantara di antara graduan dan majikan. Mereka menyediakan platform di atas talian bagi graduan yang sedang mencari pekerjaan yang mana graduan boleh memuatnaik segala maklumat yang diperlukan. Selain daripada itu, syarikat ini turut menyediakan platform kepada majikan untuk mencari pekerja mengikut kemahiran dan kelayakan yang dikehendaki.

Majlis menyaksikan Naib Canselor UMP, Prof. Ir Dr Wan Azhar Wan Yusoff bertukar dokumen memorandum persefahaman (MOU) dengan Pengarah Cynerve Sdn. Bhd, Mohd Nasrul Radhi Mohd Nasir, Ketua Pegawai Operasi Aito Firework Holding Sdn Bhd, Aswan Khamis, Pengarah Urusan Pakar@Work Sdn.Bhd, Jamal Affandy  Jamaluddin dan Ketua Pengarah Operasi, Agensi Pekerjaan Pikoje Sdn.Bhd, Mohd Faizal  Mohd Nor. Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dato Dr Yuserrie Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif DreamEDGE, Khairil Adri Adnan merangkap CEO UMP, Dekan Kanan FK, Prof Madya Ts. Dr Ruzaini Abdullah Arshah dan Dekan FK, Prof Madya Dr. Mohamad Fadli Zolkipli.

Menurut Prof Ir Dr Wan Azhar, kerjasama dengan empat industri ini memberikan peluang dalam penempatan Latihan Industri manakala UMP juga akan berkongsi kepakaran membantu syarikat dalam menyediakan satu pangkalan data yang lengkap berkenaan dengan graduan UMP.

“Kerjasama ini turut memanfaatkan bidang penyelidikan mengikut bidang-bidang tertentu dan bekerjasama untuk mendapatkan geran sama ada geran bersama atau pemadanan geran. Ianya termasuklah penganjuran persidangan, pameran, tanggungjawab sosial dan lain-lain,” katanya dalam Majlis Hi-Tea Bersama Alumni dan Industri anjuran Fakulti Komputeran di Hotel Everly Putrajaya pada 27 Ogos 2019.

Industri 4.0 menyaksikan  penemuan pelbagai teknologi baharu yang antara lain menggunakan automasi, analisis dan big data, simulasi, integrasi sistem, penggunaan robotik sepenuhnya, cloud computingInternet of Things (IoT)dan perkara yang seumpamanya. Malah ianya melibatkan teknologi automasi yang memberi cabaran baharu kepada semua sektor di negara ini yang memerlukan mereka melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital untuk kekal berdaya saing dan merancakkan kemajuan landskap dunia moden.

Ujarnya, pertemuan melibatkan 60 alumni dan 24 wakil industri bersama para pensyarah Fakulti Komputeran (FKom) dan sesi meja bulat ini mampu mendapatkan idea dan pandangan daripada pihak luar terutamanya berkaitan pembentukan struktur kurikulum pengajaran dan pembelajaran. Selain itu memperkasa bidang penyelidikan dan inovasi, pengkomersialan, projek kerjasama, geran dan perkongsian peralatan yang dapat dimanfaatkan bersama. Beberapa inisiatif telah diambil pihak fakulti dalam menerajui industri 4.0 ini dan salah satunya mengkaji teknologi serta menambah nilai dalam beberapa subjek berkaitan mengikut keperluan industri terkini.

Sumber: Universiti Malaysia Pahang

Tuesday, August 27, 2019

SAVAGE X FENTY SHOW OLEH RIHANNA DISAMPAIKAN OLEH AMAZON PRIME VIDEO UNTUK DISTRIMKAN SECARA EKSKLUSIF DI WORLDWIDE SERVICE PADA JUMAAT, 20 SEPTEMBER

CULVER CITY, Calif. & NEW YORK, 27 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Amazon Prime Video menyampaikan acara tahunan kedua yang sangat dinanti-nantikan Savage X Fenty Show, sebuah pertunjukan yang meraikan koleksi musim Luruh/ Sejuk 2019 yang baharu dari ikon muzik dan fesyen Rihanna. Pengalaman fesyen yang luar biasa itu akan berlangsung semasa Minggu Fesyen New York yang diadakan bersempena dengan NYFW: The Shows dan akan menampilkan satu gabungan model, pelakon dan penari yang memakai gaya hebat yang terkini, dengan menawarkan satu jenis seksi yang baharu, di mana sikap bertemu dengan identiti tersendiri. Savage X Fenty Show akan disiarkan secara eksklusif di Amazon Prime Video di lebih daripada 200 buah negara dan wilayah di seluruh dunia bermula pada Jumaat, 20 September.

Sebagai satu tindakan susulan kepada acara sulung pada tahun lepas, Savage X Fenty Show pada tahun ini akan meningkatkan tahapnya. Malam itu yang akan dihadiri oleh bintang-bintang terkenal akan bakal menjadi satu penyimpangan radikal daripada tradisi, sebuah acara yang lain daripada yang lain yang menggabungkan muzik, fesyen dan budaya. Dengan pelbagai kejutan yang menarik di setiap sudut, termasuk persembahan daripada beberapa aksi yang paling hangat di dalam muzik, pertunjukan itu memperkenalkan koleksi musim Luruh/ Sejuk 2019 Savage X Fenty yang berani dan bersemangat waja.

“Saya sangat teruja kerana semua orang akan mempunyai akses penuh kepada The Savage X Fenty Show pada tahun ini! Kami sedang berusaha untuk mewujudkan suatu pengalaman yang berani, seksi dan sungguh hebat untuk penonton kami,“ kata Rihanna.

“Rihanna telah menakluki dunia muzik, filem, kecantikan dan fesyen. Beliau telah mencipta semula idea mengenai pakaian dalam bergaya jenis apa yang sesuai untuk seorang pelanggan global. Jenama itu secara autentik menggambarkan penyataan keterangkuman, positiviti badan dan keseronokan! The Savage X Fenty Showmenjanjikan pengalaman yang berinovatif dan benar-benar unik dan kami sangat teruja untuk memberikan kepada pelanggan global kami dengan kerusi barisan hadapan yang eksklusif,” kata Jennifer Salke, Ketua bagi Amazon Studios.

Berikutan dengan pertunjukan secara langsung itu, Savage X Fenty Show pada tahun ini akan tersedia untuk disiarkan secara eksklusif di Amazon Prime Video di seluruh dunia yang memberikan penonton sama ada hadir secara sendiri dan di rumah dengan pintu masuk ke dunia Savage X Fenty, serta peluang untuk menghidupkan semula pengalaman itu berulang kali. Rancangan khas Amazon Prime Video itu juga akan menampilkan segmen eksklusif di belakang tabir dalam pembuatan pertunjukan itu.

The Savage X Fenty Show dicipta di bawah arahan artistik Rihanna dan Savage X Fenty, dan Rihanna merupakan penerbit eksekutif dan ia dihasilkan oleh PRODJECT dan kumpulan tidak formal Endeavour Content’s.

MAKLUMAT MENGENAI SAVAGE X FENTY

Ikon muzik dan fesyen Rihanna memulakan usaha terbaharu beliau: pereka pakaian dalam. Mendapat ilham untuk mewujudkan satu barisan pakaian dalam yang intim yang melengkapkan pelbagai warna dan bentuk, Savage X Fenty meraikan perasaan tidak gentar, rasa yakin, dan keterangkuman. Dengan kerjasama bersama TechStyle Fashion Group, label itu telah menggerak dan mendefinisikan semula tempat pasaran dengan titik harga yang boleh diakses dan kepelbagaian jenisnya. “Kami mahu menjadikan orang kelihatan lebih anggun dan berasa seronok,” jelas Rihanna, yang mendekati Savage X dengan mentaliti yang sama yang dilakukan beliau bagi semua projeknya — untuk melakukan sesuatu yang baharu dan segar yang semua orang boleh kaitkan dan merasa yakin. “Kami mahu anda merasa seksi dan bergembira ketika melakukannya.” Dengan saiz dari 32A — 46DDD untuk coli, dan XS - 3X untuk pakaian dalam wanita dan pakaian tidur Savage X Fenty boleh dibeli di www.SavageX.com.

MAKLUMAT MENGENAI AMAZON PRIME VIDEO

Amazon Prime Video adalah satu perkhidmatan penstriman premium yang menawarkan kepada pelanggan dengan satu koleksi video digital yang besar — kesemuanya dengan mudah untuk mencari apa yang mereka suka tonton di satu tempat.
  • Termasuk dengan Prime: Menonton beribu-ribu filem dan rancangan TV yang popular, termasuk filem asal Amazon yang disanjung umum termasuk pemenang Anugerah Emmy The Marvelous Mrs. Maisel, Jack Ryan oleh Tom Clancy, Homecoming, Hanna, Fleabag, Good Omens, The Boys,  Guava Islandoleh Donald Glover, Manchester by the Sea  dan The Salesman, yang telah memenangi Anugerah Akademi, The Big Sick and Cold War  yang dicalonkan untuk Anugerah Akademi, dan Beautiful Boy yang disanjung umum, eksklusif, sukan secara langsung termasuk Thursday Night Football dan kandungan berlesen dan diterbitkan sendiri yang tersedia di lebih daripada 200 buah negara dan wilayah di seluruh dunia.
  • Tonton lebih banyak lagi dengan Saluran Prime Video: Ahli-ahli Prime boleh menambahkan lebih 150 saluran di Amerika Syarikat seperti HBO, Cinemax, STARZ, SHOWTIME, CBS All Access, NBA League Pass dan MLB.tv — tiada aplikasi tambahan untuk dimuat turun, dan tidak ada kabel diperlukan. Hanya bayar untuk apa yang anda mahukan, dan ia boleh dibatalkan pada bila-bila masa. Lihat senarai lengkap bagi saluran yang tersedia di amazon.com/channels.
  • Sewa atau Beli: Nikmati ratusan ribu judul, termasuk filem-filem yang baharu dikeluarkan dan keseluruhan musim bagi episod TV semasa, yang tersedia bagi semua pelanggan Amazon untuk menyewa atau membelinya.
  • Akses segera: Tonton di mana-mana dan pada bila-bila masa anda mahu dengan aplikasi Prime Video di TV pintar anda, peranti mudah alih, Fire TV, tablet Fire, Apple TV, Chromecast, konsol permainan, Comcast X1 atau dari web. Untuk senarai lengkap bagi peranti yang serasi, sila layari amazon.com/howtostream.
  • Pengalaman yang dipertingkatkan: Manfaatkan sebaik-baiknya setiap tontonan dengan kandungan yang serasi dengan 4K Ultra HD dan High Dynamic Range (HDR). Lihat di sebalik tabir bagi filem dan rancangan TV kegemaran anda dengan akses X-Ray yang eksklusif, yang dikuasakan oleh IMDb. Simpan untuk kemudian hari dengan memuat turun mudah alih yang dipilih untuk tontonan di luar talian.

Di samping akses kepada filem dan rancangan TV yang disertakan dengan Prime, keahlian Prime termasuk pilihan penghantaran percuma tanpa had yang pantas merentasi semua kategori yang terdapat di Amazon, lebih daripada dua juta lagu dan beribu-ribu senarai main dan stesen dengan Prime Music, penyimpanan foto secara selamat dengan Prime Photos, bahan bacaan tanpa had dengan Prime Reading, akses tanpa had dengan satu katalog audiobook digital dengan Saluran Boleh Dengar untuk Prime, satu pemilihan putaran bagi permainan digital percuma dan barang rampasan dalam permainan dengan Twitch Prime, akses awal untuk memilih Tawaran Kilat, akses eksklusif dan diskaun untuk memilih barangan, dan banyak lagi. Untuk mendaftar dengan Prime atau untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari:  amazon.com/prime.

Maklumat mengenai Amazon

Amazon dipandu oleh empat prinsip: obsesi pelanggan dan bukannya tumpuan pesaing, keghairahan untuk daya cipta, komitmen kepada kecemerlangan operasi, dan pemikiran jangka panjang. Ulasan pelanggan, membeli-belah 1-Klik, cadangan peribadi, Prime, Capai Keinginan oleh Amazon, AWS, Kindle Direct Publishing, Kindle, tablet Fire, Fire TV, Amazon Echo, dan Alexa adalah beberapa daripada produk dan perkhidmatan yang dipelopori oleh Amazon. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.amazon.com/about dan ikuti @AmazonNews.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190826005454/en/

Hubungi

Hubungan Media 
The Lede Company
Amanda Silverman
Amanda.Silverman@ledecompany.com

Cara Hutchison
Cara.Hutchison@ledecompany.com

Emma Parker
Emma.Parker@ledecompany.com

Savage X Fenty
Emma Tully
etully@savagex.com

Amazon Prime Video
Alana Russo
Alana.Russo@amazonstudios.com

Sumber : Amazon

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

KERJASAMA STRATEGIK ANTARA CHINA DAN THAILAND BERMULA TIGA TITIK PERTUMBUHAN BARU SELEPAS PELANCONGAN

BEIJING, 26 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Selepas memperluaskan dasar visa pendaratan percuma, Thailand merancang untuk menawarkan “visa percuma setahun” kepada pelancong China.

Menurut laporan media di Thailand, Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand baru-baru ini mengemukakan rang undang-undang kepada Perdana Menteri Thai Prayuth untuk memperkenalkan dasar visa percuma selama setahun untuk pelancong China dan India. Langkah itu bertujuan merangsang pembangunan sektor pelancongan di Thailand secara keseluruhan dan bertujuan perolehan pelancongan sebanyak 3.4 trilion baht.

Terdahulu, Piphat berkata impak yang berkekalan terhadap pembangunan pelancongan Thailand, termasuk masalah ekonomi, keyakinan pelancong asing, penghargaan baht Thailand, penggantungan perjalanan pelancong China ke Thailand. Itulah sebabnya jabatan itu bertujuan memperkenalkan dasar visa percuma selama satu tahun dan menggantikan visa percuma semasa ketibaan, yang tamat pada 31 Oktober 2019.

Thailand bukan sahaja mahu merangsang pertukaran pelancongan dengan China, hubungan antara China dan Thailand kekal stabil. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, dengan perkembangan hubungan China-Thailand yang mendalam, kerjasama antara kedua-dua pihak jauh melampaui pelancongan dan perdagangan produk pertanian. China bukan sahaja berharap Thailand akan menjadi lebih makmur, tetapi juga Thailand akan menjadi lebih selamat dan lebih inovatif. Kerjasama antara China dan Thailand berkembang menjadi tiga kawasan yang lebih strategik.

Yang pertama adalah kerjasama keselamatan tentera. Kestabilan jangka panjang hubungan antara China dan Thailand telah membolehkan kedua-dua negara membentuk kepercayaan bersama yang kukuh. China dan Thailand dijangka akan mengadakan lebih banyak kerjasama dalam bidang peralatan ketenteraan pada masa akan datang, termasuk menyokong Thailand dalam membangun rantaian industri tentera sendiri dan bersama-sama membangunkan senjata dan peralatan.

Yang kedua adalah kerjasama perubatan. Pada bulan Ogos 2019, Institut Penyelidikan Semulajadi Bersama China-Thailand mengadakan upacara pembukaan di Bangkok, yang akan membantu menggalakkan kerjasama kesihatan antara kedua-dua negara dan industrialisasi ubat-ubatan semulajadi.

Akhirnya, kerjasama dalam inovasi sains dan teknologi. Pelaksanaan proteksionisme sains dan teknologi oleh Amerika Syarikat telah membawa kepada perubahan baru dalam kerjasama sains dan teknologi global, sementara Thailand akan memainkan peranan yang lebih penting di masa depan berikutan pengetatan politiknya. China dan Thailand dijangka akan meliputi kerjasama sains dan teknologi untuk perang dingin China dalam bidang sains dan teknologi, dan juga menyediakan titik permulaan bagi integrasi dalam industri kedua-dua negara.

Untuk maklumat lanjut hubungi:
China Beijing
Yu.Ji
Queqi Media Culture Co.,Ltd
media.yu@foxmail.com
www.queqicn.com
17740545989

Sumber: Queqi Media Culture Co., Ltd

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12478

GOLONGAN MISKIN DISANTUNI MENERUSI PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL LHDNM

KELANTAN, 26 Ogos (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) meneruskan usaha menyantuni masyarakat melalui Program Tanggungjawab Sosial anjuran Pejabat Pengarah Negeri Terengganu/Kelantan (PPNTK) dan Cawangan Kota Bharu (CKB). LHDNM menunjukkan rasa keprihatinannya terhadap keluarga Puan Siti Hamidah Abdul Aziz yang kisahnya pernah di siarkan dalam media massa beberapa hari yang lepas.

Program yang dihadiri oleh Encik Kamaruddin Hashim, Pengarah Negeri PPNTK ini diadakan bagi membantu insan-insan yang memerlukan dan bertujuan untuk menyebarkan mesej kasih sayang dalam kalangan warga kerja LHDNM terhadap masyarakat setempat.

Majlis tersebut menyaksikan penyerahan sumbangan barangan dapur dan wang tunai kepada keluarga Puan Siti Hamidah. Sumbangan ikhlas ini adalah daripada seluruh warga kerja LHDNM di bawah seliaan PPNTK iaitu Cawangan Kuala Terengganu dan Cawangan Kota Bharu.

Program ini turut dihadiri oleh Encik Shaufee Salleh (Pengarah Cawangan Kota Bharu), Encik Wan Roslan Wan Ismail, (Pengarah Cawangan Kuala Terengganu) dan pegawai-pegawai LHDNM.

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12479

MORI BUILDING PERKENALKAN PROJEK PEMBANGUNAN SEMULA BANDAR YANG BESAR DI TOKYO TENGAH

Pembangunan pelbagai guna yang berinovatif akan mewujudkan sebuah bandar raya di dalam sebuah bandar raya yang penuh dengan kehijauan

TOKYO, 22 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mori Building Co., Ltd., sebuah pemaju landskap bandar terkemuka, telah memulakan pembinaan pada “Projek Pembangunan Semula Bandar Kategori 1 Daerah Toranomon-Azabudai”, yang merupakan sebuah projek pembangunan semula bandar yang besar yang bertujuan untuk menghidupkan semula sebuah kawasan besar di Tokyo tengah. Satu upacara memecah tanah telah diadakan pada 5 Ogos dan projek itu dijadualkan siap pada akhir Mac 2023.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190821005445/en/


Konsep utama bagi Projek Toranomon-Azabudai itu adalah sebuah “Perkampungan Bandar Moden”, sebuah kejiranan yang unik yang akan menggabungkan kecanggihan bagi sebuah megalopolis dengan keintiman sebuah kampung kecil di tengah-tengah Tokyo. Ia akan meliputi sebuah kawasan seluas kira-kira 8.1 hektar, sama seperti Pusat Rockefeller New York, dan akan menampilkan kawasan hijau yang luas berjumlah 24,000 m2 termasuk sebuah dataran tengah seluas 6,000 m2. Jumlah ruang lantai ialah 860,400 m2, termasuk 213,900 m2 ruang pejabat dan kira-kira 1,400 unit kediaman. Kira-kira 20,000 orang pekerja pejabat dan 3,500 penduduk akan bekerja dan menetap di sana, dan 25 hingga 30 juta orang setiap tahun dijangka akan melawat bandar raya dalam bandar raya yang sama sekali baharu ini.

Struktur fizikalnya akan menggabungkan reka bentuk dan teknologi seismik yang canggih, dengan stesen kuasa khusus yang membekalkan tenaga elektrik ke seluruh kawasan kejiranan. Projek itu direka untuk menyediakan sebuah bandar raya yang selamat yang akan membolehkan orang ramai untuk terus hidup dan bekerja sekalipun jika berlaku bencana besar pada skala Gempa Bumi Great East Jepun. Langkah-langkah keselamatan oleh Mori Building yang tidak ada tolok bandingannya direka untuk mewujudkan bandar raya untuk melarikan diri kepada, dan bukannya untuk melarikan diri daripadanya.

Kehijauan & Kesejahteraan untuk gaya hidup yang dipertingkatkan

Projek Toranomon-Azabudai akan mewujudkan sebuah “ruang unik yang berpusatkan manusia” dengan menggabungkan unsur-unsur yang pelbagai dan mewujudkan sebuah dunia yang tersendiri. Projek itu akan menghubungkaitkan pejabat, kediaman, sebuah hotel, sebuah sekolah antarabangsa, kedai-kedai runcit, restoran dan kemudahan kebudayaan dengan lancar ke dalam struktur kehidupan seharian, yang merangkumi kerja, pembelajaran, rekreasi, interaksi dan bersantai. Dibina dikelilingi ciri-ciri yang berinovatif yang akan merangkumi sebuah plaza seakan perkampungan yang dikelilingi oleh kehijauan, projek itu akan mewujudkan sebuah ruang bandar di mana orang ramai dapat mencapai keharmonian dengan alam semula jadi serta menghubung dan memberikan inspirasi di antara satu sama lain dengan kreativiti. Projek itu bukan berupa sekadar sekumpulan bangunan, tetapi ia akan mewujudkan sebuah ekosistem sosial bersepadu yang diasaskan kepada satu pendekatan yang berpusatkan orang ramai dengan perancangan.

Tema utama bagi projek itu adalah dataran tengah yang luas 6,000 m2 yang menawarkan “Kehijauan & Kesejahteraan” yang akan membolehkan orang ramai dari pelbagai komuniti berkumpul dan bertemu. Sebahagian besar daripada tapak itu, termasuk ruang di atas bangunan podium, akan dilitupi dengan kehijauan untuk memanfaatkan seni bina yang bertingkat. Terdapat lebih daripada dua hektar ruang hijau, termasuk dataran tengah itu, sekaligus mewujudkan sebuah oasis bandar yang lancar yang dipenuhi dengan pokok-pokok, bunga dan pandangan air.

Monday, August 26, 2019

CHINA DAN LAOS MEMBINA KORIDOR EKONOMI CHINA-LAOS DAN MEMBINA KOMUNITI NASIB YANG SAMA

BEIJING, 26 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Beberapa hari yang lalu, kerajaan Laos mengeluarkan laporan yang meramalkan bahawa kadar pertumbuhan KDNK akan menjadi 6.7% pada 2019, dengan industri menjadi pemacu utama. Dianggarkan pertumbuhan industri akan berjumlah 8.3%. Khanpei, anggota parlimen Lao, memberitahu pemberita bahawa banyak pengeluar pakaian dan syarikat peralatan elektronik secara beransur-ansur mengalihkan pangkalan pengeluaran mereka ke Laos. Selepas pembukaan laluan kereta api China-Laos, kos pengangkutan dikurangkan. Pemodenan industri Laos akan mendapat manfaat dari keretapi.
 
Interkoneksi antara Laos dan negara-negara ASEAN juga akan dipercayai

Projek rel China-Laos melabur dan dibina terutamanya melalui China dan terus bersambung dengan rangkaian rel China. Laluan kereta api sepanjang 414 km menggunakan piawaian teknikal dan peralatan China dan dijangka siap pada Disember 2021.

Projek Keretapi China-Laos adalah projek dok strategik antara Inisiatif Belt dan Jalan Cina dan strategi Laos untuk “mengubah tanah tanpa tanah menjadi negara terikat”. Kerajaan Laos sangat mengutamakan perkara ini dan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa pemandu di bawah kepimpinan Menteri Kerja Raya dan Pengangkutan untuk menyelaras dan mempromosikan pembinaan kereta api China-Laos.

Khansu Benyaoun, timbalan setiausaha Suruhanjaya Pusat Lao untuk Pemeriksaan Tatatertib, pernah berkata dalam temu bual: Barisan keretapi China-Laos akan mempercepat proses integrasi dan saling hubungan antara negara-negara Laos dan ASEAN, menjadi arus pengangkutan penting yang berjalan melalui utara dan selatan Laos, dan menjadi enjin baru untuk pemodenan Laos.
 
Pelan tindakan untuk China dan Laos untuk membina komuniti yang sama

Pada April 2019, kedua-dua negara menandatangani pelan tindakan untuk China dan Laos untuk membina Komuniti Kepentingan Bersama, yang akan membawa hubungan dengan tahap yang baru.

Hari ini, kedua-dua negara sedang berusaha meningkatkan jarak dekat dengan bantuan bersama strategik, bantuan bersama politik dan bantuan bersama ekonomi. Sejak memasuki hubungan diplomatik di antara mereka, China telah menyediakan sejumlah besar bantuan percuma dan pinjaman tanpa faedah untuk membantu Laos menyingkirkan kemunduran.

Kini, bergantung kepada rel kereta api dan kereta api trans-Asia ini, Laos akan menjadi “stesen permulaan” bagi China untuk memajukan pelan “Belt dan Jalan” dan dijangka menjadi pusat kapasiti pengeluaran paling berpotensi di rantau ini.

Untuk maklumat lanjut hubungi:
China Beijing
Yu.Ji
Queqi Media Culture Co.,Ltd
media.yu@foxmail.com
www.queqicn.com
17740545989

Sumber: Queqi Media Culture Co., Ltd

EKONOMI DIGITAL MENJADI PENGHUBUNG ANTARA NASIB CHINA DAN ASIA TENGGARA

BEIJING, 26 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE)-- Menurut laporan Maybank, pelaburan China di Asia Tenggara telah bermula dengan baik. Pada separuh pertama 2019, pelaburan China di Asia Tenggara mencapai USD 11 bilion, hampir dua kali ganda angka tahun lepas. Terhadap angin perlindungan perdagangan AS, hubungan ekonomi antara China dan Asia Tenggara masih unik, membuktikan sepenuhnya kelayakan Belt dan Inisiatif Jalan.
 
Pusingan baru revolusi saintifik dan teknologi merupakan latar belakang penting bagi pelaburan pesat China di Asia Tenggara. Menurut statistik, pelaburan China dalam sektor sains dan teknologi Asia Tenggara mencapai USD 2.5 bilion pada separuh pertama tahun ini, lebih daripada jumlah pada tahun 2017. Pengkomersialan komunikasi 5G di seluruh dunia adalah faktor penting dalam melancarkan pelaburan teknologi di rantau ini. Dengan bantuan aktif China, negara-negara Asia Tenggara bergerak pantas komunikasi 5G dan telah membina dan mengubah sejumlah besar infrastruktur komunikasi, dengan itu meletakkan asas kukuh bagi revolusi perindustrian yang dibawa oleh 5G.
 
Untuk menjadi kaya, anda mesti terlebih dahulu menyediakan jalan. Pengalaman ini dengan pembangunan ekonomi China telah mengalami beberapa perubahan. Dalam era ekonomi digital, rangkaian komunikasi telah menjadi jalan dan jambatan baru yang menggalakkan pembangunan syarikat dan industri di negara-negara yang berbeza, dan merupakan sokongan yang diperlukan untuk pembangunan ekonomi dan pemodenan. China dan negara-negara Asia Tenggara secara giat mengalu-alukan arus ekonomi digital dan berharap dapat mencapai negara-negara yang menjejaskan dan menawan dan maju untuk menjadi revolusi sains dan teknologi baru. Tujuan Belt dan Inisiatif Jalan juga untuk membina jalan dan hubungan baru ini, yang akan menghubungkan China dan Asia Tenggara dengan lebih dekat dan menjadi kutub baru pertumbuhan ekonomi global.
 
Perubahan baru ini berlaku di semua bidang ekonomi digital di Asia Tenggara. Menurut statistik, pengeluar telefon bimbit China menguasai pasaran Asia Tenggara dan bahagian pasaran terkini telah meningkat kepada 62%, jauh lebih besar daripada negara-negara Barat yang lain. Telefon bimbit dari pengeluar Cina adalah kos efektif dan telah disesuaikan dan dioptimumkan mengikut tabiat pengguna di Asia Tenggara. Telefon mudah alih ini akan menjadi kaunter dan kedai-kedai ekonomi digital di Asia Tenggara pada masa akan datang, membolehkan wilayah ini menyegerakkan dengan negara-negara maju untuk merealisasikan bentuk ekonomi Internet yang baru.
 
Untuk maklumat lanjut hubungi:
China Beijing
Yu.Ji
Queqi Media Culture Co.,Ltd
media.yu@foxmail.com
www.queqicn.com
17740545989
 
Sumber: Queqi Media Culture Co., Ltd

--BERNAMA

Saturday, August 24, 2019

MATTEL® LANCARKAN PERMAINAN PERLUMBAAN DIGITAL HOT WHEELS™ INFINITE LOOP, PERMAINAN YANG PERTAMA SEUMPAMANYA YANG DIMAINKAN SECARA PERCUMA UNTUK JENAMA HOT WHEELS®

• Membawa Francais Ikonik ke Platform Mudah Alih bagi Peminat Berumur 13 Tahun ke atas

EL SEGUNDO, Calif., 23 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mattel, Inc. (NASDAQ: MAT) hari ini mengumumkan pelancaran Hot Wheels™ Infinite Loop, sebuah permainan perlumbaan digital baharu yang membawa katalog legenda Hot Wheels® ke peranti mudah alih untuk persaingan kelajuan langgar dan rempuh yang utama. Dengan pengenalan yang tepat dan bersesuaian dengan Gamescom, pameran perdagangan utama Eropah bagi budaya permainan digital yang diadakan di Cologne, Jerman, Hot Wheels Infinite Loop  boleh didapati di App Store bagi iPhone dan iPad dan membolehkan peminat untuk terlibat dengan jenama itu dengan satu cara baharu yang menarik.

Permainan Mattel yang pertama seumpamanya diterbitkan, permainan yang dimainkan secara  percuma untuk francais Hot Wheels, Hot Wheels Infinite Loop membayangkan semula kenderaan Hot Wheels yang paling terkenal di mana peminat-peminat telah membesar dengannya dalam satu permainan perlumbaan dan pengumpulan kereta bagi pemain yang berusia 13 tahun dan ke atas.

Sebahagian daripada keseronokan Hot Wheels adalah dalam mengumpul kereta-kereta yang menjadi rebutan itu, dan Hot Wheels Infinite Loop  membawa konsep itu kembali ke asal. Pemain-pemain akan bersaing dalam tepat masa dengan pelumba lain dari seluruh dunia untuk mendapatkan peningkatan dan mengumpulkan kereta-kereta Hot Wheels yang paling legenda, termasuk Bone Shaker™, Twin Mill™, Rodger Dodger™ dan banyak lagi.

“Hot Wheels adalah alat mainan #1 paling laris di dunia* dan kami kini memberikan kepada peminat dengan suatu pengalaman permainan digital yang dimainkan secara percuma yang baharu secara keseluruhannya,” kata Janet Hsu, Ketua Pegawai Francais di Mattel. “Hot Wheels Infinite Loop merupakan satu lagi contoh mengenai komitmen Mattel untuk menghidupkan francais kami yang diiktiraf secara global dalam cara baharu sebagai sebahagian daripada transformasi kami menjadi sebuah syarikat alat mainan yang dipacu oleh IP, berprestasi tinggi.”

Untuk meraikan pelancaran Hot Wheels Infinite Loop, Mattel menayangkan sebuah treler yang mempamerkan perlumbaan cas turbo di sini.

Hot Wheels Infinite Loop  boleh didapati sebagai sebuah muat turun percuma di App Store bagi peranti iOS dan akan datang ke Google Play Store tidak lama lagi. Pengguna Android boleh pra-daftar untuk permainan itu sekarang bagi menerima ganjaran istimewa termasuk kereta ultra bergaya Tur-Bone Charged™ dengan kulit eksklusif pada pelancaran. Hot Wheels Infinite Loop  telah dibangunkan dengan kerjasama Creative Mobile, pembuat bagi Drag Racing  dan Nitro Nation.

Imejan yang mempamerkan Hot Wheels Infinite Loop  boleh didapati di sini. Untuk maklumat lanjut mengenai Hot Wheels Infinite Loop  dan bagi mendapatkan kemas kini dengan semua berita dan peristiwa terkini, sila ikuti Facebook atau layari di laman web rasmi.

*Sumber: Kumpulan NPD/ Perkhidmatan Pengesan Runcit/ G12/ Jan-Dis 2018/ Jumlah Alat Mainan/ Unit

Maklumat mengenai Mattel

Mattel adalah sebuah syarikat hiburan kanak-kanak global terkemuka yang mengkhusus di dalam reka bentuk dan pengeluaran alat mainan dan produk pengguna yang berkualiti. Kami mencipta produk-produk dan pengalaman yang berinovatif yang memberi inspirasi, menghibur dan membangunkan kanak-kanak melalui permainan. Kami melibatkan pengguna melalui portfolio kami bagi francais ikonik, termasuk Barbie®, Hot Wheels®, American Girl®, Fisher-Price®, Thomas & Friends® and MEGA®, serta jenama-jenama popular yang lain yang kami miliki atau mempunyai lesen dengan kerjasama bersama syarikat-syarikat hiburan global. Penawaran kami termasuk kandungan filem dan televisyen, permainan, muzik dan acara-acara secara langsung. Kami beroperasi di 40 lokasi dan menjual produk di lebih 150 buah negara dengan kerjasama syarikat-syarikat peruncitan dan teknologi terkemuka di dunia. Sejak ditubuhkan pada tahun 1945, Mattel amat berbangga untuk menjadi sebuah rakan yang dipercayai di dalam menerokai keajaiban masa kanak-kanak dan memperkasakan kanak-kanak untuk mencapai potensi mereka yang sepenuhnya. Layari kami di dalam talian di www.mattel.com.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12472

BLUEJEANS NETWORK MENGUMUMKAN KEPIMPINAN RANTAU UNTUK ASIA PASIFIK

Veteran Industri Membina Ekosistem bagi Pekerja, Rakan Kongsi dan Pelanggan

SYDNEY, Australia, 23 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Blue Jeans Network, Inc. hari ini mengumumkan bahawa Luke Richardson telah dilantik sebagai Naib Presiden dan Pengarah Urusan Asia Pasifik, yang akan berpangkalan Sydney. Pengumuman ini mengukuhkan lagi pasukan kepimpinan APAC BlueJeans dan menguatkan lagi fokusnya untuk menghubungkan perniagaan-perniagaan rantau kepada rangkaian rakan kongsi dan kepimpinan eksekutif yang semakin berkembang. Australia, New Zealand, Singapura, Hong Kong, Jepun dan India merupakan pasaran yang semakin berkembang dengan penggunaan pantas bagi teknologi kerjasama untuk berhubung dengan pekerja dan membina persekitaran kerja yang produktif.

BlueJeans telah melihat peningkatan ketara dalam bilangan mesyuarat keseluruhan dan jumlah minit mesyuarat dalam rantau dengan 50% pertumbuhan (tahun demi tahun) dalam tempoh 12 bulan lepas, yang berjumlah lebih daripada 1.4 juta mesyuarat. Richardson dan pasukan beliau akan bekerja dengan rakan kongsi rantau termasuklah Arkadin dan Princeton untuk memenuhi permintaan bagi persidangan video dan penyelesaian kerjasama.

Pelanggan secara khususnya berminat untuk menggunakan BlueJeans Gateway untuk Microsoft Teams. Untuk memanfaatkan pengalaman Microsoft Teams sepenuhnya, syarikat perlu menghubungkan bilik persidangan legasi sedia ada mereka kepada Teams.  BlueJeans Gateway dikerahkan dalam masa beberapa minit jadi setiap pekerja boleh menyertai mesyuarat, sama ada melalui desktop, bilik persidangan atau ruang borak.  BlueJeans Gateway memastikan pengerahan bilik adalah mudah dan cepat dipasang, dengan keselamatan lanjutan dan pengurusan masa nyata serta keupayaan analitik.

Komitmen BlueJeans terhadap rantau ini merangkumi pusat data baharu di Mumbai untuk memenuhi pertumbuhan dan permintaan bagi platform mesyuaratnya. Mesyuarat pelanggan India akan dihoskan dalam POP Mumbai secara lalai dan mereka boleh memilih AWS Mumbai sebagai lokasi storan lalai untuk data rakaman. Pelanggan seperti Khan Academy, Air Asia dan Cotton:On merupakan antara syarikat yang telah memilih BlueJeans sebagai sebahagian daripada platform kerjasama yang dipercayai.

Khan Academy menyediakan latihan guru besar-besaran India untuk ujian PISA. Dikenali sebagai “Olimpik” sistem pendidikan awam, ujian diberikan kepada remaja berumur 15 tahun di seluruh dunia untuk menilai sistem pendidikan sesebuah negara. Setakat hujung tahun lepas, bermula dari asas yang hampir tidak wujud, lebih daripada 10,000 pelajar setiap bulan yang mendaftarkan diri dalam sekolah perintis mendaftarkan diri dan menggunakan Khan Academy dalam kelas mereka, sesuatu yang Vipul Redey, Head, School Enablement di Khan Academy anggap disebabkan latihan guru berkesan yang dijalankan melalui BlueJeans.

“Kami merancang untuk menggandakan, atau jika boleh menggandakan tiga kali, bilangan pelajar yang menggunakan Khan Academy tahun akademik ini, rancangan ini hanya boleh terlaksana jika kami terus meningkatkan skala usaha latihan guru yang sewajarnya untuk meliputi sekolah negeri yang bertaburan secara geografi melalui latihan webinar menggunakan BlueJeans,” kata Redey. “Sepanjang tahun lepas, BlueJeans Events telah terbukti sebagai platform yang ideal untuk menawarkan pendidikan jarak jauh di negara membangun dengan lebar jalur rendah, kerana sesi webinar ini telah mengurangkan kos perjalanan dan sewaan kemudahan latihan secara ketara, tetapi masih membenarkan titik hubungan kerap dengan guru untuk memastikan mereka kekal termaklum terhadap kemajuan—suatu rahmat untuk organisasi bukan keuntungan seperti kami yang mengharapkan ihsan penderma. Dengan membolehkan peningkatan kemahiran guru di seluruh India dalam cara yang berkesan dan berpatutan secara kewangan, BlueJeans membantu kami meningkatkan keberkesanan sistem pendidikan awam kami secara keseluruhan.”

“Suatu penghargaan untuk memimpin pasukan kami yang semakin berkembang merentasi APAC. Minat terhadap platform mesyuarat kami adalah hebat dan kami akan menskalakan di samping rangkaian rakan kongsi berbakat untuk menyampaikan penyelesaian yang memberikan manfaat kepada pelanggan kami semasa mereka tumbuh dan berkembang,” kata Luke Richardson, naib presiden dan pengarah urusan Asia Pacific, BlueJeans. “Teknologi kerjasama telah menjadi aset perniagaan penting, dan atas sebab yang baik. Pekerja perlukan alat untuk berhubung, bekerjasama dan menyumbang kepada pasukan dan perniagaan mereka, dan BlueJeans berada dalam kedudukan yang baik untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan tersebut.

Tentang BlueJeans Network
BlueJeans ialah platform mesyuarat untuk tempat kerja moden dan perkhidmatan awan pertama untuk menghubungkan desktop, peranti mudah alih dan sistem bilik dalam satu mesyuarat video. Ribuan syarikat daripada perniagaan yang berkembang sehinggalah peneraju Fortune 500 menggunakan BlueJeans setiap hari untuk mesyuarat persidangan video, audio dan web dan acara interaktif besar, agar orang boleh bekerja dengan lebih produktif di tempat dan menggunakan cara yang mereka inginkan. Untuk maklumat lanjut, lawati www.bluejeans.com.

Maklumat Hubungan Akhbar:
Erin Cheever, BlueJeans
echeever@bluejeans.com

Sumber: BlueJeans Network

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12471

Friday, August 23, 2019

MARY KAY LANTIK KATHERINE WENG PENGURUS BESAR BAGI CHINA

Table

Katherine Weng, Pengurus Besar bagi Mary Kay China. (Foto: Mary Kay Inc.)


Kuasa Kosmetik Global Memperjuangkan Kepimpinan Wanita di Seluruh Dunia


DALLAS, 23 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Mary Kay Inc., penyokong korporat terkemuka di dalam pemerkasaan dan keusahawanan wanita, mengumumkan pelantikan Katherine Weng sebagai Pengurus Besar bagi Mary Kay (China) Co., Ltd. Berpusat di Shanghai, Weng akan melapor terus kepada Presiden Mary Kay Wilayah Asia Pasifik, KK Chua.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190822005337/en/

“Etika kerja Katherine yang tidak mengenal penat, pemikiran strategik, dan keupayaan untuk menjalin hubungan jangka panjang telah membolehkan Mary Kay China untuk mencapai kemuncak baharu,” kata Chua. “Beliau sangat ghairah dengan misi kami untuk memperkayakan kehidupan wanita. Beliau memahami keperluan Perunding Kecantikan Bebas kami dan berusaha keras untuk memenuhi keperluan tersebut bagi menyokong perniagaan mereka. Di dalam syarikat itu, beliau berjaya mencipta satu hubungan yang lancar di antara jualan, pemasaran dan operasi. Kami mengharapkan pertumbuhan yang berterusan di China di bawah kepimpinan beliau.”

Mary Kay memulakan operasi di China lebih 20 tahun yang lalu dan dengan pantas berkembang menjadi satu daripada tiga pasaran antarabangsa yang utama bagi syarikat itu.

Pelantikan Weng adalah yang terbaharu di dalam komitmen Mary Kay Inc. sepanjang beberapa dekad yang lalu bagi memperkasakan wanita untuk berkhidmat di dalam jawatan-jawatan kepimpinan di seluruh dunia. Wanita dalam jawatan kepimpinan di Mary Kay adalah merupakan penggerak utama kepada kejayaan mereka:
  • 61 peratus daripada tenaga kerja global Mary Kay adalah wanita;
  • Dalam kedudukan kepimpinan bagi pengarah dan ke atas, 59 peratus daripada pekerja adalah wanita;
  • Dalam kedudukan kepimpinan bagi naib presiden dan ke atas, 51 peratus adalah wanita;
  • 46 peratus daripada pasukan eksekutif global Mary Kay adalah wanita; dan,
  • 68 peratus daripada kepimpinan pasaran antarabangsa Mary Kay adalah wanita.
“Saya amat berbesar hati untuk berkhidmat untuk kaum wanita dan keluarga mereka di China,” kata Weng. “Adalah menjadi satu penghormatan untuk bekerja bagi sebuah syarikat yang didedikasikan untuk bukan sahaja memperkayakan kehidupan wanita melalui satu peluang perniagaan yang hebat dan produk-produk yang canggih, tetapi juga melalui usaha bersifat dermawan dan kemapanan mereka.”

Weng memulakan kerjaya beliau sebagai seorang Pengurus Khidmat Pelanggan dan Cawangan Shanghai untuk Mary Kay China pada tahun 1995 dan telah memegang pelbagai jawatan penting dalam tempoh 24 tahun yang lalu, dengan yang paling baharu sebagai Naib Presiden Kanan Komersial. Beliau telah menjadi sebahagian penting di dalam pasukan kepimpinan di China dan telah membuat sumbangan yang signifikan kepada pertumbuhan dan kejayaan Mary Kay China.

Weng memperoleh ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Latrobe di Melbourne, Australia.

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah asal glass ceiling atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash mengasaskan syarikat kecantikan beliau lebih 55 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: menawarkan peluang yang berbaloi untuk wanita, mengeluarkan produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan bebas di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi kepada penyelidikan sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit yang canggih, kosmetik warna dan pemakanan tambahan. Melalui The Mary Kay Foundation™, syarikat itu telah menyalurkan lebih daripada $78 juta untuk penyelidikan kanser dan tempat perlindungan keganasan rumah tangga. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar—  selangkah demi selangkah. Ketahui dengan lebih lanjut di www.marykay.com.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20190822005337/en/

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 or media@mkcorp.com

Sumber : Mary Kay Inc.

PENGERUSI DAN CEO IDEAL INDUSTRIES, INC. AKAN BERSARA PADA 31 JANUARI, 2020

Jim James akan Bersara dan Steve Henn Menyertai IDEAL sebagai CEO
 
Meghan Juday Pemimpin Keluarga Generasi ke-4 untuk Menjadi Pengerusi Syarikat Keluarga berusia 103 tahun ini
 
SYCAMORE, Ill., 23 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Jim James, Pengerusi dan CEO IDEAL INDUSTRIES, INC. telah mengumumkan bahawa beliau akan bersara pada 31 Januari, 2020. Steve Henn, Presiden Kumpulan dari Illinois Tool Works (ITW) akan menggantikan Jim sebagai CEO pada 23 September, 2019. Seperti yang telah lama dirancang, Meghan Juday, eksekutif keluarga generasi keempat, akan menjadi Pengerusi syarikat keluarga yang berusia 103 tahun pada 1 Februari, 2020 apabila James bersara.
 
James telah mengumumkan keputusan beliau kepada keluarga dan Lembaga Pengarah lebih dua tahun dahulu.  “Saya yakin selepas 11 tahun lebih, tiba masanya untuk orang lain memperoleh peluang untuk meninggalkan impak mereka dalam organisasi,” kata James. “Saya ingin berterima kasih kepada Dave Juday (Pengerusi sebelum ini), Meghan Juday dan ahli keluarga lain atas kepercayaan, keyakinan dan sokongan berterusan mereka sepanjang tahun-tahun ini. Saya benar-benar suka keluarga ini. Ini merupakan suatu penghormatan dan keistimewaan untuk bekerja dengan mereka. Mereka membuatkan saya berasa seperti sekeluarga,”
 
CEO Baharu

“Steve Henn merupakan orang yang sesuai untuk organisasi ini,” kata Chris Baldwin, Pengerusi Jawatankuasa Penggantian. “Beliau menjana pendapatan dan pertumbuhan keuntungan secara konsisten dalam pasaran yang dinamik, mencabar dan berubah-ubah.”
 
Henn menyertai IDEAL dari Illinois Tool Works, di situ beliau merupakan Presiden Kumpulan, Peralatan Industri & Plastik, Platform terbesar dalam Segmen Produk Pengkhususan yang bernilai $2.0B.  Platform tersebut terdiri daripada 6 Bahagian dengan lebih daripada 3,000 pekerja yang beroperasi di lebih 30 kemudahan yang menawarkan perkhidmatan dalam berbilang pasaran di 15 buah negara. Sebelum itu, Steve telah membina perniagaan yang bernilai kira-kira $600 juta dan menjadi Presiden Kumpulan bagi Platform Penyelesaian Pembungkusan Global ITW.
 
Pengalaman beliau menjalankan perniagaan global pelbagai yang berkhidmat untuk banyak industri telah mempersiapkan beliau untuk memimpin syarikat seperti IDEAL. Baldwin menyatakan bahawa Henn membawa bersama beliau kepakaran yang terbukti dalam pengurusan global, pemerolehan dan penyepaduan, inovasi, pembangunan pasukan berprestasi tinggi dan pengeluaran.
 
IDEAL Bersedia untuk Pertumbuhan Berterusan, Inovasi dan Pengembangan
 
“Kita semua akan merindui visi, kepintaran dan tenaga Jim,” kata Meghan Juday. “Sepanjang 11 tahun yang lepas, Jim telah mentransformasikan syarikat.” Beliau menyatakan IDEAL telah berkembang dengan ketara di bawah arahan beliau, bukan sahaja semakin besar sebagai sebuah syarikat, tetapi juga menjadi sebuah syarikat yang lebih canggih. “Beliau merupakan rakan dan mentor serta rakan kongsi yang berwawasan.”
 
Juday berkongsi penghargaan keluarga dan Lembaga Pengarah terhadap pencapaian James yang banyak. Beliau memperkukuh lagi kedudukan kewangan IDEAL yang kukuh berserta budaya dan prinsip penubuhan syarikat. Beliau menyokong inisiatif keluarga untuk mengekalkan pemilikan kekal syarikat, dan berserta dengan keluarga, bekerja untuk mencapai pencapaian penting ini bagi keluarga dan perniagaan. Beliau menetapkan asas untuk pemerolehan yang mengubah platform seperti CMD, Enatel dan Cree Lighting.
 
“Ini mengembangkan jejak global kita sementara mempelbagaikan perniagaan dan mempercepat pembangunan dan penghantaran bagi inovasi yang mengubah kategori. Jim memfokuskan bahagian pengendalian IDEAL terhadap pengguna akhir produk dan perkhidmatan kita. Beliau juga memacu pembangunan dan pengerahan transformasi digital kita dan mewujudkan keupayaan edagang untuk meningkatkan hubungan dengan pelanggan kita. Pencapaian beliau yang banyak ini telah meletakkan kita pada kedudukan yang baik pada masa hadapan,” sambung Juday.
 
“Kami akan merindui Jim, tetapi kami beruntung kerana beliau telah mengukuhkan IDEAL dan perniagaan kita telah berada pada kedudukan untuk kejayaan dan pertumbuhan berterusan.”
 
Pengawasan Keluarga di IDEAL
 
Juday menekankan bahawa IDEAL INDUSTRIES akan kekal milik keluarga. “Kami dipersiapkan untuk kejayaan jangka masa panjang. Kami melihat perkara dalam generasi bukan setakat suku tahunan.” Beliau menjelaskan bahawa syarikat akan terus melabur dalam latihan dan pembangunan, inovasi dan dalam memperoleh syarikat yang “melengkapi perniagaan teras kami dan memberi kami kedudukan penting dalam pasaran global yang semakin berkembang.”
 
Tentang IDEAL INDUSTRIES, INC.
 
IDEAL INDUSTRIES, INC. merupakan perniagaan keluarga global pelbagai yang mereka bentuk dan mengeluarkan produk dan alat unggul, penyelesaian teknologi canggih untuk kawalan elektrik, pencahayaan dan lampu wayarles, pengurusan tenaga, pemprosesan wayar, komunikasi data, industri aeroangkasa, automotif, kuasa, pembinaan dan pembuatan. Syarikat ini telah berkembang secara konsisten dengan setia pada platform asasnya: rancang dan urus untuk generasi akan datang, bukan setakat suku tahunan seterusnya. Keluarga dan pasukan pengurusannya dibimbing oleh nilai pengasasnya: bina yang syarikat ideal dengan mewujudkan hubungan ideal dengan pelanggan, pekerja, rakan kongsi dan komuniti.
 
Maklumat Hubungan:
 
Mike Grossman
mgrossman@sccadv.com
M – 312.560.1171
 
Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/e2530741-b11b-4ec3-b300-ccb84051760d
 
SUMBER: IDEAL INDUSTRIES, INC.
 
--BERNAMA

Thursday, August 22, 2019

PRA HEALTH SCIENCES MENGUMUMKAN KERJASAMA STRATEGIK ANTARA SYMPHONY HEALTH DENGAN CLOSE-UP INTERNATIONAL

RALEIGH, N.C., 21 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- PRA Health Sciences (NASDAQ: PRAH) pada hari ini mengumumkan bahawa Symphony Health, iaitu bahagian penyelesaian data syarikat tersebut, telah mengembangkan perkhidmatan data globalnya melalui kerjasama yang strategik dengan Close-Up International yang merupakan peneraju pembekal preskripsi perubatan dan audit jualan yang berpangkalan di Amerika Latin.

“Perjanjian dengan Close-Up merupakan pencapaian yang penting dalam komitmen Symphony Health untuk mengembangkan perkhidmatan kami pada peringkat antarabangsa,” kata Doug Fulling, Presiden Symphony Health. “Kehadiran di lebih banyak kawasan geografi merupakan komponen tambahan yang penting kepada tawaran daripada Symphony yang akan menjalin dan mengukuhkan hubungan kedua-dua organisasi tersebut di Amerika Syarikat dan Amerika Latin. Penyelesaian data dan pandangan dalaman yang tersedia melalui Symphony dan Close-Up International akan mendorong pembangunan ubatan dan strategi perdagangan pada masa hadapan.” 

Hubungan ini secara rasminya akan menyatukan dua pemimpin global yang memiliki pengalaman, pengetahuan dan pandangan yang unik untuk bekerjasama demi menyampaikan produk, perkhidmatan dan penyelesaian yang inovatif dalam pasaran farmaseutikal dan sains hayat. Organisasi tersebut akan mengedarkan data runcit dan bukan runcit satu sama lain secara eksklusif di kawasan geografi masing-masing.

“Apabila kami membentuk hubungan ini, kami memfokus pada usaha untuk memberikan nilai yang lebih hebat kepada pelanggan kami yang beroperasi di kedua-dua kawasan geografi kami, membantu mereka mencapai objektif perniagaan mereka sementara bekerjasama dengan peneraju pembekal penyelesaian data dan pandangan dalaman,” kata Norberto Bonaparte, CEO dan pengasas Close-Up International. “Kami komited untuk memperkenalkan penyelesaian yang inovatif kepada pasaran sebagai sebahagian daripada kerjasama ini yang akan memanfaatkan strategi pertumbuhan pelanggan kami.”

PERIHAL PRA HEALTH SCIENCES
PRA (NASDAQ: PRAH) ialah organisasi penyelidikan kontrak global yang memberikan perkhidmatan penuh, menawarkan pelbagai perkhidmatan pembangunan produk dan penyelesaian data kepada syarikat farmaseutikal dan bioteknologi di seluruh dunia. Perkhidmatan bersepadu daripada PRA termasuklah pengurusan data, analisis statistik, pengurusan ujian klinikal serta perundingan pembangunan pengawalseliaan dan ubatan. PRA beroperasi secara global di 90 negara merentas Amerika Utara, Eropah, Asia, Amerika Latin, Afrika Selatan, Australia dan Timur Tengah, dan memiliki lebih 16,000 pekerja. Sejak tahun 2000, PRA telah menyertai lebih 3,800 ujian klinikal. Selain itu, PRA mengambil bahagian dalam ujian penting atau sokongan yang berjaya memperoleh kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubatan A.S. atau pengawal selia antarabangsa untuk lebih 85 produk. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang PRA, sila lawati www.prahs.com.

PERTANYAAN PELABUR: InvestorRelations@prahs.com
PERTANYAAN MEDIA:
Laurie Hurst, Pengarah, Komunikasi dan Perhubungan Awam
HurstLaurie@prahs.com, +1.919.786.8435

PERIHAL SYMPHONY HEALTH
Symphony Health, iaitu subsidiari yang dimiliki sepenuhnya oleh PRA Health Sciences, ialah peneraju pembekal data bernilai tinggi, analisis dan penyelesaian teknologi bagi pengilang biofarmaseutikal, penyedia jagaan kesihatan dan pembayar. Syarikat tersebut membantu pelanggan memahami kejadian, prevalens, perkembangan, rawatan dan pengaruh penyakit sepanjang proses pesakit dan pemberi preskripsi dengan menyambungkan dan menyepadukan set data utama dan sekunder yang luas serta menyediakan kepakaran penyelidikan, analisis dan perundingan. Data terbitan daripada Symphony Health meningkatkan keputusan pengurusan kesihatan dan membantu pelanggan memacu pertumbuhan hasil sementara memberikan pandangan dalaman yang kritikal tentang cara membuat penyesuaian yang berkesan untuk menghadapi ekosistem jagaan kesihatan yang berubah-ubah. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Symphony Health, sila lawati www.symphonyhealth.prahs.com.

PERIHAL CLOSE-UP INTERNATIONAL
Close-Up International ialah pencipta audit preskripsi perubatan yang pertama dalam pasaran farmaseutikal di dunia yang mula berkembang pada tahun 1968 ke semua negara Amerika Latin. Syarikat ini juga merupakan syarikat pertama yang melancarkan penyelesaian CRM automatik untuk promosi perubatan di rantau tersebut. Kini, Close-Up ialah peneraju pembekal data preskripsi dan jualan, analisis lanjutan dan penyelesaian teknologi bersepadu kepada syarikat farmaseutikal dan jagaan kesihatan pengguna di Amerika Latin. Close-Up International merupakan pembekal perkhidmatan unik di Latam yang mampu menyepadukan penyelesaian hujung ke hujung yang merangkumi Promosi, Pengedaran dan Jualan dalam Pasaran Runcit dan Bukan Runcit, memberikan butiran tentang Dinamik Pasaran, Pembayar, Terapi dan syarikat ini mengumpulkan dan menyepadukan semua maklumat jualan dan preskripsi dari semua negara di rantau tersebut melalui aplikasi teknologi yang canggih (Regional Analyzer). Syarikat ini memiliki pasukan profesional yang sangat mahir dan penyelesaian teknologi yang terunggul, dengan lebih 950 pelanggan aktif. Perkhidmatan Close-Up membantu pelanggan menilai peluang perniagaan menggunakan penyelesaian data dan teknologi bagi setiap fasa dalam kitar hayat produk: perancangan pelancaran, pemilihan sasaran perubatan, pengukuran keberkesanan promosi dan komersial, strategi dan pengurusan saluran pengedaran untuk pasaran farmaseutikal runcit dan bukan runcit. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Close-Up International, lawati www.close-upinternational.com

Sumber: PRA Health Sciences, Inc.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12458

Wednesday, August 21, 2019

TASCENT BERPRESTASI TERBAIK DALAM UJIAN DHS BAGI PENGECAMAN MUKA KOOPERATIF

Produk InSight Face baharu syarikat berjaya mendapat skor ketepatan, kecekapan dan kepuasan pelanggan yang tertinggi


LOS GATOS, Calif., 21 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Tascent, Inc., peneraju dalam biometrik intuitif, hari ini mengumumkan mereka telah menerima markah prestasi terbaik dalam semua kategori pada 2019 Biometric Technology Rally yang diadakan oleh Jabatan Keselamatan Tanah Air (DHS) AS. Dibandingkan dengan sejumlah 14 produk utama, penyelesaian pengecaman muka kooperatif InSight Face Tascent menyampaikan ketepatan tertinggi, kecekapan tertinggi dan kepuasan pelanggan tertinggi bagi semua pesaing, dan merupakan satu-satunya penyelesaian yang memenuhi semua matlamat DHS untuk penilaian.

Diadakan buat tahun kedua, DHS Biometric Technology Rally berusaha untuk membandingkan prestasi pelbagai peranti penangkapan, algoritma, dan modaliti dalam keadaan penggunaan realistik yang meniru situasi naik pesawat atau persekitaran pemudahan perjalanan yang mempunyai jumlah pemprosesan tinggi yang boleh dibandingkan. Untuk setiap peranti yang diuji, pengguna yang mewakili taburan demografi yang luas diarahkan untuk berjalan melalui zon tangkapan sepanjang 8 kaki, mengikut sebarang arahan yang diberikan dan memberikan maklum balas tentang pengalaman pengguna. Imej biometrik muka yang terhasil kemudiannya dibandingkan dengan galeri yang didaftarkan dan dinilai untuk prestasi pemadanan.

Keputusan rasmi ujian DHS, yang merujuk Tascent melalui nama kod pasukan “Teton.” menunjukkan bahawa InSight Face Tascent menyampaikan 0.0% Kadar Gagal untuk Mendapatkan, 99.5% Kadar Pengenalpastian Sebenar, 98.1% Rating Kepuasan, dan daya pemprosesan purata (“Kecekapan”) 2.7 saat, termasuklah transit melalui zon 8 kaki. Hasil ini tidak dapat ditandingi dalam mana-mana kategori oleh peserta ujian lain. Keputusan rasmi boleh ditemui di https://mdtf.org/Rally2019/Results2019.

“Kami teruja untuk keputusan daripada 2019 Biometric Technology Rally mengesahkan perspektif kami bahawa sistem biometrik boleh menyampaikan kemudahan, ketepatan, pengalaman pengguna dan keterangkuman tanpa berkompromi,” kata Dan Potter, Naib Presiden Penyelidikan dan Pembangunan di Tascent. “Dengan pengesahan biometrik semakin diiktiraf sebagai pendaya teknologi penting, pendekatan holistik ini terhadap prestasi biometrik akan menjadi penting untuk kedua-dua perniagaan dan organisasi kerajaan.”

InSight Face, sistem biometrik daya pemprosesan tinggi generasi kelima Tascent, akan dikeluarkan pada lewat 2019. InSight Face, menggabungkan reka bentuk industri yang memenangi anugerah InSight One Tascent dengan keupayaan penangkapan pengecaman muka "dalam perjalanan" lancar yang berfungsi dengan individu atau kumpulan kecil. Berbanding penyelesaian pengecaman muka berdasarkan pemantauan atau CCTV, InSight Face ialah sistem kooperatif yang melibatkan pengguna secara aktif untuk menyampaikan pengalaman intuitif dan mengalu-alukan.

“Biometrik sudah pun mentransformasikan perjalanan udara pada skala global, menyampaikan tahap kecekapan, pemperibadian, dan kemudahan yang baharu kepada syarikat penerbangan, lapangan terbang dan pengembara,” kata Alastair Partington, Pengasas dan CEO bersama Tascent.  “Tahap prestasi dan kebolehgunaan yang kita lihat sekarang membolehkan pengesahan biometrik untuk menggegarkan bukan sahaja perjalanan udara, tetapi setiap industri yang menitik beratkan keterlibatan pelanggan positif dan melancarkan pengalaman pelanggan.  Kami berasa teruja untuk penyelesaian biometrik kooperatif generasi baharu ini memberikan individu lebih banyak pilihan dalam cara mereka memilih untuk berinteraksi dengan organisasi – dengan selamat, dengan mudah dan dengan yakin.

Tentang Tascent

Tascent menggunakan kuasa biometrik untuk mendayakan pengalaman lancar dalam dunia yang terhubung. Kami berfokus pada mencipta perkakasan, perisian dan perkhidmatan intuitif, menyediakan keupayaan menyeluruh untuk penyelesaian identiti tersuai. Melalui perkongsian, kami menyampaikan kelebihan identiti dipercayai untuk memberikan impak positif terhadap perjalanan, perkhidmatan kewangan, jualan tiket dan acara, akses tempat kerja, perkhidmatan kerajaan dan usaha kemanusiaan.

Tascent memudahkan rakan kongsi kami menyepadukan dan mengerahkan sistem identiti biometrik berbilang modal yang mudah digunakan tetapi mantap sementara banyak syarikat biometrik menawarkan produk yang kompleks dan tidak intuitif. Hari ini, peranti dan penyelesaian biometrik kami berkhidmat untuk puluhan juta orang setiap tahun dalam sesetengah persekitaran yang paling mencabar. Kami berusaha untuk menginovasi dan mencipta produk yang menangani keperluan yang belum dipenuhi untuk proses identiti rutin tetapi penting, meringkaskan dan memudahkan kehidupan.

Berpangkalan di Silicon Valley, CA, Tascent menyokong pelanggan dan rakan kongsi secara global di pejabat kami di Washington DC, Dubai, London, dan Singapura.

www.tascent.com

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/72d1ca66-9694-445b-8178-316a70bf9283

Foto juga tersedia melalui AP PhotoExpress

info@tascent.com 408-335-4700

SUMBER : Tascent, Inc.

GRADIANT MELANCARKAN BAHAN KIMIA CURE UNTUK INDUSTRI PENTING DUNIA

Portfolio menyeluruh lebih 300 formulasi kimia proprietari dengan kepakaran di lapangan dan perkhidmatan bertaraf dunia yang meningkatkan ke...