KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) -- Eli Lilly (Malaysia) Sdn Bhd dan Eli Lilly (Singapura) Pte Ltd, masing-masing telah diiktiraf sebagai salah satu tempat yang terbaik untuk bekerja di Malaysia dan Singapura bagi 2019.
Kedua-duanya adalah syarikat gabungan tempatan kepada firma farmaseutikal global, Eli Lilly and Company yang berpangkalan di Indianapolis, Amerika Syarikat.
Syarikat-syarikat itu telah mendapat markah cemerlang merentasi beberapa aspek mengenai persekitaran kerja mereka seperti kepimpinan, kerja berpasukan dan peluang untuk pertumbuhan bakat.
Pengurus Negara Eli Lilly and Company (Malaysia dan Singapura) Adrian Wong berkata: "Kami amat sukacita dalam menerima pengiktirafan kami khususnya melalui legasi Lilly selama lebih 140 tahun yang sentiasa dihidupkan.
"Menghormati orang, integriti, kecemerlangan dan tujuan bagi penyatuan, penyayang melalui penemuan baharu, serta mencipta ubat-ubatan yang boleh menjadikan hidup lebih baik bagi orang ramai di seluruh dunia."
Anugerah ‘Tempat Terbaik untuk Bekerja' yang dianjurkan secara tahunan ini mengiktiraf majikan global dan membuka peluang bagi mengetahui lebih lanjut mengenai penglibatan dan kepuasan pekerja-pekerja mereka.
Program ini juga bertindak sebagai penghargaan kepada mereka yang menyampaikan pengalaman kerja yang cemerlang, memupuk dan membangunkan bakat di semua peringkat organisasi dan berusaha untuk sentiasa mengoptimumkan amalan pekerjaan.
Pensijilan tersebut hanya diberikan kepada syarikat yang telah mencapai tahap kualiti tertinggi dalam pengurusan sumber manusia.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment