BERN, Switzerland, 31 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Persidangan Blok Rantai APAC telah diadakan di Sydney, Australia, dari 22 hingga 24 Julai 2019. Dalam lelaran ketiga mereka, acara blok rantai terbesar di Australia itu adalah satu-satunya acara blok rantai yang disokong oleh Persatuan Perdagangan Digital Australia, yang menarik pemain-pemain industri dari seluruh rantau itu untuk memberi tumpuan dan membincangkan tentang aplikasi dunia sebenar berhubung inovasi blok rantai.
S BLOCK adalah sebuah rakan persidangan yang penuh bangga. Naib Presiden S BLOCK Peter Busser membuat penampilan awam beliau yang pertama, dengan membentangkan peluang-peluang komersial dan teknikal berhubung dompet super digital. Beliau kemudian dijemput untuk mengambil bahagian di dalam satu forum tetamu, di mana beliau menerokai topik berhubung keselamatan dan kemudahan blok rantai dalam pembayaran digital dengan penceramah forum yang lain. Beliau berkongsi pendapat mengenai sumbangan yang S BLOCK telah buat kepada industri global, dengan mempunyai masa hadapan yang cerah untuk menjadi mata wang digital pertama yang disepadukan sepenuhnya dengan sistem kewangan pada masa ini.
Peter Busser mempunyai pengalaman yang luas di dalam menguruskan produk kewangan perdagangan kuantitatif, dengan reputasi yang teguh di dalam komuniti pelaburan global. Beliau bertanggungjawab terutamanya untuk pembangunan produk bagi dompet S BLOCK. Mengendalikan sebuah dana berjuta-juta dolar, beliau telah mengetuai pasukan itu untuk menjanakan sehingga 60% pulangan bulanan jangka pendek, di belakang teknologi perdagangan AI revolusioner dan kerjasama dengan 30 dana yang paling utama dalam industri itu.
Semasa perkongsian beliau, beliau telah mendedahkan satu lagi ciri bagi ekosistem S BLOCK, MasterNodes, dan membimbing peserta forum melalui log urus niaga itu bagi sistem perdagangan kuantitatif. Beliau kemudian memikat penonton dengan mengumumkan bahawa versi 2.0 sedang dalam pembikinan, dan bakal dilancarkan pada 20 September di Dubai. Versi yang dinaik taraf ini termasuk ciri-ciri yang sangat dinantikan seperti S Pay, dan Wormhole Chat.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12395
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MBI SELANGOR PACU AGENDA ESG DENGAN LAPORAN KELESTARIAN PERTAMA 2024/2025
“YAB Dato’ Sri Amirudin Shari, Dato Menteri Besar Selangor (tengah) bersama-sama YB Dato’ Dr Haniff Zainal Abidin, Pegawai Kewangan Negeri S...
-
Aplikasi Pelbagai Bahasa Tabelog untuk Pengembara Antarabangsa — Perkhidmatan Carian dan Tempahan Restoran Terbesar Jepun Alami Dunia Kulina...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
Dari kiri: Timbalan Ketua Eksekutif BSN, Mujibburrahman Abd Rasid, Ketua Eksekutif BSN , Jay Khairil Jeremy Abdullah, Ketua Pegawai Ekseku...
No comments:
Post a Comment