Tuesday, August 6, 2019

WIRELESS ADVOCATES MEMILIH PLATFORM PENGALAMAN DIGITAL SYNCHRONOSS UNTUK PERJALANAN PENGALAMAN DIGITAL DAN RUNCIT

Pelanggan akan dapat mengerahkan pengalaman pelanggan yang terbaik dalam kelasnya sementara memberikan tawaran dengan cepat merentasi saluran

BRIDGEWATER, N.J., 5 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies Inc. (NASDAQ:SNCR), peneraju global dan pembawa pembaharuan bagi produk awan, pemesejan, digital dan IoT, hari ini mengumumkan kerjasama dengan Wireless Advocates, peneraju pembekal produk dan perkhidmatan wayarles, di lebih daripada 600 lokasi runcit merentasi Amerika Syarikat dan dalam talian.Wireless Advocates akan melaksanakan Platform Pengalaman Digital (DXP) Synchronoss dan secara khususnya set produk Perjalanan Digital dalam seni bina perusahaannya, menyampaikan pengalaman pelanggan yang terbaik dalam kelasnya dalam persekitaran runcit dan digital.

Wireless Advocates mengendalikan kios runcit dan aktiviti jualan dalam talian untuk rakan kongsi borong runcit kebangsaan mereka, Army & Air Force Exchange Services (AAFES), Marine Corps Exchange (MCX), Navy Exchange (NEX) dan rakan kongsi runcit lain.Pelanggan Wireless Advocates akan dapat mereka bentuk dengan cepat dan melancarkan perjalanan pelanggan digital dan runcit yang dioptimumkan, termasuklah mula dalam talian, selesai di dalam kedai, kefungsian jeda dan sambung semula melalui penggunaan DXP Synchronoss.

DXP Synchronoss ialah aplikasi kod rendah yang mengurangkan masa untuk memasar dan meringkaskan penghantaran IT untuk mana-mana organisasi yang ingin mentransformasi dan mengoptimumkan pengalaman pelanggan digital.Syarikat boleh mencipta, mengkonfigurasi dan mengurus dalam perjalanan dalam talian, runcit dan pusat panggilan yang menjeda dan menyambung semula, memberi mereka keupayaan untuk berkongsi data pelanggan masa nyata, pilihan dan tindakan merentasi saluran serta sistem CRM.

Dengan platform ini, Wireless Advocates boleh memperkasa pasukan perniagaan/IT tangkas yang kecil untuk mencipta, mengkonfigurasi dan mengurus perjalanan pelanggan hujung ke hujung secara pantas merentasi berbilang saluran dalam persekitaran rendah atau tiada kod.DXP memberi pelanggan keupayaan untuk memulakan, menghentikan dan menyambung semula perjalanan jualan serta perkhidmatan pada bila-bila masa semasa proses, merentasi sebarang saluran – dalam talian, mudah alih, dalam kedai atau melalui telefon.Pada masa yang sama, ejen jualan dan wakil layanan pelanggan menerima manfaat daripada kebolehlihatan masa nyata bagi keseluruhan perjalanan pelanggan mereka yang dikemas kini secara berterusan.

“Wireless Advocates mengiktiraf nilai yang Platform Pengalaman Digital Synchronoss boleh tawarkan dalam menyampaikan pengalaman pelanggan terbaik dalam kelasnya dalam persekitaran runcit dan digital untuk persekitaran saluran semua arah yang sebenar,” kata Glenn Lurie, Presiden dan CEO Synchronoss.“Dalam persekitaran yang amat berdaya saing ini, memanfaatkan kebolehlihatan masa nyata bagi perjalanan pelanggan amat penting untuk wakil Wireless Advocates menyokong dan memberikan nilai sebenar untuk pelanggan utama.”

“DXP Synchronoss akan membenarkan kita menyatukan pandangan yang penting berkaitan semua aspek perjalanan yang pelanggan kita ambil, tidak kira jenis saluran yang mereka pilih,” kata Dan Brettler, CEO Wireless Advocates.“Ini membenarkan kita berfokus pada menyampaikan pengalaman yang luar biasa dalam kebanyakan persekitaran digital dan runcit kita.Matlamat kita adalah untuk meringkaskan pembelian peranti wayarles dan Synchronoss membantu kami melakukannya. Synchronoss telah menunjukkan kepada kami bahawa mereka benar-benar faham erti peringkasan, dan kami menantikan untuk menterjemahkan ini sebagai memacu nilai tambahan untuk pelanggan kami

Tentang Synchronoss Technologies, Inc.

Synchronoss mentransformasikan cara syarikat mencipta pendapatan baharu, mengurangkan kos dan menggembirakan pelanggan mereka dengan produk dan platform awan, pemesejan, digital dan IoT yang menyokong jutaan pelanggan di seluruh dunia.Teknologi baharu yang selamat, boleh diskala dan berinovatif, perkongsian dipercayai dan warga yang berbakat Synchronoss mengubah cara TMT mengembangkan perniagaan mereka.Untuk maklumat lanjut, lawati kami di www.synchronoss.com.

Pelabur:
Joseph Crivelli,  +1 908 566 3131
investor@synchronoss.com

Media:                                                 
CCgroup
AS:Diane Rose, +1 727-238-7567
Antarabangsa:Anais Merlin, +44 20 3824 9219
synchronoss@ccgrouppr.com

Sumber: Synchronoss Technologies, Inc.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12415

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...