Monday, August 19, 2019

AM Best sahkan penarafan kredit Sompo Japan Nipponkoa Insurance Inc

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- AM Best mengesahkan penarafan kedudukan kewangan (FSR) Sompo Japan Nipponkoa Insurance Inc (SJNK) pada A+ (superior) dan penarafan kredit terbitan jangka panjang (ICR jangka panjang) pada ‘aa-’, dengan unjuran stabil.
Dalam kenyataan hari ini, agensi penarafan global itu berkata penarafan SJNK menunjukkan lembaran imbangannya yang kukuh selain prestasi operasi yang padu, profil peniagaan yang baik selain pengurusan risiko perushaan yang bersesuaian.

Kedudukan lembaran imbangan syarikat yang kukuh disokong oleh permodalan yang selaras dengan risiko, dinilai pada tahap paling kukuh, seperti yang diukur berdasarkan Nisbah Kecukupan Modal Best.

Nisbah kewangan syarikat kekal konservatif, dengan nisbah hutang yang diselaraskan secara amnya di bawah 25 peratus, walaupun tinggi sedikit daripada sebahagian rakannya.
Sementara itu, AM Best juga mengesahkan FSR di A + (superior) dan ICR Jangka Panjang di 'aa' bagi anak syarikat operasi Sompo International Holdings Ltd (SIH), Pembroke, Bermuda.

Agensi penarafan itu juga mengesahkan FSR anak syarikat SIH pada A + (superior) dan ICR Jangka Panjang pada 'aa', dengan prospek stabil.
Senarai anak syarikatnya termasuklah Endurance Specialty Insurance Ltd, Endurance Assurance Corp, Endurance Worldwide Insurance Ltd dan Endurance American Specialty Insurance Co.

Butiran lanjut boleh didapati di www.ambest.com 
-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

MBI SELANGOR PACU AGENDA ESG DENGAN LAPORAN KELESTARIAN PERTAMA 2024/2025

“YAB Dato’ Sri Amirudin Shari, Dato Menteri Besar Selangor (tengah) bersama-sama YB Dato’ Dr Haniff Zainal Abidin, Pegawai Kewangan Negeri S...