CULVER CITY, Calif. & NEW YORK, 27 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Amazon Prime Video menyampaikan acara tahunan kedua yang sangat dinanti-nantikan Savage X Fenty Show, sebuah pertunjukan yang meraikan koleksi musim Luruh/ Sejuk 2019 yang baharu dari ikon muzik dan fesyen Rihanna. Pengalaman fesyen yang luar biasa itu akan berlangsung semasa Minggu Fesyen New York yang diadakan bersempena dengan NYFW: The Shows dan akan menampilkan satu gabungan model, pelakon dan penari yang memakai gaya hebat yang terkini, dengan menawarkan satu jenis seksi yang baharu, di mana sikap bertemu dengan identiti tersendiri. Savage X Fenty Show akan disiarkan secara eksklusif di Amazon Prime Video di lebih daripada 200 buah negara dan wilayah di seluruh dunia bermula pada Jumaat, 20 September.
Sebagai satu tindakan susulan kepada acara sulung pada tahun lepas, Savage X Fenty Show pada tahun ini akan meningkatkan tahapnya. Malam itu yang akan dihadiri oleh bintang-bintang terkenal akan bakal menjadi satu penyimpangan radikal daripada tradisi, sebuah acara yang lain daripada yang lain yang menggabungkan muzik, fesyen dan budaya. Dengan pelbagai kejutan yang menarik di setiap sudut, termasuk persembahan daripada beberapa aksi yang paling hangat di dalam muzik, pertunjukan itu memperkenalkan koleksi musim Luruh/ Sejuk 2019 Savage X Fenty yang berani dan bersemangat waja.
“Saya sangat teruja kerana semua orang akan mempunyai akses penuh kepada The Savage X Fenty Show pada tahun ini! Kami sedang berusaha untuk mewujudkan suatu pengalaman yang berani, seksi dan sungguh hebat untuk penonton kami,“ kata Rihanna.
“Rihanna telah menakluki dunia muzik, filem, kecantikan dan fesyen. Beliau telah mencipta semula idea mengenai pakaian dalam bergaya jenis apa yang sesuai untuk seorang pelanggan global. Jenama itu secara autentik menggambarkan penyataan keterangkuman, positiviti badan dan keseronokan! The Savage X Fenty Showmenjanjikan pengalaman yang berinovatif dan benar-benar unik dan kami sangat teruja untuk memberikan kepada pelanggan global kami dengan kerusi barisan hadapan yang eksklusif,” kata Jennifer Salke, Ketua bagi Amazon Studios.
Berikutan dengan pertunjukan secara langsung itu, Savage X Fenty Show pada tahun ini akan tersedia untuk disiarkan secara eksklusif di Amazon Prime Video di seluruh dunia yang memberikan penonton sama ada hadir secara sendiri dan di rumah dengan pintu masuk ke dunia Savage X Fenty, serta peluang untuk menghidupkan semula pengalaman itu berulang kali. Rancangan khas Amazon Prime Video itu juga akan menampilkan segmen eksklusif di belakang tabir dalam pembuatan pertunjukan itu.
The Savage X Fenty Show dicipta di bawah arahan artistik Rihanna dan Savage X Fenty, dan Rihanna merupakan penerbit eksekutif dan ia dihasilkan oleh PRODJECT dan kumpulan tidak formal Endeavour Content’s.
MAKLUMAT MENGENAI SAVAGE X FENTY
Ikon muzik dan fesyen Rihanna memulakan usaha terbaharu beliau: pereka pakaian dalam. Mendapat ilham untuk mewujudkan satu barisan pakaian dalam yang intim yang melengkapkan pelbagai warna dan bentuk, Savage X Fenty meraikan perasaan tidak gentar, rasa yakin, dan keterangkuman. Dengan kerjasama bersama TechStyle Fashion Group, label itu telah menggerak dan mendefinisikan semula tempat pasaran dengan titik harga yang boleh diakses dan kepelbagaian jenisnya. “Kami mahu menjadikan orang kelihatan lebih anggun dan berasa seronok,” jelas Rihanna, yang mendekati Savage X dengan mentaliti yang sama yang dilakukan beliau bagi semua projeknya — untuk melakukan sesuatu yang baharu dan segar yang semua orang boleh kaitkan dan merasa yakin. “Kami mahu anda merasa seksi dan bergembira ketika melakukannya.” Dengan saiz dari 32A — 46DDD untuk coli, dan XS - 3X untuk pakaian dalam wanita dan pakaian tidur Savage X Fenty boleh dibeli di www.SavageX.com.
MAKLUMAT MENGENAI AMAZON PRIME VIDEO
Amazon Prime Video adalah satu perkhidmatan penstriman premium yang menawarkan kepada pelanggan dengan satu koleksi video digital yang besar — kesemuanya dengan mudah untuk mencari apa yang mereka suka tonton di satu tempat.

- Termasuk dengan Prime: Menonton beribu-ribu filem dan rancangan TV yang popular, termasuk filem asal Amazon yang disanjung umum termasuk pemenang Anugerah Emmy The Marvelous Mrs. Maisel, Jack Ryan oleh Tom Clancy, Homecoming, Hanna, Fleabag, Good Omens, The Boys, Guava Islandoleh Donald Glover, Manchester by the Sea dan The Salesman, yang telah memenangi Anugerah Akademi, The Big Sick and Cold War yang dicalonkan untuk Anugerah Akademi, dan Beautiful Boy yang disanjung umum, eksklusif, sukan secara langsung termasuk Thursday Night Football dan kandungan berlesen dan diterbitkan sendiri yang tersedia di lebih daripada 200 buah negara dan wilayah di seluruh dunia.
- Tonton lebih banyak lagi dengan Saluran Prime Video: Ahli-ahli Prime boleh menambahkan lebih 150 saluran di Amerika Syarikat seperti HBO, Cinemax, STARZ, SHOWTIME, CBS All Access, NBA League Pass dan MLB.tv — tiada aplikasi tambahan untuk dimuat turun, dan tidak ada kabel diperlukan. Hanya bayar untuk apa yang anda mahukan, dan ia boleh dibatalkan pada bila-bila masa. Lihat senarai lengkap bagi saluran yang tersedia di amazon.com/channels.
- Sewa atau Beli: Nikmati ratusan ribu judul, termasuk filem-filem yang baharu dikeluarkan dan keseluruhan musim bagi episod TV semasa, yang tersedia bagi semua pelanggan Amazon untuk menyewa atau membelinya.
- Akses segera: Tonton di mana-mana dan pada bila-bila masa anda mahu dengan aplikasi Prime Video di TV pintar anda, peranti mudah alih, Fire TV, tablet Fire, Apple TV, Chromecast, konsol permainan, Comcast X1 atau dari web. Untuk senarai lengkap bagi peranti yang serasi, sila layari amazon.com/howtostream.
- Pengalaman yang dipertingkatkan: Manfaatkan sebaik-baiknya setiap tontonan dengan kandungan yang serasi dengan 4K Ultra HD dan High Dynamic Range (HDR). Lihat di sebalik tabir bagi filem dan rancangan TV kegemaran anda dengan akses X-Ray yang eksklusif, yang dikuasakan oleh IMDb. Simpan untuk kemudian hari dengan memuat turun mudah alih yang dipilih untuk tontonan di luar talian.
Di samping akses kepada filem dan rancangan TV yang disertakan dengan Prime, keahlian Prime termasuk pilihan penghantaran percuma tanpa had yang pantas merentasi semua kategori yang terdapat di Amazon, lebih daripada dua juta lagu dan beribu-ribu senarai main dan stesen dengan Prime Music, penyimpanan foto secara selamat dengan Prime Photos, bahan bacaan tanpa had dengan Prime Reading, akses tanpa had dengan satu katalog audiobook digital dengan Saluran Boleh Dengar untuk Prime, satu pemilihan putaran bagi permainan digital percuma dan barang rampasan dalam permainan dengan Twitch Prime, akses awal untuk memilih Tawaran Kilat, akses eksklusif dan diskaun untuk memilih barangan, dan banyak lagi. Untuk mendaftar dengan Prime atau untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari: amazon.com/prime.
Maklumat mengenai Amazon
Amazon dipandu oleh empat prinsip: obsesi pelanggan dan bukannya tumpuan pesaing, keghairahan untuk daya cipta, komitmen kepada kecemerlangan operasi, dan pemikiran jangka panjang. Ulasan pelanggan, membeli-belah 1-Klik, cadangan peribadi, Prime, Capai Keinginan oleh Amazon, AWS, Kindle Direct Publishing, Kindle, tablet Fire, Fire TV, Amazon Echo, dan Alexa adalah beberapa daripada produk dan perkhidmatan yang dipelopori oleh Amazon. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.amazon.com/about dan ikuti @AmazonNews.
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190826005454/en/
Hubungi
Hubungan Media
The Lede Company
Amanda Silverman
Amanda.Silverman@ledecompany.com
Cara Hutchison
Cara.Hutchison@ledecompany.com
Emma Parker
Emma.Parker@ledecompany.com
Savage X Fenty
Emma Tully
etully@savagex.com
Amazon Prime Video
Alana Russo
Alana.Russo@amazonstudios.com
Sumber : Amazon
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA
No comments:
Post a Comment