Sunday, August 18, 2019

PAMERAN JAM & JAM TANGAN HKTDC HONG KONG MEMPERAGAKAN JAM-JAM TERBAIK


Pameran Jam & Jam Tangan HKTDC Hong Kong Memperagakan Jam-jam Terbaik

HONG KONG, 15 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pameran Jam & Jam Tangan HKTDC Hong Kong dan Salon de TE  yang berlangsung serentak akan dibuka pada 3 hingga 7 September 2019 di Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong (HKCEC), dengan menghimpunkan lebih daripada 840 pempamer dari lebih 20 buah negara dan wilayah. Pada tahun 2018, acara itu mengalu-alukan lebih daripada 21,000 pembeli dari seluruh dunia, sekaligus mengukuhkan peranan Hong Kong sebagai hab perdagangan bagi jam.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190814005276/en/


Jam-jam dan Aksesori Terunggul di Pameran Jam & Jam Tangan

Pertunjukan Abadi di Pameran Jam & Jam Tangan memaparkan jam-jam tangan premium dari kira-kira 160 pempamer. Kategori pameran yang lain terdiri daripada “Jam Tangan Lengkap”, “Jam”, “Jentera & Peralatan”, “Jam-jam Pintar OEM”, “Pembungkusan”, “Alat Ganti & Komponen” dan “Perkhidmatan Perdagangan”.

Jam-jam yang Penuh Daya Tarikan di “Salon de TE”

“Salon de TE” mengumpulkan kira-kira 140 jenama berprestij dan koleksi pereka di lima zon bertema. Jenama Dunia Piazza sebagai tumpuan mempunyai ciri-ciri edisi terhad dan jam tangan yang jarang diperagakan dari 13 jenama terkenal antarabangsa termasuk Blancpain, Breguet, Chopard, CORUM, FRANCK MULLER, Glashütte Original, Jacob & Co., Jaquet Droz, Juvenia, PARMIGIANI FLEURIER, Piaget, SARCAR Genève dan ZENITH.

Bergaya & Mengikut Fesyen memaparkan pengasas trend dan jam-jam tangan yang didorong oleh fesyen.

Harta Kraf adalah kediaman kepada jam-jam mekanikal dan jam tangan yang dipenuhi dengan barang kemas.

Detik Renaissance adalah pameran bersejarah bagi klasik Eropah yang tak lapuk dek zaman dan barangan terbaik. Pembuat Jam Persendirian
Switzerland Pavilion
 dijangka sekali lagi membawa 12 label jam buatan Switzerland yang elegan dan halus. Penyertaan baharu Francéclat dari Perancis dan Académie Horlogère des Créateurs Indépendants (AHCI) dengan ahli-ahli dari seluruh dunia termasuk Perancis, Switzerland dan United Kingdom juga akan mempamerkan jam-jam Eropah yang elegan.

Teknologi Sesuai Dipakai mempamerkan inovasi dengan jam tangan pintar dan jam-jam yang berteknologi tinggi.

“Salon de TE” dibuka kepada pelawat umum yang berusia 12 tahun dan ke atas secara percuma pada hari terakhir (7 September) dengan acara-acara yang menarik seperti perarakan jam dan sesi cabutan bertuah. Barangan terpilih juga tersedia untuk dijual.

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...