Tuesday, September 28, 2021

NIELSENIQ MENETAPKAN PERGERAKAN BAGI REVOLUSI PENGUKURAN PELBAGAI SALURAN

 NielsenIQ telah memasuki ke dalam dua perjanjian pemerolehan utama untuk mengukuhkan penyelesaian pelbagai saluran mereka



CHICAGO, 29 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NielsenIQ, sebuah peneraju industri di dalam pengukuran dan analitik data global, hari ini mengumumkan dua perjanjian pemerolehan utama – Data Impact dan Rakuten Intelligence. Pengambilalihan ini akan memacukan nilai yang signifikan kepada penyelesaian e-dagang dan pengukuran pelbagai saluran NielsenIQ dan membolehkan syarikat itu untuk merevolusikan industri pengukuran pengguna dan runcit dengan satu pandangan menyeluruh mengenai tempat pasaran dalam talian, dari pengedaran produk sehingga kepada jualan.

Hari ini, jualan e-dagang merangkumi 12% bagi jualan CPG di Amerika Syarikat dan sehingga 30% bagi jualan di pasaran global dan adalah dianggarkan akan berkembang pada 15% CAGR sehingga tahun 2025. Dengan pertumbuhan dan bahagian yang signifikan dari peruncit yang bertumpu kepada dalam talian, ia telah menjadi lebih penting untuk memahami jumlah tempat pasaran. Walaupun begitu, pengukuran e-dagang pada masa ini sangat berpecah-pecah, dengan penawaran yang pelbagai, berbeza yang tidak membolehkan satu pandangan bersepadu dan konsisten bagi jumlah pasaran.

Perolehan dan rangkaian penyelesaian pengukuran pelbagai saluran ini secara unik menempatkan NielsenIQ untuk menyediakan peruncit dan pengeluar dengan satu pandangan yang harmoni, granular, dan konsisten merentasi saluran, yang membolehkan mereka menjangka arah aliran, memahami, dan bertindak balas dengan lebih cepat terhadap keperluan dan jangkaan pengguna.

“Mengukur e-dagang adalah satu bentuk strategik utama bagi NielsenIQ,” kata Natalie Williams, Ketua bagi Kepimpinan Produk Pengukuran Amerika Utara, NielsenIQ. “Bersama-sama kita dapat mengubah cara kita mengukur jualan e-dagang dan bagaimana cepat perjalanan pembeli berkembang dengan menyampaikan wawasan yang dipacu oleh pembelajaran mesin yang mantap kepada pelanggan kami di seluruh dunia.”

Perjanjian itu untuk memperoleh Data Impact, sebuah syarikat perisikan e-dagang terkemuka di 40 pasaran terutamanya merentasi Eropah dan Amerika Syarikat, akan memaksimumkan perkhidmatan pelbagai saluran NielsenIQ. Menggabungkan teknologi terbaik dalam Data Impact - yang menyediakan satu pandangan hipergranular mengenai wawasan e-dagang peringkat kedai - dengan jejak pengukuran runcit NielsenIQ yang tiada tandingan, akan membolehkan NielsenIQ untuk meningkatkan penawaran produk Data Impact di peringkat global; dan yang paling penting, menempatkan NielsenIQ untuk memimpin masa depan bagi pengukuran dan pelaksanaan pelbagai saluran.

“Menggabungkan teknologi kami dengan penawaran Data Impact yang unik membolehkan kami untuk menawarkan kepada pengeluar dan peruncit dengan liputan yang komprehensif dan tiada tandingan dengan granulariti yang diperlukan untuk membuat keputusan pelbagai saluran yang terbaik,” kata Jim Peck, Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif NielsenIQ.

Pengambilalihan Rakuten Intelligence, tiga tahun setelah menandatangani satu perjanjian eksklusif untuk menggabungkan panel pembelian e-dagang terbesar Rakuten Intelligence di Amerika Syarikat dengan data jualan runcit NielsenIQ, akan membolehkan NielsenIQ untuk menyampaikan kepada pelanggan kami dengan satu bacaan dalam talian dan luar talian yang bersepadu, yang sejajar dengan hierarki pelanggan tersuai, yang disokong oleh platform Connect kami yang berasaskan awan. Produk Omnisales NielsenIQ yang dilancarkan baru-baru ini adalah penyatuan pertama yang diperolehi daripada pemerolehan ini.

“Kami bangga untuk mengalu-alukan kedua-dua juara ini ke dalam keluarga NielsenIQ. Kami akan dapat memberikan satu nombor untuk pengukuran jualan dalam talian melalui data pelbagai sumber - kebenaran yang diperlukan oleh pasaran - dan kami juga akan menyampaikan cadangan pelaksanaan e-dagang dengan kebolehtindakan yang tiada tandingannya. Dengan skala dan granulariti yang unik, landskap peluang tidak terbatas,” kata Clément Colin, Ketua bagi Pengukuran E-dagang Antarabangsa, NielsenIQ.

Maklumat mengenai NielsenIQ

NielsenIQ adalah pemimpin di dalam menyediakan gambaran perilaku pengguna yang paling lengkap dan tidak berat sebelah di seluruh dunia. Dengan dikuasakan oleh sebuah platform data pengguna yang canggih dan didorong oleh keupayaan analitik yang kaya, NielsenIQ membolehkan pengambilan keputusan yang berani dan yakin untuk syarikat dan peruncit barangan pengguna yang terkemuka di dunia.

Dengan menggunakan set data yang komprehensif dan mengukur kesemua urus niaga secara sama rata, NielsenIQ memberikan pelanggan dengan satu pandangan yang ke hadapan ke dalam perilaku pengguna agar dapat mengoptimumkan prestasi merentasi semua platform runcit. Falsafah terbuka kami mengenai penyatuan data membolehkan set data pengguna yang paling berpengaruh di planet ini. NielsenIQ menyampaikan kebenaran yang lengkap.

NielsenIQ, sebuah syarikat portfolio Advent International, mempunyai operasi di hampir 100 pasaran, merangkumi lebih 90% daripada penduduk dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari NielsenIQ.com.

Maklumat mengenai Data Impact

Data Impact adalah satu daripada penyedia canggih di dalam penyelesaian analisis pelbagai saluran. Syarikat itu menggunakan algoritma data dan AI setempat untuk menawarkan pelbagai penyelesaian kepada pelanggan mereka, termasuk analisis berdasarkan lokasi, anggaran jualan dan perkongsian, pemantauan media, pengoptimuman SEO, dan banyak lagi.

Penyelesaian Data Impact sudah digunakan oleh lebih 150 syarikat di lebih 40 buah negara. Dilancarkan pada tahun 2016, Data Impact adalah satu-satunya penyelesaian yang menawarkan pengeluar FMCG dengan satu penggambaran tepat mengenai pengedaran pelbagai saluran mereka dan keupayaan untuk mengenal pasti tahap tindakan setempat.

Maklumat mengenai Rakuten Intelligence

Rakuten Intelligence adalah sebahagian daripada Rakuten Advertising, yang menghubungkan agensi, jenama dan penerbit terkemuka dengan pengguna aktif dan terlibat di seluruh dunia. Dengan akses kepada harta media dan audiens Rakuten yang pelbagai, dan digabungkan dengan satu rangkaian prestasi yang telah memenangi anugerah dan proprietari penyelidikan pengguna, Rakuten Advertising mewujudkan keadaan yang tepat untuk menjangkau pelanggan baharu dan mengekalkan kesetiaan yang berkekalan.

Asasnya mengenai teknologi termaju, data, dan perkhidmatan strategik menempatkan Rakuten Advertising untuk menawarkan satu rangkaian penyelesaian pemasaran dan pengiklanan yang berbeza sambil terus mendorong industri itu ke hadapan. Ia merupakan satu bahagian dari Rakuten Inc., satu daripada syarikat perkhidmatan Internet terkemuka di dunia. Syarikat itu beribu pejabat di San Mateo, CA, dengan pejabat di seluruh EMEA, APAC, LATAM, dan Amerika Utara. Ketahui lebih lanjut di www.rakutenadvertising.com.


Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20210928005136/en/

Hubungi

Perhubungan Media:
(Amerika Syarikat dan Bahasa Inggeris)
FERNANDA PAREDES, fernanda.paredes@nielseniq.com, +1-917-291-1196
GILLIAN MOSHER, gillian.mosher@nielseniq.com, +1-647-282-9714
(Perancis) SEBASTIEN MONARD, sebastien.monard@nielseniq.com, +33-6-85-32-94-61

Sumber : NielsenIQ

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...