Wednesday, September 1, 2021
DEAR, KLAIRS MENANG ANUGERAH REKA BENTUK 3 TERATAS DUNIA ANUGERAH ‘REKA BENTUK RED DOT’
- Reka bentuk jenama membawa harapan dan penyembuhan semasa pandemik itu
- Bekerjasama dengan Yoon Yeo-Dong, seorang tukang mahir yang berpusat di Seoul
SEOUL, Korea Selatan, 1 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dear, Klairs, sebuah jenama penjagaan kulit di bawah Wishcompany (Ketua Pegawai Eksekutif Ryan Sungho Park), telah memenangi Anugerah Reka Bentuk Red Dot 2021 untuk Reka Bentuk Komunikasi.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210831005061/en/
Anugerah Red Dot itu adalah satu daripada tiga pertandingan reka bentuk utama di dunia yang bertujuan untuk menonjolkan jenama-jenama kreatif dan inovatif pada setiap tahun. Tahun ini, sebanyak 7,800 reka bentuk dari lebih 60 buah negara telah dikemukakan. Seramai 50 pakar reka bentuk dunia berada dalam panel hakim.
Dear, Klairs (Klairs), sebuah jenama penjagaan kulit yang bebas daripada kekejaman dan mesra vegan yang berpusat di Seoul, telah menang di dalam kategori Reka Bentuk Komunikasi. Projek mereka, A Moment, adalah sebuah projek kerjasama dengan seorang tukang mahir yang berpusat di Seoul, Yoon Yeo-Dong. Diilhamkan oleh nama jenama tersebut, Dear Klairs, (dear bermaksud sangat bernilai atau berharga), Yoon Yeo-Dong dan pasukan reka bentuk Klairs telah membuat sebuah objek logam yang boleh dihadiahkan kepada seseorang yang dekat dan disayangi.
Dear, Klairs mendapat markah tinggi kerana kerjasama dengan seorang tukang mahir tempatan, Yoon Yeo-Dong dan mempromosikan nilai-nilai sosial melalui projek reka bentuk A Moment.
“Kami ingin bekerjasama dengan seorang tukang tempatan dan mempromosikan nilai bagi artis-artis tempatan, terutama ketika waktu susah semasa pandemik itu,” kata Kim Min-hee, seorang wakil bagi jabatan reka bentuk di Klairs Skincare.
Sebagai sebuah jenama yang bebas daripada kekejaman dan mesra vegan, Klairs menjalankan projek derma untuk hak haiwan dan organisasi alam sekitar. Mereka berdedikasi untuk mempromosikan kelestarian melalui kempen dan projek mereka.
Produk Klairs boleh didapati di pusat dalam talian rasmi Klairs, Wishtrend.com, kedai-kedai Chicor di seluruh negara, dan kedai-kedai terpilih dalam talian 29mm dan W Concept.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14929
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Penguin Solutions Memperluas Portfolio Memori SMART Modular DDR5 SODIMM dengan DDR5-6400 ECC CSODIMM 64GB Baharu untuk HPC Generasi Seterusnya
Modul memori SMART Modular DDR5 SODIMM baharu daripada Penguin Solutions menawarkan prestasi tahan lasak dan sokongan suhu luas untuk aplika...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
(Dari kiri ke kanan): Naib Presiden Eksekutif Unit Bisnes Mikroelektronik & Ahli Lembaga Pengarah, Ingolf Schroeder, dan Naib Presiden K...
-
Dari kiri: Timbalan Ketua Eksekutif BSN, Mujibburrahman Abd Rasid, Ketua Eksekutif BSN , Jay Khairil Jeremy Abdullah, Ketua Pegawai Ekseku...

No comments:
Post a Comment