WHITE PLAINS, N.Y., 14 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 13 September, 2021 -- ITT Inc. (NYSE: ITT) hari ini menamakan Bartek Makowiecki Naib Presiden Kanan bagi Strategi dan Pembangunan Perniagaan, melaporkan kepada Luca Savi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, ITT Inc. Dalam peranan ini, Makowiecki akan memacukan semua strategi dan aktiviti penggabungan dan pemerolehan (M&A) merentasi seluruh ITT.
Makowiecki menyertai ITT dari Ingredion, di mana beliau baru-baru ini memegang jawatan sebagai Ketua Global bagi Strategi, M&A dan Usaha Niaga. Semasa di Ingredion, beliau telah membangunkan sebuah fungsi strategi bertaraf dunia, memperluaskan platform pertumbuhan syarikat itu, dan mewujudkan sebuah program modal teroka korporat baharu untuk menggerakkan modal kepada pelaburan peringkat awal. Sebelum Ingredion, Makowiecki memegang peranan yang semakin bertanggungjawab, strategi global, dan M&A, termasuk tugasan antarabangsa, di Owens Corning Corporation dan Parker-Hannifin Corporation.“Bartek adalah seorang eksekutif yang berpengalaman dengan rekod prestasi yang terbukti di dalam penggabungan dan pemerolehan dan pengurusan portfolio. Pengalaman beliau sangat menguntungkan ITT, ketika kami berusaha untuk mempercepatkan strategi penggunaan modal kami,” kata Luca Savi, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden ITT. “Bartek adalah seorang yang berbakat unik dan pemimpin yang paling sesuai untuk memacukan strategi jangka panjang kami dan untuk terus menjanakan nilai pemegang saham yang unggul.”
Makowiecki memiliki Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Chinese University of Hong Kong dan Sarjana Muda Sastera dalam perniagaan dan kewangan antarabangsa dari Regents University di United Kingdom. Beliau akan berpusat di ibu pejabat global ITT di White Plains, N.Y.
Maklumat mengenai ITT
ITT adalah sebuah pengeluar terpelbagai terkemuka bagi komponen kritikal yang sangat tereka bentuk dan penyelesaian teknologi khusus untuk pasaran tenaga, pengangkutan, dan perindustrian. Dibina berdasarkan kepada warisan inovasi mereka, ITT bekerjasama dengan pelanggan mereka untuk menyampaikan penyelesaian berterusan kepada industri utama yang menyokong cara hidup moden kita. ITT beribu pejabat di White Plains, N.Y., dan mempunyai pekerja di lebih 35 buah negara dan jualan di kira-kira 125 buah negara. Syarikat itu menjanakan pendapatan 2020 sebanyak $2.5 bilion. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.itt.com.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20210913005008/en/
Hubungi
Hubungan Pelabur
Mark Macaluso
+1 914-641-2064
mark.macaluso@itt.com
Sumber : ITT Inc.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA
No comments:
Post a Comment