Tuesday, September 28, 2021

PPRO MENAWARKAN PENYATUAN KE DALAM PLATFORM PERDAGANGAN PAYPAL BAGI PSP DI SELURUH DUNIA

LONDON, 28 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- PPRO hari ini mengumumkan penyatuannya dengan Platform Perdagangan PayPal.

Langkah itu semakin mengukuhkan kedudukan utama pasaran PPRO sebagai satu daripada penyedia bagi infrastruktur pembayaran tempatan untuk penyedia perkhidmatan pembayaran (PSP), bank, dan get laluan.

Penyatuan PPRO akan membolehkan pelanggan mereka untuk mengurangkan dengan ketara masa untuk mengintegrasikan penyelesaian Platform Perdagangan PayPal dan memberikan pelanggan akses kepada Dompet PayPal. Perkembangan ini memberikan pelanggan PPRO peluang untuk membolehkan akses saudagar mereka kepada pangkalan pengguna PayPal yang melebihi 403 juta akaun aktif merentasi 200 pasaran.

Claire Gates, Ketua Pegawai Komersial bagi PPRO, berkata: “Berita hari ini menandakan satu langkah ke hadapan di dalam perhubungan PPRO dan PayPal sejak dahulu lagi. Manfaat bagi rakan kongsi untuk menyertai platform PPRO adalah jelas: kami menjimatkan masa dan wang mereka, dan menyediakan kualiti bagi penyatuan kaedah pembayaran yang membawa kepada kadar penukaran yang tinggi. Dengan penambahan Platform Perdagangan PayPal - dan keupayaan untuk menawarkan Dompet PayPal - penawaran ini tidak dapat diabaikan oleh sesiapa yang beroperasi di dalam ruang e-dagang global.”

Dengan bergandingan dengan PPRO, PSP, bank, platform, dan perusahaan dengan platform pembayaran tidak hanya memperoleh keuntungan daripada akses kepada Platform Perdagangan PayPal, tetapi daripada pelbagai kaedah pembayaran tempatan (LPM) di seluruh dunia. Kepakaran pembayaran global PPRO, platform yang direka untuk prestasi dan inovasi, nilai melalui rangkaian PPRO bagi LPM dan PSP kesemuanya boleh diakses dengan hanya satu kontrak dan satu penyatuan. Kemudahan ini menghapuskan kerumitan yang menyelubungi pembayaran tempatan, meningkatkan kelajuan ke pasaran, dan membantu meningkatkan jualan bagi peniaga.

PPRO dan PayPal akan mengadakan satu penstriman langsung pada 7 Oktober, 2021 pada pukul 11:30 CEST untuk membincangkan perkongsian mereka dan bagaimana syarikat-syarikat di seluruh dunia boleh mencapai kadar penukaran yang tinggi dengan menawarkan kaedah pembayaran yang diketahui dan dipercayai oleh pelanggan.

PPRO telah memantapkan diri sebagai satu daripada penyedia infrastruktur pembayaran tempatan yang paling dipercayai di ruang pembayaran rentas sempadan, membantu untuk memperkuatkan pertumbuhan antarabangsa bagi penyedia perkhidmatan pembayaran, bankget laluan dan perusahaan dengan platform pembayaran.

Berita mengenai penyatuan Platform Perdagangan PayPal datang selepas PPRO mengumumkan pada awal tahun ini bahawa ia telah mengumpulkan AS$180 juta, untuk membawa nilai keseluruhan firma itu kepada lebih AS$1 bilion. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15034

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...