Membolehkan jenama-jenama Runcit dengan pengurusan pesanan, pengurusan inventori, pengurusan gudang, dan Penyelesaian Saluran Pelbagai Arah
SINGAPURA, 20 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Unicommerce, platform teknologi SaaS rantaian bekalan yang bertumpukan kepada e-dagang sedang secara agresif memperluaskan pangkalan pelanggan mereka di Asia Tenggara. Unicommerce telah menyatukan lebih 10 syarikat dalam beberapa bulan yang lalu dengan pelanggan merentasi Singapura, Malaysia, dan Filipina. Unicommerce akan membolehkan syarikat-syarikat ini dengan pengurusan pesanan, pengurusan inventori, dan pengurusan gudang. Beberapa daripada jenama terkemuka yang Unicommerce sedang bekerjasama di dalam pasaran pada masa ini adalah Edamama, Payo Asia, dan banyak lagi.
Sejak sepanjang tahun lalu, Unicommerce telah membina rangkaian mereka dan menyiapkan produk tersebut untuk Asia Tenggara. Syarikat itu telah mengintegrasikan platform mereka dengan tempat pasaran, penyedia perkhidmatan logistik seperti Lazada, Shopee, NinjaVan, Fleet.ph, XDE, dan lain-lain. Unicommerce diiktiraf sebagai satu daripada platform teknologi terbaik kerana ia mempunyai lebih 150 integrasi yang sedia ada, menjadikannya satu penyelesaian pasang dan pakai untuk peruncit elektronik. Ini telah membantu Unicommerce untuk memperoleh pelanggan yang bekerja dengan syarikat terkemuka yang lain.
Unicommerce bekerjasama dengan beberapa daripada jenama terbesar di India dan memproses 20% daripada volum e-dagang India. Syarikat itu yakin dengan pengembangan mereka di Asia Tenggara dengan tumpuan kepada pemerolehan pesat pelanggan di Singapura, Malaysia, dan Filipina dan berhasrat untuk meningkatkan tenaga kerja mereka di negara-negara ini dan merancang untuk mencapai pertumbuhan perniagaan lebih 400% di Asia Tenggara pada tahun kalendar semasa.
Bercakap mengenai pengembangan itu, Encik Kapil Makhija, Ketua Pegawai Eksekutif, Unicommerce berkata, “Perjalanan kami di Asia Tenggara bermula pada Disember 2020. Kami telah menghabiskan enam bulan pertama untuk melakukan penyelidikan yang mendalam bagi memahami masalah yang dihadapi oleh peruncit elektronik di rantau itu dan untuk meningkatkan produk kami bagi memenuhi keperluan syarikat-syarikat di Asia Tenggara. Kami yakin bahawa pembelajaran kami akan membantu kami dengan rancangan pengembangan agresif kami. Pasukan kami terus berusaha untuk menambahkan lebih banyak pelanggan merentasi pelbagai sektor dan saiz. Dengan rekod kejayaan kami yang terbukti di pasaran tempatan kami - India, jenama-jenama di Asia Tenggara telah menunjukkan minat yang tinggi untuk bekerjasama dengan Unicommerce dalam perjalanan e-dagang mereka.”
Unicommerce berada pada kedudukan yang unik untuk menyediakan penyelesaian awan teknologi rantaian bekalan e-dagang untuk membantu pemain-pemain industri daripada semua saiz untuk menguruskan perniagaan mereka dengan cekap. Syarikat itu telah bekerjasama dengan lebih 15,000 pelanggan merentasi India, Timur Tengah, dan Asia Tenggara dan memproses lebih 1 juta urus niaga setiap hari, yang berjumlah lebih AS$5 bilion nilai barang niaga kasar atau GMV setiap tahun.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20210916005540/en/
Hubungi
Kinshuk Sindhwani
Kinshuk.sindhwani@unicommerce.com
Sumber : Unicommerce
No comments:
Post a Comment