Sunday, September 12, 2021

ITT MENERBITKAN TAMBAHAN LAPORAN KELESTARIAN 2021; MENERUSKAN KEMAJUAN BERHUBUNG KEUTAMAAN ALAM SEKITAR, SOSIAL DAN TADBIR URUS

WHITE PLAINS, N.Y., 10 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 9 September, 2021 -- ITT Inc. (NYSE: ITT) telah mengeluarkan Kelestarian ITT  Tambahan 2021, tambahan kedua kepada Kelestarian ITT 2019, laporan komprehensif Syarikat itu mengenai kemajuan mereka terhadap komitmen alam sekitar, sosial, dan tadbir urus (ESG). Tambahan ini memperincikan kemajuan 2020 ITT ke arah mengintegrasikan pengawasan alam sekitar dan kesan positif sosial merentasi semua operasi, pasukan, dan masyarakat. Keutamaan termasuk kesihatan dan keselamatan, kepelbagaian, persamaan dan keterangkuman bagi tenaga kerja mereka, dan jejak alam sekitar, antara lain. Sorotan utama daripada tahun 2020 termasuk:

• Pengurangan 25 peratus di dalam pelepasan gas rumah hijau (GHG)
• Pengurangan 23 peratus sisa yang dihantar ke tapak pelupusan
• Pengurangan 25 peratus insiden di tempat kerja
• Pelupusan bagi semua liabiliti legasi asbestos yang belum selesai dan yang akan datang

“Kami meneruskan usaha mengintegrasikan amalan ESG ke dalam operasi harian kami, sambil mengekalkan tumpuan kami terhadap kesihatan pekerja, perniagaan dan kewangan kami,” kata Luca Savi, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden. “Dalam tahun yang sangat mencabar bagi semua orang, pasukan kami telah menunjukkan komitmen mereka untuk membolehkan ITT menjadikan dunia sebagai sebuah tempat yang lebih baik bagi semua pihak yang berkepentingan. Walaupun saya gembira dengan kemajuan kita setakat ini, adalah amat jelas bahawa kita masih perlu melakukan banyak perkara dalam perjalanan kita untuk
menjadikan ITT lebih mapan.”

Laporan itu, Kelestarian ITT – Tambahan 2021, meliputi inisiatif dan maklumat lain sepanjang tiga tahun dengan satu tumpuan kepada pencapaian 2020. Ia menggabungkan metrik 2020 bagi semua lokasi ITT global. Beberapa garis panduan dan kerangka pengukuran, termasuk yang disediakan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Lestari (SASB) dan Kompak Global Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGC), memaklumkan skop bagi laporan ini. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai komitmen ITT dalam mewujudkan sebuah persekitaran yang lebih lestari dan saksama, sila lihat Kelestarian ITT 2019

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...