NANNING, China, 27 Sept., 2021 /Xinhua-AsiaNet/--
Dari 9 hingga 13 September, Forum ke-9 mengenai Pemindahan Teknologi China-ASEAN dan Inovasi Kerjasama telah dirasmikan di Nanning. Platform Perdagangan Teknologi China-ASEAN dan Ruang Inovasi bagi Bakat-bakat Sains dan Teknologi China-ASEAN telah dilancarkan secara rasmi pada persidangan itu.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Jabatan Sains dan Teknologi Guangxi telah memanfaatkan sepenuhnya kelebihan geografi bagi Guangxi, iaitu bersebelahan dengan negara-negara ASEAN, melaksanakan Pelan Tindakan Sains, Teknologi dan Inovasi “Belt and Road”, memperkukuhkan pembinaan Pusat Pemindahan Teknologi China-ASEAN (kemudian dari ini dirujuk sebagai “CATTC”), berusaha untuk membuka satu keadaan baharu dalam kerjasama di dalam inovasi saintifik dan teknologi di antara Guangxi dan ASEAN.
Di bawah bimbingan Kementerian Sains dan Teknologi, Jabatan Sains dan Teknologi Guangxi telah mempelopori satu mod baharu bagi pemindahan teknologi, membantu CATTC untuk mewujudkan mekanisme pemindahan teknologi dua hala antara kerajaan dengan 9 negara ASEAN termasuk Thailand, Laos dan Kemboja, menubuhkan kumpulan kerja pemindahan teknologi bersama dengan 7 negara ASEAN, dan mewujudkan satu rangkaian kerjasama pemindahan teknologi China-ASEAN yang meliputi 10 negara ASEAN dan beberapa negara di Inisiatif Belt and Road dengan lebih 2,600 anggota, yang telah memberikan dorongan kuat kepada kerjasama di antara China dan negara-negara ASEAN dalam inovasi saintifik dan teknologi.
Jabatan Sains dan Teknologi Guangxi telah secara aktif bekerjasama dengan universiti dan institusi di dalam dan luar negara untuk mewujudkan platform inovasi seperti Pusat Inovasi Bangkok Pusat Pemindahan Teknologi China-ASEAN, Pusat Inovasi Saintifik dan Teknologi Guangxi Nanyang, dan Pusat Inovasi Serantau China-ASEAN bagi Big Earth Data untuk melayani strategi pembangunan yang didorong oleh inovasi bagi Guangxi; menggalakkan perkongsian mekanisme bagi sumber inovasi saintifik dan teknologi domestik dan antarabangsa di bawah corak dwi-kitaran baharu, membantu perusahaan sains dan teknologi, universiti dan institusi Guangxi untuk menubuhkan 20 makmal bersama atau pusat inovasi di 9 negara ASEAN dan menjalankan kerjasama dengan negara-negara Inisiatif “Belt and Road”, terutama negara-negara ASEAN, dalam inovasi saintifik dan teknologi; dan membantu dengan penubuhan 12 taman sains dan teknologi pertanian di negara-negara ASEAN, menggalakkan daya pengeluaran persaingan China untuk “pergi global” melalui Pusat Penyelidikan Perubatan Tradisional China-Thailand dan Makmal Aplikasi Bersama Beidou China-Malaysia, dll., dan menggalakkan penerapan pencapaian teknologi termaju di dalam pertanian moden, tenaga baharu, perubatan tradisional, pemprosesan makanan, maklumat elektronik dan kejuruteraan kimia di negara-negara ASEAN untuk memacukan pembangunan tempatan dalam sains, teknologi dan ekonomi.
Untuk menangani dengan masalah pembangunan serantau, Jabatan Sains dan Teknologi Guangxi secara aktif menggalakkan penyelidikan bersama, pembangunan dan penggalakan teknologi generik utama di antara institusi penyelidikan saintifik dan perusahaan di Guangxi dan negara-negara ASEAN. Sebagai contoh, ia telah membantu Universiti Perubatan Cina Guangxi, Akademi Sains China dan Universiti Mahidol Thailand untuk menjalankan “Penyelidikan berhubung Ubat Anti-Novel Koronavirus Berdasarkan pada Bahan Ubat Asli Cina dan Thailand”, melengkapkan panduan kombinasi ubat untuk rawatan COVID-19, menganalisis dan memperoleh struktur tiga dimensi pertama di dunia bagi protein koronavirus novel, memberikan sokongan kuat bagi pengembangan seterusnya ubat anti-SARS-CoV-2 baharu; dan membantu China-ASEAN Information Harbour Co., Ltd. berhubung dengan perusahaan telekomunikasi di Filipina untuk meningkatkan pembangunan bandar raya pintar itu, pengkomputeran awan, data besar dan Internet Benda di Filipina.
Sumber: Jabatan Sains dan Teknologi bagi Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang
Pautan Lampiran Imej:
Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=402014
Kapsyen: Membina Pusat Pemindahan Teknologi China-ASEAN
Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=402026
Kapsyen: Pangkalan Budaya Sangkar Laut Dalam Hiseaton Brunei
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15032
No comments:
Post a Comment