CYBERJAYA, 24 Sept (Bernama) -- Program CSR Hasil Prihatin yang dianjurkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menyumbangkan 1,000 lagi bakul makanan pada hari ini di Sepang, Selangor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Serahan bakul makanan tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Sabin Bin Samitah, Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM dan Ustaz Hazman bin Che Mohamed, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid, JAIS di Menara Hasil Cyberjaya serta turut dihadiri oleh Timbalan-Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM. Penyerahan bakul makanan dibuat kepada wakil-wakil beberapa masjid dan penduduk setempat yang kemudiannya akan diagihkan kepada penerima sumbangan yang telah dikenalpasti. Antara masjid yang terlibat ialah:
i. Masjid Taman Putra Perdana, Puchong;
ii. Masjid Meranti, Kampung Pulau Meranti, Puchong;
iii. Masjid Jameatus Solehah, Dengkil;
iv. Masjid Jamek Sultan Hisamuddin, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang; dan
v. Masjid Al-Makmur, Kg. Giching, Sepang.
Program tanggungjawab sosial ini memberi fokus kepada kelangsungan hidup golongan rentan yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19 melalui sumbangan bekalan makanan dan keperluan asas mereka. Ia telah diadakan secara berperingkat di seluruh negara bermula pada 31 Julai 2021 yang lalu. Dengan selesainya program penyerahan di Cyberjaya ini, jumlah terkumpul serahan sumbangan adalah sebanyak 15,090 bakul makanan. Semoga sumbangan ini dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh para penerima sumbangan dan mengeratkan lagi hubungan LHDNM dengan masyarakat.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15020
No comments:
Post a Comment