KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Kumpulan AmBank merangkul dua anugerah dalam Anugerah Kecemerlangan e-Pembayaran Malaysia (MEEA), sekaligus mencerminkan komitmen dan usaha menyeluruh Kumpulan dalam menggalakkan penggunaan, penerimaan, kebolehpercayaan, penglibatan pelanggan serta pengalaman dalam mendorong e-Pembayaran di Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.
Kumpulan AmBank telah dianugerahkan:
· Best Bank Award - Best JomPAY Bank
· Special Recognition Award - DuitNow Bank Innovation
Mengulas mengenai pengiktirafan tersebut, Dato’ Sulaiman Mohd Tahir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank, berkata, “Penghargaan ini mempamerkan kebolehupayaan platform kami dalam menyediakan proses yang lancar serta selamat untuk pelanggan kami yang menggunakan JomPAY sebagai eko-sistem e-Pembayaran. Kami di AmBank menyaksikan pertumbuhan penggunaan e-Pembayaran yang ketara terutamanya semasa pandemik ini dan kami akan terus memainkan peranan kami dalam mendorong pertumbuhan pembayaran tanpa tunai di negara ini untuk kepentingan rakan niaga serta pelanggan kami.”
KUMPULAN AMBANK RAIH DUA ANUGERAH KECEMERLANGAN DALAM PENYELESAIAN DAN INOVASI E-PEMBAYARAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hampir Setengah Juta Pengguna Manfaatkan Infrastruktur Dagangan AI Bitget, Laporan Messari Menekankan
VICTORIA, Seychelles, 4 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget , Universal Exchange (UEX) terbesar di dunia, menekankan penemuan utama da...
-
Aplikasi Pelbagai Bahasa Tabelog untuk Pengembara Antarabangsa — Perkhidmatan Carian dan Tempahan Restoran Terbesar Jepun Alami Dunia Kulina...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
(Di tengah) YB Cik Wong Shu Qi, Pengerusi Lembaga Pengarah TalentCorp bersama Izzana Salleh, Pengasas Bersama dan Presiden Global Girls4Girl...
No comments:
Post a Comment