Friday, June 7, 2019

SOLERA HOLDINGS MENGUMUMKAN JEFFREY R. TARR SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YANG BAHARU



Pengalaman Tarr yang meluas mengetuai syarikat-syarikat perkhidmatan yang dibolehkan data dan teknologi yang terkemuka akan membawanya ke dalam satu fasa pertumbuhan yang baharu

WESTLAKE, Texas, 29 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Solera Holdings, Inc. (“Solera”), sebuah peneraju dunia di dalam data pengurusan risiko dan aset dan penyelesaian perisian sebagai satu perkhidmatan (SaaS) bagi industri automotif dan insurans, hari ini mengumumkan bahawa Jeff Tarr telah menyertai syarikat itu sebagai seorang pengarah dan ketua pegawai eksekutif mereka yang baharu. Tarr, yang menggantikan Tony Aquila sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Solera, akan memimpin syarikat itu dalam fasa pertumbuhan mereka yang seterusnya.
 

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190528005674/en/

Tarr mempunyai pengalaman selama dua dekad dalam memimpin syarikat-syarikat perkhidmatan yang dibolehkan data dan teknologi terkemuka yang merangkumi pelbagai sektor. Sebelum ini, Tarr berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden bagi DigitalGlobe, Inc. di mana beliau mengetuai pelancaran produk-produk yang berinovatif yang memanfaatkan AI dan teknologi baharu yang lain, memasuki pasaran baharu dan hampir meningkatkan sehingga tiga kali ganda pendapatan syarikat itu. Sebelum DigitalGlobe, Tarr adalah merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Operasi bagi IHS Inc. (kini dikenali sebagai IHS Markit Ltd.) di mana beliau membantu mengubah perniagaan itu menjadi sebuah penyedia maklumat dan wawasan yang pertumbuhan tinggi, margin tinggi.

“Pengalaman Jeff yang meluas dan tumpuan beliau untuk membina sebuah pasukan dan budaya yang  berprestasi tinggi yang komited untuk membuka nilai bagi pelanggan dan pemegang saham menjadikan beliau pemimpin yang paling sesuai untuk fasa seterusnya di dalam pertumbuhan Solera,” kata Darko Dejanovic, Prinsip Pengendalian Vista dan ahli Lembaga Solera. “Semasa tempoh tugas Tony, pasukan Solera telah membina syarikat itu menjadi sebuah pemimpin dunia. Solera berada pada kedudukan yang mantap dan kami berharap dapat bekerja dengan dan menyokong Jeff ketika beliau membawa Solera ke tahap yang baharu.”

“Saya berbesar hati untuk menyertai Solera, dan saya tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan pasukan itu untuk terus mengembangkan syarikat itu, melabur dalam produk kami dan menyampaikan satu pengalaman yang terkemuka dalam industri kepada pelanggan dan rakan sekutu Solera,” kata Jeff Tarr, Ketua Pegawai Eksekutif Solera . “Selama lebih 50 tahun, Solera telah memanfaatkan data dan perisian untuk memberi perkhidmatan kepada industri automotif dan insurans. Dengan lebih 300 juta urus niaga pada setiap tahun merentasi seluruh ekosistem Solera pada hari ini, tiada syarikat yang berada pada kedudukan yang lebih baik untuk menggunakan data dan teknologi bagi melindungi aset yang mereka bergantung kepada untuk kehidupan seharian mereka.” 

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...