SINGAPURA, 19 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- YASH Technologies, sebuah perkhidmatan teknologi global terkemuka, dan penyedia perkhidmatan luaran, mengumumkan satu perkongsian strategik dengan Soltius Indonesia, sebuah penyedia penyelesaian perniagaan IT yang sangat dihormati di Indonesia. Perkongsian ini akan membolehkan YASH dan Soltius Indonesia untuk bersama-sama menyampaikan penyelesaian Rantaian Bekalan Digital (DSC) SAP transformatif dan perkhidmatan yang berkaitan kepada organisasi di rantau itu, terutama di dalam bidang IBP (Perancangan Perniagaan Bersepadu), IAM (Pengurusan Aset Bersepadu), DRCM (Digital R C M), Industri 4.0 dan EHS (Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran).
“Kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan Soltius Indonesia, satu daripada penyedia perkhidmatan teknologi terkenal di Indonesia. Perkongsian ini akan menumpukan perhatian kepada membantu pelanggan bersama kami menggambarkan semula dan mengubah rantaian bekalan global mereka dan menjadi bingkas dengan memanfaatkan suite Penyelesaian Rantaian Bekalan Digital SAP itu,” kata Siddhartha Bose, Naib Presiden Asia Pasifik, YASH Technologies. Beliau menambah, “Menggabungkan kepakaran YASH di dalam analisis ramalan, automasi, dan loT dengan kehadiran pasaran Soltius Indonesia di rantau itu dengan keupayaan perkhidmatan SAP bagi kedua-dua syarikat; kami akan membolehkan organisasi Indonesia untuk merealisasikan nilai perniagaan daripada penggunaan SAP DSC mereka.”
YASH membolehkan pasukan-pasukan perolehan dan rantaian bekalan perusahaan untuk mendorong kecekapan, ketahanan operasi, prestasi yang lebih tinggi, dan impak perniagaan dengan pengalaman global mereka yang luas. Soltius percaya bahawa kerjasama ini akan mempercepatkan masa kepada nilai bagi syarikat-syarikat Indonesia yang merancang untuk memulakan perjalanan rantaian bekalan digital mereka. Dengan perkongsian ini, YASH dan Soltius Indonesia akan memanfaatkan metodologi terbaik mereka dan keupayaan perundingan proses bagi memperkemaskan proses rantaian bekalan, mendorong prestasi perniagaan, dan mengoptimumkan kos.
Ketika mengumumkan perkongsian itu, Andreas Gunadi, Pengarah bagi Soltius Indonesia, berkata, “Kami sangat teruja kerana dapat bekerjasama dengan Yash Technologies, sebuah penyedia perkhidmatan SAP global dengan satu kehadiran yang teguh di kawasan rantaian bekalan digital. Mereka membawa penyelesaian pakej pra-konfigurasi SAP Bertauliah dan pengalaman pelaksanaan yang kaya merentasi Amerika Syarikat, Eropah, Asia, dan Timur Tengah.”
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14376
Sunday, March 21, 2021
YASH BEKERJASAMA DENGAN SOLTIUS INDONESIA UNTUK MEMBAWA PENYELESAIAN RANTAIAN BEKALAN DIGITAL (DSC) BERTARAF DUNIA KEPADA PASARAN INDONESIA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tellus Power Globe Holding Limited, BinHendi Holding dan Sing Family Enterprise Group Menandatangani Perjanjian Usaha Sama untuk Melancarkan Salah Satu Syarikat Pengeluaran Pengecas EV Pertama di Timur Tengah dengan Sokongan Kementerian Pelaburan UAE
IRVINE, California, 18 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Tellus Power Globe Holding Limited (“Tellus Power” atau “Syarikat”), sebuah penyedia...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
NEW YORK, 26 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Computer Generated Solutions, Inc. (CGS), sebuah penyedia global aplikasi perisian, pembelajar...
-
Pemimpin AI UK membuat satu siri pengumuman untuk membantu pelanggan dan rakan kongsi memanfaatkan Revolusi Operasi Data dan AI di QuanCon...
No comments:
Post a Comment