Wednesday, March 10, 2021

AMERICAN EXPRESS MENGELUARKAN LAPORAN TREND PERJALANAN GLOBAL 2021





 American Express Travel: Laporan Trend Perjalanan Global mendapati Pengguna Tidak Sabar untuk Melancong Semula
(Grafik: Business Wire)



Tinjauan pengguna global mendedahkan trend utama yang menunjukkan permintaan yang terpendam untuk melancong, satu kesediaan untuk merancang bagi perjalanan masa depan, dan peningkatan bagi nomad digital



NEW YORK, 10 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- American Express (NYSE: AXP) telah mengeluarkan American Express Travel: Laporan Trend Perjalanan Global hari ini, yang menyediakan pandangan unik mengenai sentimen pengguna terhadap melancong hampir satu tahun selepas pandemik COVID-19 bermula. Penemuan di dalam laporan tersebut, yang didasarkan kepada penyelidikan tinjauan merentasi tujuh buah negara, termasuk Amerika Syarikat, Australia, India, Kanada, Mexico, Jepun dan United Kingdom1, menunjukkan bahawa pengguna tidak sabar untuk melancong sekali lagi dan mereka sedang merancang bagi perjalanan yang akan datang.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210309005322/en/

Pandangan utama termasuk:
  • Permintaan yang Sangat Terpendam untuk Melancong: 87% daripada orang yang ditinjau menyatakan bahawa suatu perjalanan yang dirancang pada masa akan datang memberikan mereka sesuatu yang sangat dinantikan, 76% daripada responden sedang membuat senarai perkara yang diharapkan berlaku untuk perjalanan masa depan walaupun mereka mungkin belum dapat melakukan perjalanan dan 63% responden berkata bahawa mereka menyimpan mata kad kredit mereka sehingga mereka dapat pergi bercuti setelah merasa selesa untuk melancong.
  • Bersedia untuk Membuat Tempahan Sekarang: 56% daripada responden menyatakan bahawa mereka terlalu rindu untuk melancong sehinggakan mereka sanggup menempah perjalanan sekarang walaupun mereka mungkin terpaksa membatalkannya pada masa akan datang.
  • Peningkatan dalam Nomad Digital: 54% daripada responden berkata bahawa kebebasan dan fleksibiliti untuk dapat hidup dan bekerja dan pada masa yang sama  mengembara ke seluruh dunia adalah lebih menarik sekarang berbanding sebelum pandemik itu.
  • Keselamatan adalah satu Keutamaan: 65% daripada responden berkata bahawa mereka merancang untuk melancong setelah mereka dan ahli keluarga mereka menerima suntikan vaksin untuk COVID-19.
  • Privasi adalah Kemewahan Muktamad Baharu: 75% daripada responden bersetuju bahawa pengalaman yang menawarkan privasi muktamad kini menjadi satu ciri utama yang dicari bagi perjalanan mewah.
  • Peningkatan di dalam Perjalanan Lestari: 68% daripada responden bersetuju bahawa mereka sedang berusaha untuk lebih peka dengan menyokong jenama pelancongan yang mesra kelestarian.
 
“Laporan trend global terbaharu kami menunjukkan bahawa terdapat permintaan yang terpendam untuk melancong di kalangan pengguna, dengan ramai orang merindukannya dan telah mula merancang untuk perjalanan masa depan,” kata Audrey Hendley, Presiden bagi American Express Travel. “Selain itu, suasana pendemik itu telah menimbulkan trend yang baru muncul, seperti peningkatan daya tarikan bekerja dari mana sahaja ketika melancong di seluruh dunia, kemewahan yang didefinisikan sebagai pengalaman yang lebih diperibadikan, kebersihan dan privasi sebagai kemudahan mewah yang muktamad, serta minat yang semakin meningkat di dalam tujuan persekitaran dan sosial bagi perjalanan mereka dan syarikat-syarikat pelancongan.”

Berikut adalah penemuan utama daripada laporan itu:

PENGGUNA TIDAK SABAR LAGI UNTUK MELANCONG

Orang ramai mencari harapan dan keselesaan dalam memikirkan mengenai dan bahkan merancang perjalanan masa depan.
  • Melancong untuk Meningkatkan Kesihatan & Kesejahteraan: 78% daripada responden menunjukkan bahawa mereka ingin melancong pada tahun 2021 bagi menghilangkan perasaan tekanan dari tahun 2020.
  • Merancang dan Membayar bagi Perjalanan Masa Depan: Satu dari tiga berkata bahawa mereka akan lebih sering menggunakan kredit atau mata perjalanan untuk membayar bagi kesemua atau sebahagian daripada sesuatu perjalanan pada tahun 2021 berbanding dengan apa yang mereka lakukan sebelum pandemik COVID-19.
  • Menebus Semula bagi Percutian yang Terlepas: 61% daripada responden yang ditinjau merancang untuk menghabiskan lebih banyak masa daripada yang biasa mereka lakukan bagi sesuatu percutian pada tahun 2021 memandangkan mereka tidak dapat melancong pada tahun 2020.
  • Pengguna Bersedia Melakukan Pengorbanan untuk Melancong: 64% daripada responden rindu untuk melancong sehinggakan mereka sanggup melupakan media sosial selama sebulan jika ia membolehkan mereka untuk bercuti.
  • Pelancongan Kuliner akan Kekal Bertahan: 62% daripada responden menyatakan bahawa makan adalah aktiviti utama yang mereka minat lakukan ketika melancong, dan data tempahan American Express Travel bagi Januari 2021 menunjukkan bahawa bandar raya yang berpusatkan makanan sebagai destinasi utama bagi Ahli Kad A.S. dan Antarabangsa. Miami, San Francisco, Chicago dan Houston adalah pusat utama bagi Ahli2 Kad American Express A.S. manakala Mexico City, Singapura dan Tokyo berada di tempat teratas dalam senarai bagi Ahli3 Kad American Express Antarabangsa.
 
PEMIKIRAN BAHARU BAGI MELANCONG

Dengan perubahan tetap kepada dasar-dasar tempahan, tawaran pelancongan, dan destinasi baharu yang perlu dipertimbangkan, terdapat satu pemikiran baharu untuk melancong pada hari ini.
  • Pelancongan Mewah: Pandemik itu telah mengubah persepsi masyarakat terhadap pelancongan mewah dengan pengalaman yang diperibadikan (82%), standard kebersihan yang tinggi (81%) dan privasi (79%) menjadi kemudahan mewah yang paling diinginkan di kalangan responden1. 59% berkata bahawa mereka ingin menggunakan sebuah ejen pelancongan untuk membantu merancang dan menyesuaikan perjalanan mereka yang seterusnya dan 80% berkata bahawa mereka bersedia melakukan percutian ke destinasi-destinasi semasa di luar musim memandangkan ia kurang sesak.
  • Melonjak di dalam Destinasi ‘Bandar raya Pilihan Kedua’: 69% daripada responden berminat untuk mengunjungi destinasi yang kurang dikenali dan data tempahan American Express Travel mengukuhkan trend ini, dengan menunjukkan satu peningkatan dalam tempahan bagi destinasi-destinasi bandar raya pilihan kedua. Sebagai contoh, Dallas dan Charlotte menyaksikan jumlah tempahan yang lebih tinggi dari Ahli Kad Antarabangsa pada Januari 2021 berbanding pada tahun sebelumnya4 dan perunding American Express Travel melihat permintaan untuk bandar-bandar kecil seperti Porto (bukan Lisbon) di Portugal, dan Wellington (bukan Auckland) di New Zealand.
 
PERJALANAN DENGAN TUJUAN

Pengguna kini menjadi pelancong yang lebih peka, lebih sedar mengenai syarikat-syarikat pelancongan yang sesuai dengan nilai-nilai mereka dan akan melakukan perjalanan ke destinasi di mana mereka dapat memberikan impak positif kepada masyarakat.
  • Menyokong Masyarakat Tempatan: 72% daripada responden bersetuju bahawa mereka berminat untuk melancong ke destinasi-destinasi untuk membantu meningkatkan pendapatan pelancongan dan ekonomi tempatan1.
  • Menyokong Jenama Pelancongan yang Mengutamakan Kepelbagaian & Penyertaan: 69% daripada responden bersetuju bahawa mereka mahu memilih syarikat-syarikat penerbangan/hotel yang menghargai kepelbagaian dan penyertaan, dan pekerja mereka mencerminkan satu asas pelanggan yang pelbagai.
  • Pelancong yang Sedar Mengenai Karbon: 60% daripada responden bersetuju bahawa mereka mahu menempah syarikat-syarikat penerbangan yang mempunyai satu komitmen neutral karbon.
 
4,500 perunding perjalanan American Express Travel menyediakan kepada pelanggan dengan perkhidmatan yang bertaraf dunia, di mana teknologi tinggi memenuhi sokongan sentuhan tinggi, 24/7. Untuk memberikan lebih banyak nilai dan keyakinan kepada pelanggan setiap kali mereka bersedia untuk melancong, syarikat itu telah memberikan sejumlah diskaun dan tawaran yang merentasi penyewaan hotel, penerbangan dan kereta dan pengecualian bayaran pembatalan American Express Travel sehingga akhir September. Untuk mengetahui lebih lanjut sila layari AmexTravel.com.

Untuk penemuan tambahan dan maklumat lanjut mengenai American Express Travel: Laporan Trend Perjalanan Global, sila layari  di sini.

AMERICAN EXPRESS TRAVEL: METODOLOGI LAPORAN TREND PERJALANAN GLOBAL

Tinjauan pendapat dalam talian Amex Trendex ini telah dijalankan oleh Morning Consult antara 15 hingga 24 Januari, 2021 di antara satu sampel kebangsaan yang terdiri daripada 1,000 orang pelancong di Australia, Kanada, India, Jepun, Mexico dan United Kingdom, dan 2,000 orang dalam pendapatan isi rumah (HHI) AS $70k+ USD yang setara di Australia, Kanada, Jepun, United Kingdom dan Amerika Syarikat, HHI yang setara $50k+ USD di Mexico, dan pendapatan isi rumah yang setara $20k+ USD di India. Pelancong yang ditakrifkan sebagai orang dewasa yang melakukan perjalanan melalui udara sekurang-kurangnya sekali pada tahun 2019. Hasilnya mempunyai satu margin ralat tambah atau tolak 2 mata peratusan di Amerika Syarikat; tambah atau tolak 3 mata peratusan di negara lain.

Berdasarkan kepada tempahan penerbangan dan hotel Ahli Kad A.S. yang dibuat melalui American Express Travel pada Januari 2021

Berdasarkan kepada tempahan penerbangan dan hotel Ahli Kad Antarabangsa yang dibuat melalui American Express Travel pada Januari 2021

Berdasarkan kepada tempahan penerbangan dan hotel Ahli Kad Antarabangsa yang dibuat melalui American Express Travel pada Januari 2021 berbanding dengan Januari 2020.

MAKLUMAT MENGENAI AMERICAN EXPRESS

American Express adalah sebuah syarikat pembayaran bersepadu global, yang menyediakan kepada pelanggan dengan akses kepada produk, pandangan dan pengalaman yang memperkayakan kehidupan dan membina kejayaan perniagaan. Ketahui lebih lanjut di americanexpress.com dan berhubungan dengan kami di facebook.com/americanexpressinstagram.com/americanexpress
linkedin.com/company/american-expresstwitter.com/americanexpress, dan youtube.com/americanexpress.

Pautan utama kepada maklumat produk, perkhidmatan dan tanggungjawab korporat: kad caj dan kad kreditkad kredit perniagaanperkhidmatan perjalanankad hadiahkad prabayarperkhidmatan saudagarAccertifyInAuthkad korporatperjalanan perniagaan, dan tanggungjawab korporat.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210309005322/en/

Hubungi

AMERICAN EXPRESS
Heather Norton
Heather.A.Norton@aexp.com

Ali Pearce
Ali.Pearce@aexp.com

Sumber : American Express 

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...