Wednesday, September 30, 2020

LEDDARTECH MELANTIK DINO RAMBIDIS SEBAGAI KETUA PEGAWAI KEWANGAN

  QUEBEC CITY, 29 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju industri dalam penyelesaian penderiaan persekitaran untuk kenderaan berautonomi dan sistem bantuan pemandu lanjutan dari Tahap 1 hingga Tahap 5 berbangga dalam mengumumkan pelantikan En. Dino Rambidis sebagai Ketua Pegawai Kewangan yang berkuat kuasa 2 September 2020.

En. Rambidis mempunyai kira-kira 30 tahun pengalaman menyandang jawatan pengurusan kewangan kanan dengan syarikat awam dan swasta di seluruh pelbagai industri, terutamanya dalam sektor kewangan. Sebelum menyertai LeddarTech, En. Rambidis berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan di Stornoway Diamond Corporation, sebagai Naib Presiden Kanan, Kewangan Korporat di Fiera Capital dan Naib Presiden, Kewangan dan Operasi di PSP Investments.

Di LeddarTech, En. Rambidis akan bertanggungjawab memantau aspek kewangan, perakaunan korporat, cukai dan audit bagi operasi syarikat serta mengambil bahagian sebagai ahli strategi kewangan secara aktif dalam orientasi dan perancangan strategik LeddarTech serta projeknya. En. Rambidis menggantikan jawatan CFO yang sebelum ini dijawat En. Claude Doré, yang akan bersara.

“Saya sangat berbesar hati Dino telah menyertai pasukan eksekutif LeddarTech sebagai Ketua Pegawai Kewangan,” ujar En. Charles Boulanger, CEO di LeddarTech. “Dino memiliki kepakaran fungsian dan pengetahuan teknikal yang mendalam dalam semua aspek kewangan korporat, perancangan kewangan dan perakaunan yang beliau kumpul sepanjang lebih daripada 30 tahun pengalamannya dalam sektor swasta dan awam. Pengalaman ini menunjukkan bahawa Dino memiliki keupayaan kepimpinan yang diperlukan untuk mengurus portfolio kewangan LeddarTech secara strategik sementara kami terus mengoptimumkan LeddarTech untuk kejayaan dan pertumbuhan yang mampan,” simpul En. Boulanger.

En. Rambidis berkata: “Saya amat menantikan untuk menyertai pasukan kepimpinan LeddarTech dan mengetuai organisasi kewangannya.” Beliau meneruskan, “LeddarTech telah berada pada kedudukan sebagai peneraju global dalam teknologi penderia yang membolehkan penggunaan pemanduan berautonomi dan bantuan. LeddarTech ialah syarikat yang perlu diperhatikan berikutan pengembangan portfolio penyelesaiannya yang termasuk LeddarVision™, pergabungan penderia dan persepsi untuk Tahap 1 hingga Tahap 5, selepas pemerolehan VayaVision," simpul En. Rambidis.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13809

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...