Jenama KHOS foto 1 (Foto: Business Wire)
HONG KONG, 17 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- KHOS™, konsep terbaharu daripada peneraju perhotelan antarabangsa Kumpulan Hotel Rosewood, dengan sukacitanya mengumumkan butiran terkini mengenai evolusi jenama itu sejak ia pertama kali dilancarkan pada suku keempat tahun 2017. KHOS dibuat untuk menerapkan gaya hidup moden pada hari ini, mencipta semula idea tradisional bagi perniagaan perhotelan. KHOS direka khas untuk satu generasi baharu pelancong yang mana batas kerja dan bermain konvensional tidak lagi wujud.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200915005397/en/
Pada masa ini menguruskan sebuah hotel dan resort di dua lokasi strategik di China, dengan tambahan hartanah yang akan dibuka dalam waktu terdekat; falsafah jenama itu disokong oleh satu orientasi gaya hidup yang berbeza yang diilhamkan oleh tenaga, seni, kreativiti, gaya dan dinamisme bagi zaman moden. Ketika dunia terus berubah dalam cara yang belum pernah terjadi sebelum ini, dan dengan permintaan yang sentiasa meningkat oleh generasi digital, KHOS berada pada kedudukan yang terbaik di barisan hadapan bagi satu era baharu di dalam perjalanan perniagaan dan perhotelan.
“Kami mewujudkan KHOS untuk memenuhi keperluan bagi pelancong generasi baharu ini: mereka yang sentiasa bergerak dan menginginkan tempat tinggal yang memahami, mencerminkan dan menyokong gaya hidup dinamik mereka,” kata Sonia Cheng, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Kumpulan Hotel Rosewood. “Konsep kami mencerminkan keutamaan dan pilihan baharu bagi komuniti ini dan mengekalkan langkah dengan evolusi pesat pendigitalan yang berterusan, dan pada masa yang sama dengan serentak mempelopori cara kerja baharu dan selamat.”
Satu Penyelesaian yang Penuh Inspirasi untuk Generasi Baharu
Diperolehi daripada kata-kata Mongolia yang bermaksud "pasangan", KHOS diilhamkan untuk mendorong kerjasama di antara pencipta, dengan sifat-sifat yang merangkumi persekitaran ergonomik yang luar biasa yang dirancang untuk memberi inspirasi kepada satu kelas global pembuat perubahan. Sama ada usahawan bertukar-tukar idea, pasukan perniagaan membina satu persamaan, atau pasangan, keluarga dan rakan-rakan mengukuhkan hubungan emosi mereka melalui pengalaman yang dikongsi, KHOS mengundang penduduk tempatan dan pelancong antarabangsa untuk bersama-sama menjelajah, berinovasi dan mengecas semula dengan satu latar belakang budaya dan komuniti yang bersemangat. Untuk tujuan ini, gabungan unik konsep itu bagi faedah dan fungsi bertindak sebagai satu penyatuan bagi aspek-aspek terbaik hotel perniagaan, hotel gaya hidup, kelab sosial dan ruang kerja komunal, yang merangkumi sebuah ekosistem perkhidmatan yang disesuaikan dengan sempurna untuk golongan moden dalam gaya hidup masa kini ketika mereka beralih dengan mudah di antara kerja dan bermain.
Teras bagi falsafah KHOS adalah ciri-ciri utama yang menekankan kedudukan jenama itu sebagai satu hab yang bersemangat di mana perniagaan dan rekreasi, produktiviti, kreativiti dan kesejahteraan saling berkaitan:
KHOS Berhubungan membawa ruang kerja komunal ke tahap dinamisme yang seterusnya dengan reka bentuk ruang sosial yang fleksibel dan satu program acara yang memberi inspirasi, yang tersedia untuk tetamu dalaman dan masyarakat setempat.
The Commons menggantikan formaliti bagi sebuah lobi tradisional dengan sebuah hab sosial yang lebih kasual. Direka untuk memberi inspirasi dan penglibatan, ruang interaktif yang bertenaga ini juga dibuka untuk penduduk tempatan dan pelancong global.
KHOS Makan & Minum adalah program makan dan bar bagi jenama itu, yang direka untuk menawarkan pengembaraan kuliner bersantai dan kontemporari.
KHOS Berhimpun mengambil satu pendekatan baharu kepada mesyuarat, menggantikan ‘bilik mesyuarat’ formal dengan ruang berkumpul yang dirancang khusus untuk menggalakkan dan memudahkan kreativiti dan inovasi.
KHOS Bermain adalah suatu ruang yang menarik untuk tetamu kita yang lebih muda untuk belajar melalui program yang menyeronokkan dan interaktif. Pelbagai aktiviti diadakan di dalam dan di luar dengan tumpuan kepada pengembaraan, kelestarian dan imej diri yang positif.
Masa Henti dibina berasaskan kepada tiga ciri-ciri yang berbeza namun berharmoni – Berundur, Memperbaharui dan Mengecas Semula. Berundur untuk membolehkan tetamu berehat dan menikmati minuman yang menyegarkan bersama rakan; Memperbaharui sebagai satu konsep kesejahteraan dengan memperkenalkan tradisi upacara mandi dan membersihkan diri dengan meletakkan adat istiadat Asia yang terbaik; Mengecas semula, satu pengalaman kecergasan sosial bertenaga tinggi, yang menawarkan pelbagai bagi kelas kumpulan dan latihan individu.
Pertumbuhan dan Pengembangan Strategik
Strategi pertumbuhan KHOS merangkumi pelaburan besar oleh syarikat sekutu Kumpulan Hotel Rosewood, New World China, ke dalam tiga hartanah yang sedang atau akan dibuka di China di pelbagai lokasi. “KHOS diterima dengan baik oleh pasaran sasaran kami, dan ketika kami berkembang, kami akan terus mengembangkan konsep itu berdasarkan kepada keperluan dan maklum balas tetamu kami,” kata Cik Cheng. “Kami percaya bahawa jenama KHOS sangat sesuai dengan portfolio Kumpulan Hotel Rosewood dan benar-benar mencerminkan rekod prestasi kami dalam menghasilkan pengalaman luar biasa yang disokong oleh reka bentuk yang canggih. Kami berharap dapat mengalu-alukan tetamu ke semua tempat penginapan kami dan memberikan mereka peluang yang segar untuk menjelajah bukan hanya destinasi milik kami yang dinamik, tetapi juga sempadan idea dan inovasi mereka sendiri."
KHOS Langfang
Hartanah pertama bagi jenama itu, KHOS Langfang terletak bersesuaian di bandar berteknologi tinggi itu, dengan kedudukan strategik di antara Beijing dan Tianjin di China. Menempatkan 294 bilik, lokasinya yang luar biasa di Daerah Guangyang adalah hanya 1.8 kilometer dari Langfang Wanda Plaza dan 30 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Daxing. Bersesuaian dengan reputasi Langfang sebagai sebuah destinasi masakan yang terbaik, hotel itu menawarkan tiga tempat makan yang bertenaga, satu persembahan yang menawarkan pelbagai tempat makan untuk perniagaan dan perhimpunan keluarga; satu persembahan sebenar bagi rasa autentik bagi bandar yang luar biasa itu dengan pilihan makanan yang segar dan lazat. KHOS Langfang memperkenalkan the Commons yang dirancang dengan teliti sebagai nadi pengalaman hotel itu; mengemas kini dan mengintegrasikan ruang depan pejabat tradisional dan ruang menunggu di lobi, the Commons mencipta satu pengalaman yang baharu dengan menambahkan elemen ruang kerja peruncitan dan komunal dalam satu ruang bebas dan sosial yang mempamerkan reka bentuk yang penuh bersemnagat dan kontemporari.
KHOS Qingyuan
Julai 2020 menyaksikan pembukaan KHOS Qingyuan di utara Guangdong, tempat peranginan pertama bagi jenama itu. Satu tempat percutian yang indah dan terletak berhampiran dengan kota Qingyuan yang dinamik, tempat penginapan ini sangat sesuai untuk aktiviti kesihatan peribadi. KHOS Qingyuan menawarkan 217 bilik dan suite mewah, yang direka dengan teliti menggunakan bahan semula jadi dan lestari termasuk kayu dan batu, yang melengkapkan hotel dengan estetika yang diilhamkan oleh Jepun. Di samping itu, kolam renang luaran yang bermusim dan pusat kecergasan 24 jam, KHOS Qingyuan juga menawarkan sumber air panas yang unik untuk bersantai dan meremajakan. Dinilai oleh Institut Penyelidikan Nippon Onsen sebagai mata air panas kelas pertama, mata air panas KHOS Qingyuan dibekalkan oleh mata air semula jadi yang diambil dari jauh di bawah bumi. Terkenal untuk menghilangkan keletihan dan meremajakan kulit, air ini membawa intipati tenaga geoterma untuk meletakkan minda dan badan dalam keadaan bersanti yang luar biasa. Untuk tetamu yang mempunyai anak kecil, peluang ikatan keluarga, KHOS Bermain adalah ruang yang direka untuk anak-anak belajar dan berkembang di tengah-tengah persekitaran yang selamat, menyeronokkan dan interaktif; untuk memupuk generasi muda, Bermain membina ruang dalaman dan luaran serta aktiviti langsung di sekitar tonggak pembelajaran, pengembaraan, kemerdekaan, dan imej diri yang positif.
KHOS Shenyang
Kumpulan Hotel Rosewood kini menantikan pembukaan hartanah ketiga KHOS di China, KHOS Shenyang. Terletak di bahagian paling bertenaga di bandar raya Aras 1 di Koridor Emas, hotel itu mempunyai akses terus ke Shenyang K11 Art Mall, EKSPO Shenyang New World dan stesen metro Wulihe, dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Shenyang Taoxian dan stesen kereta api utama dalam jarak 20 minit pemanduan. Setelah dibuka, KHOS Shenyang akan melancarkan 400 bilik tamu, hab sosial Commons, serta ruang acara seluas 3,200 meter persegi. Mencetuskan kehangatan di tempat makan di bandar itu, KHOS Shenyang menyajikan pelbagai destinasi kuliner berwarna-warni, bermula dari restoran Asia yang bersantai kepada tempat makan persendirian kelas atasan China yang tiada tandingannya, termasuk So Shenyang, yang menawarkan hidangan gaya sebuah pasaran Asia; Yu Mansion, sebuah restoran khas makanan laut Kantonis dengan ruang makan khas di taman; Kao Grill House adalah satu pengalaman makan dengan bertenaga tinggi dengan menu yang berpusat kepada rasa dan masakan Jepun, Korea, Mongolia dan China Utara dan Zui, destinasi hiburan malam KHOS Shenyang yang menawan yang mempunyai dua tingkat penuh, masing-masing dengan karakter dan reka bentuknya yang unik, dan pemandangan sungai yang tiada tandingannya. Sesuai dengan KHOS sebagai sebuah konsep hotel yang berinovatif, KHOS Shenyang mempersembahkan KHOS Berhubungan, sebuah ruang kerja komunal yang berinovatif, yang terdiri daripada sebuah kawasan umum yang rancak, pejabat persendirian yang tidak menimbulkan syak dan bilik mesyuarat yang serba boleh untuk segala-galanya dari sesi sumbang saran kepada interaksi pelanggan yang penting.
Maklumat mengenai KHOS
KHOS adalah sebuah konsep hotel yang berinovatif dengan satu orientasi gaya hidup yang berbeza yang diilhamkan oleh tenaga, seni, inovasi, kreativiti, gaya dan dinamisme bagi zaman moden. Ia adalah tempat berkumpulnya sebuah komuniti global yang baharu; sebuah persekitaran yang direka bentuk untuk bersosial, bekerjasama dan mencipta. KHOS adalah sebuah ekosistem yang lengkap bagi pengalaman yang dibuat bagi pelancong moden.
Untuk maklumat lanjut, sila layari khos.com
Maklumat mengenai Kumpulan Hotel Rosewood
Kumpulan Hotel Rosewood, satu daripada syarikat perhotelan terkemuka di dunia, merangkumi tiga jenama: Rosewood Hotels & Resorts® yang sangat mewah di Amerika Utara, Caribbean/Atlantik, Eropah, Timur Tengah dan Asia; New World Hotels & Resorts kelas atasan di China dan Asia Tenggara; dan KHOS, sebuah jenama hotel gaya hidup perniagaan global yang dinamik. Portfolio gabungannya terdiri daripada lebih 40 hotel di 19 buah negara.
Untuk maklumat lanjut, sila layari rosewoodhotelgroup.com
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20200915005397/en/
Hubungi
Media Kumpulan Hotel Rosewood:
Florence Chan
Telefon: +852 2138 2262
E-mel: florence.chan@rosewoodhotelgroup.com
Sumber : Kumpulan Hotel Rosewood
No comments:
Post a Comment