Thursday, September 10, 2020

BLACK HAT ASIA MENGUMUMKAN BARISAN UCAPAN DASAR UNTUK ACARA MAYA 2020

 SAN FRANCISCO, 10 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Black Hat, peneraju utama dalam penganjuran acara keselamatan maklumat, hari ini mengumumkan barisan ucapan dasar untuk Black Hat Asia 2020, yang akan berlangsung secara maya dari 29 September – 2 Oktober. Brigadier Jeneral Gaurav Keerthi, Naib Ketua Eksekutif Agensi Keselamatan Siber Singapura, dan Daniel Gruss, Pembantu Profesor di Graz University of Technology, akan menerajui acara ini untuk berkongsi perspektif unik mereka dan strategi untuk meningkatkan operasi keselamatan.


Barisan ucapan dasar Black Hat Asia 2020:

Engineering Cybersecurity for a Nation: What Singapore is Learning from Cars and Sanitation – Dibentangkan oleh Brigadier Jeneral Gaurav Keerthi
Khamis, 1 Oktober, 9 AM SGT

Brigadier Jeneral Gaurav Keerthi pernah memegang pelbagai jawatan ketua kanan dan kakitangan di MINDEF/SAF dan RSAF sepanjang kerjaya 20 tahun beliau. Sebagai Ketua Rancangan dan Transformasi Bersama, beliau telah membangunkan konsep untuk SAF Generasi Akan Datang, yang menekankan pertahanan digital. Dalam jelajah terakhir beliau, beliau merupakan Komander Pertahanan Udara dan Markas Operasi yang menyelia operasi berangkaian dan pertahanan siber untuk RSAF. Beliau merupakan Pembantu Ketua Eksekutif di CSA sebelum pelantikan semasa beliau. Sebagai DCE (Pembangunan), CSA, beliau menyelia keupayaan siber keselamatan dan pembangunan ekosistem untuk memastikan ruang siber Singapura selamat dan dilindungi. Dalam ucapan dasar beliau, Brigadier Jeneral Gaurav akan membincangkan langkah yang Singapura ambil untuk menjadi Negara Bijak dan cara mereka mengubah paradigma keselamatan siber untuk mencapainya. 

Complexity Killed Security – Dibentangkan oleh Daniel Gruss
Jumaat, 2 Oktober, 9 AM SGT

Daniel Gruss ialah Pembantu Profesor Graz University of Technology. Beliau telah terlibat dalam pengajaran kursus sarjana muda sistem pengendalian sejak tahun 2010. Penyelidikan Daniel berfokus pada saluran sisi dan serangan pelaksanaan sementara. Beliau telah melaksanakan serangan ralat dari jauh pertama yang berjalan dalam laman web, yang dikenali sebagai Rowhammer.js. Pasukan penyelidikan beliau merupakan salah sebuah pasukan yang menemui pepijat Meltdown dan Spectre yang diterbitkan pada awal tahun 2018. Dalam ucapan dasarnya, Gruss akan membincangkan kepentingan kejuruteraan balikkan binaan manusia dan mendokumenkan perkara yang bersifat ironi, dengan beberapa contoh perspektif baru membawa kepada wawasan kritikal keselamatan yang baru. Beliau akan merumuskan persaingan berterusan antara kerumitan dan keselamatan yang semakin meningkat akan memerlukan usaha yang semakin banyak semata-mata mengekalkan tahap keselamatan.

Selain ucapan dasar, Black Hat Asia akan menganjurkan hampir 40 Briefings yang menyerlahkan kerentanan, teknologi, dan aliran terkini yang memberikan impak kepada industri keselamatan maklumat. Sorotan merangkumi:
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang acara dan untuk mendaftar, lawati: https://www.blackhat.com/asia-20/

Perihal Black Hat
Untuk lebih daripada 20 tahun, Black Hat telah menyediakan peserta dengan maklumat yang paling terkini dalam penyelidikan, pembangunan, dan trend keselamatan maklumat. Acara dan latihan global berprofil tinggi ini dipacu oleh keperluan untuk komuniti keselamatan, usaha untuk menyatukan minda terbaik dalam industri. Black Hat menginspirasikan profesional di semua tahap kerjaya, menggalakkan pertumbuhan dan kerjasama antara persekitaran akademik, penyelidik kelas dunia, dan pemimpin dalam sektor awam dan persendirian. Briefings dan Trainings Black Hat dianjurkan setiap tahun di Amerika Syarikat, Eropah dan Asia. Maklumat lanjut boleh didapati di: blackhat.com. Black Hat dibawakan kepada anda oleh Informa Tech.

Perihal Informa Tech
Informa Tech merupakan penyedia peneraju pasaran bagi penyelidik, media, latihan dan acara bersepadu kepada komuniti Teknologi global. Kami merupakan perniagaan antarabangsa bagi lebih daripada 600 rakan sekerja, beroperasi di lebih daripada 20 pasaran. Matlamat kami adalah untuk menginspirasikan komuniti Teknologi untuk mereka bentuk, membina dan menjalankan dunia digital yang lebih baik melalui jenama penyelidikan, media, latihan dan acara yang memaklumkan, mendidik dan menghubungkan. Lebih 7,000 profesional melanggan penyelidikan kami, dengan 225,000 perwakilan yang menghadiri acara kami dan lebih 18,000 pelajar yang menyertai program latihan kami setiap tahun dan lebih 4 juta orang yang melawat komuniti digital kami setiap bulan. Ketahui lebih lanjut tentang Informa Tech.

Orang Hubungan Media:
Heather Donner
Black Hat PR
BlackHatPR@informa.com 

SUMBER : Black Hat Asia

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...