- Syarikat diberi penghormatan di atas pencapaian dalam mengesan dan mencegah jenayah kewangan perusahaan -
ATLANTA, 2 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Featurespace™, penyedia terkemuka bagi perisian pencegahan Jenayah Kewangan Perusahaan, telah dinamakan oleh CB Insights pada Fintech 250 tahunan mereka yang ketiga, satu senarai berprestij bagi syarikat-syarikat persendirian yang baru muncul yang berusaha pada teknologi kewangan yang berinovatif.
“Kami sangat berbangga, sekali lagi, untuk mengiktiraf 250 syarikat fintech persendirian terbaik di seluruh dunia. Fintech 250 tahun ini mewakili 25 buah negara dan merangkumi 19 kategori – membayangkan semula segalanya dari perbankan runcit dan kripto, kepada insurans dan pengurusan aset,” kata Ketua Pegawai Eksekutif CB Insights, Anand Sanwal.
Featurespace telah dipilih kerana penggunaannya bagi pembelajaran mesin dan Analitik Tingkah Laku Mudah Suai dalam mewujud dan mengekalkan Hab Risiko ARIC™ mereka: sebuah platform berinovatif yang menggunakan pengesanan anomali yang termaju dan boleh dijelaskan bagi membolehkan institusi kewangan untuk mengenal pasti risiko secara automatik, mengesan serangan penipuan baharu dan mengenal pasti aktiviti yang mencurigakan dalam tepat masa.
“Serangan penipu kini semakin canggih dalam mensasarkan urus niaga merentasi setiap saluran, dan semua titik bagi interaksi dengan pedagang, syarikat pembayaran dan institusi kewangan. Ini adalah satu cabaran yang harus ditangani secara holistik dan dengan sebuah teknologi yang berkembang bersama ancaman,” kata Dave Excell, pengasas bagi Featurespace. “Semangat inovasi inilah yang mendorong kami untuk menjadi pemimpin di dalam industri kami dan ia adalah merupakan satu penghormatan untuk diiktiraf di dalam Fintech 250 sebagai antara yang berkongsi keghairahan itu.”
Sanwal seterusnya berkata, “Kelas Fintech 250 sebelum ini telah mengumpulkan lebih $22 bilion dalam pembiayaan pelabur dan menyaksikan lebih 20 telah keluar setelah mendapat pengiktirafan, dan kami menjangkakan bahawa kelas tahun ini akan mempunyai kejayaan yang sama ketika mereka terus mengubah cara orang, dan perniagaan berbelanja, menyimpan, meminjam, dan melaburkan wang mereka.”
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13717
No comments:
Post a Comment