Monday, October 21, 2019

PLATFORM PEMBANGUNAN UBAT ORGANOID TUMOR DITERBITKAN DARIPADA PESAKIT TELAH DILANCARKAN

Inovasi Peneraju Industri Berjanji akan Menggendalakan Penemuan Ubat Secara Tradisional

SAN DIEGO, 21 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Crown Bioscience hari ini mengumumkan pelancaran platform pembangunan ubat organoid tumor baharu dengan potensi untuk meningkatkan kebolehramalan dan kelakuan penemuan ubat praklinikal dengan ketara.

Fasa permulaan pelancaran platform menampilkan model organoid diterbitkan daripada PDX (PDXO) in vitro 3D pertama yang tersedia secara komersial yang dijanakan daripada perpustakaan yang unik CrownBio dengan model 2500+ model xenograf (PDX) yang diterbitkan daripada pesakit.

PDXO adalah setara dari segi biologi dengan model PDX in vivo  yang mempunyai kebolehramalan tinggi, kerana kedua-duanya merupakan model penyakit dipacu sel dasar kanser. PDXO memberikan manfaat tambahan kelajuan dan kebolehskalaan inheren kepada sistem in vitro yang ideal untuk daya pemprosesan tinggi, penyaringan berskala besar dan pengujian serentak bagi berbilang strategi gabungan.

Model in vitro 3D ini telah dibangunkan menggunakan protokol Hubrecht Organoid Technology (HUB) yang terbaik dalam kelasnya, berasal dari makmal Clevers, menjamin keteguhan dan kebolehterjemahan yang terbukti. CrownBio mempunyai lesen eksklusif daripada HUB untuk menyediakan perkhidmatan pembangunan dan pengesahan ubat onkologi praklinikal menggunakan Teknologi Organoid HUB.

Pelancaran awal model PDXO merangkumi lebih daripada 10 jenis kanser. Fasa 2 platform akan menyaksikan organoid diterbitkan daripada pesakit (PDO) HUB tersedia secara eksklusif daripada CrownBio pada S1 2020.

“Di CrownBio, kami telah merintis pembangunan model diterbitkan daripada pesakit” kata Henry Li, ketua pegawai saintifik PhD di CrownBio. “Perpustakaan baharu kami yang mengandungi organoid yang dicirikan dan beranotasi dengan baik berserta model PDX in vivo yang sepadan menawarkan aliran kerja translasi yang tidak pernah berlaku dahulu untuk penemuan ubat praklinikal. Buat julung kali, peralihan yang benar-benar lancar daripada in vitro kepada in vivo boleh dilakukan. Melalui anotasi model kami, terdapat juga peluang untuk penemuan biopenanda automasi bagi meningkatkan keupayaan kami untuk meramal respons pesakit.”

Manfaat lanjut bagi model PDXO berkaitan pesakit termasuk memelihara genom, morfologi dan identiti patofisiologi tumor PDX induknya. PDXO dan PDX juga memaparkan profil farmakologi yang serupa.

“Kami berasa sukacita untuk melihat teknologi Organoid HUB berjaya digunakan pada pembangunan organoid diterbitkan daripada PDX dan dijadikan tersedia kepada industri yang lebih luas oleh CrownBio,” kata CEO HUB Rob Vries, PhD. “Sistem perintis ini menyediakan akses kepada perpustakaan yang telah dikembangkan bagi model in vitro dan in vivo  yang diterbitkan daripada pesakit, membawa populasi pesakit kanser yang lebih luas secara berkesan ke dalam makmal.”

Organoid HUB sudah merupakan alat onkologi praklinikal yang terbukti memberikan pertumbuhan yang konsisten dan stabil melalui laluan dan bacaan cerakin berkualiti tinggi dibandingkan dengan sistem 2D dan 3D standard. Biobank organoid juga boleh diwujudkan tanpa menghilangkan identiti asal untuk membuat susulan atau kajian berulang.

Tentang Crown Bioscience Inc.

Crown Bioscience, sebuah syarikat JSR Life Sciences, merupakan sebuah syarikat perkhidmatan penemuan dan pembangunan ubat global yang menyediakan platform translasi untuk memajukan kajian onkologi, keradangan, penyakit metabolisme. Dengan portfolio menyeluruh bagi model berkaitan dan alat ramalan, Crown Bioscience membolehkan pelanggan menyampaikan calon klinikal yang superior. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati:

- https://www.crownbio.com
- https://www.jsrlifesciences.com

Tentang HUB

Hubrecht Organoid Technology (HUB) merupakan organisasi yang diasaskan oleh Royal Netherlands Academy of Sciences dan University Medical Center Utrecht. HUB memanfaatkan hasil kerja perintis Prof. Hans Clevers, yang menemui kaedah untuk menumbuhkan ‘organ mini’ manusia diterbitkan daripada sel induk (Organoid HUB) daripada tisu pesakit dengan pelbagai penyakit. Organoid, yang merupakan sebahagian daripada biobank HUB, dicirikan dengan jujukan genom, pemprofailan ekspresi dan kesensitifan terhadap ubat yang diketahui dan bereksperimen untuk mewujudkan pangkalan data yang menghubungkan maklumat genetik dan transkrip kepada keresponsifan ubat. HUB menawarkan lesen kepada HUB Organoid Technology berpatennya dan akses kepada organoid daripada biobank HUB untuk penyaringan, penemuan, pembangunan dan pengesahan ubat praklinikal. Selain itu, HUB sedang menjalankan kajian klinikal untuk mengesahkan penggunaan teknologi tersebut sebagai diagnostik peneman. Maklumat lanjut di www.hub4organoids.eu.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12700

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...